Proses pembuangan undi untuk memilih calon pemimpin Parlimen dan DUN bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang seluruh negara.Sudah tentu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah orang yang paling sibuk sekali.Mereka yang memegang amanah untuk memastikam proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan lancar.
Tidak lupa juga kepada pasukan keselamatan negara iaitu Pasukan Polis Diraja Malaysia dan pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.Sudah tentu pihak media elektronik dan cetak bekerja bertungkus lumus untuk mendapatkan bahan berita.
Pandangan peribadi saya ialah kalian telah mencipta sejarah buat Malaysia yang tercinta.Kalau tidak mana mungkin acara terbesar begini berlangsung dengan lancar sekali.Sekalung tahniah dan syabas.
Dalam pada itu juga rakyat Malaysia harus bersyukur kerana amalan demokrasi di negara ini begitu subur.Rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi berhak menentukan kerajaan melalui pemilihan calon pemimpin masing-masing.Lumrahnya satu undi itu amat bermakna kerana ia adalah suara hati mereka.
Kepada calon pilihanraya yang telah berjaya mereka memikul satu tanggungjawab dan amanah dari pengundi mereka.Jangan disia-siakan kerana tempoh 5 tahun bukannya sekejap.Sebaliknya kepada calon pilihanraya yang tewas harus menerima dengan hati terbuka.Memang adat pertandingan ada menang dan ada juga yang kalah.
Saya juga sebagai rakyat sudah tentu mengharapkan segala janji yang ditaburkan sewaktu berkempen dahulu ditepati.Walaupun hakikatnya memang mudah berjanji berbanding menunaikan janji.Kata orang terlajak perahu dapat diundur.Terlajak berjanji orang akan diingati sampai bila-bila.Hanya janji yang ditunaikan sahaja orang boleh lupakan.
Dengan kesedaran mengundi yang tertinggi PRU13 mencatat sejarah melalui peratus mengundi mencecah 80 peratus.Menurut analisis pakar ia disumbangkan media sosial yang selalu menghebahkan kepentingan berpolitik dalam diri seseorang.Terutamanya ketika suasana politik yang agak panas.
Sekilas pandang,
Saya mengharapkan negara yang aman dan harmoni supaya menyumbang kepada kerancakan pembangunan negara.Lebih lebih lagi negara Malaysia menuju kepada negara berpendapatan tinggi.Saya cinta Malaysia.

Ramai pula orang kahwin pada hari itu,
ReplyDeletehari yang bersejarah dan hari minggu.
Deletetak perasan pulak aku haha
ReplyDeletetak pa perkara biasa juga tu,,,,,,,,,,,
Deleteyang menang dah menang
ReplyDeleteyang kalah dah pun kalah
tiba masa untuk menjalankan khidmat dan tanggung jawab
jangan lupa tu
pemimpin ada tanggungjawab yang berat...ada amanah untuk dilaksanakan.
Delete