Tidak keterlaluan dikatakan bahawa wang seumpama air kepada ikan bagi orang hidup susah.Bukan bermaksud merendahkan golongan ini kerana ia adalah hakikatnya pada masa kini.
Usaha kerajaan yang memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan adalah tindakan murni yang dialu-alukan.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini
Bukan itu sahaja orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM2000 sebulan ke bawah turut menerima tempiasnya.Tiada pihak yang terpinggir kecuali golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kerana mereka tidak layak.Namun kemurahan hati kerajaan tetap juga mereka nikmati melalui subsidi minyak,tepung gandum,gula dan minyak masa.
Kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Ia adalah salah satu daripada 200 produk 1Malaysia.Tinggal kini peranan rakyat untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian.Rakyat yang suka kepada kemakmuran perlu banyak bersyukur melalui tindakan dan perbuatan yang sewajarnya.
Antaranya menunaikan hak mengundi dalam Pilihanraya 13 yang berlangsung 5 Mei 2013.Bertindaklah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi marah atau keegoan individu.Tiada masa untuk konsep mencuba kerana tempoh 5 tahun cukup untuk menghancurkan negara jika tersalah pilih.Saya pilih Malaysia.
Berbalik ke soal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saya sendiri merasa kenikmatannya.Wang ini dapat diguna untuk membeli keperluan harian di Kedai Rakyat 1Malaysia.Jika ada bil-bil utiliti yang tertunggak dapat dilunaskan segera.Pendek kata banyak memberi 101 kemudahan kepada saya dan keluarga.
Golongan bujang pula boleh menambah tabungan untuk keperluan kahwin nanti.Tidak kurang boleh dijadikan tambang untuk pulang ke kampung berjumpa orang tua.Ataupun modal permulaan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.Pendek kata apa sahaja yang bertujuan mengurangkan kos hidup terutama di bandar besar.
Sekilas pandang,
Saya berpendapat bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia satu bentuk ketulusan pihak kerajaan menangani masalah kos hidup rakyat.Kemelaratan hidup rakyat boleh mencetuskan penyakit sosial.Akibatnya prosesnya kemajuan negara terjejas.Timbul pula golongan kaya terus kaya dan golongan miskin terus miskin.Jurang taraf hidup yang terlampau jauh bukan satu petanda positif kepada negara secara keseluruhannya.

Alhamdulillah. Mana yg baik mmg wajar menerima pujian.
ReplyDeletebegitulah hakikat yang perlu kita terima
Deletealhamdulillah..tapi ramainya masih ramai yang tidak bersyukur..ramai tak sedar yang sebenarnya ini semua rezeki dari Allah melalui kerajaan sekarang..ramai yang mengatakan bantuan itu semuanya dari duit cukai mereka..jangan kita sampai kufur nikmat.
ReplyDeletekewarasan perlu untuk menilai..hanya orang bersyukur ditambahkan nikmat
DeleteSaya setuju,
ReplyDeleteRamai negara yang tak memberikan bantuan kepada rakyatnya seumpama bantuan BR1M.
hasil kemakmuran negara dan perlu dikembali semula untuk rakyat yang memerlukan.
DeleteKerajaan tak pernah masuk bertanding dlm pilihanraya. Hanya PARTI yg bertanding bagi merebut kerusi untuk menjadikerajaan yg akan memegang amanah duit rakyat/kerajaan. Siapa2 pun PARTI yg akan jadi keraaan, kita akan sokong.
ReplyDeletesetuju dengan pendapat Deen, siapa-siapa pun jadi kerajaan tetap mampu buat seperti bantuan ini dan mungkin lebih dari itu lagi.
DeleteTeringat kata-kata UAI
"Budi yang paling banyak kita makan ialah budi Allah S.W.T..."
kerajaan ialah parti memerintah yang dipilih oleh rakyat kerana kewibawaan pemimpin,Tanpa pemimpin berwibawa parti tidak membawa apa-apa makna.Jadi pilihlah pemimpin yang baik dan berwibawa,
ReplyDeleteMana yang bagus memang kita puji, mana yang tak bagus memang akn kita tentang. Hrap kerajaan yang memerintah lepas ni akan mengutamakan rakyat.
ReplyDeletekewajaran berfikiran orang muda agak agresif dan terpulanglah kepada kehendak majoriti rakyat terhadap kerajaan yang ingin dibentuk.
Deletebila ada gunakan besyukur moga2 nikmat yg ada dapat kita gunakan sebaik boleh
ReplyDeletebersyukur kerana negara pesat membangun..dan memberi pulangan balik ke rakyat melalui kemudahan yang diberikan.
Deleteorang dah bagi, terima dan gunakan sebaiknya.
ReplyDeletesaya bersetuju kerana orang memberi kita menerima..
Deletesaya pun dpt juga bantuan tuh, alhamdulillah digunakan dgn sebaiknya.
ReplyDeletebaguslah macam tu..
DeleteBr1m banyak meringankan beban rakyat saya setuju..
ReplyDeleteMemang itu tujuan utama BR1M diberikan kepada rakyat...terima kasih bro.
Delete