google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan

Sembang bermula…tentang review buku

 

Objektif utama buku ini membina pemikiran kita supaya lebih hebat,matang dan berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah kehidupan yang semakin kompleks.

 

Buku Pemikiran Sistemik agak berat untuk difahami oleh saya.Al maklum sahaja buku ini membawa teori pemikiran.Di Barat pemikiran sistemik diajar dalam bidang pengurusan.

 

Saya akui masih lemah dalam pemahaman teori ini.Namun saya akur bahawa ilmu yang terbaik ialah ilmu yang difahami oleh penyampainya.Mungkin juga pembaca lebih memahami apa yang sampaikan penulis.

 

Penulis buku ini bukan calang-calang orang.Beliau merupakan seorang pengarah eksekutif di Kersani Trainning Centre,Segamat.Seorang lulusan kejuruteraan Kimia dari Universiti Purdue,West Lafayete Indiana,Amerika Syarikat.Selain itu pernah mendalami bahasa Arab di Universiti al-Azhar Mesir.

 

Menurut penulis pemikiran sistemik mempunyai nilai yang tinggi berbanding pemikiran lateral dan horizontal.Pemikiran sistemik boleh dimaksudkan pemikiran secara lingkaran atau menyeluruh.

 

Konsep yang jelas ialah kita perlu mengaplikasikan pemikiran sistemik dalam penyelesaian masalah yang dihadapi.Dalam ertikata yang lain akal kita harus diarah dan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif menyeluruh.

 

Ada empat bahagian utama dan 40 tajuk kecil untuk menerangkan kepada kita tentang konsep  ,ciri-ciri dan cara aplikasi pemikiran sistemik.

 

Setelah membaca dan memahami sedikit isi kandungan buku ini saya tertarik kepada bahagian terakhir buku ini.Ia membicarakan tentang  cara mencapai kejayaan menggunakan pemikiran sistemik.

 

Memandangkan pemikiran sistemik satu konsep, kita tidak dapat lari untuk mendalami sistem paling ringkas  iaitu lingkaran yang stabil.Ini bermakna paling kurang ada dua komponen yang saling berinteraksi untuk melengkapi lingkaran tersebut.Antara komponen itu ialah masa lengah,tragedi sama kesukaan,corak monopoli,alam dimensi dan sistem universal.

 

Dalam ertikata lain, pemikiran sistemik membolehkan kita berfikir bahawa pertautan antara komponen lain mesti ada.Tidak boleh dipisah.Kalau dipisahkan kucar-kacir jadinya.

 

Sembang berakhir…

 

Dengan penghayatan dunia Islam pemikiran sistemik lebih difahami.Kita berada di dunia ini adalah untuk beramal untuk mendapat keredhaan Allah sama ada semasa hidup maupun selepas mati.

 

p/s: Peminat buku boleh berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur yang berlangsung di PWTC pada 26.4.2013 sehingga 5.5.2013.Datanglah beramai-ramai.

 

IMG0107A

 

Judul : Pemikiran Sistemik

Penulis: Fazrul Ismail

Tahun : 2004

Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd

Mukasurat : 319

Harga : RM33.00

Web:   www.pts.com.my

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ulasan buku dengan judul Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL https://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/kehebatan-pemikiran-sistemik-dalam.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday 28 April 2013

12 komentar untuk " Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan "

BALI said...

melihat ulasannya sepertinya sangat menarik untuk di Baca. terimakasih reviewnya

mrhanafi said...

sama2..dan buku tersebut antara yang menarik untuk dibaca.

tehr said...

selamat membaca
jauhnya untuk aku ke pwtc

mrhanafi said...

saya lagi jauh bro untuk ke pwtc..merentasi laut china selatan..

Oneblogsocial said...

Terimakasih kerana berkongsi,akan tetapi harus berhati hati dalam mengikuti cara cara pemikiran Islam yang baru.Seandainya ditemui tidak kesesuaian dengan alqurán sila tinggalkan.

mrhanafi said...

sama-sama.Saya akui teori cara pemikiran antara yang sukar untuk difahami..Salah faham mengenai konsep boleh tersasar dari landasan islam.

Denaihati said...

mesti banyak ilmu dikongsikan yang boleh dijadikan garis panduan kita dalam mengejar kejayaan.

mrhanafi said...

tak juga banyak bro..saya kongsikan apa yang ada supaya orang mendapat manfaat..

Budak Nakal said...

Kozumi agak lama tidak membaca buku-buku, mmg dh kene bula kan balik minat membaca..

mrhanafi said...

kalau jadi blogger mesti banyak baca buku...

Unknown said...

pemikiran sistematik dan strategik lebih aktif saat2 genting. Membaca banyak memberi kita idea :)

mrhanafi said...

saya lebih suka berfikir dalam suasana tenang berbanding dalam tekanan..dan membaca buku banyak membantu saya dalam penulisan entri blog.