Pada hari ini bersamaan 1 Jun 2013 adalah genap sebulan blog saya ini beroperasi menggunakan jenama blog1malaysia.com
Atas rasa kesyukuran dan keprihatinan, saya berbesar hati menganjurkan satu kontes yang mudah dan unik.Para peserta pasti akan mendapat hadiah yang cukup bermakna.Bukan hadiah berbentuk wang.Jauh sekali hadiah yang boleh dipegang atau disentuh.Paling menarik semua para peserta akan dikira sebagai pemenang.
Hadiah yang akan diterima oleh para peserta ialah backlink daripada blog ini atau blog itu.Menarik bukan.Pastinya para peserta akan menerima kesan positif yang berpanjangan selagi blog saya atau blog para pemenang masih beroperasi.Insya Allah.
Sebagai mana kontes yang lain-lain tentulah saya mengemukakan beberapa syarat yang mudah.Tujuannya supaya kedua belah pihak akan mendapat situasi menang-menang.Saya beroleh faedah dan anda juga mendapat manfaat.Sebolehnya saya mahu anda mendapat manfaat yang lebih berbanding apa yang saya dapat.Tak salahkan berbuat begitu.
Selain itu kontes ini tiada tarikh tutup kecuali blog saya tidak aktif lagi.Anda boleh menyertai bila-bila masa sama ada tahun ini atau tahun hadapan.Pesanan saya ialah jika ada berjumpa perkara baik jangan sesekali ditangguhkan.Gunalah peluang yang terbentang sebaik mungkin.
Antara syarat wajib untuk memenuhi penyertaan kontes ini ialah:
1.Klik Google + pada ruangan dalam entri ini.
2.Isi nama, emel dan URL pada ruangan yang disediakan.
3.Tulis dalam ruangan KOMEN yang berbunyi ‘saya menang hadiah backlink'.
4.Hantar dengan klik pada butang Submit.
5.Itu sahaja.
Para peserta akan diadili sebagai pemenang setelah saya approve penyertaan anda.Itupun setelah saya berjaya memastikan blog tersebut bebas unsur lucah,politik melampau dan hiburan yang kurang sihat.Harap maklum.
Sekilas pandang,
Kepada para pelawat yang belum berminat untuk menyertai kontes ini, saya tak paksa.Terpulang kepada anda. Sebagai pembaca setia itupun saya rasa sangat bersyukur kerana tanpa anda siapalah saya untuk menulis dalam blog ini.Terima kasih kepada anda.
Akhir kata saya dahulukan ucapan terima kasih kerana sudi menyertai kontes ini.Anda pasti menang.
Semoga terjalin ukhuwah selepas ini baik dalam dunia blogger maupun alam media sosial.