KUCHING: Sejumlah 1,086,191 penduduk Sarawak layak mengundi di kesemua 31 kawasan parlimen di negeri ini pada PRU-13, menurut daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini.
Berdasarkan daftar pemilih suku keempat, yang diwartakan pada 22 Februari tahun ini, kerusi parlimen bandar iaitu Stampin mencatatkan jumlah pengundi berdaftar tertinggi iaitu 84,820 orang, disusuli Miri (71,287) dan Sibu (64,732).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan membelanjakan kira-kira RM78 juta, termasuk peruntukan logistik, untuk mengendalikan pilihan raya di Sarawak, jumlah belanjawan tertinggi dalam kalangan beberapa negeri berikutan keluasan geografi dan rupa bumi berbukit-bukau.
Berikutan pembubaran parlimen Rabu lalu, SPR akan mengadakan mesyuarat Rabu depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya umum itu.
Bagaimanapun, penggal 71 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya tamat pada Mei 2016.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05
Sumber :http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/LebihsejutapendudukSarawaklayakmengundi/Article

Mengundilah dengan bijak...
ReplyDeletesetiap undi adalah rahsia
Deletebuat pilihan dengan bijak
ReplyDeleteuntuk jangka masa panjang
tindakan hari ini menentukan masa depan hari esok
Deleteseejuta bukan satu angka sedikit tapi byk.klu sejuta undi mmg mudah menanglah begini
ReplyDeletecalon-calon perlu ada 'midas touch' untuk menang undi begini..
ReplyDelete