Sembang bermula..
Agak lama juga saya tidak menulis entri mengenai dunia orang berniaga.Saya akui sedikit sibuk dan jarang pula menemui info tentang perkara ini.Ilmu tentang kemahiran berniaga sangat diperlukan orang berniaga.Atas sebab ini saya terpanggil untuk berkongsikan maklumat berkaitan dunia perniagaan.
Saya bertuah kerana menemui maklumat dan ilmu perniagaan dalam sebuah buku tulisan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.Buku ini berjudul Langkah Bijak Usahawan Terbilang yang diterbitkan 2008.
Petanda-petanda usahawan berjaya telah saya olah berdasarkan sumber yang ada krebiliti tersebut.
1)Secara semulajadi ada sifat penjual
Golongan ini ada bakat semula jadi untuk menjual apa-apa barang.Pantang ada peluang mereka boleh menukar barang menjadi wang.Bakat ini boleh dikenalpasti sejak dari kecil lagi.Dulu masa kecil saya ada menjual aiskrim dari rumah ke rumah.Dalam hati bersarang perasaan malu dan sebagainya.
2)Memahami kepentingan pelanggan
Maksudnya di sini mereka dapat merasai keperluan orang lain.Orang yang membeli sesuatu produk kerana perlu barangan tersebut.Jadi peniaga yang berjaya ialah mereka yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan pelanggan.Gerak hati usahawan mesti tepat dengan keperluan pelanggan.
3)Ada strategi dalam pengurusan sumber
Dunia perniagaan tidak ubah seperti peperangan.Untuk menang perlu ada taktik dan strategi.Dalam perniagaan pula strategi perlu ada untuk mendapatkan laba.Jika tidak sesuatu perniagaan akan menemui kegagalan.Ilmu ini boleh dipelajari di mana-mana sahaja.Tidak kira dengan mencari dalam internet atau bertanya dengan orang yang pakar.
4)Memahami pulangan terhadap modal
Modal yang dilabur boleh mendatangkan pulangan sama ada untung atau sebaliknya.Kalau tidak mahir membuat pusingan modal maka bungkuslah perniagaan tersebut.Jadi seorang usahawan perlu belajar pengurusan kewangan dan mengamalkan yang dalam perniagaan.Mungkin juga perlukan teknik 9 Formula Pantas Seru Rezeki
5)Berani menghadapi risiko
Seorang usahawan tidak akan terlepas untuk berhadapan risiko dalam dunia perniagaan.Risiko bisnes tidak menjadi,muflis,ditipu rakan niaga dan pelbagai lagi rintangan.Seandainya berlaku usahawan mesti tabah dan kuat untuk bangkit kembali.Sebab itu orang yang berjaya dalam bidang ini berkata lagi tinggi risiko maka tinggi pula keuntungan yang bakal diperolehi.
Sembang berakhir…
Kejayaan dalam perniagaan tidak datang bergolek.Konsepnya sama dalam semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini..Tidak kira kita ini seorang usahawan atau pekerja makan gaji petanda ini dapat kita ciptakan.
12 komentar untuk " 5 Petanda Usahawan Berjaya "
Terbaik,thanks for sharing
ilmu mesti sentiasa dicari
ada usaha pasti akan ada kejayaan nanti
belum lagi terbaik bro...sekadar ingin berkongsi info tersebut
ilmu perlu ada untuk berjaya bro..selain usaha sungguh2
perkongsian yg membuka minda :)
boleh guna pakai ni..masih dalam perancangan untuk menjadi usahawan kecil..
terima kasih dan kunjungan begini memberi semangat untuk saya berkongsi info dengan lebih banyak lagi..
Insya Allah...dan rancangkan dengan lebih bijak sesebelum memula perniagaan.
meniaga adalah sunnah... jadi memnag di galakkan sangat untuk menjadi usahawan...
perniagaan adalah cara untuk mencipta kekayaan...blogger sama seperti usahawan kerana bekerja keras untuk mendapat tempat dikalangan pembaca
jangan pernah putus asa dalam mencoba...
betul bro sikap orang yang berjaya
Post a Comment