Pada mulanya saya teragak-agak untuk membaca buku ini.Saya masih skema untuk mendalami kepercayaan budaya lain.Namun saya gagahkan diri dan tetapkan niat bahawa iktikad saya tetap dengan Islam.Insya Allah.
Buku 78 Petunjuk Feng Shui ditulis oleh Perunding Feng Shui antarabangsa iaitu Mr Suhana Lim.Beliau dan keluarga telah berhijrah ke Australia sejak 1997.Di sana beliau terus mendalami ilmu berkaitan Feng Shui dengan beberapa guru yang tersohor.
Dengan ketebalan 232 mukasurat dan mengandungi 77 bab memang berbaloi untuk dimiliki pihak yang berkenaan.Tambahan pula ada disertakan gambar hitam putih untuk menerangkan bahagian yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.
Buku ini menangkis pandangan umum bahawa Feng Shui bukan kepercayaan paranormal,berbentuk agama dan pelbagai lagi tafsiran negatif.Menurut si penulis, Feng Shui adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang telah diamalkan sejak beribu tahun dahulu.Pengamalan ilmu Feng Shui dikatakan dapat membawa kesan positif kepada kehidupan manusia.
Saya tidak menyenaraikan sepenuhnya maupun sepintas lalu fakta-fakta dalam buku ini.Alasannya cukup mudah .Saya bimbang orang yang tidak cukup kuat akidah akan terpengaruh bahawa “benda-benda lain” seolah-olah berkuasa untuk menentukan baik buruk kehidupan kita.Memang agak tertutup saya punya pandangan.
Sumber terbaik dan paling sempurna bagi orang Islam tentulah Al Quran dan Al Hadis.Ilmu yang ada didalamnya sudah cukup untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan kita.Tentulah tidak bijak bagi kita berharap kepada ilmu Feng Shui untuk membantu penentuan rezeki,jodoh dan nasib seseorang.
Saya sengnaja membangkitkan soal akidah kerana di dalam buku ini ada soal jawab dan pertanyaan yang melibatkan orang yang ada nama Melayu.Saya mengandaikan bahawa mereka percaya ilmu Feng Shui dan menjadi Feng Shui sebagai titik tolak untuk mentafsir soal yang saya kemuka di atas.
Memang benar pengamal Feng Shui berkata ilmu ini sains tentang alam.Namun untuk orang Islam boleh rosak akidah jika percaya susunan perabot,kedudukan pintu,lokasi rumah dan sebagaianya memberi kesan kepada soal rezeki dan kebahagiaan.Orang Islam hanya percaya Allah SWT sahaja yang boleh memberi kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada sesorang.
*picture credit to www.google.com