google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Jom Ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Jom Ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

38

Salam 1Malaysia.

Barangan runcit adalah keperluan penting selain barangan basah seperti sayur-sayuran dan makanan laut.Kita bertuah kerana pengenalan KR1M membolehkan kita mendapat barangan runcit dengan harga lebih murah berbanding jenama yang sedia ada.Cuma bungkusan dan warna sahaja yang seragam dengan semua jenis barang.Dianggar sudah ada 450 jenis barangan bawah jenama KR1M.

Lokasi  Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.Sehingga kini terdapat 90 KR1M sudah beroperasi di seluruh negara.Ini berdasarkan laporan yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 28 April 2013.

Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya cukup berbangga dengan KR1M.Ia dapat mengurangkan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Penubuhannya memberi kuasa pilihan kepada pengguna.Bagi pengguna yang berpendapatan rendah barangan runcit yang berharga murah menjadi keutamaan.Sebaliknya bagi rakyat yang mewah jenama terkenal pasti menjadi pilihan.

Apa yang menarik perhatian saya juga lokasi KR1M.Berdasarkan perkembangan semasa lokasi KR1M di tempat saya kurang strategik.Agak jauh untuk dikunjungi oleh mereka yang tiada pengangkutan sendiri.Lokasi KR1M sepatutnya mudah dan berada di kawasan padat penduduk yang berpendapatan rendah.Mereka adalah golongan sasar yang tepat.

Saya percaya ia adalah kes terpencil sahaja yang melibatkan tempat saya berada.Secara keseluruhannya KR1M adalah yang terbaik dalam memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia.

Sekilas pandang,

Kedai Rakyat 1Malaysia boleh diperluaskan ke semua tempat yang terpencil dan terperuk di negara kita.Tanpa mengetepikan soal keuntungan harga barangan perlu direndahkan lagi supaya benar-benar memberi perhatian kepada bakal pembeli.Dalam masa yang sama kualiti barangan perlu setara dengan barangan yang biasa yang ada di pasaran sekarang ini.

Saya berharap sesiapa yang belum pergi ke KR1M perlu berbuat demikian bermula hari ini.Jika ada perasaan prejudis kerana berbeza pendapat maka buang jauh-jauh.Sebagai rakyat Malaysia inilah bukti anda seorang patriotik untuk bersama-sama memajukan negara.

Ada yang beranggapan sumbangan kita terlalu kecil.Bagaimana pula kalau 15 juta (separuh dari penduduk Malaysia) rakyat mempunyai fikiran dan tindakan yang sama mencintai Malaysia? Sudah tentu impak maksima.Kata orang sebelah rumah saya,jangan ditanya apa sumbangan negara untuk kita tetapi tanya apa sumbangan kita untuk negara.

p/s : Silakan dapat info rasmi Kedai Rakyat 1Malaysia di SINI
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Jom Ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL https://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/jom-ke-kedai-rakyat-1malaysia-kr1m.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Friday, 10 May 2013

4 komentar untuk " Jom Ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) "

Hairul Hissam said...

saya setuju dgn cadangan kedai rakyat satu malaysia diperluaskan ke serata tempat...

mrhanafi said...

itu yang sebaiknya supaya ramai lagi mendapat manfaatnya..

Hairul Azni said...

Harapan saya, projek KR1M ini dapat mencapai sasaran golongan yang sepatutnya memperolehi manfaat.

mrhanafi said...

tempat saya masih sunyi tidak seperti supermarket yang sedia ada..