Kami hari ini merancang untuk pergi ke Labuan.Satu tempat yang menarik kerana terkenal dengan kedai bebas cukai.Selain itu popular juga dengan pemandangan yang cantik berlatarbelakang laut.saya pasti suka Labuan kerana kemuncak dalam ketika bercuti di Negeri Bawah Bayu.
1.Menumbok
Terdapat banyak pilihan untuk pergi ke Labuan.Kalian boleh guna pengangkutan udara,darat dan laut.Terpulang juga kepada kalian untuk bermula dari tempat yang disukai.Kami sekeluarga memilih menggunakan bas dari KK untuk ke Menumbok dan seterusnya Labuan.Tambang bas cuma RM18 untuk orang dewasa manakala kanak-kanak RM10 seorang.Perjalanan mengambil masa 2 jam.Sepanjang perjalanan kalian boleh menyaksikan kampung-kampung dan pemandangan yang hampir sama dengan tempat KB.Sekitar jam 12.30 tengahari kami semua selamat sampai setelah memulakan perjalanan 9.30 pagi tadi.
Pemandangan sisi kecil Menumbok
2.Wilayah Persekutuan Labuan
Untuk ke Labuan kami menaiki bot laju selama 15 minit sahaja.Sila tunjukkan kad pengenalan untuk dapatkan tiket dan dapat harga diskaun RM7.50 seorang.Jika tiada pengenalan diri ini akan dikenakan RM15 seorang.Oleh kerana KB terlupa bawa dokumen untuk anak-anak maka kena cas RM15.Sepatutnya percuma.Ha.ha..kat sini baru tahu betapa pentingnya Mykad dalam urusan diskaun perjalanan.Kami selamat sampai di Labuan sekitar jam 1.30 petang.
Bot laju ini digunakan untuk ke Labuan
3)Muzium Marin Labuan
Selepas makan-makan di Arjuna Kewangan kami sempat membeli belah di kedai bebas cukai sebelum singgah dekat Muzium Marin Labuan.
Ya.ini gambar kedai bebas cukai.
Semasa dekat Muzium Marin Labuan anak-anak begitu teruja untuk melihat ikan.Banyak spesies yang jarang-jarang kita ketahui ada di sini.KB hanya ambik gambar mana yang perlu sahaja.
Sebelum masuk bincang dulu
4)Pesisir pantai Labuan
Labuan amat beruntung kerana mempunyai pantai yang cantik dan bersih.Deruan ombak dan hembusan angin laut menyegarkan.Kebanyakkan penduduk di pulau ini dan mungkin juga penggunjung suka lepak dekat pantai ketika hujung.Ini merupakan aktiviti santai untuk mereka.
mana pulak orangnya?
[Catatan kaki]
KB sekeluarga bermalam di Labuan atas jemputan kenalan yang sememangnya berasal dari Sarawak.Memang keberatan juga tetapi lebih berat lagi rasa untuk menolak jemputan mereka.Akhirnya kami mengalah juga.
Kembara Negeri Di bawah Bayu akan berakhir pada hari keempat.Keesokkannya kami berangkat meninggalkan Labuan untuk ke KK menggunakan ekpress dengan bayaran RM17 seorang.Masa perjalanan bermula jam 8 pagi dan akan sampai 3 jam kemudian.
Kalian yang mabuk laut dilarang menggunakkan perkhidmatan ini kerana boleh mengundang rasa tak selesa.KB walaupun sudah biasa dengan express di kampung halaman pun mabuk laut juga.Pening dan rasa nak muntah kerana alunan ekpress begitu kuat sekali.
p/s:Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> PORTAL ILMU