Salam 1Malaysia,
Teringin tak kalau ditawarkan kerja dari rumah?
Soalan begini kalau ditanya kepada saya mesti jawap nak..nak.nak.Ini kerana bekerja dari rumah banyak kelebihannya.
Gambar hiasan dari www.google.com
Saya boleh memberi 5 alasan untuk bekerja dari rumah:
1.Jimat minyak
Bagi pekerja yang menggunakkan kenderaan seperti motosikal dan kereta, kos minyak adalah yang tertinggi dalam perbelanjaan harian.Lebih tinggi dari bil elektrik dan air bersih.Kalau bekerja dari rumah kos ini boleh diabaikan sama sekali.
2.Jimat masa
Pekerjaan yang jauh dari rumah atau melalui jalanraya yang sesak setiap hari memang banyak buang masa.Waktu bekerja sebenar 8 hingga 12 jam sehari.Apabila ditambah masa perjalanan akan menjadi sehingga 14 jam atau lebih sehari.Sudah tentu masa ini akan menghasilkan pendapatan lumayan jika digunakan untuk bekerja dari rumah.
3.Jimat stress
Aik…stress juga boleh dijimatkan.Mana taknya kalau bekerja dengan bos maka bos akan arah itu dan ini kepada staffnya.Kerja dan tugasan setiap hari berlambak.Stress pekerja akan bertambah jika tidak mahir mengurus emosi.Bayangkan kalau bekerja dari rumah sudah tentu kita melakukan tugasan ikut sedap hati ini.Kurang stress dan bekerja secara fleksibel.
4.Jimat wang
Adat orang bekerja pejabat ialah makan di restoran,cafe dan kantin.Jarang-jarang bawa bekal sendiri kecuali bekal wang tunai.Kalau sehari belanja makan di tempat begini berjumlah RM10.Bayangkan kalau dah 10 tahun.Sudah tentu belanja hangus begini boleh melangsaikan hutang PTPTN,rumah,kereta dan sebagai.Kita mampu menjimatkan wang sekiranya bekerja dari rumah meskipun belanja dapur akan tetap bertambah juga.
5.Jimat cermat
Dengan bekerja dari rumah kita akan menjadi seorang yang berjimat cermat.Sebabnya pekerjaan ini belum lagi secara tuntasnya tiada jaminan gaji tetap dan pencen.Apa yang harus kita lakukan buat tabungan sebanyak mungkin.Bila tabung atau akaun di bank sudah penuh maka baru ada jaminan kewangan.Ketika itu budaya bekerja dari rumah menjadi idaman setiap orang.Suka saya ingatkan pendapatan kerja dari rumah boleh menampung kos sepanjang hidup jika berjaya dalam ertikata sebenar.
Sekilas pandang,
Soal rezeki adalah urusan Allah SWT.Kita sebagai manusia yang serba serbi lemah dan tak terdaya hanya wajib berusaha,berdoa dan bertawakal dalam mencari rezeki setiap hari.
Jika ingin memulakan pekerjaan dari rumah boleh terus ke {link ini} untuk mendapat maklumat lanjut.