Salam 1Malaysia,
Sejujurnya tidak semua rasa seronok untuk bekerja.Ada yang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan diminati kerana sahut cabaran jangan memilih kerja.Janji kerja halal dan dapat duit yang berkat.Soal suka kira tolak ke tepi.
Orang yang tergolong dalam kumpulan ini perlu mengubah pemikiran.Dunia ini luas untuk kita terokai.Buka minda seluas-luasnya.Lihat dalam diri sendiri dalam-dalamnya.Kaji potensi diri.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.
kredit gambar www.4share.com
Orang yang meminati hubungan sesama manusia memang sukar bekerja dalam stor yang tersembunyi dan terasing.
Orang yang suka nombor dan pengiraan akan tertekan apabila bekerja melibatkan penulisan iklan atau melukis animasi.
Orang yang berbakat dalam kepimpinan tentu tidak selesa apabila bekerja sebagai pekerja bawahan yang boleh diarahkan buat itu dan ini.
Orang yang minat berniaga mana mungkin melakukan pekerjaan rutin yang tidak memerlukan untung dan rugi.
Sekiranya kita tercebur dalam bidang yang bercanggah dengan potensi diri maka konflik emosi akan berlaku.Kesan ada yang segera dan ada yang lambat.
Kesan segera ialah pekerja tersebut akan menunjukkan sikap pemberontakan.Datang lambat,cuai,tiada peningkatan produktiviti dan ‘mengular’
Kesan jangka panjang hanya dilihat selepas setahun bekerja dan tahun – tahun seterusnya.Pekerja tidak menampilkan kemampuan bekerja yang sebenar.Produktiviti amat sederhana sehingga menyukarkan majikan membuat kenaikan gaji.Apa yang menyedihkan taraf hidup pekerja ini statik.Tak naik dan nasib baik tak turun.
Dalam senario begini pihak majikan perlu main peranan.Pekerja begini jika diletakkan pada tempat yang sepatutnya boleh memberi aset yang sangat berharga kepada syarikat dan negara.Mereka harus diberi peluang tanpa ada rasa prejudis.
Bagi pekerja pula peluang yang ada didepan mata jangan dilepaskan.Keluar dari zon penyiksaan ke zon cabaran yang lebih bererti.Hidup ini terlalu singkat dan jangan membuang masa dengan mengeluh dan memikirkan kisah silam yang hitam.
Sekilas pandang,
Pendek kata bukan senang nak senang.Bekerja selagi kita mampu dan bertukar kerja perlukan perancangan.Jangan berburu-buru pula.
Jika nak bertukar kerjaya secara online bolehlah pergi ke sini