Kredit http://emeldahanimunittrust.com
Salam 1Malaysia,
Sebut sahaja jutawan ramai yang terbayang-bayang dengan duit yang banyak.Kereta besar.Rumah besar yang cantik dan sudah pasti isteri-isteri yang jelita.Terpulanglah apa-apapun anggapan anda yang penting si jutawan tadi berjaya mencapai impiannya.
Pada pandangan saya yang bercita-cita yang hendak menjadi jutawan terdapat 5 perkara asas untuk menjadi seorang jutawan.
1.Orang yang bersyukur
Apabila kita bersyukur nikmat akan bertambah.Begitu juga dengan nikmat yang kita perolehi hari ini.Sekiranya sudah ada kerjaya,keluarga dan kebahagiaan maka syukuri nikmat ini dengan perbuatan dan kata-kata.Jangan sesekali mengeluh dan berdukacita sekiranya rezeki yang kita perolehi ketika ini mungkin tidak mencukupi.Sebaliknya tetapkan dalam hati bahawa ia adalah satu ujian supaya kita bersabar dan berusaha lebih.Mana tahu boleh usahakan kerja online di SINI
2.Orang sentiasa bersedekah
Belum pernah dalam sejarah orang yang sentiasa bersedekah jatuh muflis.Hanya mereka yang berhutang dan tidak mampu bayar hutang sahaja yang boleh muflis.Bersedekah adalah satu ujian kepada kemurahan hati seseorang.Lagi banyak sedekah maka lagi mudah dimurahkan rezeki.Bersyukur juga pada hari ini kemudahan untuk bersedekah ada disediakan di SINI
3.Orang yang bahagia
Tidak dinafikan orang yang bahagia berpotensi untuk menjadi jutawan.Secara logiknya bagaimana orang yang sentiasa berdukacita dan runsing mampu berfikir untuk mencari kekayaan.Kesilapan yang berlaku pada kita ialah sentiasa susah hati kerana ketiadaan duit.Sedangkan kita susah hati belum tentu duit itu datang dengan sendirinya.Bagaimana kalau kita rasa bahagia dan berusaha untuk mengatasi ketiadaan duit ini dengan bekerja seperti biasa dan berusaha dengan Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda
4.Orang sentiasa ghairah
Ghairah yang saya maksud bukan cerita dalam kamar tidur.Ghairah yang sebenar ialah rasa keinginan yang sangat kuat untuk mendapatkan sesuatu.Dalam kontek ini kita ghairah untuk mendapat duit yang banyak supaya Usahawan Kecil Boleh Berjaya!.Bekerja dengan semangat tinggi dan tenaga yang luar biasa.Sebabnya kita mampu mencapai impian jika perkara yang kita buat mungkin tak sanggup orang lain buat.Kalau semua orang mampu buat maka semua mampu jadi jutawan.
5.Orang yang disenangi ramai
Orang begini umpama sebutir intan dalam lumpur.Setiap percakapan dan perbuatannya mendapat perhatian.Kaedah mudah menilai orang begini ialah cara pemakaian yang kemas dan bersih.Rupa yang menyakinkan dengan penampilan bersahaja.Tutur kata jelas dan ada nilai positif.Dalam pemikirannya dia suka dengan orang.Tidak ada prasangka negatif dan paling penting sekali tidak memandang rendah kepada orang lain.Jadi tidak hairan orang suka dengan dia meskipun belum lagi menjadi jutawan.Dah jadi jutawan lagilah orang suka.
Sekilas pandang,
Pesanan terakhir saya mudah untuk diingati.Jika hendak menjadi seorang jutawan berusaha untuk menjadi orang yang telah saya nyatakan di atas.Jika masih juga belum menjadi jutawan maka anda bakal menjadi jutawan diakhirat kelak.Insya Allah.
Ada idea untuk menambah bagaimana untuk menjadi jutawan silakan kongsi dalam bahagian komentar.Mana tahu perkongsian idea anda membolehkan anda menjadi jutawan yang diidamkan.Amin.