Bersedekah adalah amalan mulia.Sebab itu orang kata tangan yang diatas lebih baik daripada tangan dibawah.Kesan kebaikan daripada bersedekah bukan hanya kepada si penerima malah melangkaui kepada si pemberi.
Baru-baru ini orang rumah berkesempatan untuk membeli majalah At-Takwa.Jadi saya tumpang baca dan tumpang kongsikan untuk pembaca sebagai peringatan untuk diri saya sendiri serta amalan sedekah ilmu.
Tertarik dengan satu artikel berkaitan sedekah maka saya terdorong untuk menulis kembali info penting tersebut.Ada 5 tips bersedekah yang wajib kita ketahui.Insya Allah kalau diamalkan akan memberi impak maksima dalam kehidupan kita kelak.
1.Bersedekah hanya kerana Allah SWT
Saya akui sendiri bukan mudah untuk melakukan kerana Allah semata-mata.Ada dalam hati kita untuk menunjuk-nunjukkan dan selalu pula teringat-ingat sehingga sanggup pula bercerita dengan orang lain.Lebih buruk lagi dalam bab mengungkit.Akibatnya pahala yang kita buat akan reset menjadi kosong.
2.Bersedekah kepada ahli keluarga
Utamakan kepada ibubapa terutama orang lelaki.Tak kira juga kepada orang perempuan.Bagi mereka yang sudah bekeluarga bersedekah kepada isteri atau suami,anak-anak dan kaum kerabat yang lain amat dituntut.
3.Bersedekah kepada sahabat dan rakan taulan
Belanja mereka minum atau makan sekali sekala akan mengeratkan lagi tali persaudaraan.Malah tabiat ini mengundang rasa membalas budi kepada mereka dikemudian hari meskipun kita perlu jauhkan niat begini dalam hati.
4.Bersedekah dekat tabung masjid atau surau
Tanamkan tabiat menghulur seringgit dua dalam tabung masjid ketika solat Jumaat.Kalau setiap hari lagi bagus sehingga menghilangkan terus rasa riak atau rasa kededut dalam hati.Dengan cara ini kita sentiasa berpeluang untuk bersedekah setiap hati.
5.Bersedekah dengan memikirkan keperluan orang lain
Sudah menjadi kelaziman manusia bahawa sentiasa berfikir tentang diri sendiri sahaja.Bahasa ringkasnya pentingkan diri sendiri kerana terlalu obses dengan falsafah individualistik.Insya Allah dengan berfikir tentang keperluan orang lain maka kita tidak teragak-agak untuk bersedekah wang ringgit,bantuan tenaga dan apa sahaja.
p/s bersedekah adalah Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda
Sekilas pandang,
Berpegang kepada hadis Rasulullah daripada Abu Hurairah menyebut sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda

Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya,dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya oleh Allah- (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
info penting
dengan judul
5 Tips Bersedekah
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
https://ingathanafi.blogspot.com/2013/12/5-tips-bersedekah.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Tuesday, 10 December 2013