Hari Bapa disambut sama seperti Hari Ibu.Sungguhpun jasa seorang ibu 3 kali lebih hebat dari jasa seorang ayah.
Tak perlu kita pertikaikan kenyataan ini.Apa yang penting peranan seorang bapa tidak kurang hebatnya.Dia yang sanggup berkorban nyawa dan tenaga untuk mencari rezeki.Menyediakan keperluan asas dan pendidikan anak-anak.
kredit gambar kepada : persadaum.blogspot.com
Seorang bapa yang hebat ialah ketua keluarga yang boleh membawa ahli keluarganya mencintai Allah SWT dan Rasullulah SAW.Tugas ini bukan mudah.Banyak cabaran dan dugaan kecuali jika si suami telah memilih isteri yang faham agama.Proses tarbiah lebih mudah.Untung dunia.Apatah lagi untung pula di akhirat nanti.
Kasih sayang seorang bapa terpancar apabila sanggup mengetepi kepentingan peribadi semata-mata untuk keperluan keluarga.Isteri dan anak-anak menjadi keutamaan dalam serba serbi kecuali soal iman dan akidah.
Dalam perkara ini Allah SWT dan Rasulullah SAW sahaja yang mendapat tempat teratas.
Sekilas pandang,
Ada beberapa hari saya kekeringan idea untuk kemaskini blog.Langsung tidak bergerak.Alhamdulillah semangat datang kembali dan idea pun datang bersama.
Akhir kata Selamat Hari Bapa kepada bapa-bapa seluruh dunia termasuk saya yang sudah bergelar bapa sejak 10 tahun yang lalu.