Dalam Siri 1 saya sengnaja menggunakan istilah yang agak kasar berkaitan dengan tajuk tersebut.Akhirnya saya terfikir balik bahawa menggunakan perkataan yang lebih lembut supaya perasaan dan hati pembaca tidak begitu terasa.
Mari kita lihat sambungan dari Siri 1 yang hanya sempat saya utarakan 3 isi utama.Kini berbaki 4 lagi kebaikan utama hubungan intim suami isteri.
4.Mengelak strok
Penyakit strok atau lumpuh amat berbahaya kepada manusia.Mereka yang terkena agak sukar untuk pulih kembali.Berdasarkan kajian santifik hubungan badan suami isteri dapat mencegah gejala ini berlaku.Rasionalnya dengan ada berlaku hubungan intim pasangan yang melakukannya akan kurang masalah tekanan darah tinggi dan tidak stress yang melampau.Darah akan berjalan lancar melalui terapi hubungan badan.Apa yang menarik tidak ada kos tambahan seperti kita ke pusat gimnasium.
5.Mengelak barah prostat
Prostat adalah organ penting kepada lelaki.Di sinilah pemprosesan air mani berlaku.Penggumpulan air mani yang berterusan akan memudaratkan prostat itu sendiri.Pakar kesihatan berpendapat bahawa pelepasan air mani ke tempat yang betul wajar dilakukan.Tentulah ke dalam kemaluan si isteri sebagaimana ketika hubungan intim berlangsung.Teorinya mudah iaitu lebih banyak memancutkan air mani maka lebih selamat dari barah prostat.
6.Mencegah penyakit jantung
Ketika melakukan hubungan intim jantung si suami dan si isteri berdegup kencang.Proses ini adalah normal seperti mana orang pergi berjogging.Degupan yang berlaku amat baik untuk kesihatan jantung.Otot-otot jantung akan berfungsi dengan baik.Tentulah amat rugi pasangan suami isteri memandang remeh soal hubungan intim dalam kehidupan mereka.Ada yang beralasan sibuk dengan kerjaya dan letih melayan anak-anak seharian.Hubungan intim menjadi hambar dan tidak diperdulikan.Hakikatnya jantung mereka akan merasa akibat sikap sebegini.
7.Awet muda
Wah! Tentu ada yang sukar nak percaya.Kajian saintifik menunjukkan orang yang aktif seks akan sentiasa bertenaga,sihat mental dan fizikal.Mereka hidup dalam keceriaan.Jadi tidak mustahil kemudaan itu akan berkekalan.Contoh mudah yang boleh kita perhatikan kepada suami atau isteri yang mendapat pasangan yang muda.Logiknya usia pasangan muda lebih bermotivasi melakukan hubungan intim.Mereka menampakkan kekal muda baik kepada si suami atau kepada si isteri.Tentulah tidak sukar untuk menjadi muda semula dengan syarat untuk menjalani kehidupan aktif seks.Cuma jangan terlalu obses sehingga menyebabkan tiada kerja lain selain seks.
*Sumber info: Dr Nor Ashikin Mokthar,Pakar Sakit Puan (The Star –15/8/10)
Sekilas pandang,
Informasi ini adalah perbincangan secara ilmiah.Tidak ada persamaan dengan cerita khayalan dan cerpen lucah yang banyak dalam internet hari ini.
Hanya hubungan suami isteri yang diikat dengan pernikahan sahaja layak menikmati hubungan intim.Itulah hakikat sebenarnya.
p/s : Sesiapa yang mencari peluang buat duit online boleh rujuk dekat [ SINI ]