Selepas Bajet 2014 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini menyebabkan ramai yang tersenyum gembira.Dalam pada itu juga ada yang masih keliru,risau dan berfikir negatif berkenaan Bajet 2014 tersebut.
Isu subsidi gula telah dimansuhkan telah memberi impak kenaikan harga barangan yang berkaitan.Saya berpendapat kenaikan minuman dan barangan berasaskan gula dapat mengurang tahap pengambilan kita dalam diet seharian.Gula yang diambil berlebihan mengundang mudarat kesihatan.
Apa yang agak menarik untuk dibincangkan ialah berkaitan GST atau Cukai Barangan Dan Perkhidmatan.Golongan pemimpin dan tokoh intelektual menyokong tindakan pihak kerajaan.Ada juga suara sinis yang kurang bersetuju.Perlu diingatkan juga negara memerlukan pendapatan untuk mengurus negara.Hasil pendapatan tentulah melalui cukai itu dan ini.
Malaysia cuma mengenakan GST terhadap barangan terpilih dalam 6 peratus sahaja.Angka ini adalah yang terendah di Asia Tenggara.Kebanyakan negara di dunia mengenakan caj GST dalam 10 peratus.
GST di Malaysia mengecualikan 6 jenis barangan dan perkhidmatan.Rasionalnya supaya golongan berpendapat rendah tidak begitu terasa bebannya.
1.Makanan asas
2.Perkhidmatan kesihatan kerajaan
3.Pendidikan
4.Penggangkutan
5.jual beli dan sewa rumah kediaman
6.perkhidmatan kewangan
Menurut info muktakhir GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015.Ada banyak masa lagi untuk rakyat negara bersedia mental dan fizikal
Ihsan gambar : Google image
Sekilas pandang,
Sebagai rakyat Malaysia berita berkenaan GST bukan perkara yang membolehkan kita melatah tanpa dipandu akal fikiran yang waras.Memang ada hikmah dan manfaat kepada semua kita.
p.s: Perhatian untuk mereka yang berminat untuk menjana duit online ada di SINI