google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Pantang Larang Sebelum Tidur | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Pantang Larang Sebelum Tidur

l2s36

 

Orang tua-tua selalu mengingatkan kita tentang pantang larang.Buat itu tidak boleh.Buat ini tidak boleh.Kadang-kadang kita rasa pelik dan janggal dengan pantang larang.

 

Namun begitu pantang larang ada hikmahnya.Ada kebaikan yang tersurat dan tersirat.Terpulang kepada kita untuk percaya dan akur dengan pantang larang tersebut.

 

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi tentang pantang larang sebelum kita tidur.Saya perolehi pantang larang ini melalui sebuah buku yang berjudul Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh yang ditulis oleh Abu Hudzaifah

 

Saya ubah suai pada tempat yang sepatutnya supaya relevan dengan bahasa orang blogger.Namun isi penting saya kekalkan supaya mesej tidak lari dari kandungan asal.

 

Berikut adalah pantang larang yang harus kita hindari sebelum tidur.Kalau dapat elak sudah tentu besar manfaatnya.Jika sukar untuk menghindarinya tidak bermakna bala akan menimpa.Ia cuma panduan asas yang ditunjukkan untuk kepentingan umum.

 

1.Jangan makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur

 

Orang yang kekenyangan sukar untuk bangun awal pagi.Badan akan berasa terlalu berat.Kemungkinan juga kita membebankan sistem pencernaan.Malah kandungan kalori yang tidak digunakan menyebabkan kolestrol dalam badan meningkat.Sudah tentu memberi implikasi negatif kepada kesihatan.

 

2.Jangan keterlaluan memberi keselesaan dalam bilik tidur

 

Secara logiknya kita berhak untuk mendapat rehat yang mencukupi dengan tidur senyenyak yang mungkin.Tambahan pula kepada mereka yang penat dan letih bekerja seharian.Perlu diingatkan hidup ini bukan sekadar untuk tidur.Kita ada tujuan yang lebih murni daripada itu.Tilam yang empuk,bantal yang tebal dan suasana yang sangat selesa mengundang kita untuk tidur lebih masa.Akibatnya solat subuh sukar untuk dilaksanakan.Kita jadi lalai dan longlai untuk menghadapi cabaran pada hari tersebut.

 

3.Jangan tidur dalam keadaan meniarap

 

Rupa orang tidur meniarap memang jelek.(jangan pulak terasa).Nasib baik kamar tidur itu rahsia kepada orang luar.Cuma kalau pelajar asrama mereka tiada pilihan.Bilik yang luas menempatkan puluhan pelajar sudah pasti sangat terbuka.Jadi kelihatan pelbagai ragam dan stail masing-masing.Stail yang kurang baik ialah tidur meniarap.Ada hadis yang menyatakan tidur secara meniarap umpama cara penduduk neraka berbaring.

 

4.Jangan tidur di tempat yang tiada atap

 

Semasa kita tidur pelbagai kemungkinan boleh berlaku.Bayangkan kita tidur ditempat terbuka dan ada benda yang jatuh dari atas. Kita tidak boleh elak.Sebabnya kita tidur dan pasti tidak sedar diri.Bagaimana kalau tahi burung yang jatuh.Lebih dahsyat lagi  kalau tahi bintang seperti meteor.Lagi naya kita dibuatnya.Lainlah sudah terpaksa sebagaimana kisah Bersamamu TV3.Tidur berbumbung bintang dan berlantaikan  tanah.

 

5.Jangan melampaui bergurau senda sebelum tidur

 

Menghadapi saat tidur umpama berdepan kematian kecil.Oleh kerana kita ketawa terbahak-bahak atau bersembang kosong terlalu lama,sudah pasti melalaikan hati.Kesan hati yang lalai dan seterusnya hati mati amat merugikan.Kita tiada jaminan untuk dapat bangun lagi keesokkan harinya.Bagaimana kalau mati dalam tidur dengan cara mengejut.Belum sempat bertaubat dan tidak terfikir untuk perkara ini berlaku.Yalah kalau hati sudah mati sebelum tuan punya badan itu mati.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Pantang Larang Sebelum Tidur . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/pantang-larang-sebelum-tidur.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 11 April 2013

15 komentar untuk " Pantang Larang Sebelum Tidur "

Unknown said...

Salam manis di hari Khamis yang gerimis.. :D

Terimakasih atas info yang sungguh bermanfaat ini....Ummi setuju sangat-sangat...sebelum tidur juga kita diharuskan membaca doa...agar terhindar dari gangguan syaitan... :D

Dkna Abza said...

info menarik... tapi kalau orang nak naikan berat badan, selalu makan lewat malam.. hehehe

mrhanafi said...

sepatutnya begitu amalan sebelum tidur...baca doa dan berwudhuk.

mrhanafi said...

makan secara konsisten makanan yang berkhasiat boleh naikkan badan seperti yang dihendaki.

mycahayacinta@gmail.com said...

cahayacinta.com

semua ada sebab boleh di terima tapi kita sering tidak endahkannya..

mrhanafi said...

kita boleh ikut mana yang kita rasa sesuai..

tehr said...

ada orang kata
petua lama ni, mujarabnya lebih baik berbanding segantang ubat
memang banyak hikmahnya

Unknown said...

Assalamu'alaikum.. :)


Terkena segi bertanda di mata,
Makin menusuk merengus malas,
Disapu ubatan denganlah tangan;
Ke mana pergi tiada berita,
Mungkin sibuk mengurus tugas,
Dirmu kesihatan apakah gerangan.

mrhanafi said...

petua begini sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan..

hafizmohd.com said...

Mmg ada baiknya petua org tua2 ni...

Petua dikeluarkan selepas mereka sendiri merasainya =)

p.s. sekadar pandangan ambe,mungkin lebih menarik dan memudahkan pengunjung utk meninggalkan respons jika tiada verification code. sekadar pandangan

mrhanafi said...

terima kasih atas peringatan bro..saya dah cuba beberapa kali untuk setting zero kan verication code.harap kali ini berjaya pula.

suri said...

nak tdo jangan sebut kisahkan pasal hantu2 ya geee

mrhanafi said...

baca surah Ayatul Kursi untuk pedinding Insya Allah.

JomJalan said...

Setuju sgt dgn tip2 tu.

Makan sebelum tidur mmg buat susah bangun solat Subuh.

mrhanafi said...

makan awal...sebelum waktu maghrib