google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Rahsia Tentang Otak Yang Orang Tak Nak Tahu | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Rahsia Tentang Otak Yang Orang Tak Nak Tahu

imagesAtas rasa ingin berkongsi  saya cuba mendedahkan informasi penting ini.Saya bersyukur kerana berjaya menemukan dalam sebuah buku yang hebat tulisan Fazrul Ismail yang berjudul Pemikiran Sistemik.Saya cuma mengutip sedikit sahaja dan selebihnya boleh dapat sendiri dari buku ini.Saya telah mengolah semula supaya dapat dibaca secara santai dalam blog ini.Jangan pula terlalu serius nanti stress.

Ada orang yang  selalu mempersendakan ‘otak’ individu lain.Ketika marah maupun semasa bergurau otak seseorang akan menjadi bahan tempelakan yang menyakitkan . Antara dialog yang biasa kita dengar ialah :

“ Engkau nie harapkan badan sahaja besar tapi otak kecik”.

“Mana lu punya otak taruh bawah lututkah?”

“Tak ada otakkah, barang senang macam nie pun tak dapat buat”

Ungkapan di atas sewajarnya kita lupuskan dalam perbualan harian.Kita seolah-olah kita merendahkan kehebatan otak yang banyak berjasa kepada kita selama ini.

Sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dengan organ otak ini.Otak adalah sistem organ yang kompleks dan diklafikasikan oleh saintis sebagai Super Bio Komputer.Otak manusia berfungsi  menggunakan sel neutron yang bersambung satu sama lain.Penggunaan otak secara efektif akan membolehkan sel –sel neutron bertambah lebih banyak.

Perlu difahami bahawa neutron akan berkomunikasi dengan neutron yang lain menggunakan medium dikenali neutrotransmiter.Otak manusia ada 6 neurotransmiter yang berfungsi untuk menjalankan tanggungjawabnya yang berbeza-beza kepada manusia.Berikut ialah nama-nama neurotransmiter atau juga dikenali sebagai hormon.

1.Asetilkolina

Hormon ini adalah berfungsi untuk proses pembelajaran dan ingatan.Kekurangannya menyebabkan kita sukar untuk memahami dan mengingati apa sahaja bentuk pembelajaran.Tidak mustahil ramai yang tercicir di sekolah maupun di universiti sekiranya hormon Asetilkolina terganggu dalam sistem otaknya.Saya tergolong dalam kumpulan ini kerana tak cukup pandai untuk masuk pusat pengajian tinggi suatu ketika dahulu.

2.Dopamine

Ia bertanggungjawab untuk memastikan pergerakan otot kita dalam keadaan normal.Sukar untuk dibayangkan kalau hormon ini terganggu.Mungkin menjadi lumpuh atau menjadi supernatural seperti watak adiwira Plasticman.Selain itu hormon Dopamine membolehkan kita menumpu perhatian terhadap apa-apa aktiviti yang kita lakukan.Contohnya khusyuk dalam solat.

3.Epinefrina

Hormon Epinefrina bertugas untuk menaikkan degupan jantung dan tekanan darah apabila berdepan dengan situasi cemas ‘lawan atau lari’.Mekanisma ini penting untuk menyelamatkan diri demi kelangsungan hidup.Mangsa ragut selalu menghadapi situasi ini.Mereka boleh pertahan beg tangan mereka dengan lawan balik atau biarkan peragut melarikan beg tangan supaya  tidak diapa-apakan.Mereka cuma perlu berteriak “tolong! tolong! beg saya! " sekuat hati.

4.Gaba

Teringat saya kepada watak kartun Gaban.Sekarang ini mana ada lagi.Hormon Gaba adalah untuk penenang fikiran.Kekurangannya menyebabkan kita resah,  panik dan bimbang yang melampau.Sebab itu ada orang yang mengamuk tanpa sebab yang jelas.Biasanya mak dan ayah akan gelisah seperti cacing kepanasan apabila mengetahui anak dara mereka belum pulang dari rumah kawan  sejak semalam.

5.Norepinefrina

Hormon ini membantu kebolehan memberi konsentrasi seperti juga hormon Dopamine.Dengan adanya hormon tersebut kegiatan harian berjalan lancar.Kita tidak akan seperti  anak hyperaktif yang boleh lari sana sini.Kita tidak akan keliru aktiviti mandi dengan memasak.Bahkan kita boleh membaca suratkhabar sewaktu menonton tv di ruang tamu.Malah sewaktu isteri membebel pun kita boleh fokus untuk kemaskini blog,Facebook ataupun Tweeter.

6.Serotonin

Fungsi Serotonin adalah untuk memberi rasa kegembiraan.Otak kaum wanita dikatakan hanya menghasil 2/3 serotonin berbanding kaum lelaki.Ini bermaksud kaum lelaki lebih gembira dan ceria.Sebaliknya kaum wanita pula lebih cenderung untuk mengalami tekanan perasaan.Secara biologinya kaum lelaki perlu berkongsi kegembiraan dengan kaum wanita melalui ikatan perkahwinan.Jadilah seorang suami tempat pelindung kepada isteri dalam kehidupan harian.

Ternyata  otak terlalu kompleks untuk dibicara sepintas lalu.Ketidakupayaan kita memahami dan menghargai kehebatan otak boleh mensia-siakan anugerah yang terindah dalam hidup ini.Maka ada logik juga kenapa otak berada di atas kepala berbanding kepala lututnya letaknya dibawah.

p/s: picture   source : www.google.com
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Rahsia Tentang Otak Yang Orang Tak Nak Tahu . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/rahsia-tentang-otak-yang-orang-tak-nak.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Tuesday 23 April 2013

14 komentar untuk " Rahsia Tentang Otak Yang Orang Tak Nak Tahu "

Hairul Azni said...

Baru tahu tentang 6 jenis neurotransmiter ni..terima kasih..

suri said...

otak kira kanana selau guna, satu otak utk mengira satu utk befikir tindakan

akubiomed said...

Hanya peratusan kecil digunakan dari fungsi otak.

lynmunir said...

Artikel yang mantap . Suka baca.

mrhanafi said...

sama2...dulu saya selalu dengar serotinin sahaja.

mrhanafi said...

guna otak kira dan kanan supaya lebih bijak.

mrhanafi said...

kalau guna banyak kita akan jadi orang genius dalam dunia ini.

mrhanafi said...

terima kasih dan saya harap dapat kongsikan info lebih baik lagi.Insya Allah.

titan said...

haha. aku tak tahu. yang aku tahu, otak aku kena kerja untuk aku.

Unknown said...

keh3 .. baru tahu ni, guna je laa otak ..otak untuk digunakan.hehe

Unknown said...

sudah terang lagi bersuluh cendol depan sungai Pahang lagi sedap ..tak caye ? heheeh

mrhanafi said...

cendol ada glukosa untuk tenaga otak...

mrhanafi said...

ada ramai yang tak nak tahu...cuma tahu guna otak je..itu yang bagus

Hafizul said...

Hehe..ada sesetengah perkara yang saya baru ketahuinya..hehe.terima kasih bro kongsikan ilmu mcm ni..hehe