google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: January 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Buku Tentang Cara Menangani Kehilangan Data Komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Buku ini sudah lama saya baca.Lama juga terperap dalam draf.Ada banyak sebab saya tidak terbitkan dalam entri blog ini.Ada saya simpan dalam blog khas.

Akhirnya saya ambil keputusan terbitkan sahaja untuk sebaran dan perkongsian.Saya ulas buku tersebut seringkas mungkin supaya sesuai dengan gaya blog.

Sekian.Terima kasih.

IMG_2201

 

Judul:Cara Mengendali Data Komputer Dari

kerosakan,Virus atau

Hilang Tanpa Sengnaja

Penulis:Bardy Joko Setiawan dan Sartono Agus

Penerbit:SynergyMedia

Ketebalan:78

Harga:RM13.90

Ulasan Buku

Kemahiran mengendalikan komputer amat penting dewasa ini.Heboh suatu ketika dahulu menyatakan bahawa sesiapa yang ada sijil komputer mudah mendapat pekerjaan.Sama ada benar atau tidak masa sudah membuktikan bahawa kemahiran komputer satu kemestian kepada sesiapa sahaja.Bukan untuk mendapat pekerjaan semata-mata malah kegunaan hal-hal peribadi sekali pun.

 

Selain kemahiran mengendalikan komputer,pengetahuan dalam menangani masalah kehilangan menjadi nilai tambah kepada seseorang.Bayangkan sahaja kerja-kerja dokumentasi maklumat yang telah dilakukan berbulan-bulan dan ada juga bertahun-tahun hilang begitu sahaja kerana kesilapan kecil yang tidak disengnajakan.Sudah pasti kemahiran mendapat fail fail yang hilang ini berguna kepada golongan pelajar,penyelidik dan sesiapa sahaja yang berkaitan.

Mengapa Zalimi Isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi salah satu buku yang telah saya baca.Ulasan sudah saya buat.Saya cuba sedaya upaya mendekatkan mesej buku ini kepada pembaca blog.

Sekian.Terima kasih.



Judul: Mengapa Zalimi Isteri
Penulis:Dr Najah Binti Ahmad Zhihar
Penterjemah:Arif Munandar
Ketebalan :216
Penerbit:SynergyMedia
Harga :RM21.50

Ulasan Buku

Buku ini dalam kategori siri dosa manusia.Dipaparkan menggunakan bahasa yang mudah,padat dan tepat.Tambahan pula ia adalah buku terjemahan dari bahasa Arab.

Sudut pandangan si penulis banyak berkisar kepada dunia Asia Timur.Namun masih relevan untuk diadaptasi ke dunia masyarakat Malaysia khususnya dan Islam amnya.Malah jauh lebih baik dari ilmu kekeluargaan yang kita kutip dari dunia barat yang berpaksikan keduniaan semata-mata.

Oleh kerana penulis adalah orang Islam sudah menjadi satu kewajipan buku ini dititipkan dengan banyak ayat-ayat Al Quran dan petikan Al Hadis.Ternyata bahagian ini menjadi perbezaan ketara berbanding buku yang ditulis oleh orang bukan beriman.Ilmu sebaik manapun jika tidak bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan kecintaan kepada Rasullulah SAW sudah hilang roh keberkatannya.


5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru)

5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru)




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ramai yang berminat untuk menjadi penulis blog atau lebih tepatnya blogger.Ini kerana kerjaya sebagai blogger telah dihebahkan boleh menjana pendapatan lumayan.Malah ada yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit  sebulan.

Kerjaya  blogger tidak perlukan kelayakan akademik seperti kerjaya lain.Ada asas komputer sudah memadai.Pendek kata sesiapa pun manusia di muka bumi ini layak untuk menjadi seorang blogger.

Namun begitu adakah begitu mudah untuk mendapat duit melalui blog? Jawapannya tidak dan juga ya.
TIDAK  bagi mereka yang baru menceburinya setahun jagung.(jagung berbuah taklah sampai setahun).Sudah tentu YA bagi mereka yang sudah otai(berpengalaman)

Ada 5 perkara yang wajib diketahui tentang blog:

1.Nama blog (domain)

Domain ada yang percuma dan berbayar.Domain yang percuma biasanya boleh diperolehi dengan pendaftaran dekat Blogspot atau Wordpress.Kebelakangan ini Wordpress yang percuma kurang popular.Saya beranggapan kerana fungsinya sangat terhad.Faktor pemilihan domain sangat penting.Ia menggambarkan imej dan krebiliti pemiliknya.Cuba elak untuk memiliki domain yang kurang sopan.Silap hari bulan orang beranggapan yang bukan-bukan terhadap kita.

2.Penyedia tempat  blog (hosting)

Hosting yang percuma boleh diperolehi dengan pendaftaran domain di blogspot dan Wordpress.Proses ini sudah siap pakej dengan nama domain yang menggunakan Blogspot dan Wordpress.Ada juga yang lain cuma tidak begitu popular.Bagi mereka yang baru-baru berjinak burang merpati (sepatutnya blog) boleh belajar di Blogspot atau Wordpess dahulu.Gunakan kemudahan percuma  sebelum berfikir tentang tempat berbayar.Sudah ramai otai blog menggunakan method ini.Mereka daripada kosong dan kemudiannya penuh dengan pengalaman,info dan duit.

3.Tema (niche)

Niche sangat penting dan berpengaruh dalam dunia blog.Rata-rata mengakui bukan mudah untuk mendapatkan niche yang serasi dengan jiwa dan pengetahuan mereka.Ada blog yang hanya memfokuskan satu niche sahaja.Tidak kurang juga yang buat rojak blog (bukan rojak buah) iaitu menghimpunkan pelbagai niche dalam satu blog.Mereka mengkategorikan setelah buat entri.Pembaca yang bijak memilih untuk membaca blog berdasarkan niche yang diminati.

4.Isi kandungan blog(entri)

Pihak Google Adsense sentiasa mencanangkan ‘love content’.Pembaca pun begitu.Mereka perlu entri yang boleh menyelesaikan masalah mereka.Tidak kira masalah perbadi atau masalah negara.Entri yang berkualiti dan bermanfaat menjadi buruan para pembaca.Jadi sebagai penulis blog sudah berwajipan untuk menulis entri blog mereka dengan baik dan matang.Buat kajian sebelum menulis supaya hasilnya menampakkan krebiliti.Jadi pembaca akan terikat dan setia untuk mengikuti perkembangan entri yang kita hasilkan.Usahakan untuk selalu kemaskini entri blog.

5.Promosi jaringan blog(link blog)

Apalah gunanya jika blog cantik dan entri menarik tetapi tiada pelawat atau pembaca yang datang melawat.Mempromosi blog adalah cara untuk menarik pelawat datang.Pelbagai teknik dan kemahiran promosi link blog sekarang ini.Sebagai blogger mentah (masih baru) seperti saya ini aktiviti blogwalking atau singgah di blog orang adalah latihan wajib.Baca entri blog orang lain dan beri komen pada ruangan yang disediakan.Jika sudah mahir sedikit guna kaedah Ping kan entri.Masuk kumpulan blogger dan sertai program mereka.Mahu lebih hebat lagi guna kemahiran SEO untuk tarik trafik berganda-ganda.Kemahiran ini boleh dipelajari perlahan-lahan.Buat sementara promosi boleh dilakukan dalam Facebook,Tweeter dan Youtube.Lagi banyak lagi baik hasilnya.

p/s:Ambil perhatian bahawa apa-apa yang saya tulis berdasarkan pemahaman blogger yang masih baru tentang dunia blog.Mungkin ada salah sini dan sana.Harap ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama.Kesilapan kefahaman hanya dapat diatasi dengan rujukan entri yang berwibawa.

Sekian.Jumpa lagi.

Anak Punya Lukisan


Menu Menyelerakan

May I Speak English?

May I Speak English?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kisah Saya Dalam Nostalgia Berbahasa Inggeris buat pertama kalinya.

Sekitar tahun 1988 saya merupakan seorang pelajar tahun 6.Kalau tak silap cuti penggal persekolahan.Masa tersebut berada di kampung sepupu yang agak jauh di pendalaman.

Ada seorang budak kampung berkenaan ingin berkenalan. Ketika itu saya memulakan komunikasi bahasa inggeris yang agak pelat dan kelakar.Seingat saya mereka dalam 2 atau 3 orang.Waktu senja dan pastinya muka kami tidak kelihatan dengan jelas.Suasana kampung .Lampu neon yang bergemerlapan seperti di bandar hari ini umpama jauh panggang dari api.

Dengan penuh yakin saya menyebut 'my name is .......(nama glamer kampung) and how are you ? 'Habis sahaja saya bercakap, mereka ketawa berderai-derai bagaikan nak pecah perut.Lantas seorang dari mereka dengan sinis menyatakan 'wow speaking English'..lawa ( sombong) sungguh.Kesannya saya merasakan muka saya terasa 'merah dan padam'.

Akibat peristiwa ini semangat saya untuk berbahasa Inggeris semakin luntur dan tidak bermaya.Masuk sahaja ke sekolah menengah pencapaian saya dalam bahasa Inggeris timbul dan tenggelam.Bahasa mudahnya ada  lulus dan selebihnya gagallah jawapnya.He..he..he.

Setelah sedekad berlalu dan menjejaki alam pekerjaan kemampuan berbahasa omputih saya masih ditakuk lama.Peningkatan tidak begitu ketara sehinggalah pada hari saya bekerja di sebuah syarikat pemprosesan cokelat.Macam kebetulan pulak saya dilantik menjadi Juruteknik Pemprosesan.Syarikat ini secara teorinya mengutamakan  bahasa Inggeris namun praktikalnya seratus peratus bahasa Melayu.Sebab utama golongan majoriti pekerja adalah orang Bumiputera.Cuma tauke besar sahaja bukan bumiputera.

Hampir seminggu bekerja saya sudah diajar selok belok tugas dan hal berkaitan syarikat.Ketika tugas menulis laporan dalam buku kerja sekali lagi saya mencipta kelainan.Apa tidaknya sebelum ini laporan ditulis dalam bahasa Melayu.

Nantikan kisah selanjutnya dalam update blog  yang akan datang...

Selamat membaca.

Sekian.Mohon permisi.Kita sebar dan kita kongsi untuk kebaikan.

Teknik Gempak : Tulis Entri Blog Secara Offline

Teknik Gempak : Tulis Entri Blog Secara Offline

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Saya ingin berkongsi cara saya tulis entri blog.Mungkin cara orang lain lebih baik.Jadikan cara ini sebagai pilihan jika tiada akses internet.Line yang bermasalah atau malas nak online.

Jika sebelum ini saya guna ms word sahaja.Kadang-kadang guna notepad.Semua aplikasi ini ada baik dan buruk.Notepad tiada banyak pilihan untuk mencantikkan artikel.MS word atau MS Word pad pula tiada aplikasi untuk terbitkan blog.

Jadi bagi yang belum tahu tu cubalah aplikasi Window Live Writer.Aplikasi ini ada dalam Window 7.Window yang ke bawah saya tak pasti pula.Kita boleh cari dalam bahagian All Program.Susah susah taip sahaja kat ruang search program and files.

Banyak kelebihan menggunakan aplikasi ini.Antaranya kita dapat buat draft berdasarkan theme blog yang kita punya.Amat menjimat masa kerana  kita boleh terbitkan entri dari Window Live Writer terus online.Namun pastikan kita ada sambungan ke internet dulu.Risau kalau ada yang silap faham.

Dalam Window Live Writer juga kita boleh buat hyperlink,masukkan gambar dan video sekali.Apa-apa pun aplikasi ini sama seperti kebanyakan fungsi Window yang lain.Tauke yang sama katakan.

Saya rasa bagi yang belum pernah cuba silakan berbuat demikian.Mudah dan senang.Buat dulu baru tahu.Kepada mereka yang lebih advance silakan kongsi kepada kami yang baru belajar buat blog.

Sekian sembang santai kita kali ini.Jumpa lagi. Kita kongsi dan kita sebarkan kebaikan.

p/s: Teknik Gembak: Tulis Entri Blog Secara Offline

Kisah Benar Yang Terbongkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



Saya ingin memperkenalkan diri ke rakan-rakan blogger yang lain.Orang kata tak kenal maka tak cinta.Perlu faham bahawa cinta itu merujuk kepada kesukaan yang lebih kepada dunia blogger.

Saya pertama kali menggunakan perkhidmatan internet pada tahun 1999.Ketika itu berada  di siber cafe dekat KL dengan bayaran RM10  sejam.Saya seperti rusa masuk kampung.Langsung tak reti nak buat.Apa yang ingat klik sana dan klik sini.
Sepuluh tahun kemudian sekali lagi saya aktif berinternet dan mengenali dunia blog.Saya buat blog menggunakan blogspot.Ada mencuba guna Wordpress.Langsung tak reti pulak.Memang jenis lambat panas dalam hal-hal komputer.Blog pertama yang saya cipta ketika itu ialah http://mypowerfulnetwork.blogspot.com

Selama beberapa bulan saya berkesempatan berblogging.Saya belajar promosi blog dan sertai beberapa program affiliate.Tidak lama selepas itu saya berhenti  dalam dunia internet.Saya terpaksa menjual laptop(jenis Vaio keluaran Sony) atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan.Selepas itu saya sekali-sekala online sama ada di tempat kerja,siber dan pinjam kawan punya.

Akhirnya pada bulan Disember 2012 saya sekali lagi diberi peluang kembali ke dunia internet menggunakan laptop kelurga.Saya terus aktifkan blog http://jutawanpantun.blogspot untuk teruskan cinta saya kepada aktiviti blogging.Selama 2 bulan saya bersama blog tersebut sekali lagi saya buat keputusan yang mengemparkan.Saya migrasi ke blog ini.Begitulah mukadimah kepada entri kepada tajuk di atas.

Nama penuh saya Mohd Hanafi Abdullah.Saya seorang mualaf sejak tahun 1999 selepas mendapat hidayah dari Allah SWT.Saya berketurunan Melanau dari daerah Dalat,Sibu Sarawak.Saya sudah mendirikan rumahtangga pada tahun 2002 dan dikurniakan 3 cahaya mata.Seorang putera dan dua orang puteri.

Saya pernah bekerja di Selangor selama 3 tahun.Selepas itu balik ke Sarawak dan mendapat kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat multinasional.Setelah 10 tahun berkhidmat, saya mengambil keputusan untuk berhenti dengan alasan untuk menceburi perniagaan.Saya menyiapkan diri dalam perniagaan berbekalkan sedikit modal dan sedikit pengalaman.Semangat berlebihan pula.

Bukan niat saya untuk memburukkan perniagaan MLM.Perniagaan MLM yang saya usahakan tidak menjadi.Saya habis wang dalam ASB dan  kehilangan kereta yang saya beli sewaktu bekerja.Saya kembali bekerja.Tiada kerja tetap.Sudah pasti pendapatan tidak cukup untuk menyara keluarga.Saya hidup bawah tekanan kerana tidak cukup wang.Jika dulu agak selesa kini dalam kesempitan memerah keringat supaya hidup pulih seperti sedia kala.Cuma masa yang menjadi penentunya.

Dalam kesukaran begini saya tetap berimpian untuk menjadi seorang yang berjaya mencipta nama dalam bidang diminati.Minat utama saya kepada bidang latihan dan motivasi.Saya mahu menjadi Perunding Pembangunan Diri yang memiliki syarikat sendiri.Destinasi memang jauh tetapi berimpian besar seolah-olah menjadi minyak untuk membakar keinginan tersebut supaya sentiasa membara.

Minat yang kedua saya dalam dunia blog.Meskipun terkial-kial nak buat blog saya tetap berazam menjadi blogger profesional yang boleh menjana pendapatan.Kerjaya sebagai blogger belum setanding seperti doktor,pensyarah,guru dan sebagainya.Itu pendapat saya .Namun blogger ada keistimewaan yang tersendiri.Mereka boleh menjadi sumber maklumat,pendidik online dan agen perubahan.Atas alas demikan saya akan menjadi blogger amatur sebelum manjadi profesional suatu ketika nanti.Insya Allah.

Saya dengan rasa rendah hati memohon otai-otai bloggger diluar sana dapat membimbing saya supaya berjaya mencapai impian saya.Berilah tunjuk ajar,teguran membina dan perkongsian ilmu seikhlas hati.Mana tahu ilmu yang disampai itu menjadi amal jariah kepada kalian.Kita akan kongsi dan sebarkan supaya mereka yang memerlukan akan mendapat faedah dan manfaat.Mudah-mudahan usaha kecil kita ini menjadi ibadah fardu kifayah.Seterusnya Allah SWT memberkati hidup kita di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat kelak.Amin.

Sekian sembang santai kita kali ini.

Maaf dipinta jika terkasar bahasa.

Mohon permisi.
Keputusan yang mengemparkan!

Keputusan yang mengemparkan!

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hendaknya.

Setelah beberapa minggu berblogging secara ‘Try and Error’ dengan blog ini  saya terpaksa mengambil keputusan  yang drastik untuk mencipta blog baru iaitu ingathanafi.blogspot.com.Harapan agar nama blog terbaru itu lebih diingati dan nampak lebih profesional.Sudah tentu saya berimpian untuk ada domain dan hosting sendiri.Jadi ada keseriusan untuk berblogging sepanjang masa.

Selama  2 bulan saya menggunakan jutawanpantun.blogspot.com untuk aktiviti blog.Terdapat 24 entri yang saya karang telah diterbitkan.Malah saya tidak sempat mengetahui data tentang backlink yang saya tinggalkan sewaktu aktiviti blog walking dan pertukaran link.Sudah pasti agak banyak.Dengan blog ini juga saya kerap promosi melalui Facebook dan Tweeter.Pelbagai program affiliate sempat saya sertai termasuk Amazon.com.

Dari segi masa dan tenaga  saya akui memang rugi kerana tidak meneruskan lagi menggunakan blog tersebut.Dalam masa yang sama juga saya mesti bertindak bijak dan matang dalam menentukan hala tuju dalam dunia blog ini.Diakui proses belajar memang perlu pengorbanan..Itulah harga yang saya bayar untuk melalui itu semua.Tranformasi ke blog baru menuntut peluang untuk menerokai dunia blog secara agresif dan tuntas.

Alasan yang kuat untuk tidak bersama blog lama kerana faktor teknikal.Google melaporkan link blog lama banyak yang ‘rosak’.Perkara ini menjejas peluang saya tarik trafik menggunakan SEO.Jadi buat blog barulah jawapnya.

Selain itu blog lama mempunyai niche yang terbatas.Niche pantun dan blog  review kurang memberi motivasi untuk saya berkarya.Saya perlu menulis isi entri berdasarkan keperluan pelawat.Jika tidak blog tersebut tiada nilai komersial.Tiada pelawat menyebabkan kita syok sendiri tulis blog kecuali blog diari peribadi.

Kini saya redha dan menerima hati terbuka dengan apa yang telah berlaku.Saya mahu fokus dan konsisten untuk blog baru.Harapan baru.Cuma yang tak sedapnya memulakan baru langkah-langkah membuat blog.Hikmah yang telah  saya pelajari cukup jelas.Hidup perlukan cabaran,kesulitan,kesukaran dan saat-saat kritikal supaya kita merasakan kita tiada daya langsung melainkan semuanya atas keizinan Allah SWT.Kita mesti ingat Allah SWT dengan berdoa dan beramal ibadat supaya kita lebih dekat kepadaNya.Insya Allah.

Sekian sembang santai kali ini.Mohon permisi.