google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: July 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Youtube Portal

Loading...
Powered by Blogger.

Jom Follow

About Me

My photo

Blogger yang suka blogging dan blogwalking.Minat menulis dan berkongsikan maklumat demi manfaat manusia sejagat.


Catatan Popular

MELAYU BOLEH

Salam 1Malaysia,




Melayu Boleh




Kontes SEO pada kali ini cukup mencabar.Cabaran pertama bukan untuk menang hadiah wang tunai yang lumayan.Cabaran sebenar ialah untuk membersihkan kata kunci Melayu Boleh.



Saya bukan orang Melayu.Namun bukan alasan untuk tidak berbangga dengan orang Melayu yang kini terkenal dengan Melayu Boleh selain daripada Malaysia Boleh.


Menurut fakta sejarah,bangsa Melayu merupakan penduduk asal Nusantara yang terdiri daripada Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei dan Selatan Thailand.Kini bangsa Melayu berada di mana-mana sehinggalah di Afrika,England,negara Eropah,Amerika Syarikat dan seluruh pelusuk muka bumi ini.Pendek kata orang Melayu Boleh berada semua tempat.


Kehebatan orang Melayu bukan kerana populasi sahaja.Orang Melayu boleh diiktiraf sebagai penduduk yang menggunakan bahasa Lingua Franca ketika kesultanan Melayu Melaka.Maksudnya bahasa yang menjadi perantaraan para pedagang dari Timur maupun Barat.


Pada masa kini bahasa Melayu Boleh mendominasi blog-blog di Malaysia dan Indonesia.Saya sendiri memiliki dua blog berbahasa Melayu.Kalau ada 100 ribu atau lebih blog berbahasa Melayu sudah tentu pengaruhnya cukup besar.


Cuma ada negara yang lebih  menamakan bahasa Melayu mengikut nama negara masing-masing.Pada hakikatnya mereka tetap menggunakan bahasa Melayu.Jadi bahasa Melayu Boleh diketengahkan sebagai bahasa alam maya kedua popular selepas bahasa Inggeris.


Dalam bidang agama bahasa Melayu Boleh memperluaskan syiar Islam.Kitab Al-Quran yang manuskrip asalnya bahasa Arab dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.Ramai yang dapat memahami isi kandungannya.Hanya insan yang terpilih sahaja mampu membaca al Quran dan memahami tanpa terjemahan bahasa Melayu.Alhamdulillah setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maka orang Melayu Boleh faham secara keseluruhannya.


Bukan itu sahaja manuskrip asal al Hadis turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Boleh digunapakai oleh kita semua.Ramai yang bisa memahami dan seterusnya cuba mengamalkan dalam kehidupan harian.Insya Allah.


Sekilas pandang,

Mustahil Melayu Boleh terkalah baik dalam bidang teknologi,agama,ekonomi dan sejarah.Meskipun kita tidak digalak terlalu racism namun soal kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu Boleh dipertahankan sampai bila-bila.


Berbanggalah kerana lahir sebagai orang Melayu yang terpuji akhlaknya selari dengan syariat agama Islam.


Sekiranya ingin  menyemarakkan lagi kontes SEO Melayu Boleh 2013 silakan baca dan fahami terma-termanya di SINI.


***kemaskini terkini secara auto****


Link para penaja:


Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLalili, AsyrofStudio, Boni Kacak, MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang, NurMujahidah, Pondok Kecil & Pelik [dot] My

Transformasi Minda Untuk Menjadi Usahawan Kaya

 

Salam 1Malaysia,

 

Semua orang ada cita-cita untuk menjadi kaya.Kalau tidak secara langsung mungkin jauh dalam hati mereka untuk menjadi orang kaya walaupun sehari.

 

 

Jalan untuk menjadi orang kaya sudah terbukti melalui perniagaan.Maknanya langkah untuk menjadi orang kaya ialah dengan menjadi seorang usahawan.

 

 

Perlu diingatkan bahawa cabaran dan halangan menjadi usahawan bukan calang-calang.Kita boleh jatuh jauh ke bawah.Tersungkur malah rebah menyembah bumi.

 

 

header-2

 

 

Namun jika berjaya kita akan menikmati kekayaan yang melimpah ruah.Harta banyak.Wang ringgit yang tak habis makan dan paling hebat sekali kita adalah penyumbang kepada zakat.

 

 

Di sinilah letaknya kehebatan Islam dalam bisnes dan kekayaan.Apa yang kita dapat wajib dikongsikan dengan orang yang memerlukan.Kemakmuran boleh tercapai jika orang Islam ramai yang kaya raya.

 

 

Oleh itu mari kita tukar minda untuk menjadi usahawan.Dengan menjadi usahawan peluang untuk mencipta kekayaan akan terbuka luas.

 

 

Jadi rebutlah peluang ini dengan menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dengan tema Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah..Ia dianjurkan oleh MentorNiaga.com dan WangCyber dengan kerjasama Peyatimas(Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Melayu Malaysia).

A3

 

Tempat :  Dewan Muktamar,Kompleks Pusat Islam (JAWI),Kuala Lumpur

 

Tarikh :   7 September 2013

 

Masa :    9.00 pagi hingga 6.00 petang

Konvensyen ini dibarisi oleh para panel dan penceramah yang hebat.Mereka berpengalaman luas dan terbukti telah berjaya dalam bidang masing-masing.

 

 

2

 

Peluang untuk mendapat majlis ilmu yang gilang gemilang jarang kita dapat.Sekiranya berminat dan ingin maklumat lanjut sila layari :

 

 

>>>>>www.KonvesyenUsahawanMuslim.com<<<<<

 

Sekilas pandang,

 

Berita baik kepada para blogger, anda boleh sertai kontes ini di Blog Contest #KUM2013.Jangan malu dan jangan segan.Sila sertai sekarang dan mana tahu berpeluang untuk menang.Tak menang pasti dapat tempias backlink.

8 Makna Posisi Tidur Bagi Manusia

 

Tidur adalah keperluan.Kurang tidur membawa mudarat kepada manusia.Sebaliknya terlebih tidur pula banyak keburukannya.

 

Dalam membicara hal tidur ada pelbagai posisi yang berlaku kepada manusia.Perlu difahamkan bahawa semua posisi ini bukan dibuat-buat.Ia adalah proses alami.

 

Atas sebab itu saya ingin berkongsi 8 makna posisi tidur.

 

 

1.Tidur sambil peluk isteri/suami bantal

 

Orang perempuan jika tidur begini menunjukkan sifat penyayang.Dia seorang yang mampu melindungi anaknya.Orang lelaki pula ada sifat kepimpinan.Boleh melindungi orang yang lemah dan seseorang yang boleh mengatasi apa jua cabaran.

 

2.Tidur posisi meniarap

 

Orang yang tidur begini seorang yang idealis dan suka berkhayal dengan nikmat kehidupan.Kelemahan orang tidur begini ialah tidak pernah puas dengan apa yang ada.

 

3.Tidur posisi miring

 

Orang yang tidur dalam posisi begini mampu menerima realiti kehidupan.Dia seorang yang bertanggungjawab.Kebiasaan mereka mendapat pasangan hidup yang serasi.

 

4.Posisi tidur yang tiba –tiba meniarap

 

Orang yang tidur dalam posisi begini banyak keburukannya.Antaranya dia seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan,ego tinggi dan keras kepala.Seorang yang lemah menghadapi cabaran tidak kira besar atau kecil.

 

5.Tidur dalam posisi tubuh melingkar

 

Dikatakan seorang yang berpendirian lemah.Dia ragu-ragu dalam memutuskan sesuatu perkara.Sekiranya gagal dalam sesuatu perkara dia akan cemas dan merasakan masa depannya suram.

 

6.Tidur posisi tangan di atas kepala

 

Orang begini dikatakan seorang yang cerdik dan panjang akalnya.Dia mudah untuk membantu orang lain.Keburukan yang nyata dia boleh menjatuhkan orang lain jika dia menyukai orang tersebut.

 

7.Tidur posisi kaki dan tangan yang lurus

 

Dia seorang yang mudah berputus asa dalam hidup.Bahkan terlalu mudah menyerah diri kepada keadaan.Sikap begini jika berterusan akan membawa keburukan dalam hidupnya.

 

8.Tidur selalu mengigau

 

Orang begini menghadapi konflik emosi yang serius.Arah hidupnya tidak menentu.Keseluruhan hidupnya sengsara jika tidak ada usaha untuk mengatasinya.

 

 

Sumber : Buku Membongkar Rahsia Hidup Masyarakat China tulisan Budi Liong

 

 

Sekilas pandang,

 

 

Dalam Islam posisi tidur yang terbaik ialah mengiring ke kanan.Banyak manfaat dan kebaikan.Apa-apapun sikap boleh berubah jika pemikiran kita ingin untuk berubah.

 

tidur

Sumber : google.com

WW : Dalam Pembikinan 50%

 

 

Dalam Pembikinan

Pekerjaan Kelas Pertama Di Dunia

 

Salam 1Malaysia,

 

Hampir semua orang di dunia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan.Melalui pekerjaan Allah SWT menurunkan rezeki sebagai al sebab.

 

Makhluk yang sama kelas dengan haiwan juga bekerja dan berusaha.Bezanya ia tidak menerima upah wang ringgit.Sebaliknya secara terus dalam bentuk makan sebagai sumber rezeki.

 

Dalam semua pekerjaan baik sebagai golongan profesional,usahawan sehinggalah kepada pekerja am ada perbezaan yang ketara.Bukan pakaian atau tarafnya.Ia adalah kemudahan untuk beribadah kepada Allah SWT.

 

Ada pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan namun menyukarkan untuk solat dan pencarian ilmu fardu ain.Sebaliknya ada pekerjaan yang cuma pendapatan ratusan ringgit namun mereka ke masjid dan menghadiri majlis ilmu secara istiqamah.Aduh untungnya mereka

 

Pekerjaan kelas pertama merujuk kepada pekerjaan yang memudah kita solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu dan berdakwah.Tak kira dakwah secara langsung atau tidak langsung.

 

Tidak dinafikan ramai yang takutkan dunia.Takut dibuang kerja ,jatuh miskin dan dihina sesama manusia.Lantaran ramai yang meremehkan solat dan mengutamakan pekerjaan.Golongan ini berfikir masa beribadah ketika bersara dan masa lapang sahaja.

 

job1

Gambar Hiasan Dari Google.com

Sekilas pandang,

 

Solusi untuk mendapat pekerjaan kelas pertama adalah melalui tranformasi iman,minda dan akal.Anggapkan soal ibadah solat  tugas utama.Walaupun  hakikat nyata ialah  ibadah itu mencakupi semua perkara kecuali maksiat dan mungkar.

 

Jika masih tercari-cari  pekerjaan sesuai apa kata KLIK KAT { SINI.}

WW: Teringin Ke Tempat Ini

 

 

masjid

Credit to http://janefriedman.com

5 Perkara Asas Untuk Menjadi Jutawan

 

 

jutawan

Kredit  http://emeldahanimunittrust.com

Salam 1Malaysia,

 

Sebut sahaja jutawan ramai yang terbayang-bayang dengan duit yang banyak.Kereta besar.Rumah besar yang cantik dan sudah pasti isteri-isteri yang jelita.Terpulanglah apa-apapun anggapan anda yang penting si jutawan tadi berjaya mencapai impiannya.

 

Pada pandangan saya yang bercita-cita yang hendak menjadi jutawan terdapat 5 perkara asas untuk menjadi seorang jutawan.

 

1.Orang yang bersyukur

Apabila kita bersyukur nikmat akan bertambah.Begitu juga dengan nikmat yang kita perolehi hari ini.Sekiranya sudah ada kerjaya,keluarga dan kebahagiaan maka syukuri nikmat ini dengan perbuatan dan kata-kata.Jangan sesekali mengeluh dan berdukacita sekiranya rezeki yang kita perolehi ketika ini mungkin tidak mencukupi.Sebaliknya tetapkan dalam hati bahawa ia adalah satu ujian supaya kita bersabar dan berusaha lebih.Mana tahu boleh usahakan kerja online di SINI

 

2.Orang sentiasa bersedekah

Belum pernah dalam sejarah orang yang sentiasa bersedekah jatuh muflis.Hanya mereka yang berhutang dan tidak mampu bayar hutang sahaja yang boleh muflis.Bersedekah adalah satu ujian kepada kemurahan hati seseorang.Lagi banyak sedekah maka lagi mudah  dimurahkan rezeki.Bersyukur juga pada hari ini kemudahan untuk bersedekah ada disediakan di SINI

 

3.Orang yang bahagia

Tidak dinafikan orang yang bahagia berpotensi untuk menjadi jutawan.Secara logiknya bagaimana orang yang sentiasa berdukacita dan runsing mampu berfikir untuk mencari kekayaan.Kesilapan yang berlaku pada kita ialah sentiasa susah hati kerana ketiadaan duit.Sedangkan kita susah hati belum tentu duit itu datang dengan sendirinya.Bagaimana kalau kita rasa bahagia dan berusaha untuk mengatasi ketiadaan duit ini dengan bekerja seperti biasa dan berusaha dengan  Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

 

4.Orang sentiasa ghairah

Ghairah yang saya maksud bukan cerita  dalam kamar tidur.Ghairah yang sebenar ialah rasa keinginan yang sangat kuat untuk mendapatkan sesuatu.Dalam kontek ini kita ghairah untuk mendapat duit yang banyak supaya Usahawan Kecil Boleh Berjaya!.Bekerja dengan semangat tinggi dan tenaga yang luar biasa.Sebabnya kita mampu mencapai impian jika perkara yang kita buat mungkin tak sanggup orang lain  buat.Kalau semua orang mampu buat maka semua mampu jadi jutawan.

 

5.Orang yang disenangi ramai

Orang begini umpama sebutir intan dalam lumpur.Setiap percakapan dan perbuatannya mendapat perhatian.Kaedah  mudah menilai orang begini ialah cara pemakaian yang kemas dan bersih.Rupa yang menyakinkan dengan penampilan bersahaja.Tutur kata jelas dan ada nilai positif.Dalam pemikirannya dia suka dengan orang.Tidak ada prasangka negatif dan paling penting sekali tidak memandang rendah kepada orang lain.Jadi tidak hairan orang suka dengan dia meskipun belum lagi menjadi jutawan.Dah jadi jutawan lagilah orang suka.

 

Sekilas pandang,

 

Pesanan terakhir saya mudah untuk diingati.Jika hendak menjadi seorang jutawan  berusaha untuk menjadi orang yang telah saya nyatakan di atas.Jika masih juga belum menjadi jutawan maka anda bakal menjadi jutawan diakhirat kelak.Insya Allah.

 

Ada idea untuk menambah bagaimana untuk menjadi jutawan silakan kongsi dalam bahagian komentar.Mana tahu perkongsian idea anda membolehkan anda menjadi jutawan yang diidamkan.Amin.

Ceburilah Pekerjaan Yang Bersesuaian Dengan Potensi Diri.

 

Salam 1Malaysia,

 

Sejujurnya tidak semua rasa seronok untuk bekerja.Ada yang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan diminati kerana sahut cabaran jangan memilih kerja.Janji kerja halal dan dapat duit yang berkat.Soal suka kira tolak ke tepi.

 

 

Orang yang tergolong dalam kumpulan ini perlu mengubah pemikiran.Dunia ini luas untuk kita terokai.Buka minda seluas-luasnya.Lihat dalam diri sendiri dalam-dalamnya.Kaji potensi diri.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.

 

kerja

kredit gambar www.4share.com

 

Orang yang meminati hubungan sesama manusia memang sukar bekerja dalam stor yang tersembunyi dan terasing.

 

 

Orang yang suka nombor dan pengiraan akan tertekan apabila bekerja melibatkan penulisan iklan atau melukis animasi.

 

 

Orang yang berbakat dalam kepimpinan tentu tidak selesa apabila bekerja sebagai pekerja bawahan yang boleh diarahkan buat itu dan ini.

 

 

Orang yang minat berniaga  mana mungkin melakukan pekerjaan rutin yang tidak memerlukan untung dan rugi.

 

 

Sekiranya kita tercebur dalam bidang yang bercanggah dengan potensi diri maka konflik emosi akan berlaku.Kesan ada yang segera dan ada yang lambat.

 

 

Kesan segera ialah pekerja tersebut akan menunjukkan sikap pemberontakan.Datang lambat,cuai,tiada peningkatan produktiviti dan ‘mengular’

 

 

Kesan jangka panjang hanya dilihat selepas setahun bekerja dan tahun – tahun seterusnya.Pekerja tidak menampilkan kemampuan bekerja yang sebenar.Produktiviti amat sederhana sehingga menyukarkan majikan membuat kenaikan gaji.Apa yang menyedihkan taraf hidup pekerja ini statik.Tak naik dan nasib baik tak turun.

 

 

Dalam senario begini pihak majikan perlu main peranan.Pekerja begini jika  diletakkan pada tempat yang sepatutnya boleh memberi aset yang sangat berharga kepada syarikat dan negara.Mereka harus diberi peluang tanpa ada rasa prejudis.

 

 

Bagi pekerja pula peluang yang ada didepan mata jangan dilepaskan.Keluar dari zon penyiksaan ke zon cabaran yang lebih bererti.Hidup ini terlalu singkat dan jangan membuang masa dengan mengeluh dan memikirkan kisah silam yang hitam.

 

 

Sekilas pandang,

 

Pendek kata bukan senang nak senang.Bekerja selagi kita mampu dan bertukar kerja perlukan perancangan.Jangan berburu-buru pula.

 

Jika nak bertukar kerjaya secara online bolehlah pergi ke sini

Kontroversi! Doktor Nak Rawat Bisnes Anda.

 

Salam 1Malaysia,

 

Pernah anda terbayang doktor cuba untuk rawat bisnes anda melalui Facebook?

 

Bukan Dr. Azizan tapi ianya adalah Doktor FB iaitu sebuah software yang dapat LETOPkan jualan produk yang anda jual sekarang!

 

 

doktor

source : www.google.com

 

Jika kita sakit, kita akan jumpa doktor untuk dapatkan ubat..tapi jika bisnes kita hambar, Doktor FB datang membantu.

 

Klik di sini:

 

Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!

 

 

 

Saya tak nak cerita panjang kat sini tapi anda boleh lihat sendiri kehebatan software ini. Serius dapat bantu lariskan produk jualan anda.

 

Jom tengok kat sini:

 

Doktor FB - Software Power Letupkan Jualan Dengan Pantas!

 

Jumpa lagi nanti, saya bersemangat tengah mencuba software ini..ade class gitooo...

 

Sekilas pandang,

 

Pertama kali saya mendengar ada doktor yang merawat masalah dalam perniagaan.Sebelum ini doktor dalam masalah kesihatan..

 

Kalau perniagaan bermasalah dan memerlukan rawatan apa salah memerlukan rawatan doktor ini:

 

 

WW : Buah-buahan

Akhirnya Teduhan Kasih Sampai Ke Penghujung

 

Salam 1Malaysia,

 

Drama episod bersiri yang bersiaran pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis sudah berakhir.Ramai yang menunggu episod akhir untuk menjawab pelbagai teka-teki nasib watak Ihsan dan Iffa.

 

Saya ada mengikuti episod drama ini dari mula.Selepas itu selang seli kerana tuntutan tugas.Namun jalan cerita mudah untuk dijangkakan kerana watak antogonis (jahat) semakin jahat.Watak protagonis (baik) akan diuji seribu satu dan kesabaran mereka akan bertahan.

 

Tidak perlu saya membuat sinopsis kerana drama episod tersebut dapat kita perolehi secara ulangan di tonton.Hanya klik dan nikmati siaran secara percuma melalui gajet terkini kita.

 

TK

Sumber : www.sinarharian.com.my

Sekilas pandang,

 

Dapat saya simpulkan bahawa drama Teduhan Kasih cuba memaparkan watak sebenar manusia pada zaman ini.Mereka yang baik akan memperolehi balasan baik.Begitulah sebaliknya.

 

Pada dasarnya Allah SWT sangat adil.Dia bagi peluang kepada kita untuk menebus kesalahan sesama manusia.Apabila sudah sedar dan menyesali kesilapan kita wajib meminta maaf.Pohon secara ikhlas dan sepenuh hati.

 

Disebalik itu juga tersirat satu mesej bahawa kebaikan seseorang pasti boleh melupuskan keburukan.

Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum

 

Salam 1Malaysia,

 

Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan lagi sebarang permohonan syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian berakhir semalam.

 

Menteri berkenaan Datuk Richard Riot berkata, sehingga tarikh akhir semalam, terdapat 743 lagi permohonan penundaan untuk diproses dan dijangka siap dalam masa terdekat.

 

"Selepas 1 Januari tahun depan, kementerian tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat kerana kementerian telah memberi banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun perusahaan kecil dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga 31 Disember tahun ini. – BERNAMA

 

Sumber: Akbar Utusan Malaysia

 

Sekilas pandang,

kerja

Gambar hiasan dari www.google.com

 

Pada hakikatnya gaji minimum bawah RM1000 belum mencukupi untuk menampung kehidupan seseorang terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.Makan minum sahaja boleh mencecah RM500 sebulan.

 

Sewa rumah dan kos pengangkutan dalam RM300 sekiranya menggunakan pakej paling jimat.Bagaimana pula bil utiliti,simpanan dan perbelanjaan yang berada di luar jangkaan.Adakah cukup dengan nilai RM200.

 

Sebagai alternatif untuk mendapat sumber pendapatan kedua kita perlu untuk mendapatkan kerja separuh masa secara online di SINI