google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum

 

Salam 1Malaysia,

 

Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan lagi sebarang permohonan syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian berakhir semalam.

 

Menteri berkenaan Datuk Richard Riot berkata, sehingga tarikh akhir semalam, terdapat 743 lagi permohonan penundaan untuk diproses dan dijangka siap dalam masa terdekat.

 

"Selepas 1 Januari tahun depan, kementerian tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat kerana kementerian telah memberi banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun perusahaan kecil dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga 31 Disember tahun ini. – BERNAMA

 

Sumber: Akbar Utusan Malaysia

 

Sekilas pandang,

kerja

Gambar hiasan dari www.google.com

 

Pada hakikatnya gaji minimum bawah RM1000 belum mencukupi untuk menampung kehidupan seseorang terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.Makan minum sahaja boleh mencecah RM500 sebulan.

 

Sewa rumah dan kos pengangkutan dalam RM300 sekiranya menggunakan pakej paling jimat.Bagaimana pula bil utiliti,simpanan dan perbelanjaan yang berada di luar jangkaan.Adakah cukup dengan nilai RM200.

 

Sebagai alternatif untuk mendapat sumber pendapatan kedua kita perlu untuk mendapatkan kerja separuh masa secara online di SINI

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/07/tiada-lagi-rayuan-tunda-gaji-minimum.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Tuesday 2 July 2013