google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Youtube Portal

Loading...
Powered by Blogger.

Jom Follow

About Me

My photo

Blogger yang suka blogging dan blogwalking.Minat menulis dan berkongsikan maklumat demi manfaat manusia sejagat.


Catatan Popular

Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga

Sembang bermula..

 

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.Namun tiada siapa menduga masalah boleh melanda.Bak kata lagu P Ramlee..’’sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..’’

 

Saya ingin sekali untuk berkongsi informasi yang saya kutip dalam buku Kursus Pra PerKahwinan.Buku ini adalah cenderahati sewaktu saya mengikuti kursus  pra perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam pada tahun 2001 dahulu.Alhamdullilah saya menamatkan zaman bujang setahun kemudian.

 

images

                                        kredit to google.com

 

Ada 5 perkara yang boleh memusnahkan rumahtangga kita.Perkara ini kita rujuk sebagai masalah.Berikut adalah masalah yang diadukan kepada Unit Khidmat Nasihat & Kaunseling  Jabatan Islam Sarawak :

 

1)Masalah kewangan

 

Ini adalah masalah paling popular sekali yang melanda ramai pasangan suami isteri.Memang tidak dinafikan wang adalah keperluan utama untuk kelangsungan hidup.Tanggungjawab yang berat pasti terpikul ke atas bahu suami.Apabila si suami sudah tidak mampu memberi nafkah zahir maka keretakan rumahtangga berlaku.Tambahan pula ada isteri yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami.

 

2)Masalah peribadi

 

Ada suami yang mempunyai akhlak yang buruk.Mereka memperlakukan isteri sesuka hati.Lama kelamaan hubungan menjadi tawar dan boleh berakhir dengan penceraian.Bagi pihak isteri pula ada yang kurang menghormati suami.Pada mereka suami cuma manusia biasa.Jika ada sesuatu yang kurang berkenan isteri akan melayan suami acuh tak acuh sahaja.Tiada harmoni ini menyebabkan hubungan suami isteri kurang menenangkan.

 

3)Masalah seks

 

Masyarakat masih taboo dengan masalah ini.Sikap berdiam diri dan malu tidak bertempat boleh memakan diri.Isteri yang tidak mencapai kepuasan seks boleh curang kepada suami.Begitu juga dengan isteri yang dingin atas ranjang mendorong suami  ada hubungan sulit di luar.Masalah ini menjadi seperti api dalam sekam kepada rumahtangga.Jika tidak diselesaikan segera perceraian akan berlaku.Sudah tentu anak-anak menjadi mangsa kerana masalah seks ibubapa.

 

4)Masalah sosial

 

Suami yang terlalu sosial juga tidak baik.Mereka gemar berfoya-foya dan berlagak seperti orang bujang menyebabkan isteri makan hati.Anasir negatif dari aktiviti sosial memang mengancam institusi.Tidak kurang juga kepada isteri yang sibuk dengan persatuan.Anak dan suami di rumah akan terabai.Nasib baik kalau pembantu rumah.Ada juga yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan melaungkan masa untuk bersosial dengan rakan niaga.Hubungan begini menjadi titik tolak kecelaruan rumah tangga.

 

5)Masalah komunikasi

 

Masalah ini tampak remeh sahaja.Namun keremehannya memberi impak negatif dalam komunikasi suami isteri.Sang suami yang suka mendiamkan diri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada isteri.Sang isteri pula yang bercakap tidak bertapis boleh menyebabkan suami kecil hati.Akibatnya perbualan harian hambar dan mengundang pasangan untuk mencari teman di luar untuk berbicara.Sekarang ini lebih mencabar dengan kewujudan media sosial.Si suami sibuk dengan blog manakala si isteri lalai dengan Facebook.

 

Sembang berakhir…

 

Masalah ini jika dikesan awal boleh diatasi dengan mudah.Kalau sudah menjadi barah tunggu sahaja saat kematian.Namun jangan berputus asa kerana kalau ada penyakit tentu ada ubatnya.Begitu juga kalau ada masalah sudah tentu ada jalan penyelesaian.Insya Allah

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/04/awas-5-perkara-yang-memusnahkan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi dot com - Monday, 29 April 2013

14 komentar untuk " Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga "