google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: bicara kesihatan

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label bicara kesihatan. Show all posts
Showing posts with label bicara kesihatan. Show all posts

7 Kebaikan Hubungan Intim Dari Sudut Saintifik (Siri 2)

 

 

Dalam Siri 1 saya sengnaja menggunakan istilah yang agak kasar berkaitan dengan tajuk  tersebut.Akhirnya saya terfikir balik bahawa menggunakan perkataan yang lebih lembut supaya perasaan dan hati pembaca tidak begitu terasa.

 

Mari kita lihat sambungan dari Siri 1 yang hanya sempat saya utarakan 3 isi utama.Kini berbaki 4 lagi kebaikan utama hubungan intim suami isteri.

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

kahwin

 

 

4.Mengelak strok

 

Penyakit strok atau lumpuh amat berbahaya kepada manusia.Mereka yang terkena agak sukar untuk pulih kembali.Berdasarkan kajian santifik hubungan badan suami isteri dapat mencegah gejala ini berlaku.Rasionalnya dengan ada berlaku hubungan intim pasangan yang melakukannya akan kurang masalah tekanan darah tinggi dan tidak stress yang melampau.Darah akan berjalan lancar melalui terapi hubungan badan.Apa yang menarik tidak ada kos tambahan seperti kita ke pusat gimnasium.

 

5.Mengelak barah prostat

 

Prostat adalah organ penting kepada lelaki.Di sinilah pemprosesan air mani berlaku.Penggumpulan air mani yang berterusan akan memudaratkan prostat itu sendiri.Pakar kesihatan berpendapat bahawa pelepasan air mani ke tempat yang betul wajar dilakukan.Tentulah ke dalam kemaluan si isteri sebagaimana ketika hubungan intim berlangsung.Teorinya mudah iaitu lebih banyak memancutkan air mani maka lebih selamat dari barah prostat.

 

6.Mencegah penyakit jantung

 

Ketika melakukan hubungan intim jantung si suami dan si isteri berdegup kencang.Proses ini adalah normal seperti mana orang pergi berjogging.Degupan yang berlaku amat baik untuk kesihatan jantung.Otot-otot jantung akan berfungsi dengan baik.Tentulah amat rugi pasangan suami isteri memandang remeh soal hubungan intim dalam kehidupan mereka.Ada yang beralasan sibuk dengan kerjaya dan letih melayan anak-anak seharian.Hubungan intim menjadi hambar dan tidak diperdulikan.Hakikatnya jantung mereka akan merasa akibat sikap sebegini.

 

7.Awet muda

 

Wah! Tentu ada yang sukar nak percaya.Kajian saintifik menunjukkan orang yang aktif seks akan sentiasa bertenaga,sihat mental dan fizikal.Mereka hidup dalam keceriaan.Jadi tidak mustahil kemudaan itu akan berkekalan.Contoh mudah yang boleh kita perhatikan kepada suami atau isteri yang mendapat pasangan yang muda.Logiknya usia pasangan muda lebih bermotivasi melakukan hubungan intim.Mereka menampakkan kekal muda baik kepada  si suami atau kepada si isteri.Tentulah tidak sukar untuk menjadi muda semula dengan syarat untuk menjalani kehidupan aktif seks.Cuma jangan terlalu obses sehingga menyebabkan tiada kerja lain selain seks.

 

*Sumber info: Dr Nor Ashikin Mokthar,Pakar Sakit Puan (The Star –15/8/10)

 

isteri

Klik SINI untuk lebih info

 

Sekilas pandang,

 

Informasi ini adalah perbincangan secara ilmiah.Tidak ada persamaan dengan cerita khayalan dan cerpen lucah yang banyak dalam internet hari ini.

 

Hanya hubungan suami isteri yang diikat dengan pernikahan sahaja  layak menikmati hubungan intim.Itulah hakikat sebenarnya.

 

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

 

p/s :  Sesiapa yang mencari peluang buat duit online boleh rujuk dekat [ SINI ]

7 Kebaikan Bersetubuh Dari Sudut Saintifik (Siri 1)




Maaf  jika entri ini boleh menyinggung perasaan para pembaca sekalian.Entri ini bukan berbaur lucah tetapi perkongsian ilmu yang sangat berguna kepada pasangan suami-isteri yang sah sahaja.Luar daripada itu saya peringatkan bahawa haram untuk mencuba aksi terlarang.Jika untuk pengetahuan masih diperbolehkan dengan niat yang baik sahaja.

Perkahwinan sahaja yang menghalalkan hubungan badan lelaki dengan wanita.Lebih tepat lagi persetubuhan banyak memberi manfaat dan nikmat kepada kehidupan manusia.Jika bukan yang halal maka bala boleh menimpa.Ingat Allah SWT Maha Mengawasi dan Mengetahui tindak tanduk kita.


Petuadanrahsiaseks3



Ada 7 kebaikan bersetubuh sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pakar sakit puan, Dr Nor Ashikin Mokthar:Mari kita teliti fakta saintifik dibawah ini:

1.Anti depresson

Kehidupan sekarang ini sangat kompleks.Kos hidup meningkat dan pelbagai masalah lain bisa mendatangkan stress kepada seseorang.Jalan penyelesaian terbaik kepada mereka yang sudah berkahwin ialah melakukan hubungan badan dengan pasangan masing-masing.Ketika melakukan hubungan seks si suami akan melepaskan air mani ke dalam faraj si isteri.Proses ini akan berlaku ketika klimaks menyebab si suami lega dan mudah untuk tidur.Si isteri pula yang menerima air mani suami kurang rasa murung.Perlu diingatkan si isteri akan mendapat manfaat ini jika si suami tidak menggunakan kondom.


2.Cyclical effect


Bersetubuh itu merupakan aktiviti yang hebat.Para isteri mesti mendapat kepuasan batin daripada suami.Sebab itu ketika isteri mendapat klimaks ketika bersetubuh maka sindrom sakit kepala akan pulih.Sebabnya ada pelepasan hormon oxytocin yang dikeluarkan dalam tubuh badan mereka.Perasaan tenang dan jiwa yang damai akan menyelubungi diri mereka setelah berlangsungnya persetubuhan tadi.Dalam soal agama sekali pun memang ada menyatakan hanya dengan perkahwinan akan memberi sakinah kepada kedua suami isteri.


3.Membakar kalori

Golongan pekerja yang menggunakan kudrat 4 kerat tidak menghadapi masalah dalam pembakaran kalori.Bagaimana pula dengan pekerja kolar putih yang asyik duduk dalam pejabat berhawa dingin.Tugas harian banyak menggunakan komputer.Golongan ini tiada pilihan lain selain aktif melakukan persetubuhan suami isteri.Ini kerana dengan bersetubuh selama 30 minit akan membakar kalori sebanyak 85 kal.Lagi lama lagi baik untuk pembakaran kalori yang lebih.Tidak hairan jika saya katakan persetubuhan adalah satu bentuk sukan suami dan isteri pada malam jumaat


Sekilas pandang,


Sekali lagi saya memohon maaf jika ada yang kurang selesa membaca entri ini.Saya faham perkara yang baik wajar sekali dihebahkan supaya suami -isteri  tidak menganggap info tentang bersetubuh itu lucah,kotor atau jijik.Cuma jika disalah gunakan maka 3 perkataan itu memang layak diperkatakan.

Nantikan 4 lagi kebaikan bersetubuh dalam sambungan siri ke 2.Jadi saya amat berharap ada pencerahan minda tentang persetubuhan selepas ini

p/s: Perhatian kepada mereka yang ingin menjana duit secara online boleh dapatkan di SINI

5 Rahsia Mengembalikan Hubungan Seks Suami Isteri

 

Salam 1Malaysia,

 

hiburan

kredit : www.hiburan.my

 

Perkahwinan adalah satu tanggungjawab.Ia bukan sekadar untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang telah diikat sebagai suami dan isteri.

 

 

Namun perkahwinan tidak dapat lari dari  isu yang melibatkan hubungan seks.Bahagia atau derita sesuatu perkahwinan tersebut memang bergantung kepada perkara asas tersebut.

 

 

Kedinginan hubungan suami isteri akan bermula setelah beberapa tahun.Lebih-lebih lagi setelah mempunyai cahaya mata sama ada dua,tiga dan seterusnya.

 

 

Langkah drastik perlu dilakukan supaya keharmonian rumahtangga terpelihara.Antara seperti berikut:

 

 

1.Pasangan sentiasa bersedia

 

Baik suami atau isteri mereka perlu bersedia untuk berkhidmat untuk pasangan masing-masing.Memang bukan mudah kerana cabaran sekarang ini kita bekerja.Keletihan dan stress akan mengganggu fikiran.Jika setiap pasangan faham situasi maka keinginan yang perlu dilampiaskan itu bila-bila masa.

 

2.Rangsangan yang tepat

 

Oleh kerana usia perkahwinan sudah lama maka ada pasangan sudah tidak romantik lagi.Situasi bukan alasan untuk tidak berasmara dengan pasangan suami isteri.Jadi untuk mengembalikan saat indah malam pengantin setiap pasangan mesti bijak merangsangan pasanganya.Tak kisah sesiapa yang memulakan.

 

3.Mandi bersama

 

Masyarakat kita masih segan untuk mandi bersama suami isteri.Mereka memandang serong dan memberi seribu alasan untuk mengelakkan mandi bersama.Tambahan pula jika ada anak-anak atau saudara mara dirumah.Kelebihan mandi bersama boleh mendorong suami isteri untuk melakukan hubungan seks.

 

4.Mencari masa untuk berdua-duaan

Suami atau isteri yang terlalu meluangkan masa bersama anak-anak tidak salah.Namun jika terlampau bersama anak-anak maka si suami akan makan hati.Jika si suami pula dominan dengan anak-anak maka isteri akan terpinggir.Lebih baik cari masa untuk berdua-dua tanpa ada anak-anak di sisi supaya suasana baru kahwin akan terbina.

 

5.Percutian romantik

 

Jika ada bajet yang elok maka cari masa untuk bercuti suami isteri.Tinggalkan anak-anak buat sementara waktu demi kelangsungan perkahwinan tersebut.Perkara asas ini jika diamalkan akan mengundang hubungan seks suami isteri lebih baik dari setahun ke setahun.Manfaatnya juga akan kembali ke anak-anak kerana mereka mempunyai keluarga bahaya.

 

 

Sekilas pandang,

 

Tanggungjawab suami dan isteri ialah mengekalkan perkahwinan tersebut selama yang boleh.Kata orang biar ke syurga bersama.

 

Kaedah yang paling berkesan ialah hubungan seks namun perkara ini menjadi rahsia dalam masyarakat kita.

 

Ketaatan isteri melayan kehendak suami manakala suami berkorban diri untuk menyara keluarga  adalah penyumbang kebahagiaan rumahtangga.

 

7 Jenis Perwarna Makanan Yang Berbahaya Kepada Manusia

 

 

Salam 1Malaysia,

 

Secara alami mata kita amat suka kepada kecantikan.Kita suka kepada warna yang pelbagai.Jadi hairan makanan dan minuman juga turut diwarnai  supaya nampak lebih menyelerakan.Sedar tak sedar warna yang kita sukai itu sebenarnya membahayakan kesihatan kita.

 

 

warna tiruan

kredit : http://w1.hmetro.com.my

 

Terdapat 7 perwarna yang membawa implikasi buruk kepada kesihatan manusia.

 

 

1.Carmoisine atau kemerahan

 

Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122

 

2.Briliant Blue

 

Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.

 

3.Tartrazine atau jingga kekuningan

 

Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.

 

4.Sunset Yellow

 

Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110

 

5.Ponceau 4R

 

Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124

 

6.Amaranth

 

Namanya sahaja kita  sudah  tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123

 

7.Erythrosine atau Red no.3

 

Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127

 

 

Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002

 

 

Sekilas pandang,

 

Perwarna-perwarna yang dinyatakan diatas amat berbahaya jika penggunaan jangka panjang dan kuantiti yang banyak

 

Namun begitu perwarna ini masih dibenarkan penggunaannya di Malaysia.berbanding negara maju.Alasanya kita masih  berfikiran tidak apa dan terserah kepada takdir semata-mata.

8 Makna Posisi Tidur Bagi Manusia

 

Tidur adalah keperluan.Kurang tidur membawa mudarat kepada manusia.Sebaliknya terlebih tidur pula banyak keburukannya.

 

Dalam membicara hal tidur ada pelbagai posisi yang berlaku kepada manusia.Perlu difahamkan bahawa semua posisi ini bukan dibuat-buat.Ia adalah proses alami.

 

Atas sebab itu saya ingin berkongsi 8 makna posisi tidur.

 

 

1.Tidur sambil peluk isteri/suami bantal

 

Orang perempuan jika tidur begini menunjukkan sifat penyayang.Dia seorang yang mampu melindungi anaknya.Orang lelaki pula ada sifat kepimpinan.Boleh melindungi orang yang lemah dan seseorang yang boleh mengatasi apa jua cabaran.

 

2.Tidur posisi meniarap

 

Orang yang tidur begini seorang yang idealis dan suka berkhayal dengan nikmat kehidupan.Kelemahan orang tidur begini ialah tidak pernah puas dengan apa yang ada.

 

3.Tidur posisi miring

 

Orang yang tidur dalam posisi begini mampu menerima realiti kehidupan.Dia seorang yang bertanggungjawab.Kebiasaan mereka mendapat pasangan hidup yang serasi.

 

4.Posisi tidur yang tiba –tiba meniarap

 

Orang yang tidur dalam posisi begini banyak keburukannya.Antaranya dia seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan,ego tinggi dan keras kepala.Seorang yang lemah menghadapi cabaran tidak kira besar atau kecil.

 

5.Tidur dalam posisi tubuh melingkar

 

Dikatakan seorang yang berpendirian lemah.Dia ragu-ragu dalam memutuskan sesuatu perkara.Sekiranya gagal dalam sesuatu perkara dia akan cemas dan merasakan masa depannya suram.

 

6.Tidur posisi tangan di atas kepala

 

Orang begini dikatakan seorang yang cerdik dan panjang akalnya.Dia mudah untuk membantu orang lain.Keburukan yang nyata dia boleh menjatuhkan orang lain jika dia menyukai orang tersebut.

 

7.Tidur posisi kaki dan tangan yang lurus

 

Dia seorang yang mudah berputus asa dalam hidup.Bahkan terlalu mudah menyerah diri kepada keadaan.Sikap begini jika berterusan akan membawa keburukan dalam hidupnya.

 

8.Tidur selalu mengigau

 

Orang begini menghadapi konflik emosi yang serius.Arah hidupnya tidak menentu.Keseluruhan hidupnya sengsara jika tidak ada usaha untuk mengatasinya.

 

 

Sumber : Buku Membongkar Rahsia Hidup Masyarakat China tulisan Budi Liong

 

 

Sekilas pandang,

 

 

Dalam Islam posisi tidur yang terbaik ialah mengiring ke kanan.Banyak manfaat dan kebaikan.Apa-apapun sikap boleh berubah jika pemikiran kita ingin untuk berubah.

 

tidur

Sumber : google.com

Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (II)

 

Kini saya kembali untuk menyambung semula perkongsian kita tentang maklumat penting berkaitan jantung.Saya berpendapat informasi dalam bahagian II ini lebih penting dan lebih serius.Ini kerana dalam entri ini ada dinyatakan tentang tanda-tanda,teknik pengesanan,kaedah rawatan dan langkah pencegahan penyakit jantung.

 

images

                                          credit picture to www.google.com

Salam 1Malaysia,

 

Terdapat 5 tanda sakit jantung:

 

1.Rasa sakit seperti ada sesuatu  yang menekan pada ada dada.

2.Rasa sakit ini akan merebak pada leher dan tangan kiri.

3.Rasa sakit dan pedih seolah-olah terbakar

4.Rasa sesak nafas

5.Rasa berdebar-debar  dan berpeluh.

 

Kaedah pengesanan penyakit jantung

Adalah kurang bijak jika ada tanda –tanda di atas kita jumpa bomoh,dukun atau pawang.Saya tidak bermaksud memandang rendah keupayaan mereka mengesan pelbagai penyakit terutama dalam perubatan alternatif.Dalam kes ini kita perlu cepat –cepat jumpa doktor atau ke hospital .

 

Ada 3 kaedah saintifik untuk mengesan penyakit jantung iaitu:

 

1.Ujian ECG (electrokardiogram)

2.Exercise test

3.Ujian angioagraphy

 

Sebelum kaedah ini dilakukan kepada para pesakit mereka akan melalui pemeriksaan doktor untuk disoal selidik tentang latar belakang,gaya hidup dan corak pengambilan makanan.Prosedur ini dilakukan ke atas semua pesakit bukan hanya kepada suspek pesakit jantung sahaja.Pesanan saya ialah berterus terang dan bersikap jujur untuk memberitahu maklumat yang dihendaki.

 

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung:

 

1.Keturunan yang memang ada mengidap penyakit koronari

2.Umur separuh abad ke atas

3.Perokok

4.Orang yang ada masalah kolestrol tinggi

5.Orang yang mengalami tekanan darah tinggi

6.Pengidap penyakit kencing manis

7.Kaum lelaki

8.Wanita menopause

 

Rawatan penyakit jantung:

 

1.Ubat-ubatan

Ubat yang digunakan adalah untuk mengurangkan rasa sakit pesakit dan mencairkan darah yang beku.Perlu difahamkan di sini saluran pembuluh darah yang sudah sempit tidak dapat dilebarkan sepenuhnya.

 

2.Pembedahan pintasan jantung

Kaedah ini digunakan jika rawatan ubat-ubatan gagal berfungsi.Pesakit akan dibedah untuk memperbetulkan bahagian yang rosak pada bahagian jantung.Memang ada risiko dan jika tidak berbuat apa-apa risiko akan meningkat.

 

3.Percutaneous Transluminal Coronary (PTCA)

Kaedah ini menggunakan sejenis belon yang dimasukkan ke dalam saluran koronari yang mengalami penyempitan.Belon  yang dimasukkan ke tempat berkenaan akan dikembangkan supaya dapat menolak pepejal kolestrol ke dinding saluran koronari.Tujuannya supaya laluan pembuluh koronari lebih besar .

 

Langkah pencegahan:

 

1.Jangan mengambil makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi seperti lemak haiwan.

2.Sentiasa melakukan senaman.Tidak kira betapa sibuk pun kita dengan urusan kerjaya atau keluarga.

3.Menjaga berat badan sesuai dengan berat ideal.

4.Segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika anda tergolong sebagai penghidap darah tinggi,diabetes dan penyakit koronari arteri.

 

Sekilas pandang,

Memang benar kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.Jadi sebagai langkah pencegahan kita wajib dan berusaha untuk mengikuti saranan-saranan yang nyatakan itu.Sayangi jantung anda untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (I)

 

Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh badan manusia.Ia berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan setiap hari tanpa henti.Jika jantung kita sudah berhenti bergedup maka bersedialah  untuk pergi ke alam yang tiada Facebook,Tweeter atau blog.Pendek cerita alam kematian.

 

images

                                         kredit gambar kepada http://harianislam.com

Salam 1Malaysia,

 

Ada 4 jenis masalah jantung.Kalau jantung pisang tak akan ada masalah punya.

 

1.Penyakit injap jantung

Kita ada 4 injap jantung yang sudah sempurna ketika lahir.Namun injap ini boleh menjadi bocor atau sempit kerana penyakit rheumatik fever.Dikhabarkan penyakit ini kerap berlaku di 1Malaysia Malaysia.

 

2.Penyakit jantung kongenital

Ia sering berlaku semasa kelahiran di mana dinding jantung tidak tertutup dengan sempurna.Istilah yang biasa kita dengar ialah jantung berlubang.Sahabat karib saya sendiri ada mengidap jantung berlubang.Kini sahabat saya sudah pencen ilat dan cuma duduk kat rumah sahaja.

 

3.Penyakit otot jantung (kardiomiopati)

Otot-otot jantung telah rosak kerana darah tinggi,serangan virus dan ada juga setengah kes yang tidak diketahui.Kesan daripada kerosakan otot jantung ini,darah tidak dapat dipam dengan sempurna atau tergendala.

 

4.Gangguan degupan jantung

Jantung yang bergedup terlalu perlahan atau terlalu laju akan menyebabkan pesakit pengsan,pening kepala dan dada berdebar-debar.Ada setengah kes gangguan begini telah membawa pesakit ucap selamat tinggal kepada kita.Punca dikatakan kerosakan rentak otot jantung akibat kecelaruan hormon dan sistem saraf.

 

5.Penyakit jantung koronari

Ianya berlaku akibat penyempitan pembuluh darah (koronari) .Penyempitan pembuluh koronari memaksa jantung bekerja lebih masa keras sehingga kehilangan banyak tenaga.Apabila jantung sudah letih ia akan terus berhenti menyebab pesakit mati mengejut.Ada juga kes pesakit akan sakit dada,sesak nafas dan berpeluh sekiranya jantung masih berdenyut dengan perlahan.Punca penyempitan pembuluh darah akibat lemak dan kolestrol dalam darah yang melekat kepada dinding pembuluh darah.Jadi dindingnya akan semakin tebal dan sempit menyebabkan aliran darah ke jantung akan kurang lancar.

 

Sekilas pandang,

Informasi ini saya temui dalam buku diari Islamiah 2001.Ada banyak lagi fakta dan informasi yang penting.Insya Allah entri ini bersambung ke bahagian II.