Salam 1Malaysia,
kredit : www.hiburan.my
Perkahwinan adalah satu tanggungjawab.Ia bukan sekadar untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita yang telah diikat sebagai suami dan isteri.

Namun perkahwinan tidak dapat lari dari isu yang melibatkan hubungan seks.Bahagia atau derita sesuatu perkahwinan tersebut memang bergantung kepada perkara asas tersebut.

Kedinginan hubungan suami isteri akan bermula setelah beberapa tahun.Lebih-lebih lagi setelah mempunyai cahaya mata sama ada dua,tiga dan seterusnya.
Langkah drastik perlu dilakukan supaya keharmonian rumahtangga terpelihara.Antara seperti berikut:
1.Pasangan sentiasa bersedia
Baik suami atau isteri mereka perlu bersedia untuk berkhidmat untuk pasangan masing-masing.Memang bukan mudah kerana cabaran sekarang ini kita bekerja.Keletihan dan stress akan mengganggu fikiran.Jika setiap pasangan faham situasi maka keinginan yang perlu dilampiaskan itu bila-bila masa.
2.Rangsangan yang tepat
Oleh kerana usia perkahwinan sudah lama maka ada pasangan sudah tidak romantik lagi.Situasi bukan alasan untuk tidak berasmara dengan pasangan suami isteri.Jadi untuk mengembalikan saat indah malam pengantin setiap pasangan mesti bijak merangsangan pasanganya.Tak kisah sesiapa yang memulakan.
3.Mandi bersama
Masyarakat kita masih segan untuk mandi bersama suami isteri.Mereka memandang serong dan memberi seribu alasan untuk mengelakkan mandi bersama.Tambahan pula jika ada anak-anak atau saudara mara dirumah.Kelebihan mandi bersama boleh mendorong suami isteri untuk melakukan hubungan seks.
4.Mencari masa untuk berdua-duaan
Suami atau isteri yang terlalu meluangkan masa bersama anak-anak tidak salah.Namun jika terlampau bersama anak-anak maka si suami akan makan hati.Jika si suami pula dominan dengan anak-anak maka isteri akan terpinggir.Lebih baik cari masa untuk berdua-dua tanpa ada anak-anak di sisi supaya suasana baru kahwin akan terbina.
5.Percutian romantik
Jika ada bajet yang elok maka cari masa untuk bercuti suami isteri.Tinggalkan anak-anak buat sementara waktu demi kelangsungan perkahwinan tersebut.Perkara asas ini jika diamalkan akan mengundang hubungan seks suami isteri lebih baik dari setahun ke setahun.Manfaatnya juga akan kembali ke anak-anak kerana mereka mempunyai keluarga bahaya.
Tanggungjawab suami dan isteri ialah mengekalkan perkahwinan tersebut selama yang boleh.Kata orang biar ke syurga bersama.
Kaedah yang paling berkesan ialah hubungan seks namun perkara ini menjadi rahsia dalam masyarakat kita.
Ketaatan isteri melayan kehendak suami manakala suami berkorban diri untuk menyara keluarga adalah penyumbang kebahagiaan rumahtangga.

Khairul Zamri 100p · 604 weeks ago
My recent post Jodoh Itu Bukan Milik Kita
Hero Borneo 80p · 604 weeks ago
My recent post 5 Blog Yang Menjadi Magnet Trafik
unclezuan 57p · 602 weeks ago
My recent post Uncle Zuan Blog
Firdaus Azizi · 596 weeks ago
My recent post Cara Terbaik & Berkesan Merawat Masalah Keputihan
As Sabiluna · 593 weeks ago
My recent post jQuery: Table Pagination yang ringkas (beserta Callback)