google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: April 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Apa Ada Dengan Domain?

Anda  ingin tahu tentang domain?.Mari saya kupaskan sedikit demi sedikit berdasar rujukan blog blog yang berwibawa.Jom kita baca dan kalau rajin bolehlah melawati domain blog yang telah saya tebalkan hurufnya.

Menurut Wikipedia Domain ialah nama yang mewakili satu sumber Protokol Internet (IP), seperti sebuah komputer peribadi digunakan untuk akses ke Internet, sebuah server yang menghost satu laman web, atau laman web itu sendiri atau mana-mana perkhidmatan berkomunikasi melalui Internet.

Namun begitu saya ingin memetik beberapa blog yang ada membincangkan kata kunci domain ini.Dalam blog denaihati ada diceritakan mengenai domain ini.Boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut.


th
                              credit picture to www.yahoo.com

Dalam blog eizil huraian dan kupasan domaian agak menarik untuk dihadam oleh minda kita.Beliau mengupas dengan teliti dan fakta yang boleh dipercayai.Namun jangan risau beliau menyampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan ringkas.

Tidak kurang juga blog yang mempromosi domain percuma secara bersyarat.Misalnya blog karim ini yang ada  menerbitkan entri pada 15 Januari 2013.Ketika entri ini berada dalam tatapan anda,mungkin sudah terlambat.Saya berharap promosi begini ada berterusan sehingga ke hari ini.

Sejarah pemberian domain percuma sudah wujud lama sejak tahun 2007.Kalau tidak percaya cuba rujuk dengan blog kelvinzahri.Blog ini masih wujud dan aktif.Kalau tidak membuat penyelidikan tentang domain ini pasti saya tidak menemuinya.Perlu diketahui bahawa bog ini mempunyai niche kuruskan badan.Elok sangatlah kepada mereka yang ingin tampil ramping dan menawan.(wanita sahaja)

Kalau ada domain yang percuma sudah tentu ada domain yang termahal.Lihat entri dalam blog ayakayakwae.Domain yang termahal 13 juta US dollar.Sayangnya nama domain ini kurang sedap didengar tetapi disukai ramai.Awas kepada 18 tahun ke bawah.Itu hint yang boleh saya kongsikan.Entri tentang perkara ini turut dikongsikan dalam blog palingseru.Satu blog dari negara jiran kita.

Sekilas kata terakhir..

Entri ini adalah analisis penggunaan kata kunci domain.Memang banyak  blog yang menulis tentang kata kunci domain..Blog terbaru saya nanti bakal menggunakan niche kajian kata kunci.Kini dalam proses perancangan..

Saya berharap ia dapat memberi manfaat kepada golongan blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog.Perlu saya ingatkan bahawa saya bukan pakar tetapi tengah berguru dari sifu-sifu blogger yang bermurah hati.Selain itu tuisyen online dengan Uncle Google dan Mr Yahoo.

Awas 5 Perkara Yang Memusnahkan Rumahtangga

Sembang bermula..

 

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.Namun tiada siapa menduga masalah boleh melanda.Bak kata lagu P Ramlee..’’sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..’’

 

Saya ingin sekali untuk berkongsi informasi yang saya kutip dalam buku Kursus Pra PerKahwinan.Buku ini adalah cenderahati sewaktu saya mengikuti kursus  pra perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam pada tahun 2001 dahulu.Alhamdullilah saya menamatkan zaman bujang setahun kemudian.

 

images

                                        kredit to google.com

 

Ada 5 perkara yang boleh memusnahkan rumahtangga kita.Perkara ini kita rujuk sebagai masalah.Berikut adalah masalah yang diadukan kepada Unit Khidmat Nasihat & Kaunseling  Jabatan Islam Sarawak :

 

1)Masalah kewangan

 

Ini adalah masalah paling popular sekali yang melanda ramai pasangan suami isteri.Memang tidak dinafikan wang adalah keperluan utama untuk kelangsungan hidup.Tanggungjawab yang berat pasti terpikul ke atas bahu suami.Apabila si suami sudah tidak mampu memberi nafkah zahir maka keretakan rumahtangga berlaku.Tambahan pula ada isteri yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami.

 

2)Masalah peribadi

 

Ada suami yang mempunyai akhlak yang buruk.Mereka memperlakukan isteri sesuka hati.Lama kelamaan hubungan menjadi tawar dan boleh berakhir dengan penceraian.Bagi pihak isteri pula ada yang kurang menghormati suami.Pada mereka suami cuma manusia biasa.Jika ada sesuatu yang kurang berkenan isteri akan melayan suami acuh tak acuh sahaja.Tiada harmoni ini menyebabkan hubungan suami isteri kurang menenangkan.

 

3)Masalah seks

 

Masyarakat masih taboo dengan masalah ini.Sikap berdiam diri dan malu tidak bertempat boleh memakan diri.Isteri yang tidak mencapai kepuasan seks boleh curang kepada suami.Begitu juga dengan isteri yang dingin atas ranjang mendorong suami  ada hubungan sulit di luar.Masalah ini menjadi seperti api dalam sekam kepada rumahtangga.Jika tidak diselesaikan segera perceraian akan berlaku.Sudah tentu anak-anak menjadi mangsa kerana masalah seks ibubapa.

 

4)Masalah sosial

 

Suami yang terlalu sosial juga tidak baik.Mereka gemar berfoya-foya dan berlagak seperti orang bujang menyebabkan isteri makan hati.Anasir negatif dari aktiviti sosial memang mengancam institusi.Tidak kurang juga kepada isteri yang sibuk dengan persatuan.Anak dan suami di rumah akan terabai.Nasib baik kalau pembantu rumah.Ada juga yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan melaungkan masa untuk bersosial dengan rakan niaga.Hubungan begini menjadi titik tolak kecelaruan rumah tangga.

 

5)Masalah komunikasi

 

Masalah ini tampak remeh sahaja.Namun keremehannya memberi impak negatif dalam komunikasi suami isteri.Sang suami yang suka mendiamkan diri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada isteri.Sang isteri pula yang bercakap tidak bertapis boleh menyebabkan suami kecil hati.Akibatnya perbualan harian hambar dan mengundang pasangan untuk mencari teman di luar untuk berbicara.Sekarang ini lebih mencabar dengan kewujudan media sosial.Si suami sibuk dengan blog manakala si isteri lalai dengan Facebook.

 

Sembang berakhir…

 

Masalah ini jika dikesan awal boleh diatasi dengan mudah.Kalau sudah menjadi barah tunggu sahaja saat kematian.Namun jangan berputus asa kerana kalau ada penyakit tentu ada ubatnya.Begitu juga kalau ada masalah sudah tentu ada jalan penyelesaian.Insya Allah

Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan

Sembang bermula…tentang review buku

 

Objektif utama buku ini membina pemikiran kita supaya lebih hebat,matang dan berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah kehidupan yang semakin kompleks.

 

Buku Pemikiran Sistemik agak berat untuk difahami oleh saya.Al maklum sahaja buku ini membawa teori pemikiran.Di Barat pemikiran sistemik diajar dalam bidang pengurusan.

 

Saya akui masih lemah dalam pemahaman teori ini.Namun saya akur bahawa ilmu yang terbaik ialah ilmu yang difahami oleh penyampainya.Mungkin juga pembaca lebih memahami apa yang sampaikan penulis.

 

Penulis buku ini bukan calang-calang orang.Beliau merupakan seorang pengarah eksekutif di Kersani Trainning Centre,Segamat.Seorang lulusan kejuruteraan Kimia dari Universiti Purdue,West Lafayete Indiana,Amerika Syarikat.Selain itu pernah mendalami bahasa Arab di Universiti al-Azhar Mesir.

 

Menurut penulis pemikiran sistemik mempunyai nilai yang tinggi berbanding pemikiran lateral dan horizontal.Pemikiran sistemik boleh dimaksudkan pemikiran secara lingkaran atau menyeluruh.

 

Konsep yang jelas ialah kita perlu mengaplikasikan pemikiran sistemik dalam penyelesaian masalah yang dihadapi.Dalam ertikata yang lain akal kita harus diarah dan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif menyeluruh.

 

Ada empat bahagian utama dan 40 tajuk kecil untuk menerangkan kepada kita tentang konsep  ,ciri-ciri dan cara aplikasi pemikiran sistemik.

 

Setelah membaca dan memahami sedikit isi kandungan buku ini saya tertarik kepada bahagian terakhir buku ini.Ia membicarakan tentang  cara mencapai kejayaan menggunakan pemikiran sistemik.

 

Memandangkan pemikiran sistemik satu konsep, kita tidak dapat lari untuk mendalami sistem paling ringkas  iaitu lingkaran yang stabil.Ini bermakna paling kurang ada dua komponen yang saling berinteraksi untuk melengkapi lingkaran tersebut.Antara komponen itu ialah masa lengah,tragedi sama kesukaan,corak monopoli,alam dimensi dan sistem universal.

 

Dalam ertikata lain, pemikiran sistemik membolehkan kita berfikir bahawa pertautan antara komponen lain mesti ada.Tidak boleh dipisah.Kalau dipisahkan kucar-kacir jadinya.

 

Sembang berakhir…

 

Dengan penghayatan dunia Islam pemikiran sistemik lebih difahami.Kita berada di dunia ini adalah untuk beramal untuk mendapat keredhaan Allah sama ada semasa hidup maupun selepas mati.

 

p/s: Peminat buku boleh berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur yang berlangsung di PWTC pada 26.4.2013 sehingga 5.5.2013.Datanglah beramai-ramai.

 

IMG0107A

 

Judul : Pemikiran Sistemik

Penulis: Fazrul Ismail

Tahun : 2004

Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd

Mukasurat : 319

Harga : RM33.00

Web:   www.pts.com.my

5 Petanda Usahawan Berjaya

Sembang bermula..

 

Agak lama juga saya tidak menulis entri mengenai dunia orang berniaga.Saya akui sedikit sibuk dan jarang pula menemui info tentang perkara ini.Ilmu tentang kemahiran berniaga sangat diperlukan orang berniaga.Atas sebab ini saya terpanggil untuk berkongsikan maklumat berkaitan dunia perniagaan.

 

 

images

 

Saya bertuah kerana menemui  maklumat dan ilmu perniagaan dalam sebuah buku  tulisan Dato Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.Buku ini berjudul Langkah Bijak Usahawan Terbilang yang diterbitkan 2008.

 

Petanda-petanda usahawan berjaya telah saya olah berdasarkan sumber yang ada krebiliti tersebut.

 

1)Secara semulajadi ada sifat penjual

 

Golongan ini ada bakat semula jadi untuk menjual apa-apa barang.Pantang ada peluang mereka boleh menukar barang menjadi wang.Bakat ini boleh dikenalpasti sejak dari kecil lagi.Dulu masa kecil saya ada menjual aiskrim dari rumah ke rumah.Dalam hati bersarang perasaan malu dan sebagainya.

 

2)Memahami kepentingan pelanggan

 

Maksudnya di sini mereka dapat merasai keperluan orang lain.Orang yang membeli sesuatu produk kerana perlu barangan tersebut.Jadi peniaga yang berjaya ialah mereka yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan  pelanggan.Gerak hati usahawan mesti tepat dengan keperluan pelanggan.

 

3)Ada strategi dalam pengurusan sumber

 

Dunia perniagaan tidak ubah seperti peperangan.Untuk menang perlu ada taktik dan strategi.Dalam perniagaan pula strategi perlu ada untuk mendapatkan laba.Jika tidak sesuatu perniagaan akan menemui kegagalan.Ilmu ini boleh dipelajari di mana-mana sahaja.Tidak kira dengan mencari dalam internet atau bertanya dengan orang yang pakar.

 

4)Memahami pulangan terhadap modal

 

Modal yang dilabur boleh mendatangkan pulangan sama ada untung atau sebaliknya.Kalau tidak mahir membuat pusingan modal maka bungkuslah perniagaan tersebut.Jadi seorang usahawan perlu belajar pengurusan kewangan dan mengamalkan yang dalam perniagaan.Mungkin juga perlukan teknik  9 Formula Pantas Seru Rezeki

 

5)Berani menghadapi risiko

 

Seorang usahawan tidak akan terlepas untuk berhadapan risiko dalam dunia perniagaan.Risiko bisnes tidak  menjadi,muflis,ditipu rakan niaga dan pelbagai lagi rintangan.Seandainya berlaku usahawan mesti tabah dan kuat untuk bangkit kembali.Sebab itu orang yang berjaya dalam bidang ini berkata lagi tinggi risiko maka tinggi pula keuntungan yang bakal diperolehi.

 

Sembang berakhir…

 

Kejayaan dalam perniagaan tidak datang bergolek.Konsepnya sama dalam semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini..Tidak kira kita ini seorang usahawan atau pekerja makan gaji petanda ini dapat kita ciptakan.

Teknik Membaca Pantas Entri Blog

Membaca entri blog dengan buku jauh berbeza.Sudah tentu kepenatan otak berganda dengan membaca blog.Ini kerana blog perlu dibaca melalui peranti elektronik yang ada radiasi berbanding buku menggunakan helaian kertas.

 

Ketahuilahlah teknik membaca pantas dapat mengatasi masalah ini.Saya percaya ramai blogger prihatin untuk menjaga kesihatan mata dan  minda.Jadi teknik ini boleh dijadikan panduan.Suka diingatkan bahawa tidak semua teknik yang disarankan sesuai untuk semua orang.

 

images

                                 (Kredit kepada empunya grafik)

1.Baca tajuk dan komen para pelawat

 

Melalui tajuk sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan isi kandungan entri.Perhatikan juga komen para pelawat yang berkualiti.Mereka akan komen berdasarkan kefahaman mereka.Dengan membaca komen mereka seolah-olah kita membaca entri blog tersebut.

 

2.Baca perenggan pertama dan terakhir sahaja

 

Jika penulis blog tersebut berpengalaman tentu dia akan meletakkan idea utama atas sekali.Selepas itu dia meletakkan rumusan dalam bahagian akhir .Membaca idea utama dan rumusan sudah cukup untuk kita memahami keseluruhan entri blog ini.Itu pun bergantung kepada tahap kegeniusan anda dalam dunia pembacaan blog.

 

3.Tengok gambar sahaja dan buat tafsiran sendiri

 

Memang benar gambar dapat menceritakan sesuatu lebih baik dari 1000 patah perkataan.Sekarang ini ada blog yang kurang penulisan tetapi lebih kepada gambar.Bonus untuk para pelawat untuk komen tentang gambar sahaja.Terutama ada segmen Wordless Day.

 

4.Baca isi penting yang tidak menggunakan perenggan

 

Entri blog yang memaparkan teknik, petua,rahsia,panduan dan tip biasanya akan menyenaraikan isi-isi penting mengikut nombor.Apa tunggu lagi baca sahaja mengikut turutan nombor.Tidak perlu baca huraian jika sudah faham.Kalau nak baca juga terpulang kepada tahap kerajinan sendiri.

 

5.Baca sepintas lalu tanpa menyebut perkataan melalui hati atau mulut

 

Teknik membaca pantas begini memerlukan latihan yang intensif.Memang agak sukar dan tidak pula mustahil.Dalam blog boleh juga dipraktikan jika sudah mahir.Tukar zoom skrin laptop atau komputer supaya lebih besar.Ini kerana kita tidak membaca sepatah demi sepatah perkataan sebaliknya ayat demi ayat sekaligus.

 

6.Elakkan membaca blog yang ada  iklan pop-up

 

Tidak dinafikan blogger memerlukan duit dari pengiklanan.Namun jangan memaksa pelawat untuk klik link tersebut.Biasanya  iklan pop-up akan menghalang kita untuk membaca entri selanjutnya.Setelah diklik kita akan dibawa pula ke laman web pengiklan.Sudah tentu masa kita akan terbuang kecuali kita memang menginginkan produk yang diiklankan.

Mengenali Kerabat Iblis Dan Tugas Khas Mereka

 

images                 

 

Sejujurnya saya tidak mahu berbicara tentang iblis.Mereka makhluk derhaka kepada Allah SWT dan musuh yang nyata kepada manusia.Malah kita semua akan mengelak untuk bersua muka dengan iblis laknatullah.

 

Tetapi baru baru ini saya menemui informasi tentang iblis dalam buku tulisan Zulklifli Khair yang berjudul Offline Dengan Syaitan.Jadi saya tiada pilihan kerana ilmu yang   baik  wajar dikongsi dan disebar demi kebaikan bersama.

 

Sebelum kewujudan nabi Adam , iblis digelar Azazil.Makhluk ini dianugerahkan rupa yang indah lagi bercahaya.

 

Ketika Allah SWT mencipta Adam dari tanah, para malaikat akur untuk sujud kepada Adam atas perintah Allah SWT.Bagaimanapun Azazil enggan berbuat demikian kerana menganggap dirinya mulia.Lebih baik daripada Adam kerana Azazil dicipta dari api.

 

Kesombongan Azazil menyebabkan kemurkaan Allah SWT dan akhirnya Azazil dikeluarkan dari syurga.Allah SWT telah mengubah rupa Azazil menjadi buruk,jelek dan menakutkan.Sejak dari itu Azazil digelar iblis iaitu makhluk  yang derhaka kepada Allah SWT.

 

Catatan Ibnu Qayyim al-Jauziyah dalam Talbisul Iblis telah mengemukakan 5 keturunan iblis dan tugas khas meraka.

 

1)Tsabar

 

Tugas iblis Tsabar ialah menerbitkan perasaan keluh resah kepada orang yang ditimpa musibah.Mereka akhirnya akan menyalahkan Allah SWT atas apa yang berlaku.

 

2)Dasim

 

Iblis Dasim berperanan untuk menghancurkan ikatan perkahwinan .Modus operandi mereka untuk menimbulkan perasaan cemburu yang melampau ke atas pasangan suami isteri.Si suami akan syak dengan isteri manakala si isteri pula tidak percayakan suami.

 

3)Al-A’war

 

Kerjanya untuk menghasut hati manusia untuk berzina.Golongan wanita dibisikkan untuk berpakaian seksi.Golongan lelaki pula didorong untuk melihat wanita cantik sehingga terbitnya nafsu berahi.Kepada pasangan yang bercinta ditimbulkan keinginan untuk berdua-duaan sehingga berakhir dengan zina.

 

4)Miswath

 

Iblis jenis ini pakar dalam menghasut manusia untuk membuat fitnah.Mereka selalu membisikkan cerita dusta dan perasaan buruk sangka kepada orang lain.Akibatnya manusia huru hara dan saling dengki satu sama lain.

 

5)Zaknabur

 

Pusat membeli belah adalah tempat yang sesuai untuk melekakan manusia.Di sinilah  iblis Zaknabur menyuntik perasaan seronok  sehingga mereka membuang masa begitu sahaja.

 

 

p/s :Kredit kepada empunya grafik-www.google.com

Wordless Wednessday : Luahan Rasa Seorang Anak

JAGALAH ALAM SEKITAR

Rahsia Tentang Otak Yang Orang Tak Nak Tahu

imagesAtas rasa ingin berkongsi  saya cuba mendedahkan informasi penting ini.Saya bersyukur kerana berjaya menemukan dalam sebuah buku yang hebat tulisan Fazrul Ismail yang berjudul Pemikiran Sistemik.Saya cuma mengutip sedikit sahaja dan selebihnya boleh dapat sendiri dari buku ini.Saya telah mengolah semula supaya dapat dibaca secara santai dalam blog ini.Jangan pula terlalu serius nanti stress.

Ada orang yang  selalu mempersendakan ‘otak’ individu lain.Ketika marah maupun semasa bergurau otak seseorang akan menjadi bahan tempelakan yang menyakitkan . Antara dialog yang biasa kita dengar ialah :

“ Engkau nie harapkan badan sahaja besar tapi otak kecik”.

“Mana lu punya otak taruh bawah lututkah?”

“Tak ada otakkah, barang senang macam nie pun tak dapat buat”

Ungkapan di atas sewajarnya kita lupuskan dalam perbualan harian.Kita seolah-olah kita merendahkan kehebatan otak yang banyak berjasa kepada kita selama ini.

Sepatutnya kita bersyukur dengan kurniaan Allah SWT dengan organ otak ini.Otak adalah sistem organ yang kompleks dan diklafikasikan oleh saintis sebagai Super Bio Komputer.Otak manusia berfungsi  menggunakan sel neutron yang bersambung satu sama lain.Penggunaan otak secara efektif akan membolehkan sel –sel neutron bertambah lebih banyak.

Perlu difahami bahawa neutron akan berkomunikasi dengan neutron yang lain menggunakan medium dikenali neutrotransmiter.Otak manusia ada 6 neurotransmiter yang berfungsi untuk menjalankan tanggungjawabnya yang berbeza-beza kepada manusia.Berikut ialah nama-nama neurotransmiter atau juga dikenali sebagai hormon.

1.Asetilkolina

Hormon ini adalah berfungsi untuk proses pembelajaran dan ingatan.Kekurangannya menyebabkan kita sukar untuk memahami dan mengingati apa sahaja bentuk pembelajaran.Tidak mustahil ramai yang tercicir di sekolah maupun di universiti sekiranya hormon Asetilkolina terganggu dalam sistem otaknya.Saya tergolong dalam kumpulan ini kerana tak cukup pandai untuk masuk pusat pengajian tinggi suatu ketika dahulu.

2.Dopamine

Ia bertanggungjawab untuk memastikan pergerakan otot kita dalam keadaan normal.Sukar untuk dibayangkan kalau hormon ini terganggu.Mungkin menjadi lumpuh atau menjadi supernatural seperti watak adiwira Plasticman.Selain itu hormon Dopamine membolehkan kita menumpu perhatian terhadap apa-apa aktiviti yang kita lakukan.Contohnya khusyuk dalam solat.

3.Epinefrina

Hormon Epinefrina bertugas untuk menaikkan degupan jantung dan tekanan darah apabila berdepan dengan situasi cemas ‘lawan atau lari’.Mekanisma ini penting untuk menyelamatkan diri demi kelangsungan hidup.Mangsa ragut selalu menghadapi situasi ini.Mereka boleh pertahan beg tangan mereka dengan lawan balik atau biarkan peragut melarikan beg tangan supaya  tidak diapa-apakan.Mereka cuma perlu berteriak “tolong! tolong! beg saya! " sekuat hati.

4.Gaba

Teringat saya kepada watak kartun Gaban.Sekarang ini mana ada lagi.Hormon Gaba adalah untuk penenang fikiran.Kekurangannya menyebabkan kita resah,  panik dan bimbang yang melampau.Sebab itu ada orang yang mengamuk tanpa sebab yang jelas.Biasanya mak dan ayah akan gelisah seperti cacing kepanasan apabila mengetahui anak dara mereka belum pulang dari rumah kawan  sejak semalam.

5.Norepinefrina

Hormon ini membantu kebolehan memberi konsentrasi seperti juga hormon Dopamine.Dengan adanya hormon tersebut kegiatan harian berjalan lancar.Kita tidak akan seperti  anak hyperaktif yang boleh lari sana sini.Kita tidak akan keliru aktiviti mandi dengan memasak.Bahkan kita boleh membaca suratkhabar sewaktu menonton tv di ruang tamu.Malah sewaktu isteri membebel pun kita boleh fokus untuk kemaskini blog,Facebook ataupun Tweeter.

6.Serotonin

Fungsi Serotonin adalah untuk memberi rasa kegembiraan.Otak kaum wanita dikatakan hanya menghasil 2/3 serotonin berbanding kaum lelaki.Ini bermaksud kaum lelaki lebih gembira dan ceria.Sebaliknya kaum wanita pula lebih cenderung untuk mengalami tekanan perasaan.Secara biologinya kaum lelaki perlu berkongsi kegembiraan dengan kaum wanita melalui ikatan perkahwinan.Jadilah seorang suami tempat pelindung kepada isteri dalam kehidupan harian.

Ternyata  otak terlalu kompleks untuk dibicara sepintas lalu.Ketidakupayaan kita memahami dan menghargai kehebatan otak boleh mensia-siakan anugerah yang terindah dalam hidup ini.Maka ada logik juga kenapa otak berada di atas kepala berbanding kepala lututnya letaknya dibawah.

p/s: picture   source : www.google.com

6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan

download (1)

Setiap insan yang bergelar manusia pasti menginginkan kejayaan dalam hidup mereka.Sayangnya ramai yang tercari-cari termasuk saya bagaimana untuk berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini.

Saya teruja untuk berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya temui dalam buku Quranic Law of Attarction hasil tulisan Rusdin S.Rauf.Beliau merupakan seorang penulis Indonesia yang hebat dalam ilmu motivasi dan pembangunan diri.

Untuk memastikan petua ini relevan dengan dunia blogger saya telah mengolah semula dengan gaya bahasa santai.

1) Mengetahui dengan jelas apa kita mahukan

Sebaik-baiknya bermuhasabah diri sebelum kita tidur.Berbicaralah dengan diri sendiri dan keluarga apa yang kita sangat mahukan dalam hidup.Lihat kecenderungan kepada diri sendiri.Terokai kekuatan diri dengan bersendirian atau bermonolog.Biarkan hati kita membisikkan apa yang kita ingini.Jadikan keinginan kita seperti sudah terang lagi bersuluh mengguna spotlight.

2)Jangan berhenti berdoa

Kita harus berdoa setiap masa.Ketika susah kita berdoa dan sewaktu senang pun kita berdoa.Dalam erti kata yang lebih mudah berdoa secara berterusan untuk mencapai kejayaan.Perlu diingatkan kejayaan yang kita mau raih hanya berlaku jika mendapat keizinan Allah SWT.Ada yang usaha sedikit terus berjaya.Ada pula yang berusaha semaksima mungkin pun belum lagi berjaya.Ini ada kaitannya dengan doa.Doa menjadi titik tolak kejayaan kita bersulami usaha yang kita lakukan.

3)Sebatikan dalam jiwa tujuan kejayaan kita

Kita mengharapkan kejayaan untuk kebaikan sahaja dan  memberi manfaat sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.Aura positif dari kejayaan akan bergetar dan bergerak menuju kita.Kita ada sebab untuk berjaya.Sebab ini hendaklah ditanam dalam hati dan disegarkan setiap masa.Jadikan tujuan kejayaan itu seperti letusan larva gunung berapi.

4)Menghapuskan keraguan di dalam hati

Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh semua kita untuk berjaya ialah rasa ragu-ragu.Selagi ada keraguan dalam hati maka alam sekeliling turut memberi tindak balas yang sama.Jalan penyelesaiannya kita wajib berlatih untuk berfikiran positif,bertawakal dan menyerahkan keputusan kepada Maha Pencipta.Kewujudan elemen ini dalam fikiran sudah pasti melenyapkan keraguan secara beransur-ansur.

5)Menikmati kesyukuran setiap detik

Orang yang bersyukur akan ditambah dinikmatnya.Tidak kira besar atau kecil dan nyata atau tersembunyi.Perasaan kita hendaklah tenang dan gembira.Orang yang bersyukur tidak mengeluh dan meratapi apa yang sudah berlaku.Hati dan perasaan mereka menerima seadanya dan ini menjadikan kejayaan yang diraih meskipun kecil amat dihargai.Sebab itu orang kaya bertambah kaya kerana mereka mensyukuri rezeki yang diperolehi setiap hari.

6)Perkuatkan kesabaran menanti kejayaan

Kita harus ingat bahawa kejayaan itu bukan destinasi tetapi satu perjalanan.Kejayaan perlu masa dan tempoh tertentu.Jadi tidak boleh tidak kita mesti bersabar dalam ruang waktu tersebut.Kejayaan mungkin berada satu langkah lagi namun kerana kita sudah berputus asa maka kejayaan itu terus tenggelam.Alangkah ruginya jika tidak bersabar menanti saat itu.Memang tepat sekali sabar dikatakan separuh dari iman.

p/s : sumber gambar- www.google.com

Review Buku : Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh

 

pic 2

 

Ulasan:

 

Kebanyakan buku yang saya baca banyak menggunakan  judul kata kunci rahsia.Ia seolah-olah memangil kita  untuk mencungkil maklumat disebalik rahsia tersebut.Mungkin sifat ingin tahu kita telah dimanipulasi oleh kata kunci rahsia.

 

Buku ini agak santai dalam mempersembahkan isi kandungannya.Bagi peminat genre agama tentu mudah faham dengan apa yang cuba disampaikan penulis  Abu Hudzaifah.

 

Saya berharap boleh memahami   dan berupaya pula untuk beramal.Ilmu yang tidak diamal umpama pohon yang subur tetapi tidak berbuah.Maka tidak memberi manfaat apa-apa kepada kita.Percayalah kekuatan ini hanya diberi pertolongan Allah SWT dalam bentuk inayah dan hidayah. Insya Allah.

 

Penulis telah mengutarakan pandangannya tentang tidur  berdasarkan Al-Quran,hadis nabi dan kisah-kisah para sahabat.

 

Tidur bukan sekadar melelapkan mata setelah penat seharian bekerja.Manfaat tidur kepada manusia sangat banyak.Apa yang terpenting sekali ialah tidur ibadat yang menghasilkan pahala.Tidur begini  diteladani daripada Rasullulah SWT.Ia diperkuatkan lagi dengan ikutan para sahabat solehin.

 

Rahsia kesolehan mereka terbongkar dengan menghampiri Allah SWT pada malam hari.Mereka tidur tetapi sekadar perlu untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Dalam keheningan tersebut mereka solat sunat menyampaikan isi hati masing-masing.Ada juga yang menghabiskan waktu malam dengan menulis buku.Sehingga kini hasil tulisan mereka tetap menjadi rujukan orang Islam.

 

Pelbagai ilmu penting telah dikupas dengan ringkas oleh penulis.Antaranya perkara yang dilarang sebelum tidur,petua ketika tidur dan amalan selepas bangun tidur.Perlu saya tegaskan segala petua ini adalah bersumberkan Al quran dan hadis nabi.Jadi mengikuti sunnah nabi dalam bab tidur pasti mendatangkan keberkatan dan kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

 

Tidur itu dikatakan kematian kecil.Tidur sebenar adalah proses kematian kita untuk pergi ke alam seterusnya.Oleh hal demikian penulis menganggap malam bukan sekadar untuk tidur tetapi malam yang hening itu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Orang yang sanggup melepaskan nikmat tidur kerana untuk beribadah telah Allah SWT janjikan untuk masuk ke syurga.

 

--------------------------------------------------------------------------------

 

Judul :  Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh

Penulis: Abu Hudzaifah

Penerbit:  Syergy Media

Mukasurat:191

Harga: RM13.90

Web : www.sambooks.com.my

Jawatan Kosong Sebagai Blogger

download (1)

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa ada jawatan kosong sebagai blogger?Mungkinkah ada juga yang terfikir syarikat mana yang akan mengajikan seseorang untuk menjadi blogger?

 

Persoalan begini tentu bermain dalam pemikiran   selepas   membaca sepintas lalu tajuk entri ini.Saya pun ingin memohon jawatan tersebut kalau ia benar-benar wujud dalam pasaran kerja.

 

Sebelum kita membicarakan lebih lanjut eloklah rasanya jika saya menjelaskan maksud blogger secara ringkas.Blogger ialah seseorang yang menjadi penulis dalam blog.Mereka ini ada yang sudah menjadi penulis sepenuh masa.Namun  majoritinya  adalah separuh masa.

 

Ada blogger yang serius dan tidak kurang juga yang main-main sahaja.Dalam kalangan mereka ada yang sudah merasai pendapatan yang lumayan dan ada juga sejemput sahaja.Biasanya blogger baru bermula dari kosong.Sudah lumrah alam katakan.

 

Namun begitu ada keistimewaan yang tiada nilainya berbanding wang sebagai ganjaran seorang blogger.Mereka dapat menjalinkan silaturahim tanpa batasan ruang dan waktu.Blogger mendapat kawan dari segenap tempat dan pelusuk buana ini.Sehinggalah saya teringat peribahasa Melayu..berkawan biarlah beribu dan berblog biarlah satu.

 

Selain itu blogger juga memperolehi amal jariah melalui penyebaran ilmu yang bermanfaat.Perkongsian ilmu dan penyebarannya dapat dimanfaatkan secara meluas.Maklum sahajalah kerjaya seorang blogger mempunyai rangkaian kawan,teman dan sahabat mencecah ribuan orang serta ada juga puluhan ribu.Insya Allah ilmu yang baik dan berguna ini mengalirkan pahala yang tidak putus-putus sehingga kiamat kepada mereka yang terbabit.

 

Cara-Bikin-Blog-Gratis

 

Cuma saya sedikit risau jika perkara berbentuk maksiat dan dosa disebarkan  secara meluas sehingga terkena semua orang.Kasihan ada yang tertimpa dosa kering yang langsung yang tidak disengnajakan.

 

Melihat kepada ganjaran untuk blogger yang cukup menarik saya pasti ramai yang hendak memohon jawatan ini.Kalau betul betul berminat boleh buat akaun dengan Uncle Google di Blogspot atau Wordpress.Disarankan juga membuat akaun blog dengan domain dan hosting berbayar.Buatlah pengorbanan yang betul pada tempatnya.

 

Kelayakan yang diperlukan sangat minima.Janji boleh membaca,menulis dan mengira.Tidak perlu resume atau buat salinan sijil.Saya akui blogger adalah jawatan yang paling mudah untuk dapatknya.Kita tidak melalui proses temuduga.Paling menarik lagi tidak risau tentang kabel talian  hayat  yang diperlukan untuk mendapat sokongan orang tertentu.

 

Syarat tambahan merupakan pilihan wajib.Mesti ada komputer yang capaian internet.Kalau tidak ada juga pergilah ke pusat siber.Sekiranya pusat siber terlalu jauh boleh memohon laptop 1Malaysia melalui bantuan rakyat miskin.Kalau hendak seribu daya dan kalau tak nak sejuta dalihlah jawabnya.

 

Sungguhpun begitu proses belajar   amat penting  dan kritikal untuk  menjadi blogger.Tempoh belajar bergantung sepenuhnya kepada keinginan dan semangat  untuk berjaya.Sifu-sifu blogger yang tersohor sudah ramai.Saya akui sendiri mereka berbesar hati  untuk membantu blogger baru berjaya dalam kerjaya ini.Terpulang kepada kita untuk mendapatkan secara percuma atau berbayar.Banyak ebook yang berkualiti boleh dibeli.Ada juga seminar dan bengkel.

 

Tiada tarikh tutup untuk memohon jawatan sebagai blogger.Pengambilan sepanjang masa seperti SPA.Tindakan cepat dan betul pada masa sekarang.Kalau bertangguh mungkin kita  akan rasa penyesalan tak sudah.Ayuh mohon sekarang dan jadikan blogger satu  kerjaya   untuk kehidupan.

 

Ingat bahawa blogger bukan sekadar mendapat wang sebaliknya mendapat nama,pahala dan kepuasan jiwa kerana berkongsikan ilmu kepada mereka yang memerlukan.Jadikan blog dan kerjaya blogger sebagai tanggungjawab dakwah untuk dipersembahkan kepada Allah SWT setelah kita menghembus nafas yang terakhir kelak.

 

Sumber gambar : www.google.com

9 Petua Sebelum Masuk Kamar Tidur

download

Opps!Tajuk ini agak panas.Namun jangan bimbang kerana entri ini tiada kaitan langsung dengan cerita kurang sopan.Saya mengaitkan dengan perkara  yang bersifat umum.Sesuai untuk semua dan memang perkara ini lumrah alam iaitu tentang tidur.Bukan tentang itu

Tidur adalah tuntutan fitrah semulajadi manusia.Dengan aktiviti tidur badan akan berehat setelah seharian bekerja.Sewaktu kita tidur sel-sel dalam badan yang sudah rosak akan berganti baru.

 

Tempoh masa yang diperlukan seorang dewasa tidur antara 4 hingga 6 jam sehari.Bayi pula dalam lingkungan 16 hingga 18 jam sehari.Namun jumlah tidur berbeza antara satu sama lain.Ia amat bergantung kepada keadaan fisiologi seseorang.Orang yang sakit perlu lebih banyak tidur berbanding orang yang sihat.Malah tidur yang terlampau banyak memudaratkan kesihatan.

 

Masa paling afdal tidur sekitar jam 11 malam sehingga 2 pagi.Dalam waktu begini otak manusia sudah bersedia untuk mengarahkan organ badan menjalankan aktiviti masing-masing.Semua perkara ini dikawal minda bawah sedar.Kita cuma tersedar mungkin cemas kerana mimpi buruk.Mungkin terdengar anak jiran sebelah menangis atau diri sendiri terasa hendak ke tandas.

 

Berikut adalah 9 petua yang berguna kepada kita sebelum masuk kamar tidur.Petua ini saya perolehi dari sebuah buku yang bertajuk ‘Rahsia Tidur Orang-orang Soleh’ hasil tulisan Abu Hudzaifah.Bagaimanapun saya telah mengolah serba sedikit supaya lebih padat,menarik dan mudah difahami.

 

 

images

1.Segera tidur

 

Selesai sahaja menunaikan solat fardu Isyak kita wajar masuk bilik untuk   tidur.Tidak perlu menonton tv atau melayari internet.Jika terpaksa juga pastikan tidur paling akhir jam 11 malam.Para blogger mungkin sukar mengikuti saranan ini.Mereka banyak kerja untuk mencari bahan enrti,update blog dan aktiviti blogwalking sehingga larut malam.Namun berpada-padalah.

 

2.Tidur dalam keaadan suci dan bersih

 

Sebaik-baik sebelum kita melelapkan mata ambil wudhuk terlebih dahulu.Sebab itu digalakkan   selesai sahaja solat Isyak terus tidur.Ada juga yang mandi air panas sebelum tidur.Paling tidak pun basuh kaki dan gosok gigi.Perlu diingatkan tidur itu kematian kecil.Jadi kalau meninggal dunia masa tidur telah memudahkan waris mengurus jenazah kita dalam keadaan bersih,suci dan tanpa was-was.Point  tadi (kematian)  sepatutnya delete kerana saya sendiri naik seriau dibuatnya..

 

3.Bertaubat dan memaafkan kesalahan orang

 

Kalaulah esok kita tahu sudah tiada lagi (mampus)  tentunya kita tidak akan tidur malam ini.Kita akan solat taubat,hajat dan tahajud sepanjang malam sebagai menambah amalan saat akhir.Namun mustahil bagi kita untuk mendapat pengetahuan ini.Ia adalah rahsia Allah SWT terhadap makhlukNya.Jadi sebagai persediaan awal cuba-cuba maafkan kesilapan orang terhadap kita.

Apalah guna berdendam dan busuk hati.Biarpun orang lain belum tentu maafkan kita.Tidak apa.Hati tenang begitu mahal harganya.Ketenangan perlu untuk dapatkan tidur yang nyenyak.

 

4.Tidur apabila rasa betul-betul mengantuk

 

Sebab itu masa masuk tidur perlu sama setiap hari.Jangan berubah-ubah.Keadaan ini memudahkan otak mengenalpasti masa tidur kita.Mood untuk mengantuk dapat dicari dengan membaca buku yang paling membosankan.Para blogger pula boleh mencari alternatif dengan membaca entri dalam blog ini ( saya punya blog).Masa kecil dulu saya selalu mendengar syair dalam radio.Dengar sahaja confirm dah terlena.Selain itu saya juga mudah mengantuk kalau terdengar lagu klasik dalam cerita Melayu.

 

5.Menulis wasiat kepada pewaris.

 

Amalan ini dilakukan oleh orang-orang dahulu yang soleh.Mungkin kurang relevan pada masa kini kerana tugas menulis wasiat telah diamanah kepada badan bertauliah.Mereka ini bekerja waktu pejabat iaitu siang hari.Kita boleh menukarkan kepada menulis planner menggantikan penulisan wasiat.Tulis planner berkenaan kerja,cadangan perniagaan dan apa sahaja yang baik sebelum tidur.Esok hari kita sudah bersedia menghadapi cabaran mendatang dengan penuh perancangan.

 

6.Berbaring dengan mengiring ke kanan

 

Hikmah berbaring dan tidur mengiring ke kanan ialah untuk memastikan organ hati kurang selesa.Ketidakselesaan organ hati dengan posisi ini menyebabkan kita mudah untuk bangun malam dan bangun pagi.Jadi tidak akan  terlajak untuk menunaikan solat fardu subuh.Sebaliknya kalau tidur mengiring ke sebelah kiri organ hati kita akan sangat selesa.Kesannya kita akan berat untuk bangun tidur.Jika bangun pun mesti dalam keadaan kemalasan optimum.Pendek kata tidur mengiring ke kanan baik untuk rohani dan tidur mengiring ke kiri baik untuk jasmani.Terpulang ke individu untuk hebat rohani atau jasmani.

 

7.Menggunakan celak

 

Celak di sini merujuk kepada perbuatan menghitamkan bahagian luar kelopak mata termasuk dibawah mata.Celak dipakai sebelum kita tidur.Sangat popular bagi golongan tabligh.Celak tidak sama dengan maskara yang selalu kita tengok kat mata Datuk Siti Nurhaliza.Tujuan menggunakan celak adalah untuk menajamkan mata dan menebalkan bulu mata.Berbeza dengan maskara untuk melentik dan memanjang bulu mata.Perempuan yang seksi dan cantik biasa menggunakannya.

 

8.Membersihkan tempat tidur

 

Sebelum kita berbaring cuba libaskan permukaan tilam dengan kain atau tuala.Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak benda tajam seperti pisau cukur,jarum ataupun serangga berbisa.Kita mana tahu benda-benda ada atas tilam atau tidak.Untuk keselamatan alangkah moleknya jika tempat tidur baik menjadi bersih sebelum atau selepas tidur.Jika tempat bersih sudah tentu tidur lebih tenteram.

 

9.Berzikir dan berdoa

 

Amat disarankan sebelum melelapkan mata kita berzikir,berselawat dan berdoa sepenuh hati.Baca ayat 3 Qul dan ayatul kursyi.Jadilkan rutin harian walau mengantuk sekali pun.Selepas itu berdoa sama ada bahasa Arab maupun bahasa Melayu.Paling penting faham apa yang didoakan.Terlalu besar hikmah jika dapat mengikuti saranan ini.Antaranya tidur kita dijauhkan dari gangguan syaitan.Tidur menjadi ibadah dan memberi pahala kepada empunya badan.

 

Sumber gambar: www.google.com

Katakan Tidak Kepada Kes Buli

a

 

Saya agak terkesima menonton video Ketua Kelas yang dibuli  disiarkan dalam siaran tv baru-baru.Video tersebut memaparkan bagaimana seorang  pelajar membelasah pelajar lain tanpa ada rasa belas kasihan.

 

Perbuatan samseng begini bukanlah perkara baru berlaku.Ia sudah wujud sejak zaman dulu lagi.Cuma pada masa lalu tiada peranti teknologi yang boleh meragamkan aksi ganas ini dengan mudah seperti telefon bimbit yang berkamera video .Jauh sekali untuk disebarkan melalui media sosial seperti Facebook,Youtube,blog dan Tweeter

 

b

Kewujudan kes buli di sekolah tidak harus dipandang remeh.Ada yang berpendapat kes ini adalah kes yang terpencil.Namun adakah kita rela  anak kita sendiri yang kena buli atau menjadi kaki buli di sekolah.Sudah tentu tidak.Siapa yang tidak sayang dengan anak baik anak kandung maupun anak saudara.

 

Kes buli boleh ditangani dengan bijak dan berhemah.Tidak perlu kita menunding jari siapa yang salah dan sesiapa yang benar.Kes buli berlaku kerana sebab dan akibat.Orang kuat akan membuli orang lemah.Orang bijak mempergunakan orang kurang bijak.Orang baik paras rupa pula akan mencemuh orang yang  jelek paras rupa .

 

Diri sendiri adalah penyelesaian terbaik.Kelebihan yang ada dengan kita tidak wajar sama sekali disalahgunakan untuk menunjukkan keegoan,kesombongan dan kebongkakan.Hebat manapun kita tetap akan kalah juga jika sudah melanggar     undang-undang.Kita pasti berdepan dengan hukuman Tuhan.Kezaliman kita mengundang kemakhbulan doa si mangsa.Mereka ini akan berdoa supaya pembuli mendapat kecelakaan sepanjang hidup.Apa yang penting kita bersyukur dengan kelebihan yang ada dan mengelakkan diri daripada memandang rendah terhadap orang lain.

 

Orang yang berada dalam kategori kurang menarik harus berani dan tinggi keyakinan diri.Mereka perlu bijak berdiplomasi dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan guru di sekolah.Matlamatnya supaya kita disenangi dan disegani.Orang yang disukai ramai sukar untuk dibuli orang.Kewujudan pelajar yang bijak bergaul dalam kelompok memungkin mereka diterima dengan hati terbuka waima dengan pelajar nakal sekalipun.

 

Pihak ibubapa adalah orang yang bertanggungjawab ke atas perilaku anak mereka.Anak-anak yang nakal perlu diberi perhatian lebih.Mereka harus dididik secara bijak dan relevan dengan keadaan semasa.Kekurangan dan terlebih kasih sayang juga menyumbang perilaku buruk seseorang anak.Mereka memprotes,terganggu emosi dan kecelaruan fikiran dek kerana tekanan keluarga yang bermasalah.Jika situasi ini berlaku anak-anak bakal menjadi pembuli dan tidak mustahil turut juga menjadi mangsa buli.

 

Proses kaunseling perlu dijalankan ke atas anak dan ibubapa yang terbabit.Mereka wajar sekali didedahkan teknik pengurusan stress yang efektif.Kerjasama ibubapa,anak dan pihak guru dalam menangani isu buli amat dituntut.Tolak ketepi perasaan rendah diri dan kecewa melampau ke atas peristiwa yang sudah berlaku.Di sinilah peranan  pegawai kaunseling untuk merungkai simpulan masalah.

 

Persekitaran sekolah hendaklah  konduksif.Pemasangan CCTV pada tempat yang strategik.Kawalan guru dan pengawal keselamatan mesti kerap dilakukan.Bukan sekadar apabila ada kes sahaja baru sibuk hendak bertindak.Pemerhatian ke atas pelajar yang berpotensi untuk menjadi pembuli perlu ditingkatkan.Mungkin golongan ini terlalu kecil dan bilangan yang sedikit ini pasti mudah dikendalikan.

 

Ketika   saya  sekolah dulu kes buli jarang-jarang kedengaran.Tambahan pula gandingan Guru Besar dan Guru Disiplin cukup komited dengan tugas.Mereka tegas dan cukup bijak menangani sebarang masalah pelajar.Masuk sahaja saya ke sekolah menengah kes buli pun  agak terkawal.Memang ada kes pergaduhan yang melibatkan orang luar dengan pelajar sekolah.Pergaduhan begini dapat ditangani dengan pantas sebelum menjadi terlalu serius.

 

Namun adalah tidak adil saya membuat perbandingan keadaan sekolah zaman dulu dengan zaman muktahir.Sekarang ini cabaran terlalu hebat.Masalah semakin rumit dengan kehadiran teknologi penyebaran maklumat yang tidak terkawal.Unsur-unsur ganas yang disumbangkan melalui filem dan permainan video tidak dapat disangkal lagi.

 

Pemakanan yang berlebihan garam,perwarna,perasa tiruan dan pengawet mengganggu hormon dalam otak seseorang.Mereka menjadi tidak waras dan pelampau dalam keganasan.Tindakan manusia bermasalah kini sudah tidak dapat diterima akal yang logik.Bukan sekadar membuli sahaja dengan lagak ngeri  malah sanggup menamatkan nyawa orang lain beramai-ramai.Pernah dilaporkan mereka ini membunuh ibu,bapa dan  datuk sendiri.

 

Sudah tentu isu buli tidak dapat dilenyapkan sama sekali.Namun tahap kemusnahan buli boleh dikurangkan dengan pemantauan berterusan pelajar yang bermasalah.Didikan agama dengan penerapan iman tidak boleh tidak kepada semua kita.Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa mendatang kemudaratan dan menahan kebaikan kepada kita semua.

 

p/s : Sumbangan ilustrasi kredit kepada Uncle Google

Bila Si Abang Dan Si Adik Berbicara Tentang Politik

l1s3

 

Adik saya dari kampung selalu menghubungi saya melalui telefon.Memang menjadi rutin dia menelefon saya sekali dalam seminggu.Kami biasa akan bersembang panjang.Pelbagai topik yang kami bualkan dari soal keluarga hingga ke  bab polilitik.

 

Saya bukan peminat politik tegar.Saya sekadar mahu tahu dan untuk memastikan saya tidak ketinggalan isu politik saya terpaksa juga membaca bahan yang berkaitan.Selain itu saya akan terpanggil untuk mengetahui berita terkini melalui tv dan radio.

 

Berbalik dengan kisah adik saya tadi.Dia memang fanatik dengan politik terutama melibatkan parti pembangkang.Pengetahuan dia tentang perkembangan politik jauh ke depan berbanding saya.Ketegaran dia melayari dan membaca blog politik usah disanggah lagi.Nasib baik dia tidak mempunyai blog.Saya pun tidak galakkan dia mempunyai blog politik kerana takut banyak maklumat tidak baik berbanding perkara yang bermanfaat.

 

Dengan pengetahuan dan maklumat yang dia miliki itu menjadi modal kepadanya untuk memberi pandangan dan ulasan kepada saya.Sudah tentu saya tidak berdiam diri apabila banyak perkara yang dia utarakan tidak tepat dan boleh diragui kebenarannya.Saya pertahankan pendapat saya dengan bukti dan logik akal yang munasabah.Kadang-kadang saya takut juga berbicara lebih kerana tersalah cakap boleh mengeruhkan hubungan adik beradik.

 

Melihat kembali kepada senario politik mutakhir ini saya rasa tidak boleh berpeluk tubuh.Saya perlu ambil peranan dengan menyampaikan kebenaran kerana kebenaran yang tersorok boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang dangkal pemikirannya.Mereka harus didedahkan dengan perkara yang realiti bukan falasi (fantasi).

 

Memang dalam politik tiada yang sempurna.Setiap pemimpin yang akan bertanding tidak kira pro kerajaan atau pembangkang akan menggunakan teknik serangan.Mereka menyerang dan membongkar keburukan pihak lawan.Siapa yang paling kuat  menghebahkan keburukan pihak lawan akan menampakkan kebaikan pihak yang satu lagi.Proses ini berterusan dan dikitar semula serta dipelbagaikan supaya lebih sensasi.

 

Rakyat jelata perlu berhati-hati dengan isu politik terutama melibatkan soal agama.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya terutama membabitkan soal akidah.Lebih parah lagi yang mempermainkan soal dosa dan pahala.Sedangkan orang yang kurang cerdik macam saya ini yakin bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai ada pahala atau tidak amalan seseorang.Cuma bab dosa memang sudah terang lagi bersuluh kalau kita buat zina,judi,memfitnah atau tidak solat 5 waktu.

 

Saya berharap menjadi rakyat yang matang dan bijak dalam menilai isu-isu politik negara.Adalah terlalu mustahil untuk bebas sepenuhnya dari pengaruh politik selagi kita tinggal dalam kelompok masyarakat dan negara bangsa.Lainlah kalau tinggal di dalam hutan belantara seorang diri.Tiada teman dan tiada saudara yang bergelar manusia.

 

Semoga tarikh 20 April 2013 menjadi titik permulaan kepada pemilihan calon yang bertanding nanti.Sekiranya ada pertandingan sudah tentu tarikh keramat 5 Mei 2013 menjadi sejarah dalam penentuan mandat pembentukan kerajaan.Saya terus menunggu untuk mengundi. Jika menang tanpa bertanding di kawasan parlimen saya bermakna kelancaran pelan pembangunan akan berterusan.Insya Allah.

Pantang Larang Sebelum Tidur

l2s36

 

Orang tua-tua selalu mengingatkan kita tentang pantang larang.Buat itu tidak boleh.Buat ini tidak boleh.Kadang-kadang kita rasa pelik dan janggal dengan pantang larang.

 

Namun begitu pantang larang ada hikmahnya.Ada kebaikan yang tersurat dan tersirat.Terpulang kepada kita untuk percaya dan akur dengan pantang larang tersebut.

 

Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi tentang pantang larang sebelum kita tidur.Saya perolehi pantang larang ini melalui sebuah buku yang berjudul Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh yang ditulis oleh Abu Hudzaifah

 

Saya ubah suai pada tempat yang sepatutnya supaya relevan dengan bahasa orang blogger.Namun isi penting saya kekalkan supaya mesej tidak lari dari kandungan asal.

 

Berikut adalah pantang larang yang harus kita hindari sebelum tidur.Kalau dapat elak sudah tentu besar manfaatnya.Jika sukar untuk menghindarinya tidak bermakna bala akan menimpa.Ia cuma panduan asas yang ditunjukkan untuk kepentingan umum.

 

1.Jangan makan dan minum terlalu banyak sebelum tidur

 

Orang yang kekenyangan sukar untuk bangun awal pagi.Badan akan berasa terlalu berat.Kemungkinan juga kita membebankan sistem pencernaan.Malah kandungan kalori yang tidak digunakan menyebabkan kolestrol dalam badan meningkat.Sudah tentu memberi implikasi negatif kepada kesihatan.

 

2.Jangan keterlaluan memberi keselesaan dalam bilik tidur

 

Secara logiknya kita berhak untuk mendapat rehat yang mencukupi dengan tidur senyenyak yang mungkin.Tambahan pula kepada mereka yang penat dan letih bekerja seharian.Perlu diingatkan hidup ini bukan sekadar untuk tidur.Kita ada tujuan yang lebih murni daripada itu.Tilam yang empuk,bantal yang tebal dan suasana yang sangat selesa mengundang kita untuk tidur lebih masa.Akibatnya solat subuh sukar untuk dilaksanakan.Kita jadi lalai dan longlai untuk menghadapi cabaran pada hari tersebut.

 

3.Jangan tidur dalam keadaan meniarap

 

Rupa orang tidur meniarap memang jelek.(jangan pulak terasa).Nasib baik kamar tidur itu rahsia kepada orang luar.Cuma kalau pelajar asrama mereka tiada pilihan.Bilik yang luas menempatkan puluhan pelajar sudah pasti sangat terbuka.Jadi kelihatan pelbagai ragam dan stail masing-masing.Stail yang kurang baik ialah tidur meniarap.Ada hadis yang menyatakan tidur secara meniarap umpama cara penduduk neraka berbaring.

 

4.Jangan tidur di tempat yang tiada atap

 

Semasa kita tidur pelbagai kemungkinan boleh berlaku.Bayangkan kita tidur ditempat terbuka dan ada benda yang jatuh dari atas. Kita tidak boleh elak.Sebabnya kita tidur dan pasti tidak sedar diri.Bagaimana kalau tahi burung yang jatuh.Lebih dahsyat lagi  kalau tahi bintang seperti meteor.Lagi naya kita dibuatnya.Lainlah sudah terpaksa sebagaimana kisah Bersamamu TV3.Tidur berbumbung bintang dan berlantaikan  tanah.

 

5.Jangan melampaui bergurau senda sebelum tidur

 

Menghadapi saat tidur umpama berdepan kematian kecil.Oleh kerana kita ketawa terbahak-bahak atau bersembang kosong terlalu lama,sudah pasti melalaikan hati.Kesan hati yang lalai dan seterusnya hati mati amat merugikan.Kita tiada jaminan untuk dapat bangun lagi keesokkan harinya.Bagaimana kalau mati dalam tidur dengan cara mengejut.Belum sempat bertaubat dan tidak terfikir untuk perkara ini berlaku.Yalah kalau hati sudah mati sebelum tuan punya badan itu mati.

Wordless Wednesday : Kek Panas Berapi

IMG_2110
Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Khinzir

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini..saya berharap ia memberi manfaat kepada umat Islam.Jadi kredit kepada blogger Penmerah yang sudi untuk berkongsi info ini.

 

 

 

 

Ilmu hak umat islam seluruh dunia…. tolong “SHARE”


Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan,

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

 

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

 

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

 

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

 

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

 

4. Boar:Babi liar.

 

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

 

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

 

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

 

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

 

9. Sow Milk:Susu babi.

 

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

 

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

 

Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan Sekarang

 

 

l1s84

 

Saya  pernah mengikuti satu kursus motivasi dan kepimpinan kira-kira 15 tahun yang lepas.Saya masih ingat dan sampai sekarang ingatan terhadap pesanan ini kekal kukuh.Penceramah tersebut berpesan  ‘'semakin lama anda bertangguh maka semakin kuat tekanan untuk anda tanggung.’’

 

Saya akui memang benar.Saya percaya kita semua ada sikap suka bertangguh.Terutamanya perkara yang melibatkan kebaikan.Betulkan.

 

Sikap bertangguh menjadi trend kebanyakan orang.Bertangguh untuk solat.Bertangguh untuk membuat kertas kerja.Bertangguh untuk belajar dan 1001 lagi perkara untuk ditangguhkan.Akhirnya banyak perkara yang baik tidak dapat dilaksanakan.Anda menyesal dan timbulnya perasaan kalaulah dulu saya buat macam tu…pasti saya sudah mendapat apa yang saya citakan.

 

Kesan sikap bertangguh ini akan terkena batang hidung sendiri.Kita akan tertekan dan gelisah untuk menghadapinya.Tekanan yang kita hadapi merencat kebahagiaan hidup.Lebih merisaukan jika ada yang tidak mampu mengawalnya sehingga menjadi pencetus kepada huru hara.Tidak kira dalam keluarga maupun dalam masyarakat.

 

Saya melihat sikap bertangguh ini boleh diubah atau  ditranformasi ke arah lebih positif.Perubahan boleh perlahan-lahan.Usah terlalu drastik takut kita sendiri tidak mampu menangani perubahan tersebut.Mulakan perkara yang kecil dahulu.Sesuatu yang mudah dan remeh.Lama-kelamaan kita terbiasa untuk melakukannya dengan rasa rela dan tanpa sedar.

 

Ambil contoh mudah.Katakan anda hendak mencuci kereta hari Ahad.Anda boleh melakukan aktiviti ini terus pada hari Sabtu.Bagi surirumah pula lagi mudah.Anda biasa masak jam 11am dan apa kata anda mulakan 10.45am pula.Dan sudah pasti banyak lagi contoh di luar sana.

 

Akhir kata sikap bertangguh boleh diubah menjadi tabiat baik iaitu segera melakukan kebaikan.Kita wajar memanfaatkan setiap saat kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk dilengah-lengah kepada perkara yang sia-sia.

Sejuta Rakyat Sarawak Layak Mengundi Dalam PRU-13

Sejuta Rakyat Sarawak Layak Mengundi Dalam PRU-13


KUCHING: Sejumlah 1,086,191 penduduk Sarawak layak mengundi di kesemua 31 kawasan parlimen di negeri ini pada PRU-13, menurut daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), di sini.
Berdasarkan daftar pemilih suku keempat, yang diwartakan pada 22 Februari tahun ini, kerusi parlimen bandar iaitu Stampin mencatatkan jumlah pengundi berdaftar tertinggi iaitu 84,820 orang, disusuli Miri (71,287) dan Sibu (64,732).
Kawasan pilihan raya pinggir pantai di luar bandar iaitu Igan pula mempunyai jumlah pengundi berdaftar paling rendah dengan 17,815 orang manakala bagi seluruh negara, SPR mendaftarkan sejumlah 13.34 juta pengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR akan membelanjakan kira-kira RM78 juta, termasuk peruntukan logistik, untuk mengendalikan pilihan raya di Sarawak, jumlah belanjawan tertinggi dalam kalangan beberapa negeri berikutan keluasan geografi dan rupa bumi berbukit-bukau.

Berikutan pembubaran parlimen Rabu lalu, SPR akan mengadakan mesyuarat Rabu depan untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya umum itu.

Bagaimanapun, penggal 71 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak hanya tamat pada Mei 2016.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/05

Sumber :http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/LebihsejutapendudukSarawaklayakmengundi/Article

1st Giveaway By Emas Putih

Saya cuba join beberapa giveaway contest untuk adjust balik saya punya blog.Saya berharap dapat menyumbang manfaat sama ada kepada penganjur dan para peserta.Saya sendiri pun teringin hendak hadiah.Sapa yang tak nak hadiahkan?Berikut ialah entri yang saya copy dan paste seperti yang disarankan.

As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.