google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Semua orang mahu berjaya.Tidak kira  apa jua bidang maupun perkara.Kejayaan besar atau kecil memberi satu kepuasan kepada seseorang.Kejayaan itu dicetuskan melalui kuasa keyakinan.

Dalam entri kali ini teman ingin berkongsikan satu elemen  pencetus kejayaan iaitu kuasa keyakinan.Istilah biasa yang digunakan ialah yakin boleh.Jadi perkara ini bukanlah sesuatu yang baru.Malah ia sudah teruji dan terbukti sejak sekian lama.



Kuasa keyakinan dapat dibentuk dan diasah melalui latihan.Teman memang gemar mengutamakan latihan dalam semua perkara.Ini kerana dengan latihan seseorang boleh mahir dalam sesuatu bidang.Lebih-lebih lagi tentang kuasa keyakinan.

Cara melatih keyakinan ada pelbagai.Paling mudahnya cara orang Islam.Orang Islam yakin ada Allah SWT dan Rasullulah SAW.Orang Islam wajib yakin dengan akhirat walaupun tidak pernah nampak.Seumpama latihan orang Islam wajib melakukan solat 5 waktu.Hanya solat sahaja boleh memupuk jiwa dan hati tentang keyakinan terhadap perkara yang jauh dari penglihatan sebenar.

Kuasa keyakinan diri yang tinggi boleh diperolehi dengan ilmu.Ilmu itu biasanya melalui buku-buku ilmiah,perkongsian ilmu dalam blog dan sesi seminar motivasi.Dengan ilmu perasaan yakin terhadap diri bertambah secara tidak langsung.

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<

Semua orang ada potensi untuk berjaya.Semua orang memiliki kuasa keyakinan dalam diri.Namun ada perbezaan jika kuasa keyakinan tinggi dengan kuasa keyakinan rendah.Orang berjaya mempunyai kuasa keyakinan diri yang tinggi.Mereka berfikir dan merancang serta bertindak dengan yakin.Tiada was-was untuk gagal meskipun risiko untuk gagal memang ada.

Sebaliknya kuasa keyakinan rendah diibaratkan kalah sebelum berjuang.Mereka ini lebih memikirkan kegagalan.Mereka kurang yakin untuk berjaya lalu mencipta alasan bagaimana untuk gagal.Akhirnya tidak berjaya meskipun potensi keyakinan diri memang sudah dibekalkan kepada kita semua sejak lahir lagi.Terpulang kepada kita untuk memilih sahaja.


Kita berhak memilih kuasa keyakinan diri yang tinggi.Kita boleh berjaya.Kita perlu bekerja keras,berusaha lebih dan yakin dengan kudrat dan iradatNya.Insya Allah kejayaan yang kita impikan berada dalam genggaman.Yakin Boleh.Yakin Berjaya.

Sumber grafik :www.Yahoo.com

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<



Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi diri dengan judul Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/kuasa-keyakinan-tinggi-pencetus-untuk.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 14 February 2013

10 komentar untuk " Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya "

mycahayacinta@gmail.com said...

mesti yakim walau sering gagal tpi akan berusaha tak akan putus asa

mycahayacinta@gmail.com said...

org yg berjaya akan temui kegagalan berkali2. sb dh tu part mana blh silap makan depa akn lbih berhati2 & waspada sllu

mrhanafi said...

bagus cara pemikiran sedemikian..

mrhanafi said...

kegagalan adalah guru terbaik dalam kehidupan seseorang..

Kijang Galah said...

hidup mesti berani untuk gagal disamping mempunyai keyakinan yang tinggi..

Unknown said...

Salam manis hujan gerimis.. :)

Gagal berkali-kali dan akhirnya berjaya adalah orang yang luar biasa...dan kejayaan yang sempurna..

mrhanafi said...

betul tu bro...saya sokong.

mrhanafi said...

Hukum alam...sebelum berjaya mesti melalui kegagalan.

tehr said...

yakin dan sanggup berusaha
kejayaan pasti tiba akhirnya

mrhanafi said...

begitulah hakikatnya yang harus semua kita terima,