google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: ulasan buku

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label ulasan buku. Show all posts

Ulasan Buku : Misteri Tenaga Istighfar Untuk Kejayaan & Kekayaan Anda

Tajuk buku ini memang gempak.Apabila diteliti dan dibaca memang gempak juga isinya.Pembaca akan rasa amat teruja dan merasai perbezaan selepas habis membaca buku ini.

tenaga isigthfar

Buku ini ditulis oleh pengarang yang hebat iaitu Saudara Muhammad Muhyidin.Seorang penulis dari Indonesia.Buku asalnya bertajuk Misteri Energi Istighfar.Kini telah diterjemah ke dalam bahasa Malaysia oleh Normaiza Mohd.Noor.

 

Penerbit Al-Hidayah House Of Publishers Sdn.Bhd telah menerbitkan buku ini pada tahun 2011 yang lepas.Ketebalannya boleh tahan juga iaitu 248 yang mengandungi 6 bab utama.Bagi pembaca tegar,saya percaya dia boleh menghabiskan dalam masa yang singkat sahaja.

 

Secara keseluruhannya buku ini mengupas persoalan istighfar dalam mendapat hikmah dengan pengamalannya.Boleh saya katakan istghfar adalah satu amal yang boleh mengubah kehidupan kita 100 peratus ke arah lebih baik,kaya raya,bahagia dan paling penting sentiasa bersih dari kotoran dosa.

 

Namun begitu tenaga istighfar boleh kita perolehi dengan syarat-syarat tertentu.Ianya telah  dikupas oleh penulis buku ini dengan lengkap dan menarik.Jika nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku ini di toko-toko buku yang berdekatan anda.Saya akui anda tidak akan menyesal membelinya.Malah rasa rugi kerana tidak membelinya awal-awal lagi.

 

tenaga istigfhar1

Sekilas pandang,

 

Sebagai seorang mukmin Istighfar adalah satu keajaiban yang Allah kurniakan kepada hambanya.Dengan gabungan doa,usaha,istighfar dan tawakal maka tidak mustahil apa-apa keinginan kita boleh dicapai.Soalnya lambat atau cepat.Di dunia atau diakhirat kelak.Insya Allah.

Ulasan Buku :Langkah Bijak Komunikator Hebat

Siapa yang berani menyangkal bahawa komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita.Komunikasi membina kreabiliti,kebahagiaan dan teras dalam mencipta keajaiban kehidupan.

 

 

Tentunya langkah kanan kepada saya setelah membaca buku tulisan Ustaz Badrul Sani.Buku beliau yang berjudul Langkah Bijak Komunikator  Hebat amat mengamit perasaan saya berkongsikan dalam blog hebat ini.

 

 

Buku yang ringkas dan santai ini diterbitkan Nukilan Unggul Publications Sdn Bhd pada tahun 2012.Masih segar dari ladang dan akan relevan sepanjang masa jika kalian akan menemui pada 5 tahun yang akan datang.

 

 

Dengan ketebalan hanya 95 mukasurat tentunya amat disukai kepada mereka yang bukan pembaca tegar.Kalau saya memang tak puas.Baca buku senipis ini patut dilakukan berulang kali.Lagi banyak lagi bagus kerana setiap bacaan ulangan kita akan mendapat idea yang baru.Selain pengukuhan pemahaman dan menguatkan ingatan.Betul ke ?…Betullah

 

 

Buku Langkah Bijak Komunikator Hebat memfokuskan kepada kemahiran untuk memberi ceramah atau pengucapan umum.Namun ilmu yang diceritakan itu boleh juga kita gunakan dalam kehidupan harian.Terpulanglah kepada kalian untuk mengamalkan pada bahagian yang dirasakan patut.

 

 

Bagi memudahkan para pembaca mendapat manfaat maksimum,saya amat menyarankan para pembaca untuk mengikuti arahan seratus peratus oleh para pengarang.Insya Allah dengan sedikit semasa kalian akan dapat dapati perubahan kepada kemahiran komunikasi kalian dengan lebih baik daripada sebelumnya.

 

 

Sebagai orang yang pernah membaca buku ini saya berpendapat bahawa menjadi komunitor hebat adalah keperluan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dalam masyarakat,kerjaya dan keluarga.Hanya mereka yang faham sahaja tidak akan teragak-agak untuk belajar,belajar dan terus belajar kemahiran berkomunikasi.

 

 

Antara bab yang sangat penting untuk kalian baca ialah Rahsia Segala Rahsia.Nak saya bongkar juga kat sini?Oh tidak!Mungkin tidak.Kalau nak tahu juga dapatkan buku ini dipasaran dengan kadar segera.Maklumat lanjut boleh diperolehi dekat link INI

 

 

Langkah Bijak Komunikasi Hebat

 

 

Sekilas pandang,

 

Buku adalah pelaburan yang sangat penting untuk minda dan jiwa kita.Dengan adanya ilmunya, cara berfikir kita jauh baik.Ya.Itukan yang kita mahukan dalam hidup ini.

 

p/s   Sebab itu ilmu  komunikasi penting juga untuk mendapatkan 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Review Buku :Rahsia Kekayaan Apek

 

Dalam banyak-banyak buku yang telah saya baca sebelum ini saya cukup tertarik untuk review buku Rahsia Kekayaan Apek.Mungkin tajuknya yang menarik memang menghambat hati saya untuk mentelaah dan mengamalkan sebaik mungkin kandungan buku ini.Insya Allah kerana mengamalkan ilmu yang sedikit lebih bermanfaat daripada hanya mengetahui ilmu yang banyakl

 

Rahsia Kekayaan Apek

 

Buku ini ditulis oleh Saudara Rohami Shafie bersama Saudara Shahifol Arbie Ismail.Difahamkan penulis pertama ialah seorang pensyarah di universiti Utara Malaysia.Beliau memiliki kelayakan 2 ijazah sarjana Sains Perakaunan dan sarjana Sains Kewangan.

 

Penulis kedua pula juga seorang pensyarah di Universiti Utara Malaysia.Berkelayakan ijazah sarjana dalam perakauanan.Berdasarkan tahun buku ini ditulis beliau sedang mengikuti program doktor falsafah dalam bidang Pengurusan Pengetahuan( pemelajaran organisasi)

 

Secara keseluruhannya buku ini ditulis untuk membincangkan ilmu pengurusan kewangan.Satu bidang ilmu yang sangat penting untuk dipelajari dan diketahui oleh semua orang.Kisah kejayaan Apek menjadi subjek utama untuk dibincangkan.Kita semua sedia maklum bahawa Apek ialah satu insan yang biasanya digambarkan sebagai orang cina yang hidup terlalu sempoi.Namun menyimpan rahsia kekayaan yang tidak diketahui umum.

 

Watak Apek dalam buku ini tidak diceritakan secara langsung.Namun gaya penceritaan dan teknik penulisan ilmiah yang digabung jalin cukup sempurna.Membaca buku ini tidak membosan malah memberi kefahaman segera kepada para pembaca.

 

Ada 5 bahagian utama dalam buku ini.Setiap bahagian ada bab-bab tertentu yang tidak mungkin untuk ditinggalkan oleh pembaca.Dengan ketebalan 174 mukasurat saya percaya tidak sukar untuk menghabiskannya dalam masa 2 hari.Ia telah diterbitkan pada tahun 2010 oleh Life Abundance Trading.Maklumat lanjut berkaitan buku ini boleh dilayari di [SINI]

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai seorang pembaca yang inginkan kebebasan kewangan saya menyarankan buku Rahsia Kekayaan Apek mesti dimiliki segera!Jika terlambat, impian dan usaha para pembaca dalam bidang pengurusan kewangan boleh tergugat.Tentulah saya terasa sangat rugi kerana tidak memiliki buku ini awal-awal lagi.

 

Sejujurnya saya tidak mahu kekesalan ini turut dirasai oleh para pembaca sekalian.Jadi adalah lebih elok juga para pembaca menambah ilmu didada dengan turut memiliki ebook yang hangat sekarang ini iaitu Formula Rahsia Buat Duit dengan ASB menggunakan teknik BIJAK

 

Rahsia-Duit-ASB-923x1024

Ulasan Buku: Online Dengan Tuhan

 

 

Online adalah rutin sebahagian besar manusia di muka bumi ini.Disebalik online itu ada satu lagi aktiviti online yang tidak melibatkan apa-apa perantara waima peralatan komunikasi paling canggih sekalipun iaitu solat.

 

Solat ialah cara terbaik untuk kita online dengan Allah SWT.Lantaran itulah penulis buku Online Dengan Tuhan iaitu Tuan Zulkifli Khair berjaya merungkai persoalan ini melalui naskah tersebut.Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009 dan telah diulang cetak sehingga tahun 2011.

 

Penerbit PTS Islamika Sdn Bhd menetapkan harga buku ini RM13.00 di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM15 senaskah.Sekiranya ingin tahu lebih lanjut sila ke link ini.

 

Dengan ketebalan 114 mukasurat tentu tidak sukar untuk mentelaah buku ini.Tambahan pula gaya bahasa dipersembahan secara ringkas namun padat dengan isinya.Saya berjaya membaca habis dalam 2 hari sahaja.

 

Antara ilmu-ilmu menarik merangkumi soal akidah,kisah nabi,fenomena dajjal dan agenda Yahudi dalam memesongkan agama.Ia telah dipersembahkan sebanyak 33 bab.Keunikan setiap bab diserasikan dengan jargon komputer.

 

Isu yang menjadi perhatian saya dalam buku ini berkaitan isu Yahudi.Penulis berpendapat bahawa tidak semua orang yahudi itu jahat.Ada juga yang telah memeluk Islam.Tentulah tidak adil bagi kita menghukum mereka 100 peratus.Namun golongan yang berfahaman zionis memang memusuhi Islam.Mereka adalah penjenayah secara halus dan terancang untuk memusnah Islam.

 

Saya berpendapat bahawa online dengan Tuhan adalah perkara paling utama dalam hidup kita,Offline sahaja dengan Allah SWT boleh  kita mendedahkan diri kita dengan musuh utama manusia iaitu syaitan (termasuk iblis).

 

online

Kredit gambar : www.pts.com.my

 

Sekilas pandang:

Sekali sekala membaca buku sebegini amat penting untuk menyegarkan iman.Ilmu agama adalah terbaik kerana ia boleh mendekatkan kita dengan Allah SWT.

 

Selain dapat info yang menarik kita dapat iktibar supaya menggunakan medium online paling sempurna ini sepanjang hayat kita.Sebagai orang beriman kita memang ada pilihan yang satu sahaja.Jika kita memilih sebaliknya maka sia-sialah hidup kita.

 

Benar kata penulis bahawa kekaguman kita berbaloi untuk Allah SWT.Bukan kepada perhiasan dunia dan tekonologi yang begitu pesat membangun ketika ini.

Ulasan Buku : Rahsia Masuk Syurga

 

 

Salam 1Malaysia,

 

Sudah terlalu lama saya membuat ulasan buku.Saya juga agak kurang membaca sejak kebelakangan ini dek kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga.

 

Walau sesibuk manapun saya tetap paksa diri untuk membaca sedikit buku.Tambahan pula saya sudah dibatasi oleh aktitviti blogging.Sebagai blogger saya wajib menulis,kemaskini blog dan membuat blogwalking.

 

 

Judul: Rahsia Masuk Syurga

Penulis : Muhammad Mahmud Abdullah

Penerbit : Synergi Media

Ketebalan : 103

 

Ulasan:

 

Buku ini amat sederhana.Namun isi kandungan padat dengan huraian yang disertakan ayat-ayat Al Quran dan Al Hadis.

 

Semua orang mengimpikan syurga terutamanya orang beriman.Jika ditanya seorang demi seorang sudah tentu mereka tak nak dihumbankan ke neraka.Cuma mereka yang masih berhati batu sahaja leka dengan maksiat sehingga tidak memperdulikan ancaman dari Allah SWT.

 

Penulis telah membincangkan 14 Cara Untuk memudahkan Kita masuk ke syurga Allah SWT.Insya Allah dengan rahmat dan keredhaanNya juga.

 

1.Beriman dan tidak syirik

2.Amal soleh

3.Takwa dan khauf

4.Hijrah dan Fisabillilah

5.Taat kepada Allah dan Rasulnya

6.Makriful haq

7.Siddiq

8.Sabar

9.Jual beli yang untung (Allah SWT tebus diri kita dengan pahala)

10.Istiqamah

11.Taubat

12.Perniagaan yang menyelamatkan

13.Berbakti kepada ibubapa

14.Zikirullah

 

Huraian tentang perkara tersebut  boleh didapati dengan membaca buku ini selanjutnya.Memang bukan itu sahaja kerana banyak lagi huraian tentang kubur dan persoalan iman.

 

Sekilas pandang,

 

Saya mengakui proses mendekatkan diri kepada Allah SWT merupakan satu perjuangan dalam hidup kita.Keikhlasan perlu supaya segala amalan kita dapat diterima.

 

Harga kepada syurga terlalu mahal dan tak  terbanding dengan segala kekayaan yang ada di muka bumi ini.Dalam masa yang sama kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya  dan makhlukNya yang melata juga melampaui kemurkaanNya.Wallahualam

 

kredit :http://www.sambooks.com.my

Ulasan Buku : Nota Hati Seorang Lelaki

 

Salam 1Malaysia,

 

Polemik lelaki versus wanita mudah menjadi perhatian ramai.Lelaki akan rasa tercabar egonya jika wanita mendahului lelaki.Sebaliknya pula wanita rasa terpinggir jika lelaki ingin menyatakan rasa mendominasi semua perkara dalam dunia ini.

 

Namun buku yang bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki tidak membicara polemik demikian.Ia adalah buku yang sangat santai yang ditulis dalam format bual bicara ala-ala cerpen pendek.Tahniah kepada tuan penulisnya iaitu Pahrol Mohd Juoi.Beliau adalah wartawan dan pengarang yang tersohor  tanahair.

 

Saya mengambil masa yang agak lama membaca buku ini.Walaupun ketebalan hanya 272 mukasurat.Dengan penggunaan ayat teknik bual bicara saya merasai kehebatan buku melalui mesej yang tersurat dan tersirat.Bahkan permainan kata yang memukau dan seni bahasa yang tinggi.

 

Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn.Bhd. pada tahun 2009 masih relevan sehingga ulasan buku yang saya buat ini.Harga sekitar RM 22.00 bagi penduduk Sabah dan Sarawak masih dianggap murah jika dibandingkan dengan nilai ilmu dan panduan berguna yang diingin disampai oleh penulis.

 

Penulis membuka gelanggang penceritaan dengan Nota Hati Seorang Anak sebagai bahagian pertama.Dalam bahagian ini pengarang cuba untuk menyampaikan mesej kepada pembaca sebagai seorang anak.Penulis bercerita dengan mengambil watak datuk,dia sendiri dan anaknya.

 

Dalam bahagian yang kedua pula Penulis bercerita melalui kaca mata seorang suami.Banyak kisah menarik yang dipaparkan.Paling menarik kisah perkahwinan dan tanggungjawab sebagai seorang suami.Kisah-kisah ini perlu pembaca ambil iktibar supaya perkahwinan yang dibina dapat berkekalan lama.

 

Bab yang ketiga pula penulis mencatatkan nota sebagai seorang ayah.Lihat bagaimana dia mendidik anak lelaki dan anak perempuan.Ada pesanan yang saya terkesan ialah mendidik anak perempuan perlukan perhatian yang berbeza berbanding anak lelaki.

 

Bab yang terakhir sekali ialah nota hati seorang da’i.Seorang pendakwah yang cuba memberi kefahaman kepada pembaca tentang konsep Islam.Ramai antara kita yang tahu agama namun tidak ramai yang betul-betul faham.Lantaran itu imej islam hanya tertonjol kepada perkara yang tertentu sahaja.Sedangkan agama islam mudah dan disebabkan yag mudah kita sering ambil mudah.

 

Sekilas pandang,

 

Membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki membawa pembaca seakan-akan berbual bicara bersama penulis.Memang menyeronokkan dan mudah difahami.

 

nota hati seorang lelaki

Review Buku : Buat Duit Dari Rumah

 

Agak lama saya tidak menulis entri berkaitan review buku.Kesibukan dengan kerja offline dan tugasan admin 2 buah blog memberi kengkangan waktu untuk saya membaca buku lebih banyak dari biasa.

 

Namun beberapa minggu yang lalu saya berjaya menghabiskan satu buku tulisan  Mohd Rozani Pawan Chek berjudul Buat Duit Dari Rumah.Buku ini setebal 226 muka surat yang diterbitkan pada tahun 2006.

 

Buku ini ada 53 bab.Setiap bab ditulis dengan ringkas tetapi padat.Kelebihan tersebut menyebabkan buku yang saya baca ini seronok,mudah difahami dan cepat dihabiskan sehingga ke mukasurat terakhir.

 

Intipati buku ini merungkai persoalan bagaimana kita mendapat duit dari rumah melalui perniagaan mail order.Bisnes kurang popular tetapi membolehkan ramai yang terlibat mendapat pulangan pendapatan yang lumayan.

 

Modus operandi  untuk mendapat jualan bisnes mail order adalah melalui iklan di suratkhabar,internet maupun radio.Lagi banyak iklan lagi besar peluang untuk mendapat jualan.Sudah pasti juga memakan sedikit modal.Dah dinamakan bisnes mestilah ada main modal.

 

 

duit

sumber : www.google.com

Sekilas pandang,

 

Kini bisnes mail order boleh kita gantikan dengan pekerjaan hanya di rumah.Kita akan dapat upah jika selesai melakukan tugasan yang diberikan.

 

Klikkan perkataan yang bergaris dibawah  untuk keterangan lanjut.Mana tahu peluang untuk mendapat duit dari rumah ada dekat SINI

Review Buku : Gadis Bercerita Hal Dara

Maaf ya! Buku ini bukan tentang cerita orang dewasa (adult content).Memang judulnya memancing selera pembaca untuk mengetahui lebih lanjut.Jangankan anda saya pun cukup teruja untuk membaca buku sampai habis.

 

Penulis buku ini seorang wanita iaitu Asri Supatmiati.Beliau lulusan bidang pendidikan dan berpengalaman luas dalam bidang persoalan remaja dan keagamaan.

 

Dengan ketebalan 123 mukasurat cukup sesuai untuk bahan bacaan para remaja dan ibubapa yang kesuntukan masa untuk membaca buku.Saya mengkhatam buku ini hanya dalam sehari.Saranan dari saya kepada bakal pembeli buku ini, jangan ragu-ragu.Pembelian boleh dilakukan di sini.Naskah ini penuh infomasi dan ilmu yang digarap kemas meskipun kelihatan ringkas

 

Ada 15 tajuk dalam buku ini yang menceritakan  hal-hal berkaitan gadis remaja,pergaulan,cinta dan isu-isu kehamilan luar nikah.

 

Dalam bab tentang penguguran saya membaca dengan penuh ketakutan.Berdiri bulu roma dan terngiang-ngiang di telinga raungan kesakitan wanita yang mengalami proses pengguguran haram.Ternyata penulis bijak bermain kata sehingga apa yang ditulis dalam buku ini terkesan ke dalam hati.

 

Secara keseluruhannya buku ini banyak memberi nasihat kepada para gadis agar berhati-hati dalam pergaulan sesama lelaki.Tersilap langkah sangat buruk padahnya.Para gadis yang tengah kemaruk bercinta dilarang sama sekali untuk berdua-duan dengan lelaki.Walaupun tiada niat untuk melakukan zina tetapi hasutan syaitan dan kesempatan peluang boleh menjerumus ke dalam dosa besar tersebut.

 

Menurut penulis,  kehamilan luar nikah akibat zina amat dahsyat.Kesannya bukan sehari dua malah berlangsung seumur hidup baik di dunia hingga ke akhirat.Lebih-lebih lagi jika sudah berlaku pengguguran haram.Dahlah dosa berzina tambah lagi dosa menbunuh nyawa.Pihak wanita yang paling merana akibat trauma.Bukan sekadar kesakitan fizikal malah  kehancuran emosi,rendah diri dan rasa bersalah teramat sangat.

 

Bagi mereka yang belum terjebak penulis berpesan supaya tingkatkan iman,tambah ilmu di dada dan berfikir matang setiap masa.Jangan hayut dibuai nafsu kerana ia tak akan kemana.Islam sendiri telah memberi panduan lengkap.Pakaian wajib menutup aurat dan setelah tiba waktunya dianjurkan berkahwin demi memenuhi keinginan alami seorang wanita.

 

Penulis juga meminta kepada para gadis yang sudah terlanjur jangan sekali-kali mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah.Bawa berbincang dengan mereka yang mahir mengendalikan kes seumpama ini.Paling penting sekali bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.Sedarlah bahawa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

 

dara

 

Sekilas pandang,

 

Anak saya yang berumur 10 tahun turut membaca buku ini.Saya berharap dia tergolong dalam lelaki yang menghargai  kaum wanita  apabila besar kelak.Boleh menjaga kebajikan dan keselamatan dua adik perempuannya.

 

Sebagai lelaki, saya cukup memahami bahawa wanita itu insan yang perlu dibimbing untuk menjadi wanita solehah iaitu insan yang kini menjadi isteri saya.

 

Malah sebagai ayah, saya memikul satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak gadis saya sentiasa selamat dari anasir negatif.Pengawasan perlu ditingkatkan selari dengan peneguhan didikan agama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT memberi perlindungan dan pertolongan dalam hal ini.Amin.

78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains)

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membaca buku ini.Saya masih skema untuk mendalami kepercayaan budaya  lain.Namun saya gagahkan diri dan tetapkan niat bahawa iktikad saya tetap dengan Islam.Insya Allah.

 

Buku 78 Petunjuk Feng Shui ditulis oleh Perunding Feng Shui antarabangsa iaitu  Mr Suhana Lim.Beliau dan keluarga telah berhijrah ke Australia sejak 1997.Di sana beliau terus mendalami ilmu berkaitan Feng Shui dengan beberapa guru yang tersohor.

 

 

 

Dengan ketebalan 232 mukasurat dan mengandungi 77 bab memang berbaloi untuk dimiliki pihak yang berkenaan.Tambahan pula ada disertakan gambar hitam putih untuk menerangkan bahagian yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

 

Buku ini menangkis pandangan umum bahawa Feng Shui bukan kepercayaan paranormal,berbentuk agama dan pelbagai lagi tafsiran negatif.Menurut si penulis, Feng Shui adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang telah diamalkan sejak beribu tahun  dahulu.Pengamalan ilmu Feng Shui dikatakan dapat membawa kesan positif kepada kehidupan manusia.

 

Saya tidak menyenaraikan sepenuhnya maupun sepintas lalu  fakta-fakta dalam buku ini.Alasannya cukup mudah .Saya bimbang orang yang tidak cukup kuat akidah akan terpengaruh bahawa “benda-benda lain” seolah-olah berkuasa untuk menentukan baik buruk kehidupan kita.Memang agak tertutup saya punya pandangan.

 

images

 

Sumber terbaik dan paling sempurna bagi orang Islam tentulah Al Quran dan Al Hadis.Ilmu yang ada didalamnya  sudah cukup untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan kita.Tentulah tidak bijak bagi kita  berharap kepada ilmu Feng Shui untuk membantu penentuan rezeki,jodoh dan nasib seseorang.

 

Saya sengnaja membangkitkan soal akidah kerana di dalam buku ini ada soal jawab dan pertanyaan yang melibatkan orang yang ada nama Melayu.Saya mengandaikan bahawa mereka percaya ilmu Feng Shui dan menjadi Feng Shui sebagai titik tolak untuk mentafsir soal yang saya kemuka di atas.

 

Memang benar pengamal Feng Shui berkata ilmu ini sains tentang alam.Namun untuk  orang Islam boleh rosak akidah jika percaya  susunan perabot,kedudukan pintu,lokasi rumah dan sebagaianya memberi kesan kepada soal rezeki dan kebahagiaan.Orang Islam hanya percaya Allah SWT sahaja yang boleh memberi kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada sesorang.

 

*picture credit to www.google.com

Review Buku : Offline Dengan Syaitan

 

IMG0121A

 

 

Judul buku ini agak menarik.Saya agak tertarik untuk membaca untuk kali kedua.Tambahan pula gaya bahasa yang ringkas dan sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat.Saya percaya buku ini ditulis untuk golongan sasar iaitu remaja zaman teknologi maklumat.

 

Terdapat tiga bahagian utama yang mengupas ilmu dengan pecahan sehingga 33 bab.Ketebakan buku ini dengan 131 mukasurat.Jadi agak berbaloi juga dengan harga RM15.00 senaskah.Paling menguntung tentulah ilmu yang ada dalamnya.Sehingga kini saya tidak bersunggut untuk berbelanja untuk mendapatkan ilmu.

 

Penulis buku ini ialah Zulkifli Khair.Beliau seorang jurulatih penulis dan penyunting bebas.Setakat catatan buku ini beliau telah berjaya menghasilkan tujuh buah buku dalam masa 3 tahun setengah.Blog beliau ada di sini.

 

Buku ini berjaya membongkarkan sejarah iblis dan syaitan,peranan mereka dalam menyesatkan manusia dan panduan yang berguna untuk menghindarkan kita termasuk dalam jerat mereka.Turut diceritakan tokoh-tokoh  dunia yang berperangai macam syaitan.Mereka hebat pada pandangan dunia tetapi petualang pada kaca mata Islam.

 

Adalah elok juga saya menitipkan serba ringkas panduan berguna untuk mengatasi tipu daya syaitan.

 

Antaranya membaca doa perlindungan ketika melakukan ibadah khusus maupun ibadah umum.Tidak ketinggalan pula solat lima waktu.Solat berupaya mencegah kemungkaran dan memantapkan iman.

 

Selain itu kita disaran untuk berpuasa sunat supaya mudah menundukkan nafsu.Suka diingatkan nafsu adalah tunggangan utama syaitan untuk melemahkan kita.Apabila nafsu sudah berjaya dikawal barulah akal kita lebih cerdas untuk menilai perkara yang baik dengan yang buruk.

 

Perisai paling ampuh untuk mengelak atau berdepan syaitan ialah surah Ayatul Kursi.Untuk menambah kekuatan kita lagi sila baca zikir.Hati orang yang membaca zikir tidak akan lalai.

 

Buku ini juga menyarankan kita semua untuk melengkapkan ilmu sebanyak mungkin.Kuasai dunia IT dan dapatkan manfaat sebanyak mungkin.Ada laman web Islam yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan maklumat sewajarnya.Layari laman web ini.

 

Seandainya kita menemui pilihan yang kabur jangan sekali-kali mencuba menilik.Penulis mencadangkan kita untuk solat istikharah untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang kita hadapi.

 

Penulis juga mengharapkan pembaca agar membina blog takwa dalam diri.Orang yang bertakwa digeruni oleh syaitan.Mereka tidak berani kerana nilai takwa seseorang mendapat lindungan dan pengawasan Allah SWT setiap masa.

Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan

Sembang bermula…tentang review buku

 

Objektif utama buku ini membina pemikiran kita supaya lebih hebat,matang dan berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah kehidupan yang semakin kompleks.

 

Buku Pemikiran Sistemik agak berat untuk difahami oleh saya.Al maklum sahaja buku ini membawa teori pemikiran.Di Barat pemikiran sistemik diajar dalam bidang pengurusan.

 

Saya akui masih lemah dalam pemahaman teori ini.Namun saya akur bahawa ilmu yang terbaik ialah ilmu yang difahami oleh penyampainya.Mungkin juga pembaca lebih memahami apa yang sampaikan penulis.

 

Penulis buku ini bukan calang-calang orang.Beliau merupakan seorang pengarah eksekutif di Kersani Trainning Centre,Segamat.Seorang lulusan kejuruteraan Kimia dari Universiti Purdue,West Lafayete Indiana,Amerika Syarikat.Selain itu pernah mendalami bahasa Arab di Universiti al-Azhar Mesir.

 

Menurut penulis pemikiran sistemik mempunyai nilai yang tinggi berbanding pemikiran lateral dan horizontal.Pemikiran sistemik boleh dimaksudkan pemikiran secara lingkaran atau menyeluruh.

 

Konsep yang jelas ialah kita perlu mengaplikasikan pemikiran sistemik dalam penyelesaian masalah yang dihadapi.Dalam ertikata yang lain akal kita harus diarah dan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif menyeluruh.

 

Ada empat bahagian utama dan 40 tajuk kecil untuk menerangkan kepada kita tentang konsep  ,ciri-ciri dan cara aplikasi pemikiran sistemik.

 

Setelah membaca dan memahami sedikit isi kandungan buku ini saya tertarik kepada bahagian terakhir buku ini.Ia membicarakan tentang  cara mencapai kejayaan menggunakan pemikiran sistemik.

 

Memandangkan pemikiran sistemik satu konsep, kita tidak dapat lari untuk mendalami sistem paling ringkas  iaitu lingkaran yang stabil.Ini bermakna paling kurang ada dua komponen yang saling berinteraksi untuk melengkapi lingkaran tersebut.Antara komponen itu ialah masa lengah,tragedi sama kesukaan,corak monopoli,alam dimensi dan sistem universal.

 

Dalam ertikata lain, pemikiran sistemik membolehkan kita berfikir bahawa pertautan antara komponen lain mesti ada.Tidak boleh dipisah.Kalau dipisahkan kucar-kacir jadinya.

 

Sembang berakhir…

 

Dengan penghayatan dunia Islam pemikiran sistemik lebih difahami.Kita berada di dunia ini adalah untuk beramal untuk mendapat keredhaan Allah sama ada semasa hidup maupun selepas mati.

 

p/s: Peminat buku boleh berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur yang berlangsung di PWTC pada 26.4.2013 sehingga 5.5.2013.Datanglah beramai-ramai.

 

IMG0107A

 

Judul : Pemikiran Sistemik

Penulis: Fazrul Ismail

Tahun : 2004

Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd

Mukasurat : 319

Harga : RM33.00

Web:   www.pts.com.my

Review Buku : Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh

 

pic 2

 

Ulasan:

 

Kebanyakan buku yang saya baca banyak menggunakan  judul kata kunci rahsia.Ia seolah-olah memangil kita  untuk mencungkil maklumat disebalik rahsia tersebut.Mungkin sifat ingin tahu kita telah dimanipulasi oleh kata kunci rahsia.

 

Buku ini agak santai dalam mempersembahkan isi kandungannya.Bagi peminat genre agama tentu mudah faham dengan apa yang cuba disampaikan penulis  Abu Hudzaifah.

 

Saya berharap boleh memahami   dan berupaya pula untuk beramal.Ilmu yang tidak diamal umpama pohon yang subur tetapi tidak berbuah.Maka tidak memberi manfaat apa-apa kepada kita.Percayalah kekuatan ini hanya diberi pertolongan Allah SWT dalam bentuk inayah dan hidayah. Insya Allah.

 

Penulis telah mengutarakan pandangannya tentang tidur  berdasarkan Al-Quran,hadis nabi dan kisah-kisah para sahabat.

 

Tidur bukan sekadar melelapkan mata setelah penat seharian bekerja.Manfaat tidur kepada manusia sangat banyak.Apa yang terpenting sekali ialah tidur ibadat yang menghasilkan pahala.Tidur begini  diteladani daripada Rasullulah SWT.Ia diperkuatkan lagi dengan ikutan para sahabat solehin.

 

Rahsia kesolehan mereka terbongkar dengan menghampiri Allah SWT pada malam hari.Mereka tidur tetapi sekadar perlu untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Dalam keheningan tersebut mereka solat sunat menyampaikan isi hati masing-masing.Ada juga yang menghabiskan waktu malam dengan menulis buku.Sehingga kini hasil tulisan mereka tetap menjadi rujukan orang Islam.

 

Pelbagai ilmu penting telah dikupas dengan ringkas oleh penulis.Antaranya perkara yang dilarang sebelum tidur,petua ketika tidur dan amalan selepas bangun tidur.Perlu saya tegaskan segala petua ini adalah bersumberkan Al quran dan hadis nabi.Jadi mengikuti sunnah nabi dalam bab tidur pasti mendatangkan keberkatan dan kebaikan kita di dunia dan di akhirat.

 

Tidur itu dikatakan kematian kecil.Tidur sebenar adalah proses kematian kita untuk pergi ke alam seterusnya.Oleh hal demikian penulis menganggap malam bukan sekadar untuk tidur tetapi malam yang hening itu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Orang yang sanggup melepaskan nikmat tidur kerana untuk beribadah telah Allah SWT janjikan untuk masuk ke syurga.

 

--------------------------------------------------------------------------------

 

Judul :  Rahsia Tidur Orang-Orang Soleh

Penulis: Abu Hudzaifah

Penerbit:  Syergy Media

Mukasurat:191

Harga: RM13.90

Web : www.sambooks.com.my

Review Buku :Rahsia Bisnes Orang Cina

IMG_2244

 

Pada tahun 2009 saya telah membeli buku ini.Saya sudah membaca berulang kali.Baru sekarang dapat peluang untuk review buku ini.

 

Secara keseluruhannya buku cukup menarik.Buku ini telah diulang cetak sehingga 10 kali cetakan.Ini bermakna buku tersebut menjadi bestseller dan terjual sehingga 20,000 naskah.

 

Penulis buku ini seorang Cina iaitu Mr Ann Wan Seng.Beliau berjaya mengupas kandungan buku ini dengan bahasa yang mudah,menarik dan seronok untuk dibaca.Ternyata pengalaman sebagai orang yang lahir dalam keluarga cina yang berniaga digarap beliau dengan jayanya.

 

Kejayaan orang cina dalam perniagaan memang tidak dapat dinafikan.Golongan cina ramai yang bergelar billionaire di Malaysia.Tentu sahaja kejayaan begini menimbulkan perasaan ingin tahu kepada masyarakat.

 

Persoalan yang bermain difikiran mereka akan terjawap melalui buku ini.Sebahagian besar rahsia orang cina untuk berjaya dalam perniagaan didedahkan.Ada yang bersifat umum dan ada yang khusus.Ternyata untuk berjaya dalam perniagaan kita mesti berusaha dan bekerja keras.Tiada formula jalan pintas.Dalam usaha mencapai sesuatu perlukan masa.Biarkan masa menentukan kejayaan.Bukan soal lambat atau cepat.

 

Saya berpendapat seseorang yang ingin menceburi perniagaan perlu membaca buku ini.Baca dan fahamkan ilmu yang terkandung dalamnya.Apabila sudah faham tentu proses untuk mengamalkan ilmu itu tidak sukar.

 

Bak kata penulis buku ini,kita tidak perlu menjadi orang cina untuk berjaya dalam perniagaan.Sebaliknya kita mesti berfikir sebagaimana orang cina berfikir dalam perniagaan

 

 

p/s: mari melihat sendiri bagaimana Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

Hebatnya Hukum Tarikan Bersandarkan Al-Quran

Ketika membeli buku ini dahulu saya tidak berfikir panjang.Ternyata keputusan yang terburu-buru begitu tidak mengecewakan.Saya amat berpuas hati dan memahami isi kandungan ini dengan penuh minat.

 

Hukum Tarikan amat popular di barat.Dalam masyarakat kita kurang popular kerana keliru dengan konsep berbaik sangka,fikiran positif,qadak dan qadar.Sedangkan konsep ini selari dengan Hukum Tarikan.

 

Baca buku ini dapat mengaitkan ilmu Hukum Tarikan dengan ayat ayat AlQuran yang berkaitan.

 

Sekian.Terima kasih dan mohon permisi.

 

 

IMG_2251

 

Judul:Quranic Law of Attraction

Penulis:Rusdin S.Rauf

Penterjemah:Hasnah Ishak

Penerbit:PTS Millennia Sdn Bhd

Tahun:2009 (cetakan keenam tahun 2011)

Ketebalan:146

Harga:RM15.90

 

Ulasan

 

Hukum Tarikan cukup popular dalam masyarakat Barat.Hakikatnya ilmu ini berasal dari Al Quran dan Al Hadis serta ada juga diceritakan pelbagai kitab-kitab agama Samawi.

 

Masyarakat barat (bukan golongan si Nick Xenophon) amat mengkagumi ilmu Hukum Tarikan kerana ia adalah elemen kuasa minda untuk berjaya mendapatkan apa-apa yang diimpikan.Mereka percaya dan mengamalkan dalam kehidupan harian.lebih-lebih lagi kepada tokoh-tokoh hebat dunia dan sebilangan besar pakar motivasi.

 

Buku ini cukup hebat untuk membincangkan Hukum Tarikan dari kaca mata ajaran agama Islam.Tidak hairan buku ini telah diulang cetak sehingga enam kali.

 

Penulis telah membuat kajian terperinci berdasarkan Al-quran dan Al hadis.Dia turut mengupas buku-buku asal yang menulis tentang Hukum Tarikan iaitu The Secret karya Rhoda Byrne,The Law of Attraction karya Michael J.Losier dan A Grateful Life:Living the Law of Attraction karya Beth dan Lee McCain.

 

Penulis berpendapat Hukum Tarikan ialah apa yang kita fikir,rasa dan percaya sama ada positif atau negatif akan datang kepada kita.Namun begitu penulis berpegang kepada ajaran Al Quran iaitu untuk mendapat hasil yang hebat seseorang hendaklah dekat dan membaca Al Quran setiap hari.

 

Elemen untuk berjaya dikaitkan penulis dengan sifat sabar,syukur dan doa.Ketiga-tiga elemen ini perlu digabung dan dijalin bersama.Mengabaikan salah satunya akan membantut usaha untuk berjaya.

 

Dalam bab yang ke-4 penulis menyarankan kepada orang yang menghadapi masalah harus merujuk Al Quran sebagai sumber penyelesaian.Al Quran ada nilai mukzijat yang tinggi sebagai manual kehidupan.Segala persoalan pasti terjawab dengan Al Quran.

 

Bab yang terakhir dijelaskan sekali lagi bahawa untuk berjaya di dunia dan akhirat kita sebagai umat Islam sudah tiada pilihan lagi,hanya Al Quran sahaja yang ada.Baca dan amal Al Quran setiap masa.Usahakan untuk memahami makna-makna ayat Al Quran.Malah gunakan doa dengan ayat Al Quran.Insya Allah kita akan boleh berjaya sebagai mana Hukum Tarikan.

 

Penulis juga mengesa kepada pembaca supaya teruskan beramal apa-apa ilmu yang ditulis dalam buku ini.Praktik segera untuk menikmati kejayaan yang diimpikan.Jangan tunggu lama-lama takut tidak sempat.Tengok sahaja berita meteroid  di Rusia baru-baru ini.

 

 

p/s -Ebook Baik Punya.Dapatkan Segera di Sini :9 Formula Pantas Seru Rezeki

Panduan Mengoptimum Tweeter

tweeter

*11/2/13*

Tweeter adalah fenomena baru di dunia amnya dan di Malaysia khususnya.Sungguhpun populariti Facebook jauh ke hadapan.Usah dipandang enteng kehebatan Tweeter.

 

Tweeter ialah satu aplikasi yang dikenali sebagai micro blog.Blog yang kecil mempunyai kebatasan perkataan yang  boleh diterbitkan  cuma 144 perkataan termasuk ruang kosong dan titik.Fungsi menghantar dan perkongsian gambar hampir sama dengan Facebook.

 

Bagi mereka yang belum mahir tetapi berminat dengan Tweeter boleh membaca buku ini sebagai panduan.Buku ini ditulis oleh Dirgayuza Setiawan.Seorang penulis Indonesia yang luas pengetahuan dan berpengalaman dalam dunia Internet.Beliau boleh difollow dengan @dirgayuza.

 

Saya faham dewasa ini tidak ramai yang gemar membaca buku tebal-tebal.Buku ini cuma mempunyai 170 mukasurat.Tidak sampai sehari boleh khatam.Lepas itu boleh dirujuk berulang-ulang mengikut keperluan pembaca sendiri.

 

Harga tidak terlalul mahal.Pelaburan untuk RM15.90 memang berbaloi.Mana mungkin kita boleh rugi kerana membeli buku yang penuh dengan ilmu.

 

Kalau ada yang berminat dengan buku ini boleh menghubungi penerbit di sini.Mereka yang rajin boleh mengunjungi toko atau kedai buku yang tersohor.

 

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli saya cuba untuk mengutarakan beberapa panduan yang amat berguna.Antaranya cara membuat akaun Tweeter dari mula sampailah siap.Teknik mencantikkan latar belakang dan banyak lagi info penting.

 

DI dalam banyak banyak panduan yang disediakan saya suka teknik untuk menjadual masa tweet secara automatik.Caranya buka link ini .Segala-gala akan terjawab bila anda sudah berada di link tersebut.Cubalah anda akan tahu keseronokannya.

Hebatnya Ilmu Pengaruh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Saya telah mengulangi pembacaan buku ini banyak kali.Saya tertarik untuk mengadaptasikan ilmu yang terkandung supaya saya menjadi orang berpengaruh.

 

Kesedaran untuk mendapat pengaruh sudah berlaku sejak dulu lagi.Memang saya dari kecil kurang pengaruh.Tubuh badan yang kecil.Namun saya tetap bersyukur kerana sihat semua tubuh anggota.

 

Untuk menjadi orang berpengaruh tidaklah sesukar mana.Ambil ijazah sehingga mendapat phD ada orang boleh buat.Menjadi pemimpin no.1 negara pun sudah dibuktikan oleh orang biasa yang berfikiran luar biasa.

 

Akhirnya pengaruh yang baik mendatangkan kesan yang baik juga.

 

Sekian.Jumpa lagi dan mohon permisi.

 

 

IMG_2205

 

Judul: Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Penulis:Syahrul Nizam Junaini

Ketebalan :196

Penerbit:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Tahun: 2010

Harga :RM24.90

 

Ulasan Buku:

 

Judul buku ini sahaja sudah cukup untuk mempengaruhi peminat buku untuk membeli dan seterusnya memiliki khazanah ilmu.Malah saya sendiri cukup terkesima untuk membaca dan cuba untuk mengaplikasikan beberapa tip yang dikemukakan oleh penulis yang saya minati ini.Syabas dan tahniah kepada Tuan Syahrul Nizam Junaini yang berjaya berkongsi ilmu dan menggungkapkan idea hebat melalui karyanya.

 

Jika dulu ilmu pengaruh sering dikaitkan dengan minyak,mantera dan azimat.Awas kerana perkara ini bertentangan dengan hukum syarak Islam.Takut-takut jatuh ke lembah syirik dan khurafat yang mana tergolong dalam kategori dosa besar.

 

Namun begitu jangan sangat tersalah anggap kepada buku ini.Intipati buku ini bukan membicarakan ilmu mistik tetapi ilmu realistik yang menjadi tunjang kepada komunikasi korporat,pemasaran dan perniagaan secara umum maupun khusus.

Pengaruh sudah menjadi elemen penting kepada seseorang dalam ruang lingkup keluarga,komuniti dan organisasi.Orang yang berpengaruh menjadi idaman setiap orang terutama kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya,maruah dan nama dalam pandangan manusia.

 

Lagi kuat pengaruh lagi mudah untuk mendapat apa yang dihajati.Pemimpin keluarga yang berpengaruh dapat membentuk ahli keluarga lebih harmonis dan bahagia.Ketua organisasi pula meningkatkan prestasi,produktiviti dan keuntungan syarikat.

 

Penulis telah membincangkan ilmu tentang pengaruh dalam pelbagai sudut dan dimensi yang berbeza.Antaranya teknik memujuk dalam mempengaruhi.Selain itu sumber-sumber kuasa untuk memujuk lebih berkesan dan banyak lagi.

 

Tidak kurang menariknya penulis turut mengupas dengan ringkas tetapi padat tentang aplikasi teknik mempengaruhi.Ilmu mempengaruhi yang digunakan untuk pemimpin,kakitangan ,rakan sejawat,bakal pelanggan dan sebagainya.

 

Pada bahagian akhir penulisan buku ini diceritakan sepintas lalu tentang kejayaan pengaruh tokoh dunia abad ke-21 yang hebat.Antaranya Franklin Roosevelt seorang Presiden Amerika Syarikat yang terpilih empat kali kerana pengaruh menghormati orang lain.Selain itu kisah Perdana Menteri England Sir Winston Churcill yang disegani kerana pemurah,taat dan setia serta cekal menghadapi tekanan dalam situasi yang genting.

 

Adalah amat berbaloi untuk memiliki,membaca dan mengamalkan ilmu-ilmu dalam buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi tetapi Seni.

 

Ps: untuk terus bersama menyelami idea-idea Tuan Sahrulnizam Junaini sila lawati website beliau di sini.

Peluang Meraih Wang di Internet

internet

 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera!

 

Tajuk entri di atas memang mengiurkan.Siapa yang tidak suka wang.Dengan wang orang boleh bahagia atau derita.Namun tajuk di atas saya sengnaja saya pinjam untuk mengulas sebuah buku terbitan Synery Media.Judul buku sama dengan judul entri.Mau tumpang popular cara murah mudah

 

Penulis buku ini ialah Taufik Hidayat.Seorang penulis Indonesia yang juga merupakan Jurulatih dalam syarikat SWAConsultant.Buku ini telah diedit oleh Hamdan Che Mustapha supaya gaya bahasa sesuai dengan rakyat Malaysia.Bagaimanapun saya tidak hairan sudah ramai di antara kita memang faham bahasa Indonesia.Maklum sahaja berasal dari rumpun yang sama.

 

Bagi saya buku ini mudah dan ringkas.Tidak perlu pening-pening kepada bahasa jargon.(bahasa teknikal).Kadang kala kita terpaksa juga menemui bahasa Inggeris.Internet berpusat di negara orang putih.Mereka tentu menjajah kita dengan bahasa mereka.Itu kira nasib baik.Bagaimana kalau bahasa Jepun atau korea yang mendominasi internet.Bahasa Arab tak apa.Bahasa Al quran.

 

Kalau belek buku ini dari halaman mula sehingga halaman tamat ceita tetap sama.Tidak lain tidak bukan tentang cerita  Google Adsense.Siapa lagi kalau bukan mereka.Orang yang boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sudah tentu dapat peluang ini.Peluang untuk mendapat iklan adsense dengan content memang lumayan.Boleh hidup senang jika betul caranya.

 

Jika hendak maklumat lanjut kira wajib beli buku ini atau pinjam dari kawan.Cari sahaja di toko buku terkenal.Jangan pula toko ubat.Harga mampu milik.Di Sarawak dijual dengan harga RM14.90 senaskah.Lain-lain tempat saya tidak pasti.Tak sempat nak buat tinjauan,Lainlah kalau ada pihak yang nak menaja untuk saya buat tinjauan harga di seluruh kedai.

 

Sekian sembang santai hari ini.Kepada mereka yang sudah membaca jangan lupa untuk mengamalkan tip yang diberikan.

 

Terima kasih.Jumpa lagi

 

Wassalam.

Buku Tentang Cara Menangani Kehilangan Data Komputer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Buku ini sudah lama saya baca.Lama juga terperap dalam draf.Ada banyak sebab saya tidak terbitkan dalam entri blog ini.Ada saya simpan dalam blog khas.

Akhirnya saya ambil keputusan terbitkan sahaja untuk sebaran dan perkongsian.Saya ulas buku tersebut seringkas mungkin supaya sesuai dengan gaya blog.

Sekian.Terima kasih.

IMG_2201

 

Judul:Cara Mengendali Data Komputer Dari

kerosakan,Virus atau

Hilang Tanpa Sengnaja

Penulis:Bardy Joko Setiawan dan Sartono Agus

Penerbit:SynergyMedia

Ketebalan:78

Harga:RM13.90

Ulasan Buku

Kemahiran mengendalikan komputer amat penting dewasa ini.Heboh suatu ketika dahulu menyatakan bahawa sesiapa yang ada sijil komputer mudah mendapat pekerjaan.Sama ada benar atau tidak masa sudah membuktikan bahawa kemahiran komputer satu kemestian kepada sesiapa sahaja.Bukan untuk mendapat pekerjaan semata-mata malah kegunaan hal-hal peribadi sekali pun.

 

Selain kemahiran mengendalikan komputer,pengetahuan dalam menangani masalah kehilangan menjadi nilai tambah kepada seseorang.Bayangkan sahaja kerja-kerja dokumentasi maklumat yang telah dilakukan berbulan-bulan dan ada juga bertahun-tahun hilang begitu sahaja kerana kesilapan kecil yang tidak disengnajakan.Sudah pasti kemahiran mendapat fail fail yang hilang ini berguna kepada golongan pelajar,penyelidik dan sesiapa sahaja yang berkaitan.

Mengapa Zalimi Isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi salah satu buku yang telah saya baca.Ulasan sudah saya buat.Saya cuba sedaya upaya mendekatkan mesej buku ini kepada pembaca blog.

Sekian.Terima kasih.



Judul: Mengapa Zalimi Isteri
Penulis:Dr Najah Binti Ahmad Zhihar
Penterjemah:Arif Munandar
Ketebalan :216
Penerbit:SynergyMedia
Harga :RM21.50

Ulasan Buku

Buku ini dalam kategori siri dosa manusia.Dipaparkan menggunakan bahasa yang mudah,padat dan tepat.Tambahan pula ia adalah buku terjemahan dari bahasa Arab.

Sudut pandangan si penulis banyak berkisar kepada dunia Asia Timur.Namun masih relevan untuk diadaptasi ke dunia masyarakat Malaysia khususnya dan Islam amnya.Malah jauh lebih baik dari ilmu kekeluargaan yang kita kutip dari dunia barat yang berpaksikan keduniaan semata-mata.

Oleh kerana penulis adalah orang Islam sudah menjadi satu kewajipan buku ini dititipkan dengan banyak ayat-ayat Al Quran dan petikan Al Hadis.Ternyata bahagian ini menjadi perbezaan ketara berbanding buku yang ditulis oleh orang bukan beriman.Ilmu sebaik manapun jika tidak bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan kecintaan kepada Rasullulah SAW sudah hilang roh keberkatannya.