Salam 1Malaysia,
Polemik lelaki versus wanita mudah menjadi perhatian ramai.Lelaki akan rasa tercabar egonya jika wanita mendahului lelaki.Sebaliknya pula wanita rasa terpinggir jika lelaki ingin menyatakan rasa mendominasi semua perkara dalam dunia ini.
Namun buku yang bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki tidak membicara polemik demikian.Ia adalah buku yang sangat santai yang ditulis dalam format bual bicara ala-ala cerpen pendek.Tahniah kepada tuan penulisnya iaitu Pahrol Mohd Juoi.Beliau adalah wartawan dan pengarang yang tersohor tanahair.
Saya mengambil masa yang agak lama membaca buku ini.Walaupun ketebalan hanya 272 mukasurat.Dengan penggunaan ayat teknik bual bicara saya merasai kehebatan buku melalui mesej yang tersurat dan tersirat.Bahkan permainan kata yang memukau dan seni bahasa yang tinggi.
Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn.Bhd. pada tahun 2009 masih relevan sehingga ulasan buku yang saya buat ini.Harga sekitar RM 22.00 bagi penduduk Sabah dan Sarawak masih dianggap murah jika dibandingkan dengan nilai ilmu dan panduan berguna yang diingin disampai oleh penulis.
Penulis membuka gelanggang penceritaan dengan Nota Hati Seorang Anak sebagai bahagian pertama.Dalam bahagian ini pengarang cuba untuk menyampaikan mesej kepada pembaca sebagai seorang anak.Penulis bercerita dengan mengambil watak datuk,dia sendiri dan anaknya.
Dalam bahagian yang kedua pula Penulis bercerita melalui kaca mata seorang suami.Banyak kisah menarik yang dipaparkan.Paling menarik kisah perkahwinan dan tanggungjawab sebagai seorang suami.Kisah-kisah ini perlu pembaca ambil iktibar supaya perkahwinan yang dibina dapat berkekalan lama.
Bab yang ketiga pula penulis mencatatkan nota sebagai seorang ayah.Lihat bagaimana dia mendidik anak lelaki dan anak perempuan.Ada pesanan yang saya terkesan ialah mendidik anak perempuan perlukan perhatian yang berbeza berbanding anak lelaki.
Bab yang terakhir sekali ialah nota hati seorang da’i.Seorang pendakwah yang cuba memberi kefahaman kepada pembaca tentang konsep Islam.Ramai antara kita yang tahu agama namun tidak ramai yang betul-betul faham.Lantaran itu imej islam hanya tertonjol kepada perkara yang tertentu sahaja.Sedangkan agama islam mudah dan disebabkan yag mudah kita sering ambil mudah.
Sekilas pandang,
Membaca buku Nota Hati Seorang Lelaki membawa pembaca seakan-akan berbual bicara bersama penulis.Memang menyeronokkan dan mudah difahami.
Aku Penghibur · 604 weeks ago
My recent post Biar Miskin Asalkan Tak Berhutang
Hero Borneo 80p · 604 weeks ago
My recent post 3 Penyedia Hosting Yang Boleh Dipercayai
blogger lelaki · 603 weeks ago
My recent post Lelaki Kahwin Lambat
unclezuan 57p · 602 weeks ago
My recent post Uncle Zuan Blog