google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU 5 Kesan Baik Kenaikan Minyak Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat Malaysia | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

5 Kesan Baik Kenaikan Minyak Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat Malaysia

 

Sekarang memang hangat diperkatakan bahawa kenaikan bahan api di Malaysia.Kenaikan ini berlaku kerana pengurangan subsidi oleh kerajaan.Tanpa kita sangkal lagi kenaikan dan pengurangan yang dilakukan oleh kerajaan bertujuan untuk kebaikan jangka panjang.

 

Pada pandangan saya ada 5 perkara baik yang boleh kita terima tentang kenaikan  20 sen  seliter minyak petrol RON95,diesel dan 15 sen seliter untuk RON 97.

 

1.Mulakan tabiat berjimat ketika berbelanja

 

Saya tidak katakan tidak boleh berbelanja langsung.Apa yang saya maksudkan ialah kita berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak.Keupayaan kita mengawal nafsu untuk berjimat dapat menyelamatkan tunai mengalir keluar dengan cepat.

 

2.Bekerja lebih keras

 

Secara tidak langsung kenaikan kos hidup telah memaksa kita bekerja lebih keras lagi.Produktiviti meningkat membolehkan kita menerima kenaikan gaji selaras dengan produktiviti yang dihasilkan.Maka tidak hairan ada selepas ini ada yang berpeluang menerima kenaikan gaji,pangkat dan pelbagai lagi insentif yang lain oleh majikan masing-masing.Harap begitulah.

 

3.Kreatif mencari pendapatan sampingan

 

Tidak kira apa kerja yang anda lakukan janji halal dan tidak menyalahi undang-undang maka digalakkan untuk mencuba.Contohnya melakukan kerja dari rumah secara separuh masa seperti di [ini].Selain itu kepada mereka yang berminda niaga boleh memulakan perniagaan online seperti yang diingini.Lama web ini tempat anda mendaftarnya.[KLIK]

 

4.Memilih pengangkutan awam untuk ke tempat kerja

 

Jika sebelum ini anda selesa memandu kereta ke tempat kerja maka kenaikan bahan api ini merangsang anda untuk berfikir semula untuk guna bas,komuter,kereta api dan sebagainya.Bagaimanapun congak dahulu untung ruginya supaya pilihan itu tepat.Namun jika berpihak kepada pengangkutan awam maka jangan ragu-ragu lagi.

 

5.Peluang untuk meluangkan masa lebih banyak di rumah

 

Masih ingatkah kita kempen Rumahku Syurgaku suatu ketika dahulu.Kempen ini boleh kita laksanakan ketika ini dan masih relevan sampai bila-bila.Apalah gunanya membeli  rumah yang mahal-mahal namun banyak masa diluangkan dalam kereta,tempat kerja dan pusat membeli belah.Jadi perbanyakan masa dirumah sambil bersama anak dan isteri baik waktu lepas kerja maupun hujung minggu.

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat Malaysia yang masih hidup selesa ketika ini hendaklah bersyukur.Mereka yang hidup bawah paras kemiskinan pula hendaklah berusaha lebih supaya hidup lebih selesa.Pokok pangkalnya kita adalah apa yang kita fikirkan,

 

 

petrol naik

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul 5 Kesan Baik Kenaikan Minyak Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat Malaysia . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/09/5-kesan-baik-kenaikan-minyak-petrol-dan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi.com - Monday, 9 September 2013

Comments (14)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
bagus bro..boleh berfikir kearah positif..disebalik semua ini
My recent post Lelaki Kahwin Lambat
1 reply · active 603 weeks ago
sememang kita harus begitu..
My recent post Blogger Itu Penyampai Maklumat Terbaik
nampak gaya gua kena lebih kreatif dari dulu kala
My recent post Extension Wire
1 reply · active 603 weeks ago
betul bro..guna kuasa fikiran untuk mengatasi semua ini
My recent post Blogger Itu Penyampai Maklumat Terbaik
Kena buat banyak kerja lepas ni,,,
1 reply · active 603 weeks ago
Kalau kebaikan untuk pelajar pula?
My recent post Teknologi Depan Mata, Rosakkan Bangsa
perlu cari kerja partime supaya duit saku sentiasa penuh dan tangki motosikal juga penuh..
My recent post 5 Asas Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya
pandangan dari sudut +ve.. :)

den nak tengok apa jadi bila semua subsidi ditarik kerajaan
My recent post Uncle Zuan Blog
1 reply · active 602 weeks ago
rakyat lebih kuat bekerja..
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
sudah menjadi ketentuan.. harga petrol, diesel naik tidak dapat dielakkan.. tips akan digunapakai berulang-ulang kali bagi kita yang terasa kesannya. :)
My recent post AMY SEARCH BANKRAP MUFLIS TIDAK BAYAR HUTANG
1 reply · active 602 weeks ago
semoga begitulah hendaknya..
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog
point no 3 tu aku suker
My recent post Komisen Pertama dari Lulus Loan Rumah
1 reply · active 602 weeks ago
ha..ha..itu memang perlu bro..
My recent post 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

Post a new comment

Comments by