Salam 1Malaysia,
Sudah terlalu lama saya membuat ulasan buku.Saya juga agak kurang membaca sejak kebelakangan ini dek kerana sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
Walau sesibuk manapun saya tetap paksa diri untuk membaca sedikit buku.Tambahan pula saya sudah dibatasi oleh aktitviti blogging.Sebagai blogger saya wajib menulis,kemaskini blog dan membuat blogwalking.
Judul: Rahsia Masuk Syurga
Penulis : Muhammad Mahmud Abdullah
Penerbit : Synergi Media
Ketebalan : 103
Ulasan:
Buku ini amat sederhana.Namun isi kandungan padat dengan huraian yang disertakan ayat-ayat Al Quran dan Al Hadis.
Semua orang mengimpikan syurga terutamanya orang beriman.Jika ditanya seorang demi seorang sudah tentu mereka tak nak dihumbankan ke neraka.Cuma mereka yang masih berhati batu sahaja leka dengan maksiat sehingga tidak memperdulikan ancaman dari Allah SWT.
Penulis telah membincangkan 14 Cara Untuk memudahkan Kita masuk ke syurga Allah SWT.Insya Allah dengan rahmat dan keredhaanNya juga.
1.Beriman dan tidak syirik
2.Amal soleh
3.Takwa dan khauf
4.Hijrah dan Fisabillilah
5.Taat kepada Allah dan Rasulnya
6.Makriful haq
7.Siddiq
8.Sabar
9.Jual beli yang untung (Allah SWT tebus diri kita dengan pahala)
10.Istiqamah
11.Taubat
12.Perniagaan yang menyelamatkan
13.Berbakti kepada ibubapa
14.Zikirullah
Huraian tentang perkara tersebut boleh didapati dengan membaca buku ini selanjutnya.Memang bukan itu sahaja kerana banyak lagi huraian tentang kubur dan persoalan iman.
Saya mengakui proses mendekatkan diri kepada Allah SWT merupakan satu perjuangan dalam hidup kita.Keikhlasan perlu supaya segala amalan kita dapat diterima.
Harga kepada syurga terlalu mahal dan tak terbanding dengan segala kekayaan yang ada di muka bumi ini.Dalam masa yang sama kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya dan makhlukNya yang melata juga melampaui kemurkaanNya.Wallahualam
kredit :http://www.sambooks.com.my
ciklaili.com · 603 weeks ago
My recent post Sedap Dimakan Begitu Saja
unclezuan 57p · 602 weeks ago
My recent post Uncle Zuan Blog