google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: December 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Cara Mudah Buat Coklat

Dulu-dulu saya pernah kerja kilang coklat.Tiap kali makan coklat memang terkenang pengalaman sewaktu bekerja di kilang tersebut.Sayangnya walaupun bekerja di kilang buat coklat saya tidak terfikir untuk membuat coklat sendiri.Apatah lagi nak menjadikan coklat sebagai komoditi perniagaan.

 

 

cokleat

 

sumber : imej google

 

Namun kini kita terlalu beruntung kerana ada pakar yang sanggup memecahkan rahsia untuk membuat coklat dalam Panduan Buat Coklat GC.Beliau memberi jaminan bahawa ia bukan retorik semata-mata.Sebaliknya ia adalah praktikal sebagaimana kenyataan di bawah ini:

 

Bukan janji. Tetapi pasti. Ramai yang telah berjaya daripada panduan ini!

Antara respon yang telah diterima oleh pembaca panduan ini daripada pelanggan-pelanggan mereka ialah:

 

  • “Sedapnya coklat yang awak buat!” ‘'
  • “Boleh tak kalau saya tempah coklat awak untuk majlis perkahwinan saya nanti?”
  • “Saya suka sangat coklat awak. Ada jual lagi tak nanti?”

Ini adalah panduan asas yang menjadi rujukan para pembuat coklat yang baru untuk membantu mereka melangkah ketahap yang lebih tinggi setaraf dengan pembuat coklat senior.

 

Panduan ini lengkap! Mereka yang telah kuasainya telah mengalami perkara berikut:

  • Berjaya membuat coklat yang mendapat sambutan tinggi dipasaran
  • .
  • Berjaya mencipta resipi coklat yang baru (yang pastinya sedap!).
  •  
  • Mendapat pelanggan yang berulang dan membina perniagaan coklat yang stabil.

Panduan ini bukan untuk semua orang. Tulisan dalam panduan ini tidak ada belok-belok. Hanya fokus pada penjelesan teknik membuat coklat yang terhangat dipasaran dan cara membina perniagaan coklat yang berjaya.

Siapa sesuai untuk ebook ini?

  1. Usahawan yang ingin menambahbaik skil pembuatan dan perniagaan coklat.
  2. Usahawan yang tidak tahu apa-apa pasal coklat tetapi bercita-cita untuk membina perniagaan coklat yang berjaya.

Kerana ia bakal bebaskan diri daripada menjadi usahawan yang sering mengeluh kerana tidak berjaya membuat coklat yang sedap dan sempurna. Dialognya seperti:

“Susahnya buat coklat ni. Asyik tak jadi je!”

Skrip keluhan seperti diatas biasanya akan mendorong usahawan untuk berhenti daripada menggapai impian dan kesannya usahawan tersebut akan kembali ke takuk yang lama.

 

Dah tak sabar lagi nak mengetahui lebih lanjut.Maka dipersilakan klik pada banner yang ada dibawah ini :

 

 

atau di sini >>> Panduan Buat Coklat GC

Keadaan Terkawal Selepas Insiden Bom Di Padang Besar

Sekali lagi kita dikejutkan dengan pengeboman di Padang Besar,Danok dan Sadao di Selatan Thailand.Kes-kes bom begini bukan perkara baru tetapi ia amat menakutkan.Semoga perkara ini tidak merebak ke Malaysia.

 

Kuala Lumpur: Polis sedang memantau perkembangan semasa berkaitan insiden pengeboman di Padang Besar, Danok dan Sadao di Selatan Thailand, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataannya berkata, keadaan di kawasan itu masih lagi terkawal dan langkah keselamatan serta pencegahan sudah diambil termasuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk sempadan.

 

“Orang ramai tidak perlu bimbang, namun perlu lebih berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan,” katanya.

 

Letupan berlaku di bandar yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Padang Besar kira-kira jam 11.40 pagi itu, menyebabkan 22 orang termasuk dua rakyat Malaysia tercedera.

 

Konsul Besar Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali dalam satu kenyataannya, mengesahkan dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan yang berlaku.

 

Beliau berkata, Songkla digegarkan dengan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan itu.

 

Lagi berita selanjutnya di Harian Metro

 

bom meletup

Gambar hiasan dari Google imej

Peta Blog


Broadband Maxis Kurang Laju

 

Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah dengan isyarat broadband Maxis.Memang benar tagline mereka terpampang dengan The Fastest Broadband tapi tak bagi saya.Mungkin tempat lain terbaik dan itu saya tidak nafikan.

 

Cuma saya agak rasa terkilan kerana membayar pakej RM15 seminggu belum memberi kepuasan.Pada mereka yang mampu jumlah RM15 terlalu sedikit nilainya.Bagaimana kepada mereka yang mempunyai tahap kewangan yang sempoi sahaja.Bayangkan kalau dah reload 10 kali dengan jumlah RM15 tentunya dah menjadi RM150.

 

Tempat saya tinggal bukannya kawasan pendalaman.Boleh dikatakan pusat ilmu dengan adanya 2 universiti dan 1 pusat pendidikan (IPG).Memang agak menghairankan kawasan yang penuh dengan aktiviti keilmuan namun kurang capaian internet menggunakan Maxis.Alamak.Salah saya kerana tak memilih penyedia perkhidmatan internet yang lain.

 

Saya risau juga imej Maxis akan terjejas jika ramai yang merungut dan mengutarakan masalah yang sama nanti.Mungkin masalah ini terpencil dan berlaku kepada pengguna Broadband prabayar.Jadi tidak adil saya menyalahkan mereka secara total.Saya juga tak nak orang lain mengeluh macam saya.

 

maxis

 

Sumber : Google imej

 

Sekilas pandang!

 

Saya pasti masalah ini akan berakhir juga nanti.Dulu pernah saya telefon mereka untuk mengadu perkara ini.Namun mereka hanya mampu  menjawab proses penambahbaikan sedang dilakukan.Persoalannya sampai bila.

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty

Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM).

 

Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.

 

Sedikit info tentang seniwati Azean Irdawaty

 

Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.


Beliau terbabit dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal 1969 dan pernah menghasilkan beberapa album dengan syarikat rakaman WEA Records yang kini dikenali Warner Music (Malaysia).


Azean pernah diundang melakonkan satu babak di kelab malam dalam filem Di Belakang Tabir arahan Datuk Jins Shamsuddin terbitan Studio Merdeka dan mempunyai bandnya sendiri dinamakan D'Zeds serta menyertai pertandingan Muzik Muzik Muzik terbitan RTM pada 1970-an.


Kerjaya Azean berkembang ke dunia lakonan apabila membintangi slot drama RTM seperti Potret Pekerti, Drama Minggu dan Panggung RTM.


Album solonya dalam bentuk LP diterbitkan Datuk Ahmad Nawab berjudul Rahsiaku Laguku pada 1979 dan menghasilkan lagu hit Benjy, Bawalah Daku Bersamamu dan Rahsiaku Laguku.


Pada 1980 Azean menghasilkan album kedua dengan lagu popular Kesedihan Di Matamu dan Kesyukuran.


Satu masa dulu, Azean juga terkenal dengan gaya rambut ala Farrah Fawcett yang berwarna perang kemerah-merahan-Rujuk :Harian Metro

 

 

azean

Sumber : http://search.tb.ask.com

 

 

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Kini kita kehilangan seorang lagi seorang artis veteran yang hebat.Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman.Amin.

Lelaki Beristeri Dua Cuba Terjun Bangunan

 

Sekali lagi kita digemparkan oleh manusia yang tak tahan ujian hidup.Sanggup pula hendak menamatkan riwayat sendiri dengan perbuatan paling kurang bijak.Semoga paparan berita ini memberi keinsafan kepada kita bahawa mesti ada jalan penyelesaian kepada apa-apa masalah yang kita hadapi.

 

images

Gambar Hiasan sahaja

KUCHING: Seorang lelaki beristeri dua yang dipercayai menghadapi krisis rumah tangga cuba terjun dari Aras 3 Menara Dewan Suarah Kuching di sini hari ini namun percubaannya itu digagalkan sepasukan anggota polis serta Bomba dan Penyelamat.

 

Pada mulanya lelaki berusia 32 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis, dekat sini cuba dihalang oleh pengawal keselamatan daripada meneruskan niat, namun dia bertindak mengacu pisau terhadap pengawal keselamatan itu.

 

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian sambil dibantu sepasukan anggota bomba dan penyelamat.


"Lelaki itu dipujuk supaya membatalkan niatnya tetapi tidak memberi sebarang respons. Selepas hampir sejam dipujuk anggota bomba mengambil peluang ketika dia terleka dengan memegang kolar baju manakala anggota lain merampas pisau sebelum berjaya menarik lelaki itu masuk semula ke dalam kawasan berpagar Aras 3 menara," katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Berita selanjutnya boleh baca kat SINI

Tiada Rusuhan Berlaku Di Betong Sarawak

Saya ambil perhatian serius tentang perkara ini.Bukan kerana saya anak Sarawak yang fanatik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang amat cintakan keamanan.Khabar angin yang menyatakan berlaku rusuhan adalah tidak benar.

 

Kenyataan dari sumber yang berkreabiliti mesti kita pegang sebagaimana laporan dari Harian Metro.

 

KUCHING: Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.

"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.

Anggota polis dari Balai Polis Pusa tiba setengah jam selepas menerima laporan, polis cuba mengawal keadaan dan memujuk lelaki berkenaan supaya menyerah diri, bagaimanapun dia bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian dadanya.

peace

Image souce :Google

Pekerja ladang serang pasukan polis

Betong (Sarawak): Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

 

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

 

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

 

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

 

 

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

 

 

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

 

 

metro

 

Sumber :Harian Metro

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Apa nak jadi dengan dunia sekarang.Polis yang menjaga keamanan pun berani mereka serang.Betul-betul mengundang padah.

 

Sekarang siapa yang susah.Mereka dan keluarga mereka juga yang susah.

 

Pesawat Air Asia dari KK-P Pinang buat pendaratan cemas

KUCHING: Pesawat Air Asia dari Kota Kinabalu ke Pulau Pinang terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang wanita warga emas tiba-tiba tidak sedarkan diri selepas tiga kali pengsan sejak pesawat berlepas kira-kira jam 1.30 petang. 

Penumpang, Annie Dunlop, 71, dari Sandakan dipercayai pergi ke Pulau Pinang untuk menjalani rawatan penyakit hati yang dialaminya. 



Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Pauzi Bujang berkata, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 3 petang dan pasukan perubatan mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia. 

Sumber : Berita Harian

Sekilas pandang,

Nasib baik tak jadi apa-apa

Blog Utama Saya Diberi Cuti 3 Hari

 

Sebelum itu saya ingin memohon maaf kepada para pembaca yang cuba membuka kakiblog.my.Blog ini masih down untuk 3 hari kerana proses perpindahan data oleh pihak penyedia hosting iaitu hostingrajawali.net.

 

 

Saya berharap proses ini berjalan dengan lancar supaya aktiviti blogging tidak terganggu terlalu lama.Tambahan pula Contest SEO Eridy tengah berlangsung.Mana tau peluang untuk menang  terlepas pula.Nie mesti ramai yang terasa panas juga.

 

 

Bagaimanapun saya masih meneruskan aktiviti blogging melalui blog kedua saya ini.Jadi taklah terasa sangat cuti 3 hari tu.Saya berharap rakan-rakan blogger yang lain ada mempunyai lebih dari satu isteri blog sebagai sandaran ketika saat yang tidak diduga.

 

 

out of servis..

Kredit link

 

Sekilas pandang,

 

Dalam dunia online apa-apa boleh berlaku.Ada yang serius dan biasa sahaja.Saya masih anggap biasa sahaja kerana tidak ada satupun perkara dalam dunia ini sempurna.

 

Kesilapan teknikal merupakan cabaran yang perlu dihadapi dengan hati terbuka.Saya berharap dengan  migrasi sever oleh penyedia hosting memberi petanda baik bahawa serangan malware ke atas kakiblog.my berakhir sepenuhnya.

 

 

Salam Hormat.

 

Pada masa ini nombor Ip server (ONSHORE HOSTING) tengah di senarai hitamkan oleh DATA CENTER kerana spam,kami diberikan masa 3 hari untuk menunggu sementara data center mengeluarkan nombor Ip server dari senarai hitam.Kami meminta maaf,dan apabila dalam masa 3 hari data center tak dapat mengeluarkan nombor Ip server dari senarai hitam kami akan memindahkan hosting anda ke server baru sehingga mendapatkan nombor Ip baru.

 

Terima Kasih


Hosting Rajawali


http://www.hostingrajawali.com
====================================
UPDATE 2/12/2013
Salam Hormat.

 

Pada masa ini kami sedang menyiapkan server baru,kami akan memulai memindahkan hosting anda pada pertengahan bulan ini.

Terima Kasih


Hosting Rajawali


http://www.hostingrajawali.com
====================================
UPDATE 12/12/2013

Salam Hormat.


Migrasi server sedang dijalankan.
Terima kasih


Hosting Rajawali


====================================
UPDATE 12/12/2013  13:43
Salam Hormat.

 

Dalam proses pemindahan server ini kami mematikan fungi HTTPD dan MySQL,ia menjadikan laman/blog anda tak dapat dilayari untuk sementara waktu.Meski demikian anda masih boleh membuka cPanel seperti biasa menggunakan nombor IP 192.95.29.5:2082 dan url (eg:yourdomain:2082).


Terima kasih


Hosting Rajawali

 

sila klik: Seni Menulis 101 Impian

Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak

Berita baik untuk pelajar Sarawak yang akan melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.Pihak e-Scholarship Sarawak kini membuka permohonan biasiswa untuk sesi tahun 2013/2014.

 

e-Scholarship Sarawak

 

 

 

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK SESI 2013/2014

A. SYARAT PERMOHONAN

(I) MERUPAKAN WARGANEGARA MALAYSIA DAN 
PEMASTAUTIN TETAP DI SARAWAK.

(II) SEDANG MENGIKUTI PENGAJIAN BAGI KURSUS-
KURSUS 
DI PERINGKAT DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 
SECARA SEPENUH MASA DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI 
AWAM SAHAJA.

(III) PEGAWAI-PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM/ BADAN 
BERKANUN YANG BERCUTI BELAJAR DAN MENERIMA 
SEPARUH GAJI ATAU BERGAJI PENUH ADALAH TIDAK 
LAYAK MEMOHON.

B. CARA PERMOHONAN

1. SEMUA PERMOHONAN HENDAKLAH DIKEMUKAKAN 
SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) MELALUI DI LAMAN 
WEB HTTP://ESCHOLARSHIP.SARAWAK.GOV.MY;

2. PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN YANG TELAH 
DIISI HENDAKLAH LENGKAP DAN TEPAT SEPERTI YANG 
TERCATAT DALAM DOKUMEN ASAL;

3. PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.


C. BIDANG PENGAJIAN YANG DITAJA

(1) KEJURUTERAAN
(2) SAINS DAN SAINS GUNAAN
(3) UNDANG-UNDANG
(4) PENGURUSAN
(5) EKONOMI DAN PERNIAGAAN
(6) SAINS SOSIAL
(7) TEKNOLOGI MAKLUMAT

SILA RUJUK KEPADA SENARAI PROGRAM PENGAJIAN 
YANG DITAJA DI LAMAN UTAMA E-SCHOLARSHIP.


D. SEBARANG URUSAN PERTANYAAN SILA HUBUNGI 
PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM 
NEGERI SARAWAK DI TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK, 
JALAN SATOK, 93400 KUCHING ATAU DI TALIAN 082-
236325 ATAU 082-236554.

E. TARIKH TUTUP

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH 30 DISEMBER 
2013.

  

ebpkns_banner

Maklumat lanjut sila layari  http://escholarship.sarawak.gov.my

PGB Untuk 13 Komando Bot Karam

Semua 13 anggota tentera terdiri daripada 11 pelatih komando dan dua jurulatih dilaporkan hilang 28 jam selepas bot mereka karam dipukul ombak kuat di perairan Selat Melaka, Sabtu lalu, bakal dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB).

 

[9 Formula Pantas Seru Rezeki]

 

Pingat ketiga tertinggi Kerajaan Melaka itu juga akan dianugerahkan kepada seorang juruterbang dan dua pelatih Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) selepas pesawat Piper PA28 yang dinaiki terhempas berhampiran Pulau Melaka ketika menjalani latihan, Julai lalu.

 

[Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!]

 

 

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, penganugerahan itu diberikan kerana semangat kerjasama dan setia kawan yang kental ditunjukkan semua anggota tentera berkenaan sehingga berjaya menyelamatkan diri mereka daripada lemas.

 

 

Sumber info: hmetro

 

 

komando malaysia

 

Gambar Hiasan Dari Google

 

 

Sekilas pandang,

 

Pingat Gagah Berani memang layak untuk mereka sebagai ganjaran kerana semangat berpasukan yang tinggi.Dalam masa yang sama menunjukkan tahap kemahiran komando Malaysia pada tahap terbaik.

 

 

WW:Kalau Menang Contes SEO Eridy

Menang contest SEO Eridy

 

Entri Gambar Berbicara Setiap Rabu

5 Tips Bersedekah

Bersedekah adalah amalan mulia.Sebab itu  orang kata tangan yang diatas lebih baik daripada tangan dibawah.Kesan kebaikan daripada bersedekah bukan hanya kepada si penerima malah melangkaui kepada si pemberi.


Baru-baru ini orang rumah berkesempatan untuk membeli majalah At-Takwa.Jadi saya tumpang baca dan tumpang kongsikan untuk pembaca sebagai peringatan untuk diri saya sendiri serta amalan sedekah ilmu.


5 Tips Bersedekah


Tertarik dengan satu artikel berkaitan sedekah maka saya terdorong untuk menulis kembali info penting tersebut.Ada 5 tips bersedekah yang wajib kita ketahui.Insya Allah kalau diamalkan akan memberi impak maksima dalam kehidupan kita kelak.


1.Bersedekah hanya kerana Allah SWT

Saya akui sendiri bukan mudah untuk melakukan kerana Allah semata-mata.Ada dalam hati kita untuk menunjuk-nunjukkan dan selalu pula teringat-ingat sehingga sanggup pula bercerita dengan orang lain.Lebih buruk lagi dalam bab mengungkit.Akibatnya pahala yang kita buat akan reset menjadi kosong.


2.Bersedekah kepada ahli keluarga

Utamakan kepada ibubapa terutama orang lelaki.Tak kira juga kepada orang perempuan.Bagi mereka yang sudah bekeluarga bersedekah kepada isteri atau suami,anak-anak dan kaum kerabat yang lain amat dituntut.


3.Bersedekah kepada sahabat dan rakan taulan

Belanja mereka minum atau makan sekali sekala akan mengeratkan lagi tali persaudaraan.Malah tabiat ini mengundang rasa membalas budi kepada mereka dikemudian hari meskipun kita perlu jauhkan niat begini dalam hati.


4.Bersedekah dekat tabung masjid atau surau

Tanamkan tabiat menghulur seringgit dua dalam tabung masjid ketika solat Jumaat.Kalau setiap hari lagi bagus sehingga menghilangkan terus rasa riak atau rasa kededut dalam hati.Dengan cara ini kita sentiasa berpeluang untuk bersedekah setiap hati.


5.Bersedekah dengan memikirkan keperluan orang lain

Sudah menjadi kelaziman manusia bahawa sentiasa berfikir tentang diri sendiri sahaja.Bahasa ringkasnya pentingkan diri sendiri kerana terlalu obses dengan falsafah individualistik.Insya Allah dengan berfikir tentang keperluan orang lain maka kita  tidak teragak-agak untuk bersedekah wang ringgit,bantuan tenaga dan apa sahaja.


p/s  bersedekah adalah  Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda



Sekilas pandang,

Berpegang kepada hadis Rasulullah daripada  Abu Hurairah menyebut sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda

Tidaklah harta menjadi berkurang kerana sedekah, dan tidaklah seseorang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kehormatan kepada dirinya,dan seseorang tiada bersikap merendah diri kerana Allah, melainkan ia akan diangkat darjatnya  oleh Allah- (Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi)

Ulasan Buku :Langkah Bijak Komunikator Hebat

Siapa yang berani menyangkal bahawa komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita.Komunikasi membina kreabiliti,kebahagiaan dan teras dalam mencipta keajaiban kehidupan.

 

 

Tentunya langkah kanan kepada saya setelah membaca buku tulisan Ustaz Badrul Sani.Buku beliau yang berjudul Langkah Bijak Komunikator  Hebat amat mengamit perasaan saya berkongsikan dalam blog hebat ini.

 

 

Buku yang ringkas dan santai ini diterbitkan Nukilan Unggul Publications Sdn Bhd pada tahun 2012.Masih segar dari ladang dan akan relevan sepanjang masa jika kalian akan menemui pada 5 tahun yang akan datang.

 

 

Dengan ketebalan hanya 95 mukasurat tentunya amat disukai kepada mereka yang bukan pembaca tegar.Kalau saya memang tak puas.Baca buku senipis ini patut dilakukan berulang kali.Lagi banyak lagi bagus kerana setiap bacaan ulangan kita akan mendapat idea yang baru.Selain pengukuhan pemahaman dan menguatkan ingatan.Betul ke ?…Betullah

 

 

Buku Langkah Bijak Komunikator Hebat memfokuskan kepada kemahiran untuk memberi ceramah atau pengucapan umum.Namun ilmu yang diceritakan itu boleh juga kita gunakan dalam kehidupan harian.Terpulanglah kepada kalian untuk mengamalkan pada bahagian yang dirasakan patut.

 

 

Bagi memudahkan para pembaca mendapat manfaat maksimum,saya amat menyarankan para pembaca untuk mengikuti arahan seratus peratus oleh para pengarang.Insya Allah dengan sedikit semasa kalian akan dapat dapati perubahan kepada kemahiran komunikasi kalian dengan lebih baik daripada sebelumnya.

 

 

Sebagai orang yang pernah membaca buku ini saya berpendapat bahawa menjadi komunitor hebat adalah keperluan untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dalam masyarakat,kerjaya dan keluarga.Hanya mereka yang faham sahaja tidak akan teragak-agak untuk belajar,belajar dan terus belajar kemahiran berkomunikasi.

 

 

Antara bab yang sangat penting untuk kalian baca ialah Rahsia Segala Rahsia.Nak saya bongkar juga kat sini?Oh tidak!Mungkin tidak.Kalau nak tahu juga dapatkan buku ini dipasaran dengan kadar segera.Maklumat lanjut boleh diperolehi dekat link INI

 

 

Langkah Bijak Komunikasi Hebat

 

 

Sekilas pandang,

 

Buku adalah pelaburan yang sangat penting untuk minda dan jiwa kita.Dengan adanya ilmunya, cara berfikir kita jauh baik.Ya.Itukan yang kita mahukan dalam hidup ini.

 

p/s   Sebab itu ilmu  komunikasi penting juga untuk mendapatkan 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Contes SEO Eridy-Menjejaki Carian Google

 

Dalam sebulan ini saya akan berusaha untuk menulis beberapa entri berkaitan penyertaan saya dalam Contes SEO Eridy tempohari.Tujuan yang jelas supaya blog saya ini berjaya menempatkan diri pada halaman utama carian Google yang akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini.

 

 

Jika kita lihat sekarang ini kedudukan blog-blog para peserta Contest SEO Eridy sentiasa berubah.Jika dulu berada pada halaman utama kini sudah ada beranjak ke halaman kedua dan seterusnya.

 

 

Kemunculan begitu banyak penyertaan baru telah mendominasikan halaman carian google.Ternyata pertandingan contest SEO begini cukup menarik dan mengujakan untuk disertai.

 

 

Berbaki 4 hari lagi penyertaan ditutup saya menjangkakan lebih banyak blog akan turut serta.Selepas itu kita lihat secara langsung blog yang mana bertahan pada halaman utama carian Google.

 

 

Bersandarkan kepada permainan SEO dan taktikal blogger blogspot saya berpendapat peluang mereka amat cerah.Penyedia hosting dan domain percuma,blogspot adalah yang terbesar di dunia.Penguasaan Google dalam alam maya tidak dapat dipertikaikan lagi.Mereka yang terbaik dan hebat dalam perniagaan online iaitu Adsense.

 

 

Malah ada perkhidmatan amal dengan penyediaan email percuma kepada ratusan juta( mungkin boleh menghampiri ribuan juta) pengguna seluruh dunia.Ini belum termasuk blog yang berjenama blogspot,Google Plus dan banyak lagi.Secara teorinya semua orang suka percuma namun pada dasarnya ialah perniagaan secara tidak langsung.(alamak saya mencarut kat situ pulak)

 

 

Sekilas pandang,

 

Jujur saya katakan saya mahu menang dalam contest SEO Eridy.Yalah mahu dapat hadiah RM200 jika rezeki tempat pertama dalam halaman carian Google nanti.

Jika diukur dengan kemampuan dan kemahiran SEO saya tentulah belum layak untuk menang.Namun kita tahu doa sahaja tidak cukup melainkan usaha berlipat ganda.

 

 

Sebab ada yang berpendapat SEO sahaja satu tool cukup efisen untuk mendapat trafik organik.Jika ada trafik mencecah 100 sehari tentulah  menjadi terbaik dan boleh menjana pendapatan.Tidak keterlaluan penyertaan dalam contes SEO Eridy adalah batu loncatan untuk terus berjaya menguasai ilmu SEO.

 

p/s : Rakan-rakan blogger yang belum join Contest SEO Eridy boleh klik  [INI]

 

 

contest seo Eridy

Contest SEO Eridy- Gempak Gila

Halaman Utama Google ketika ini semakin panas dengan carian keyword Contest SEO Eridy.Sambutan amat meriah dan sangat sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM500.Kira banyak tu untuk kontest yang mudah disertai namun sukar dimenangi kerana jumlah penyertaan yang terlalu tinggi.


Sehinggakan saya berpendapat bahawa pihak penganjur beruntung mendapat limpahan trafik yang tinggi.Tentu jika dipasang iklan CPUV untuk Nuffnang boleh rasanya dapat income kencang punya.


Sebelum ini saya telah menghantar penyertaan pertama yang bertajuk Contest SEO Eridy.Pada kali ini saya cuba pula untuk mengarang untuk penyertaan kali kedua.Sebab tiada syarat yang jelas untuk menghadkan jumlah penyertaan.Apa yang penting nanti tarikh tutup penyertaan pada 11.12.13.


Ya pada satu angka yang cukup unik dan menarik.Pertandingan akan berlangsung secara rasminya sehari selepas itu dan keputusan pada penghujung tahun ini.Kalaulah saya dapat memenangi kontes ini bermakna lepas kos untuk hosting dan domain pada tahun hadapan.Wah..menariknya!


google
                                                Ihsan Google Imej


p/s: Para blogger yang masih belum lagi menyertai kontes ini sila ke link [Contest SEO Eridy]

Contest SEO Eridy

Ini dia kontest yang saya cari dan tunggu selama ini : Contest SEO Eridy.  Sudah lama saya tidak menyertai apa-apa kontest.Jadi inilah masa terbaik untuk saya mencuba rezeki melalui kontes.Tambahan pula kontes yang berlangsung ketika ini berasas SEO.Peluang terbaik beradu kekuatan bersama blog-blog yang memang tersohor seperti Ahmad Faizal dan Hasrul Hassan.Bukan  niat menyaingi mereka.Apa yang penting semangat untuk mencabar diri sendiri supaya menjadi terbaik seperti mereka.

Sebagai seorang blogger, kemahiran menguasai SEO adalah keperluan untuk berjaya.Kalau tak nak berjaya lebih baik lupakan sahaja aktiviti blogging.Bagus fokus kepada aktiviti lain yang lebih bermanfaat dan berfaedah.

Pihak penganjur iaitu blogger eridy.com tidak menetapkan syarat-syarat yang sukar.Malah entri yang kita tulis memfokuskan kreativiti.Jadi jangan main teknik salin dan tampal.Kalau dah macam tu memang akan jadi kreatif lagilah jawabnya!

Namun untuk menggalakkan ramai lagi blogger menyertai kontes ini saya dengan minta izin untuk kongsikan syarat-syarat yang ditetapkan.Lihat paparan dibawah untuk penelitian kita semua.

Contest SEO Eridy

Tarikh

Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13
Syarat Contest SEO ERIDY

* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri .

Hadiah

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Jika kalian dah faham dan berminat untuk join sekali marilah klik kat [sini ]



Sekilas pandang!

Untuk berjaya dalam kontes seperti ini teknik yang betul perlu dilakukan.Saya tak mahir dan masih tercari-cari teknik yang baik.Setahu saya sudah heboh kalau guna Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu.Bagi mereka yang berani boleh beli ebook tersebut untuk menawan SEO dalam kontes ini.Siapa tahu kalian bakal pemenangnya nanti.


duit
Kisah Senjata Israel Yang Dicuri!

Kisah Senjata Israel Yang Dicuri!

Tel Aviv: Tentera Israel kehilangan pelbagai peralatan senjata bernilai kira-kira NIS50 juta (RM45 juta) tahun lalu akibat dicuri. Direktorat Logistik Dan Teknologi Tentera semalam, mereka menjangkakan jumlah kecurian itu akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

 

Agensi itu berkata sejumlah peluru berpandu antikereta kebal dicuri dari pangkalan Pasukan Pertahana Israel (IDF) di utara Israel tahun ini. Selain itu, katanya, ribuan peluru dicuri dari gudang di Nebi Musa di padang pasir Judea, selain pencuri menyambung tiub sepanjang berpuluh-puluh meter untuk menyedut bahan api dari pangkalan Misgav di Negev.

 

 

 

IDF berkata, kecurian dari pangkalan tentera semakin menjadi-jadi. Kata agensi itu, pencuri menyelinap masuk ke pangkalan melalui pagar berkawal sebelum mencuri peralatan senjata, bahan letupan, besi, generator dan kenderaan. Menurut pegawai kanan direktorat itu, kebanyakan kecurian yang berlaku mendapat kerjasama anggota tentera di pangkalan terbabit.

 

“Barang itu dicuri untuk dijual,” katanya dalam satu kenyataan. Seorang lagi pegawai yang berkhidmat di direktorat operasi berkata, kecurian dilakukan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada prosedur tentera yang menyimpan bahan letupan serta peralatan asas di lokasi terpencil.

 

Berikutan itu, katanya, radar dipasang di beberapa pangkalan tentera untuk memantau pergerakan di gudang senjata dan tempat lain.

 

Laporan Pengawalan Negara 2011 menyatakan balaporan direktorat logistik dan teknologi tidak menggambarkan semua kehilangan peralatan senjata itu.

 

Menurut laporan logistik dan teknologi, pada 2007 kehilangan peralatan IDF bernilai NIS150 juta (RM137 juta) dengan sebanyak 95 senjata yang hilang.

Namun menurut angka polis dan tentera diperoleh media, sebanyak 156 senjata dicuri pada tahun itu. – Agensi

 

p/s :Sumber Harian Metro

Pekerja Paling Rajin Tetapi Paling Malang Di Dunia

 

Salam 1 Dunia,

 

Ada insan yang rajin namun membawa malang kepada diri sendiri.Perkara ini  berlaku kepada seorang tukang kebun di London.

 

London: Seorang tukang kebun kurang upaya yang tidak pernah ponteng bakal kehilangan pekerjaan yang digemarinya itu selepas 27 tahun berkhidmat.

 

 

images

Ihsan google image

 

Media semalam melaporkan, Daniel White (gambar), 44, mula bertugas di bandar kelahirannya, Collett Park di Shepton Mallet, Somerset, sejak berusia 17 tahun.

 

Namun, dia bakal kehilangan pekerjaan itu dalam tempoh 11 minggu lagi akibat masalah lambakan pekerja selepas firma baru mengambil alih kontrak di taman tempat dia bekerja.
Saudara-mara White kemudian melancarkan petisyen di Internet untuk menyelamatkan pekerjaan lelaki terbabit dan mendapat sambutan menggalakkan.

 

p/s Nyah-Nyah Berita Selanjutnya  boleh didapati di Harian Metro

 

Sekilas pandang:

 

Saya pun hairan ada juga insan yang begitu komited dengan tugas.Sayangnya ada pihak yang terlalu mementing duit sanggup memperlakukan beliau sesuka hati.

 

Kalau macam tu bagus dia jadi seorang usahawan internet sahaja dan dapatkan Panduan Bisnes Internet | Jana Wang Dengan Squeeze Page

 

panduan-bisnes-internet