google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Broadband Maxis Kurang Laju | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Broadband Maxis Kurang Laju

 

Sejak kebelakangan ini saya menghadapi masalah dengan isyarat broadband Maxis.Memang benar tagline mereka terpampang dengan The Fastest Broadband tapi tak bagi saya.Mungkin tempat lain terbaik dan itu saya tidak nafikan.

 

Cuma saya agak rasa terkilan kerana membayar pakej RM15 seminggu belum memberi kepuasan.Pada mereka yang mampu jumlah RM15 terlalu sedikit nilainya.Bagaimana kepada mereka yang mempunyai tahap kewangan yang sempoi sahaja.Bayangkan kalau dah reload 10 kali dengan jumlah RM15 tentunya dah menjadi RM150.

 

Tempat saya tinggal bukannya kawasan pendalaman.Boleh dikatakan pusat ilmu dengan adanya 2 universiti dan 1 pusat pendidikan (IPG).Memang agak menghairankan kawasan yang penuh dengan aktiviti keilmuan namun kurang capaian internet menggunakan Maxis.Alamak.Salah saya kerana tak memilih penyedia perkhidmatan internet yang lain.

 

Saya risau juga imej Maxis akan terjejas jika ramai yang merungut dan mengutarakan masalah yang sama nanti.Mungkin masalah ini terpencil dan berlaku kepada pengguna Broadband prabayar.Jadi tidak adil saya menyalahkan mereka secara total.Saya juga tak nak orang lain mengeluh macam saya.

 

maxis

 

Sumber : Google imej

 

Sekilas pandang!

 

Saya pasti masalah ini akan berakhir juga nanti.Dulu pernah saya telefon mereka untuk mengadu perkara ini.Namun mereka hanya mampu  menjawab proses penambahbaikan sedang dilakukan.Persoalannya sampai bila.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori kisah saya dengan judul Broadband Maxis Kurang Laju . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/12/broadband-maxis-kurang-laju.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 19 December 2013