google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty

Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM).

 

Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.

 

Sedikit info tentang seniwati Azean Irdawaty

 

Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.


Beliau terbabit dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal 1969 dan pernah menghasilkan beberapa album dengan syarikat rakaman WEA Records yang kini dikenali Warner Music (Malaysia).


Azean pernah diundang melakonkan satu babak di kelab malam dalam filem Di Belakang Tabir arahan Datuk Jins Shamsuddin terbitan Studio Merdeka dan mempunyai bandnya sendiri dinamakan D'Zeds serta menyertai pertandingan Muzik Muzik Muzik terbitan RTM pada 1970-an.


Kerjaya Azean berkembang ke dunia lakonan apabila membintangi slot drama RTM seperti Potret Pekerti, Drama Minggu dan Panggung RTM.


Album solonya dalam bentuk LP diterbitkan Datuk Ahmad Nawab berjudul Rahsiaku Laguku pada 1979 dan menghasilkan lagu hit Benjy, Bawalah Daku Bersamamu dan Rahsiaku Laguku.


Pada 1980 Azean menghasilkan album kedua dengan lagu popular Kesedihan Di Matamu dan Kesyukuran.


Satu masa dulu, Azean juga terkenal dengan gaya rambut ala Farrah Fawcett yang berwarna perang kemerah-merahan-Rujuk :Harian Metro

 

 

azean

Sumber : http://search.tb.ask.com

 

 

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Kini kita kehilangan seorang lagi seorang artis veteran yang hebat.Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman.Amin.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori isu semasa dengan judul Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/12/al-fatihah-buat-azean-irdawaty.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Wednesday 18 December 2013