google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: isu semasa

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

MH370 Berakhir Di Selatan Lautan Hindi

Selepas 17 hari menunggu dengan penuh debaran, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan bahawa penerbangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

 

sidang media


Najib membuat pengumuman itu berdasarkan hasil analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.


"Menggunakan sejenis analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini dalam siasatan seperti ini, mereka mampu memberi beberapa petunjuk lebih jelas mengenai laluan penerbangan MH370.


Berdasarkan analisis baharu mereka, Inmarsat dan AAIB merumuskan bahawa MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.


"Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.


Perdana Menteri berkata Malaysia Airlines telahpun memaklumkan kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal mengenai perkembangan itu.


"Bagi mereka, beberapa minggu lepas merupakan tempoh yang memilukan, saya sedar berita ini akan lebih menyedihkan lagi. Saya menggesa pihak media menghormati privasi mereka dan memberikan mereka ruang yang diperlukan di saat-saat sukar seperti ini," kata Najib.


Beliau berkata maklumat lanjut berhubung perkembangan ini akan diumumkan esok.
Najib berkata sidang akhbar yang tidak dijadualkan malam ini diadakan bagi memaklumkan kepada dunia mengenai perkembangan baharu itu dengan secepat mungkin.


"Kami berkongsi maklumat ini kerana kami komited kepada sikap terbuka dan menghormati anggota keluarga terbabit, dua prinsip yang menjadi amalan dalam siasatan ini," katanya. Turut hadir Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan ketua pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.


Ketua pegawai eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya yang juga hadir pada sidang akhbar berkenaan kelihatan menitiskan air mata ketika pengumuman itu dibuat.
Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.


Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

 

Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.


Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara.

 

Sumber asal : BERNAMA

 

[Catatan kaki]


Terima kasih kerana sudi membaca info ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> PORTAL ILMU

Emosi Waris Penumpang MH370 Dari China Mulai Tenang

Emosi waris dan anggota keluarga penumpang Penerbangan MH370 warganegara China yang ditempatkan di Hotel Cyberview Resort & Spa sejak Selasa lalu, kini dikatakan mulai tenang selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan terbaharu operasi mencari yang memasuki fasa baharu, petang Sabtu.

 

 

mh370-1

 


Seorang pegawai Malaysia Airlines (MAS) yang enggan dikenali berkata, lebih kurang 30 anggota keluarga penumpang terbabit dibawa ke sebuah bilik di hotel berkenaan pada pukul 2 petang semalam, untuk mendengar siaran langsung pengumuman Najib melalui televisyen mengenai perkembangan kes kehilangan pesawat itu.

 


Emosi anggota keluarga berkenaan dilaporkan tidak stabil pada hari pertama mereka tiba di Malaysia dan ada di kalangan mereka kelihatan murung dan ada yang menangis.
Katanya setiap keluarga penumpang pesawat warga China itu dijaga dua pegawai Malaysia Airlines dan pihak pengurusan juga membuka bilik rawatan sepanjang mereka berada di hotel itu.

 


Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berdasarkan maklumat terkini, pesawat yang dikesan radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Sabtu lalu disahkan pesawat MH370 yang berpatah balik, dan menghala ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia sebelum bergerak ke arah barat laut.

 

 

Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru penerbangan itu dilaporkan hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.

 

 

Sumber dari BERNAMA

 

[Catatan kaki]

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> Portal Ilmu

Pencarian MH370 Diperluaskan

mh370

 

Usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lepas terus dipergiatkan dan kini diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi, meskipun kemungkinan untuk menyelamat semakin tipis.


Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menoleh ke belakang dalam usaha pencarian itu supaya perkembangan baharu dapat disampaikan kepada anggota keluarga yang terlibat.


"Saya sendiri susah nak berdepan dengan keluarga terlibat, lebih-lebih lagi tiada maklumat dan perkembangan yang boleh dimaklumkan kepada mereka," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 di sini, Jumaat.


Ditanya mengapa kawasan pencarian diperluas, Hishammuddin berkata: "Kami tidak menemui pesawat itu dalam kawasan yang diliputi."

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama-sama dengan rakan antarabangsa kini menggiatkan pencarian itu di bahagian timur Laut China Selatan serta di Lautan Hindi.


"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata beliau.
Sebelum ini, operasi SAR memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.


Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.


Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.


"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.


Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga.

"(Ia adalah satu) perkembangan normal (untuk memperluaskan kawasan pencarian). Untuk kawasan berkenaan (yang diliputi kini), kami belum menemui apa-apa, kami meningkatkannya dari semasa ke semasa...buat masa ini, secara harian," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan.


Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) memberi tumpuan kepada dua kawasan iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan.


Hishammuddin berkata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), yang membantu menganalisis data kasar daripada pihak ketenteraan, memberitahu bahawa Malaysia telah membuat keputusan yang betul untuk memberi tumpuan kepada kedua-dua kawasan itu.


Menjawab soalan mengenai kebanjiran maklumat yang bercanggah mengenai insiden itu sejak hari pertama kejadian, Hishammuddin menegaskan pihak berkuasa Malaysia akan hanya mengeluarkan maklumat yang boleh dipercayai.


"Maklumat (bercanggah) itu bukannya datang daripada kami tetapi daripada spekulasi. Sebab itulah kami mengadakan sidang akhbar setiap hari untuk menyangkalnya," kata beliau.
Sambil memberi contoh mengenai laporan berita berhubung satelit China yang didakwa merakam kemungkinan imej serpihan di Laut China Selatan, beliau berkata perkara itu bukan sahaja disangkal oleh Malaysia malah kerajaan China juga.


Dalam pada itu, Hishammuddin menyatakan rasa terharunya dengan sokongan padu rakyat Malaysia, selain bantuan daripada pelbagai negara dengan peralatan yang canggih.


"Bagi saya, itu memberi semangat untuk teruskan usaha mencari sehingga dapat maklumkan kepada keluarga perkembangan yang lebih positif," katanya.


Hishammuddin berkata 57 kapal dan 48 pesawat dari 13 negara kini terlibat dalam operasi SAR pesawat itu, yang hilang setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac lepas, semasa menuju ke Beijing.


Turut memberi jaminan untuk tidak berputus asa dalam usaha pencarian itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya.


Azharuddin berkata pihaknya akan terus mencari pesawat itu dengan menggunakan apa sahaja kaedah, apatah lagi usaha itu turut menerima bantuan daripada pakar antarabangsa termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.


Ahmad Jauhari pula berkata: "Warga MAS masih tabah untuk menolong waris para penumpang dan anak kapal. Tak pernah berputus asa dan akan lebihkan pertolongan kepada waris penumpang dan anak kapal."


Hishammuddin juga memberi jaminan untuk menjaga kebajikan keluarga penumpang termasuk yang berada di China, di mana beliau berhubung setiap hari dengan para pemimpin China manakala MAS pula menghantar kira-kira 100 pekerjanya ke China untuk tujuan itu.

 


**sumber dipetik dari : BERNAMA

 

 

[Catatan kaki]

 

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di -----> Portal Ilmu

Puteri Sarah

puteri sarah

 

Kuala Lumpur: “Kalau ikut saya, memang kita nak hebahkan sebab ini benda baik tapi sudah kehendak dia untuk rahsiakan, maka kena hormati permintaannya,” jawab penerbit filem, Datuk Yusof Haslam mengenai gambar majlis merisik anaknya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah yang tersebar di Internet, semalam.

 

Yusof berkata, majlis merisik Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 29, berlangsung di kediaman aktres itu di Bandar Sri Damansara dekat sini secara tertutup atas permintaan Syamsul, 30.

 

“Kami sendiri pun terkejut dengan keputusannya sebab secara tiba-tiba dia menyuarakan hasrat kepada ibunya untuk melamar Sarah. Sebenarnya, saya sendiri tak tahu persahabatannya dengan Sarah serius sebab apa yang saya tahu mereka berkawan biasa.

 

Selanjutnya dalam harian metro

 

Syamsul, Puteri Sarah nikah Februari. PUTERI SARAH (kiri) dan Syamsul Yusof kini menanti hari bahagia untuk diijabkabul sebagai suami isteri.KETIKA filem arahannya, KL Gangster 2 bocor di internet sebulan sebelum ditayangkan tahun lepas, Syamsul Yusof pernah ditebak tentang hubungannya dengan pelakon Puteri Sarah.
kosmo/Hiburan - 19/01/2014

p/s :Kredit gambar kepada oh artis.com

Keadaan Terkawal Selepas Insiden Bom Di Padang Besar

Sekali lagi kita dikejutkan dengan pengeboman di Padang Besar,Danok dan Sadao di Selatan Thailand.Kes-kes bom begini bukan perkara baru tetapi ia amat menakutkan.Semoga perkara ini tidak merebak ke Malaysia.

 

Kuala Lumpur: Polis sedang memantau perkembangan semasa berkaitan insiden pengeboman di Padang Besar, Danok dan Sadao di Selatan Thailand, semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataannya berkata, keadaan di kawasan itu masih lagi terkawal dan langkah keselamatan serta pencegahan sudah diambil termasuk memperketatkan pemeriksaan di pintu masuk sempadan.

 

“Orang ramai tidak perlu bimbang, namun perlu lebih berhati-hati jika mempunyai urusan di kawasan berkenaan,” katanya.

 

Letupan berlaku di bandar yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Padang Besar kira-kira jam 11.40 pagi itu, menyebabkan 22 orang termasuk dua rakyat Malaysia tercedera.

 

Konsul Besar Malaysia di Songkhla Mohd Faizal Razali dalam satu kenyataannya, mengesahkan dua rakyat Malaysia cedera dalam letupan yang berlaku.

 

Beliau berkata, Songkla digegarkan dengan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan itu.

 

Lagi berita selanjutnya di Harian Metro

 

bom meletup

Gambar hiasan dari Google imej

Al-Fatihah Buat Azean Irdawaty

Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM).

 

Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.

 

Sedikit info tentang seniwati Azean Irdawaty

 

Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini.


Beliau terbabit dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal 1969 dan pernah menghasilkan beberapa album dengan syarikat rakaman WEA Records yang kini dikenali Warner Music (Malaysia).


Azean pernah diundang melakonkan satu babak di kelab malam dalam filem Di Belakang Tabir arahan Datuk Jins Shamsuddin terbitan Studio Merdeka dan mempunyai bandnya sendiri dinamakan D'Zeds serta menyertai pertandingan Muzik Muzik Muzik terbitan RTM pada 1970-an.


Kerjaya Azean berkembang ke dunia lakonan apabila membintangi slot drama RTM seperti Potret Pekerti, Drama Minggu dan Panggung RTM.


Album solonya dalam bentuk LP diterbitkan Datuk Ahmad Nawab berjudul Rahsiaku Laguku pada 1979 dan menghasilkan lagu hit Benjy, Bawalah Daku Bersamamu dan Rahsiaku Laguku.


Pada 1980 Azean menghasilkan album kedua dengan lagu popular Kesedihan Di Matamu dan Kesyukuran.


Satu masa dulu, Azean juga terkenal dengan gaya rambut ala Farrah Fawcett yang berwarna perang kemerah-merahan-Rujuk :Harian Metro

 

 

azean

Sumber : http://search.tb.ask.com

 

 

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Kini kita kehilangan seorang lagi seorang artis veteran yang hebat.Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang beriman.Amin.

Lelaki Beristeri Dua Cuba Terjun Bangunan

 

Sekali lagi kita digemparkan oleh manusia yang tak tahan ujian hidup.Sanggup pula hendak menamatkan riwayat sendiri dengan perbuatan paling kurang bijak.Semoga paparan berita ini memberi keinsafan kepada kita bahawa mesti ada jalan penyelesaian kepada apa-apa masalah yang kita hadapi.

 

images

Gambar Hiasan sahaja

KUCHING: Seorang lelaki beristeri dua yang dipercayai menghadapi krisis rumah tangga cuba terjun dari Aras 3 Menara Dewan Suarah Kuching di sini hari ini namun percubaannya itu digagalkan sepasukan anggota polis serta Bomba dan Penyelamat.

 

Pada mulanya lelaki berusia 32 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis, dekat sini cuba dihalang oleh pengawal keselamatan daripada meneruskan niat, namun dia bertindak mengacu pisau terhadap pengawal keselamatan itu.

 

Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian sambil dibantu sepasukan anggota bomba dan penyelamat.


"Lelaki itu dipujuk supaya membatalkan niatnya tetapi tidak memberi sebarang respons. Selepas hampir sejam dipujuk anggota bomba mengambil peluang ketika dia terleka dengan memegang kolar baju manakala anggota lain merampas pisau sebelum berjaya menarik lelaki itu masuk semula ke dalam kawasan berpagar Aras 3 menara," katanya ketika dihubungi Bernama.

 

Berita selanjutnya boleh baca kat SINI

Tiada Rusuhan Berlaku Di Betong Sarawak

Saya ambil perhatian serius tentang perkara ini.Bukan kerana saya anak Sarawak yang fanatik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang amat cintakan keamanan.Khabar angin yang menyatakan berlaku rusuhan adalah tidak benar.

 

Kenyataan dari sumber yang berkreabiliti mesti kita pegang sebagaimana laporan dari Harian Metro.

 

KUCHING: Ketua Polis Daerah Betong DSP Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.

"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.

Anggota polis dari Balai Polis Pusa tiba setengah jam selepas menerima laporan, polis cuba mengawal keadaan dan memujuk lelaki berkenaan supaya menyerah diri, bagaimanapun dia bertindak menyerang polis menyebabkan mereka terpaksa melepaskan satu das tembakan mengenai bahagian dadanya.

peace

Image souce :Google

Pekerja ladang serang pasukan polis

Betong (Sarawak): Sekumpulan pekerja warga asing menyerang sepasukan polis menggunakan parang dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, kira-kira jam 4 petang tadi.

 

Menurut sumber, polis datang ke ladang itu untuk memberi bantuan selepas mendapat maklumat ada pekerja asing mengamuk, tetapi sebaik tiba mereka menyerang polis.

 

Bagaimanapun, dipercayai dalam kejadian itu, seorang polis dari balai berkenaan dipercayai tertembak mati seorang pekerja warga asing untuk mempertahankan diri.

 

Difahamkan, ketika ini pekerja asing terbabit dan beberapa rakannya merancang untuk menyerang Balai Polis Pusa bagi meminta penjelasan mengenai kejadian itu.

 

 

Difahamkan, sepasukan polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

 

 

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Law Hong Soon ketika dihubungi berkata, maklumat lengkap masih belum diperoleh dan masih menunggu gambaran sebenar kejadian sebelum membuat sebarang kenyataan.

 

 

metro

 

Sumber :Harian Metro

 

 

 

Sekilas pandang,

 

Apa nak jadi dengan dunia sekarang.Polis yang menjaga keamanan pun berani mereka serang.Betul-betul mengundang padah.

 

Sekarang siapa yang susah.Mereka dan keluarga mereka juga yang susah.

 

PGB Untuk 13 Komando Bot Karam

Semua 13 anggota tentera terdiri daripada 11 pelatih komando dan dua jurulatih dilaporkan hilang 28 jam selepas bot mereka karam dipukul ombak kuat di perairan Selat Melaka, Sabtu lalu, bakal dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB).

 

[9 Formula Pantas Seru Rezeki]

 

Pingat ketiga tertinggi Kerajaan Melaka itu juga akan dianugerahkan kepada seorang juruterbang dan dua pelatih Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) selepas pesawat Piper PA28 yang dinaiki terhempas berhampiran Pulau Melaka ketika menjalani latihan, Julai lalu.

 

[Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!]

 

 

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, penganugerahan itu diberikan kerana semangat kerjasama dan setia kawan yang kental ditunjukkan semua anggota tentera berkenaan sehingga berjaya menyelamatkan diri mereka daripada lemas.

 

 

Sumber info: hmetro

 

 

komando malaysia

 

Gambar Hiasan Dari Google

 

 

Sekilas pandang,

 

Pingat Gagah Berani memang layak untuk mereka sebagai ganjaran kerana semangat berpasukan yang tinggi.Dalam masa yang sama menunjukkan tahap kemahiran komando Malaysia pada tahap terbaik.

 

 

Kisah Senjata Israel Yang Dicuri!

Kisah Senjata Israel Yang Dicuri!

Tel Aviv: Tentera Israel kehilangan pelbagai peralatan senjata bernilai kira-kira NIS50 juta (RM45 juta) tahun lalu akibat dicuri. Direktorat Logistik Dan Teknologi Tentera semalam, mereka menjangkakan jumlah kecurian itu akan meningkat lebih tinggi tahun ini.

 

Agensi itu berkata sejumlah peluru berpandu antikereta kebal dicuri dari pangkalan Pasukan Pertahana Israel (IDF) di utara Israel tahun ini. Selain itu, katanya, ribuan peluru dicuri dari gudang di Nebi Musa di padang pasir Judea, selain pencuri menyambung tiub sepanjang berpuluh-puluh meter untuk menyedut bahan api dari pangkalan Misgav di Negev.

 

 

 

IDF berkata, kecurian dari pangkalan tentera semakin menjadi-jadi. Kata agensi itu, pencuri menyelinap masuk ke pangkalan melalui pagar berkawal sebelum mencuri peralatan senjata, bahan letupan, besi, generator dan kenderaan. Menurut pegawai kanan direktorat itu, kebanyakan kecurian yang berlaku mendapat kerjasama anggota tentera di pangkalan terbabit.

 

“Barang itu dicuri untuk dijual,” katanya dalam satu kenyataan. Seorang lagi pegawai yang berkhidmat di direktorat operasi berkata, kecurian dilakukan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada prosedur tentera yang menyimpan bahan letupan serta peralatan asas di lokasi terpencil.

 

Berikutan itu, katanya, radar dipasang di beberapa pangkalan tentera untuk memantau pergerakan di gudang senjata dan tempat lain.

 

Laporan Pengawalan Negara 2011 menyatakan balaporan direktorat logistik dan teknologi tidak menggambarkan semua kehilangan peralatan senjata itu.

 

Menurut laporan logistik dan teknologi, pada 2007 kehilangan peralatan IDF bernilai NIS150 juta (RM137 juta) dengan sebanyak 95 senjata yang hilang.

Namun menurut angka polis dan tentera diperoleh media, sebanyak 156 senjata dicuri pada tahun itu. – Agensi

 

p/s :Sumber Harian Metro

Pekerja Paling Rajin Tetapi Paling Malang Di Dunia

 

Salam 1 Dunia,

 

Ada insan yang rajin namun membawa malang kepada diri sendiri.Perkara ini  berlaku kepada seorang tukang kebun di London.

 

London: Seorang tukang kebun kurang upaya yang tidak pernah ponteng bakal kehilangan pekerjaan yang digemarinya itu selepas 27 tahun berkhidmat.

 

 

images

Ihsan google image

 

Media semalam melaporkan, Daniel White (gambar), 44, mula bertugas di bandar kelahirannya, Collett Park di Shepton Mallet, Somerset, sejak berusia 17 tahun.

 

Namun, dia bakal kehilangan pekerjaan itu dalam tempoh 11 minggu lagi akibat masalah lambakan pekerja selepas firma baru mengambil alih kontrak di taman tempat dia bekerja.
Saudara-mara White kemudian melancarkan petisyen di Internet untuk menyelamatkan pekerjaan lelaki terbabit dan mendapat sambutan menggalakkan.

 

p/s Nyah-Nyah Berita Selanjutnya  boleh didapati di Harian Metro

 

Sekilas pandang:

 

Saya pun hairan ada juga insan yang begitu komited dengan tugas.Sayangnya ada pihak yang terlalu mementing duit sanggup memperlakukan beliau sesuka hati.

 

Kalau macam tu bagus dia jadi seorang usahawan internet sahaja dan dapatkan Panduan Bisnes Internet | Jana Wang Dengan Squeeze Page

 

panduan-bisnes-internet

Lagi Isu Tentang Villa Nabila

 

Johor Bahru: Banglo lama, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mencetuskan kekecohan selepas dikaitkan dengan insiden kehilangan seorang remaja lelaki pada 16 November lalu tidak akan dirobohkan.

 

Ia dinyatakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Ismail Karim yang mengesahkan villa berkenaan tidak menimbulkan kemudaratan kepada orang ramai.

 

“MBJB boleh mengambil tindakan merobohkan mana-mana bangunan jika membahayakan masyarakat.


“Setakat ini kami tiada perancangan merobohkan villa itu walaupun kosong kerana tidak mendatangkan kemudaratan atau bahaya kepada masyarakat,” katanya, semalam.

 

Ismail berkata, pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik banglo itu dalam tempoh dua minggu dan berakhir minggu depan.

 

“Villa Nabila dimiliki dua pihak iaitu seorang individu warga Singapura dan sebuah syarikat. Mengikut rekod kami, kedua-dua pihak menjelaskan cukai setiap tahun, malah tiada tunggakan direkodkan.


“Kami mengeluarkan notis itu untuk memerintahkan mereka membersihkan serta memagar kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan berkenaan,” katanya.

 

Artikel ini disiarkan  dalam Harian Metro pada : 2013/11/29

is

Sumber : http://www.search.ask.com

Ibu muda semakin ramai di Malaysia

 

KUALA LUMPUR: Jumlah ibu muda yang kian meningkat di Malaysia menimbulkan kebimbangan pertubuhan pembangunan keluarga tempatan dan antarabangsa.

 

Tahun lalu, lebih 18,000 remaja melahirkan anak di negara ini, 75 peratus daripadanya remaja yang berkahwin dan selebihnya akibat perbuatan sumbang.

 

Wakil Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNFPA) Malaysia Michelle
Gyles-McDonnough, berkata peningkatan jumlah ibu muda bererti semakin ramai
wanita kehilangan peluang mencapai potensi tertinggi masing-masing dalam kehidupan dan seterusnya meningkatkan kadar kemiskinan serta memberi kesan
langsung terhadap ekonomi negara.

 

"Apabila seorang remaja perempuan berkahwin, ia akan mewujudkan pelbagai
isu, daripada menamatkan serta-merta peluangnya dalam pendidikan, menjejaskan
peluang pekerjaan dan kerjaya pada masa akan datang, menariknya ke lembah
kemiskinan dan mengehadkan kemampuannya untuk menyumbang kepada negara," kata
beliau pada majlis pelancaran laporan Keadaan Penduduk Dunia 2013 `Menjadi Ibu
Ketika Kanak-kanak: Menghadapi Cabaran Kehamilan Remaja', di sini.

 

Oleh itu, katanya, wujud keperluan memberi pendidikan seks sewajarnya bagi mendidik masyarakat tentang pentingnya mencegah perkahwinan dan kegiatan
seks ketika usia muda.


Gyles-McDonnough berkata, pendidikan seperti itu terbukti dapat membimbing
kanak-kanak supaya menangguhkan keinginan mereka untuk melakukan hubungan jenis
dan tanggungjawab yang perlu mereka pikul akibat perbuatan masing-masing.
Katanya, menyalahkan remaja perempuan bagi kehamilan yang berlaku dalam
kalangan mereka sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah kerana sebenarnya
masyarakatlah yang perlu bekerjasama dengan penggubal undang-undang untuk
mendidik golongan itu dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfatkan
potensi diri masing-masing dengan sepenuhnya.


Sementara itu, pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
(LPPKN), Tan Sri Napsiah Omar berharap anggota Parlimen memainkan peranan aktif
dalam mendidik orang ramai supaya mencegah perkahwinan kanak-kanak di kawasan
masing-masing.


Beliau berkata, Malaysia perlu memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia
memberi kesan langsung terhadap masa depan negara.


"Sebagai negara membangun, isu ini perlu dibincang dan diselesaikan agar
Malaysia tidak kehilangan pemimpin masa depannya," kata beliau sambil menambah
bahawa penggubal undang-undang di negara ini perlu bertindak secara serius untuk
mengubah persepsi rakyat Malaysia tentang perkahwinan kanak-kanak dan kehamilan
remaja.

 

p/s :Dipetik dari  http://www.hmetro.com.my

 

 

khairul-screenshot

 

Sekilas pandang:

 

Trend begini membimbangkan saya kerana anak-anak akan terabai kasih sayang.Bila dah besar boleh mencetus gejala sosial yang  lebih kronik.

 

Saya amat menyarankan agar pasangan suami isteri mendapatkan maklumat panas ini untuk mengekalkan alam rumahtangga masing – masing

 

GST Dalam Bajet 2014

 

Selepas Bajet 2014 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini menyebabkan  ramai yang tersenyum gembira.Dalam pada itu juga ada yang masih keliru,risau dan berfikir negatif berkenaan Bajet 2014 tersebut.

 

Isu subsidi gula telah dimansuhkan telah memberi impak kenaikan harga barangan yang berkaitan.Saya berpendapat kenaikan minuman dan barangan berasaskan gula dapat mengurang tahap pengambilan kita dalam diet seharian.Gula yang diambil berlebihan mengundang mudarat kesihatan.

 

Apa yang agak menarik untuk dibincangkan ialah berkaitan GST atau Cukai Barangan Dan Perkhidmatan.Golongan pemimpin dan tokoh intelektual menyokong tindakan pihak kerajaan.Ada juga suara sinis yang kurang bersetuju.Perlu diingatkan juga negara memerlukan pendapatan untuk mengurus negara.Hasil pendapatan tentulah melalui cukai itu dan ini.

 

Malaysia cuma mengenakan GST terhadap barangan terpilih dalam 6 peratus sahaja.Angka ini adalah yang terendah di Asia Tenggara.Kebanyakan negara di dunia mengenakan caj GST dalam 10 peratus.

 

GST di Malaysia mengecualikan 6 jenis barangan dan perkhidmatan.Rasionalnya supaya golongan berpendapat rendah tidak begitu terasa bebannya.

 

1.Makanan asas

2.Perkhidmatan kesihatan kerajaan

3.Pendidikan

4.Penggangkutan

5.jual beli dan sewa rumah kediaman

6.perkhidmatan kewangan

 

Menurut info muktakhir GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015.Ada banyak masa lagi untuk rakyat negara bersedia mental dan fizikal

 

gst

Ihsan gambar : Google image

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat Malaysia berita berkenaan GST bukan perkara yang membolehkan kita melatah tanpa dipandu akal fikiran yang waras.Memang ada hikmah dan manfaat kepada semua kita.

 

p.s: Perhatian untuk mereka yang berminat untuk menjana duit online ada di SINI

Sambutan Jubli Emas Sarawak Merdeka Dalam Malaysia 2013

 

Hari bersejarah pada 16 September 1963 masih kekal dalam ingatan bagi penduduk Sarawak khasnya dan rakyat  Malaysia amnya.Pada hari tersebut Persekutuan Malaysia telah terbentuk.

 

Negeri Sarawak bebas dari Kerajaan British.Sebelum kerajaan British, Sarawak berada dalam cengkaman Kerajaan Brooke yang dipelopori oleh Rajah Brooke.Penjajahan wilayah Sarawak bermula setelah Kesultanan Brunei yang memerintah telah menyerahkan Negeri Sarawak kepada orang putih.

 

Peristiwa ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan semangat patriotik kepada penduduk Sarawak.Kalau tidak masakan seorang pejuang hebat arwah Rosly Dhoby sanggup menyerang orang putih ketika itu yang bernama Duncan Steward.Perjuangan nasionalisme ini amat bermakna dan tidak mungkin dilupakan dalam rentetan Sejarah Negeri Sarawak.

 

Setelah 50 tahun berlalu Negeri Sarawak terus maju dalam Malaysia.Taraf hidup rakyat semakin meningkat.Pembangunan infrastruktur bertambah pesat.Sokongan ekonomi dan politik kepada kerajaan pusat bertambah kuat.Begitulah sebaliknya.

 

Kini peranan generasi muda rakyat tertumpu kepada proses kestabilan dan perpaduan kaum.Memang wajar kerana negeri Sarawak dihuni oleh 27 etnik yang berbeza adat,budaya dan amalan harian.Pengalaman peribadi sendiri merasai bahawa perbezaan ini bukan penghalang untuk bersatu padu.Malah kami hidup sebagai keluarga besar yang mempunyai kepelbagaian warna dan corak kehidupan.Amat unik namun bersama kerana cintakan keamanan.

 

Sekilas pandang,

 

Perbezaan politik,agama dan budaya bukan alasan untuk tidak bersatu padu.Saya faham bahawa keturunan yang kita warisi bukan kehendak kita sendiri.Ia adalah kehendak Illahi dan kita hanya bersyukur lahir di Malaysia.Tanda kesyukuran kita mesti sayang Malaysia dengan hati,fikiran dan tindakan 

 

Logo-50-Tahun-Sarawak-Merdeka

kredit :http://blog.pahan.my

5 Kesan Baik Kenaikan Minyak Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat Malaysia

 

Sekarang memang hangat diperkatakan bahawa kenaikan bahan api di Malaysia.Kenaikan ini berlaku kerana pengurangan subsidi oleh kerajaan.Tanpa kita sangkal lagi kenaikan dan pengurangan yang dilakukan oleh kerajaan bertujuan untuk kebaikan jangka panjang.

 

Pada pandangan saya ada 5 perkara baik yang boleh kita terima tentang kenaikan  20 sen  seliter minyak petrol RON95,diesel dan 15 sen seliter untuk RON 97.

 

1.Mulakan tabiat berjimat ketika berbelanja

 

Saya tidak katakan tidak boleh berbelanja langsung.Apa yang saya maksudkan ialah kita berbelanja mengikut keperluan dan bukannya kehendak.Keupayaan kita mengawal nafsu untuk berjimat dapat menyelamatkan tunai mengalir keluar dengan cepat.

 

2.Bekerja lebih keras

 

Secara tidak langsung kenaikan kos hidup telah memaksa kita bekerja lebih keras lagi.Produktiviti meningkat membolehkan kita menerima kenaikan gaji selaras dengan produktiviti yang dihasilkan.Maka tidak hairan ada selepas ini ada yang berpeluang menerima kenaikan gaji,pangkat dan pelbagai lagi insentif yang lain oleh majikan masing-masing.Harap begitulah.

 

3.Kreatif mencari pendapatan sampingan

 

Tidak kira apa kerja yang anda lakukan janji halal dan tidak menyalahi undang-undang maka digalakkan untuk mencuba.Contohnya melakukan kerja dari rumah secara separuh masa seperti di [ini].Selain itu kepada mereka yang berminda niaga boleh memulakan perniagaan online seperti yang diingini.Lama web ini tempat anda mendaftarnya.[KLIK]

 

4.Memilih pengangkutan awam untuk ke tempat kerja

 

Jika sebelum ini anda selesa memandu kereta ke tempat kerja maka kenaikan bahan api ini merangsang anda untuk berfikir semula untuk guna bas,komuter,kereta api dan sebagainya.Bagaimanapun congak dahulu untung ruginya supaya pilihan itu tepat.Namun jika berpihak kepada pengangkutan awam maka jangan ragu-ragu lagi.

 

5.Peluang untuk meluangkan masa lebih banyak di rumah

 

Masih ingatkah kita kempen Rumahku Syurgaku suatu ketika dahulu.Kempen ini boleh kita laksanakan ketika ini dan masih relevan sampai bila-bila.Apalah gunanya membeli  rumah yang mahal-mahal namun banyak masa diluangkan dalam kereta,tempat kerja dan pusat membeli belah.Jadi perbanyakan masa dirumah sambil bersama anak dan isteri baik waktu lepas kerja maupun hujung minggu.

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat Malaysia yang masih hidup selesa ketika ini hendaklah bersyukur.Mereka yang hidup bawah paras kemiskinan pula hendaklah berusaha lebih supaya hidup lebih selesa.Pokok pangkalnya kita adalah apa yang kita fikirkan,

 

 

petrol naik

Pekerjaan Kelas Pertama Di Dunia

 

Salam 1Malaysia,

 

Hampir semua orang di dunia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan.Melalui pekerjaan Allah SWT menurunkan rezeki sebagai al sebab.

 

Makhluk yang sama kelas dengan haiwan juga bekerja dan berusaha.Bezanya ia tidak menerima upah wang ringgit.Sebaliknya secara terus dalam bentuk makan sebagai sumber rezeki.

 

Dalam semua pekerjaan baik sebagai golongan profesional,usahawan sehinggalah kepada pekerja am ada perbezaan yang ketara.Bukan pakaian atau tarafnya.Ia adalah kemudahan untuk beribadah kepada Allah SWT.

 

Ada pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan namun menyukarkan untuk solat dan pencarian ilmu fardu ain.Sebaliknya ada pekerjaan yang cuma pendapatan ratusan ringgit namun mereka ke masjid dan menghadiri majlis ilmu secara istiqamah.Aduh untungnya mereka

 

Pekerjaan kelas pertama merujuk kepada pekerjaan yang memudah kita solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu dan berdakwah.Tak kira dakwah secara langsung atau tidak langsung.

 

Tidak dinafikan ramai yang takutkan dunia.Takut dibuang kerja ,jatuh miskin dan dihina sesama manusia.Lantaran ramai yang meremehkan solat dan mengutamakan pekerjaan.Golongan ini berfikir masa beribadah ketika bersara dan masa lapang sahaja.

 

job1

Gambar Hiasan Dari Google.com

Sekilas pandang,

 

Solusi untuk mendapat pekerjaan kelas pertama adalah melalui tranformasi iman,minda dan akal.Anggapkan soal ibadah solat  tugas utama.Walaupun  hakikat nyata ialah  ibadah itu mencakupi semua perkara kecuali maksiat dan mungkar.

 

Jika masih tercari-cari  pekerjaan sesuai apa kata KLIK KAT { SINI.}

Akhirnya Teduhan Kasih Sampai Ke Penghujung

 

Salam 1Malaysia,

 

Drama episod bersiri yang bersiaran pukul 7 malam setiap Isnin hingga Khamis sudah berakhir.Ramai yang menunggu episod akhir untuk menjawab pelbagai teka-teki nasib watak Ihsan dan Iffa.

 

Saya ada mengikuti episod drama ini dari mula.Selepas itu selang seli kerana tuntutan tugas.Namun jalan cerita mudah untuk dijangkakan kerana watak antogonis (jahat) semakin jahat.Watak protagonis (baik) akan diuji seribu satu dan kesabaran mereka akan bertahan.

 

Tidak perlu saya membuat sinopsis kerana drama episod tersebut dapat kita perolehi secara ulangan di tonton.Hanya klik dan nikmati siaran secara percuma melalui gajet terkini kita.

 

TK

Sumber : www.sinarharian.com.my

Sekilas pandang,

 

Dapat saya simpulkan bahawa drama Teduhan Kasih cuba memaparkan watak sebenar manusia pada zaman ini.Mereka yang baik akan memperolehi balasan baik.Begitulah sebaliknya.

 

Pada dasarnya Allah SWT sangat adil.Dia bagi peluang kepada kita untuk menebus kesalahan sesama manusia.Apabila sudah sedar dan menyesali kesilapan kita wajib meminta maaf.Pohon secara ikhlas dan sepenuh hati.

 

Disebalik itu juga tersirat satu mesej bahawa kebaikan seseorang pasti boleh melupuskan keburukan.

Tiada lagi rayuan tunda gaji minimum

 

Salam 1Malaysia,

 

Kementerian Sumber Manusia tidak akan melayan lagi sebarang permohonan syarikat untuk menunda pelaksanaan gaji minimum setelah tarikh akhir untuk berbuat demikian berakhir semalam.

 

Menteri berkenaan Datuk Richard Riot berkata, sehingga tarikh akhir semalam, terdapat 743 lagi permohonan penundaan untuk diproses dan dijangka siap dalam masa terdekat.

 

"Selepas 1 Januari tahun depan, kementerian tidak akan lagi memberi sebarang pengecualian kepada mana-mana syarikat yang dikehendaki membayar gaji minimum RM800 sebulan di Sarawak, Sabah serta Labuan dan RM900 di Semenanjung mengikut Perintah Gaji Minimum 2012 bagi sektor swasta," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

 

Beliau berkata keputusan itu perlu dibuat kerana kementerian telah memberi banyak kelonggaran kepada syarikat besar mahupun perusahaan kecil dan sederhana dengan memberikan tiga fasa penundaan bermula Disember 2012 hingga 31 Disember tahun ini. – BERNAMA

 

Sumber: Akbar Utusan Malaysia

 

Sekilas pandang,

kerja

Gambar hiasan dari www.google.com

 

Pada hakikatnya gaji minimum bawah RM1000 belum mencukupi untuk menampung kehidupan seseorang terutama bagi mereka yang sudah berkeluarga.Makan minum sahaja boleh mencecah RM500 sebulan.

 

Sewa rumah dan kos pengangkutan dalam RM300 sekiranya menggunakan pakej paling jimat.Bagaimana pula bil utiliti,simpanan dan perbelanjaan yang berada di luar jangkaan.Adakah cukup dengan nilai RM200.

 

Sebagai alternatif untuk mendapat sumber pendapatan kedua kita perlu untuk mendapatkan kerja separuh masa secara online di SINI