Salam 1Malaysia,
Hampir semua orang di dunia memerlukan pekerjaan untuk menyara kehidupan.Melalui pekerjaan Allah SWT menurunkan rezeki sebagai al sebab.
Makhluk yang sama kelas dengan haiwan juga bekerja dan berusaha.Bezanya ia tidak menerima upah wang ringgit.Sebaliknya secara terus dalam bentuk makan sebagai sumber rezeki.
Dalam semua pekerjaan baik sebagai golongan profesional,usahawan sehinggalah kepada pekerja am ada perbezaan yang ketara.Bukan pakaian atau tarafnya.Ia adalah kemudahan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Ada pekerjaan yang memberi pendapatan lumayan namun menyukarkan untuk solat dan pencarian ilmu fardu ain.Sebaliknya ada pekerjaan yang cuma pendapatan ratusan ringgit namun mereka ke masjid dan menghadiri majlis ilmu secara istiqamah.Aduh untungnya mereka
Pekerjaan kelas pertama merujuk kepada pekerjaan yang memudah kita solat berjemaah,menghadiri majlis ilmu dan berdakwah.Tak kira dakwah secara langsung atau tidak langsung.
Tidak dinafikan ramai yang takutkan dunia.Takut dibuang kerja ,jatuh miskin dan dihina sesama manusia.Lantaran ramai yang meremehkan solat dan mengutamakan pekerjaan.Golongan ini berfikir masa beribadah ketika bersara dan masa lapang sahaja.
Gambar Hiasan Dari Google.com
Sekilas pandang,
Solusi untuk mendapat pekerjaan kelas pertama adalah melalui tranformasi iman,minda dan akal.Anggapkan soal ibadah solat tugas utama.Walaupun hakikat nyata ialah ibadah itu mencakupi semua perkara kecuali maksiat dan mungkar.
Jika masih tercari-cari pekerjaan sesuai apa kata KLIK KAT { SINI.}
Terbelog · 611 weeks ago
ade la kerja
adik sy
4 tahun graduted xde keje
My recent post Buang Bayi Depan Masjid di Bulan Puasa
Hero Borneo 80p · 611 weeks ago
My recent post 7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif