google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review

 

 

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

 

Puas juga saya memikirkan apa tajuk entri yang sesuai untuk segmen ulasan blog ini.Cabaran menanti kerana ulasan blog merupakan topik yang berat.Sangat membimbangkan jika ulasan tersasar dari mesej yang ingin disampaikan.Namun saya memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada perkataan yang bisa mengores hati pemilik blog yang kena ulas.

 

Tetamu blog saya pada hari ini ialah blog Ummikami.Saya mengenali blog ini kerana pengomen setia blog kawan (saya yang declare)  iaitu Tuan tehr.Trademark dia pantun,pantun dan pantun.Kaya dengan pantun.Saya pun hairan bagaimana dia mendapat ilham mengarang pantun yang cukup indah dan berseni.Barangkali bakat dan minat dia dalam bidang ini.Dulu pernah saya kat sekolah menjadi peserta simpanan sahaja dalam pertandingan pantun antara sekolah.

 

Sesiapa yang belum pernah singgah ke blog beliau akan menyesal buat seketika.Blog beliau menyajikan grafik yang cantik.Siap dengan lagu sekali.Namun entri beliau padat,sarat dan kaya dengan rangkap-rangkap pantun yang mempersonakan.Bagi pengemar pantun inilah desinasi yang tepat.Saya salah seorang peminat pantun Melayu.

 

Pesan saya bersedia dengan pantun dulu untuk singgah ke blog beliau.Ini kerana Ummikami akan membalas setiap komen dengan pantun.Jadi alangkah eloknya kalau komen pakai pantun juga.Tak bermaksud  orang yang tak mahir pantun menjauhlan diri dari blog ini.Pantun itu sendiri lambang kesenian orang Melayu yang kaya budi bahasa.Orang putih tak ada pantun.Orang hitam negro tak ada pantun.

 

Apa kata kita terjah blog Ummikami untuk membeli dan menjual pantun.Biar pantun ini menjadi komoditi utama dalam alam siber.

 

p/s: terjah ke blog Ummikami di sini

 

Sekian sembang santai kali ini.Sehingga jumpa lagi.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori terjah blog dengan judul Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/untungnya-menjadi-blog-pilihan-review.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Sunday, 3 February 2013

14 komentar untuk " Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review "

Anonymous said...

Siapa tidak kenal bro Tehr yang blognya saran dengan pantun.

Fariq Jalil said...

wah boleh jadi deskripsi utk blog ummikami ni..

matikan la captcha ni.. mesti lagi ramai yg komen nanti.. takyah la risau pasal spam.

mycahayacinta@gmail.com said...

suri_ http://cahayacinta.com

sy ada singgah blog kedua2 blogger heee rasanya dua2 citra hebat dlm membikin pantun.klu ada mood idea sy bls dgn jual bli dg pantun.klu mood cpt2 jwb komen cam biasa jer heeee

mycahayacinta@gmail.com said...

bahasa indah buat kita di awan awangan hee.setuju dg lagu dlm blo beliau mmg hebat seingat sy dia dulu tgal jejak di blog saya heee malu pula lewat bls kunjugan mujur admin tu ramah orgnya.

terima ksh utk perkenalkan ummi tu mmg layan

tehr said...

ummikami memang best
sering saja tinggal pantun dalam kotak komen
ada kalanya aku sendiri gagal nak balas
tak datang idea
hehe

mrhanafi said...

saya seronok pergi blog bro Tehr..

mrhanafi said...

boleh sangat tu...ya lah captcha agak melecehkan.

mrhanafi said...

mengarang pantun agak memeningkan kepala juga...pilih kata yang sedap dan makna yang sesuai.

mrhanafi said...

sama-sama.Saya nak sokong komuniti blogger Malaysia..

mrhanafi said...

boleh balas pantun 2 kerat...tapi kurang seni sedikit.Pecah kaca pecah gelas,lepas baca harap balas...

Unknown said...

Salam terharu.. :)


Baju panglima baru disembat,
Gaya kilat seorang sojar;
Cikgu umpama guru yang hebat,
Saya ibarat orang belajar.

Unknown said...

Buat En Hanafi.. :D

Cucuh gaharu dahan meranti,
Pasak bumi Di Bawah Bayu;
Sungguh terharu terkesan di hati,
Teratak Ummi jadi preview.

Buah mangga sajian si puteri,
Mawar tersemat di baju kebaya;
Alangkah berharga pujian En Hanafi,
Pembakar semangat Ummi berkarya.

Dukun petani anaklah siapa,
Duduk bersanding bagai panglima;
Pantun Ummi tidaklah seberapa,
Jika dibanding otai yang lama. :D

Tepi kebun lelah terduduk,
Mencari kuini buahnya kecut;,
Ummi berpantun bukanlah menunjuk,
Jari ku ini hanya mengikut... ;D

mrhanafi said...

Saya dah tak tahu apa dah nak balas pantun ini.Cuma kalau nak balas pantun saya akan pergi ke blog ummi sendiri.

Unknown said...

Santap durian di pagi Sabtu,
Kuih setalam habis dibalun;
Mengharap tuan pergi bertamu,
Buat menyulam secebis pantun. :D :D