google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: May 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Tukar Theme Mesra SEO Untuk Lebih Power

 

Sudah hampir 5 bulan saya beroperasi menggunakan theme yang lama.Prestasi blog ini dari segi pelawat sangat perlahan

 

Semua teknik dan tip ada saya aplikasikan untuk menarik trafik.Bermula dengan penghasilan entri asli,blogwalking,ping dan sedikit keywords SEO.Sayangnya belum memberi impak memberangsangkan.

 

 SEO

Souce picture : www.yahoo.com

 

Bermula dari saat ini saya telah melakukan transformasi dengan penukaran theme yang baru dan mencuba aplikasi intensedebate dalam beberapa minggu yang lepas.

 

Saya tidak boleh menoleh ke belakang.Saya mesti berani berekperimentasi menggunakan pelbagai method.Alhamdullilah blog saya di Wordpress mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Kehadiran rakan-rakan blogger yang bertandang amat saya hargai.

 

Namun cabaran saya tetap berada di platform Blogger.Saya ingin menjadikan blog ini berupaya bersaing untuk mendapat pelawat organik.Meningkatkan Page Rank yang kini masih ada telur ayam lagi.Selain itu menurunkan angka Alexa ke nombor yang lebih cantik.

 

Dengan domain blog1malaysia saya mempertaruhkan niche nasioalis sebagai sandaran utama.Pengisiannya akan meliputi isu semasa,informasi penting dan perihal kesihatan,kewangan,kepimpinan dan kepelbagaian yang menjurus kepada pembentukan insaniah berjiwa Malaysia.Senang cerita semua dalam satu..1Malaysia katakan.

 

Bagaimanapun sasaran pembaca blog ini akan diperluaskan ke pelawat organik.Saya akan berinteraksi bersama rakan rakan blogger dalam blog wordpress saya di sini.Tujuannya supaya masa yang amat terhad ini diguna sebaik mungkin.Semua orang  akan sedia maklum bahawa mengurus 2 buah bog serentak agak sukar kecuali blogger sepenuh masa.

 

Blog harapan ini akan menggunakan affialiate dan Nuffang untuk menjana pendapatan.Mungkin pada masa akan datang lebih terarah untuk menggunakan iklan Komli.Biar masa yang menentukan berdasarkan jumlah pelawat.

 

Sekilas pandang:

 

Semakin sukar sesuatu perkara semakin seronok untuk dilakukan.Sebabnya memang manusia ditakdirkan bersama cabaran supaya hidupnya lebih bermakna.

5 Alasan Kukuh Untuk Jual E-book

 

Bahasa orang kampung saya e-book ialah buku elekronik yang boleh kita baca melalui komputer,tablet,telefon pintar atau pun gajet yang terkini.

 

Kini ada satu syarikat yang mengkhusus menjual produk e-book iaitu Jomniaga.Bagi yang belum kenal boleh singgah di sini

 

e-book

 

Terdapat 5 alasan yang kukuh mengapa jual e-book lebih popular berbanding buku yang dicetak.

 

1.Modal yang minima

Jika dibandingkan dengan buku cetakan, e-book memerlukan kos yang sangat minima.Tidak perlu cetak pakai kertas.Pokok di hutan boleh menarik nafas lega kerana tidak ditebang.Paling menarik dengan modal yang minima e-book menghasilkan keuntungan maksima.

 

2.Cepat dan pantas

Dunia tanpa sempadan ini meledakkan informasi tanpa batasan.Sudah tentu maklumat yang cepat dan pantas itu menjadi pilihan utama para pembaca.E-book dapat dikemaskini setiap minggu.Malah dalam sehari sahaja maklumat boleh berubah-ubah seperti pasaran saham.

 

3.Untung jangka panjang

Maklumat dalam e-book sentiasa relevan jika ia selalu dikemaskini.Penulis boleh merancang untuk menjual secara trilogi seperti filem box office.Setiap tahun ada versi baru walaupun judul tetap sama.Terpulang kepada penulis untuk menaikkan harga berdasar nilai informasi yang terkandung dalam e-book.

 

4.Kerja mudah

Produk digital sangat berbeza dengan barang yang boleh dipegang.E-book tidak perlukan pos laju atau kurier.Pesanan yang diterima boleh dihantar terus melalui e-mel.Malah ada pihak yang nakal menyatakan jual e-book boleh dilakukan ketika  tengah tidur nyenyak atau melancong di Langkawi.

 

5.Tingkatkan volume sesuka hati

Bulan lepas e-book dapat dijual sebanyak 100 naskah maka tidak mustahil dua bulan akan datang boleh jual dalam 1000 naskah.Ia terpulang kepada daya usaha dan teknik promosi.Sudah tentu orang tak marah kecuali cemburu dengan kejayaan kita.Itupun kalau kita terlalu menunjuk-nunjuk .

 

Sekilas pandang.

Kepda para pembaca yang ingin membeli  melihat e-book yang saya promosi melalui program Affilate boleh meninjau-ninjau link yang ada di bawah ini.Silakan.Jangan malu-malu.

 

1)Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!

2)Seminar BlogtoCEO

3)99 Punca Perceraian Di Malaysia

4)9 Formula Pantas Seru Rezeki

5)Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

6)Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda Mesin Jualan Internet

7)Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot

Perkara Yang Wajib Kita Tahu Tentang Subsidi

 

Istilah subsidi merujuk kepada wang  yang telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk menstabilkan  dan pengurangan harga berdasarkan nilai pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Ada juga subsidi yang bukan berbentuk wang seperti baja,biji benih,racun rumput dan peralatan mesin.Penerima merupakan golongan petani atau peladang atau para nelayan.

 

Objektifnya sama iaitu memberi manfaat kepada rakyat yang sama ada golongan kaya,sederhana dan miskin.Golongan sasar ialah mereka yang berpendapatan rendah .Mereka tertekan akibat peningkatan kos hidup saban tahun.

 

Cuma golongan kaya ada pilihan untuk tidak menggunakan harga barangan bersubsidi seperti minyak petrol RON97 berbanding petrol RON95.Perlu diingatkan juga kereta golongan ini lebih kepada penggunaan diesel yang bersubsidi.

 

Percaya atau tidak Malaysia adalah negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyat iaitu 54 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).Pemberian subsidi adalah langkah proaktif kerajaan untuk mengurangkan kos hidup rakyat dengan meminimumkan harga barang atau perkhidmatan.

 

Bagi memastikan pemberian subsidi ini kekal relevan dengan ekonomi semasa pihak kerajaan telah menstrukturkan semula perbelanjaan subsidi.Subsidi gula dan petrol telah dikurangkan bagi menyekat penyalahgunaan seperti seludup ke seberang sempadan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

Selain itu bagi memastikan golongan sasar betul-betul mendapat manfaat akibat pengurangan subsidi pihak kerajaan telah melaksanakan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Ketua keluarga yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan akan mendapat RM500 secara one off.Bahkan orang bujang yang berpendapatan kurang dari RM2000 turut mendapat RM250.

 

download

                                              source : http://www.google.com/imgres?

Bukan itu sahaja pengurangan subsidi gula menggalakkan rakyat Malaysia mengurangkan pengambilan gula dalam minuman.Gula yang diambil secara berlebihan telah mendatangkan pelbagai masalah kesihatan .Agak menyedihkan kerana rakyat di  negara ini dianggarkan 2.5 juta orang ada menghidap penyakit diabetes.

 

Sebagai maklumat tambahan saya turut menyelitkan fakta tentang peruntukan subsidi barangan pengguna dari tahun 2006 sehingga 2013.Ia berdasarkan sumber Laporan Ekonomi 2010/2011 oleh kementerian Kewangan.

 

Tahun

Jumlah peruntukan (Billion)

2006

RM10.00

2007

RM10.50

2008

RM35.20

2009

RM20.30

2010

RM24.90

2011

RM22.261

2012

RM22.289

 

Sekilas pandang,

 

Jumlah dalam Billion bukan angka sedikit.Kalau saya ada duit dalam jumlah ini maka saya layak untuk menjadi Billionaire.Malah akan tersenarai dalam Kategori Orang Kaya Malaysia.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)

 

KADS1M merupakan satu produk yang dikhususkan untuk para pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan kos perbelanjaan ketika mereka mengikuti pengajian.KADS1M dapat memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta pelajar di Malaysia ketika ini.

 

KADS1M adalah satu program yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan.Oleh itu mereka telah menetapkan syarat bahawa hanya IPT yang diiktiraf oleh kementerian atau agensi yang berkaitan sahaja yang sah menikmati keistimewaan KADS1M.

 

Bank Rakyat merupakan pengeluar KADS1M dan membabitkan 364 buah syarikat yang mengambil bahagian.Syarikat-syarikat tersebut akan menawarkan kadar diskaun 2 peratus sehingga 60 peratus kepada para pemegang KADS1M.

 

download (1)

                                      credit picture to http://www.bankrakyat.com.my

 

Kelayakan untuk memiliki KADS1M:

 

1.Pelajar yang mengikuti pengajian lebih satu tahun secara sepenuh masa (sijil,diploma dan ijazah serta ke atas)

 

2.Pelajar Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

 

3.Warganegara Malaysia

 

Para pelajar perlu menunjukkan kad matrik atau MYkad untuk mendapatkan diskaun di kedai-kedai yang mengambil bahagian.

 

Apa yang menarik juga para pelajar boleh mendapatkan secara percuma KADS1M ini.Namun jika berlaku kehilangan akan dikenakan bayaran RM2 sebagai caj gantian untuk mendapat kad yang baru.Tempoh sah KADS1M adalah sepanjang tempoh pengajian.

 

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut di laman web rasmi iaitu www.1pengguna.com

 

Sekilas pandang,

 

Saya berpendapat usaha ini amat tepat pada masanya.Ini kerana golongan pelajar  IPT secara amnya amat memerlukan mekanisma untuk mengurangkan kos hidup mereka.

Tidak dinafikan juga ada pelajar yang berkemampuan kerana keluarga yang berada.Malah ada pelajar boleh menjana pendapatan sendiri melalui kerjaya sebagai blogger dan Internet Marketer.

Dalam ruang lingkup yang lebih luas , inisiatif begini membolehkan syarikat-syarikat yang terbabit berbakti melalui  program tanggungjawab  sosial korporat (CSR).Mereka berganding bahu untuk memantapkan lagi jenama serta melebarkan pasaran secara situasi menang-menang.

Impaknya kepada kerajaan kerana tidak menanggung kos secara langsung kewujudan KADS1M.Sudah tentu rakyat menerima tempias positif melalui kesejahteraan dan kestabilan ekonomi yang berlaku sekarang ini.

Jadi saya bersyukur kerana menjadi rakyat Malaysia.

Saya sayang Malaysia.

Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (II)

 

Kini saya kembali untuk menyambung semula perkongsian kita tentang maklumat penting berkaitan jantung.Saya berpendapat informasi dalam bahagian II ini lebih penting dan lebih serius.Ini kerana dalam entri ini ada dinyatakan tentang tanda-tanda,teknik pengesanan,kaedah rawatan dan langkah pencegahan penyakit jantung.

 

images

                                          credit picture to www.google.com

Salam 1Malaysia,

 

Terdapat 5 tanda sakit jantung:

 

1.Rasa sakit seperti ada sesuatu  yang menekan pada ada dada.

2.Rasa sakit ini akan merebak pada leher dan tangan kiri.

3.Rasa sakit dan pedih seolah-olah terbakar

4.Rasa sesak nafas

5.Rasa berdebar-debar  dan berpeluh.

 

Kaedah pengesanan penyakit jantung

Adalah kurang bijak jika ada tanda –tanda di atas kita jumpa bomoh,dukun atau pawang.Saya tidak bermaksud memandang rendah keupayaan mereka mengesan pelbagai penyakit terutama dalam perubatan alternatif.Dalam kes ini kita perlu cepat –cepat jumpa doktor atau ke hospital .

 

Ada 3 kaedah saintifik untuk mengesan penyakit jantung iaitu:

 

1.Ujian ECG (electrokardiogram)

2.Exercise test

3.Ujian angioagraphy

 

Sebelum kaedah ini dilakukan kepada para pesakit mereka akan melalui pemeriksaan doktor untuk disoal selidik tentang latar belakang,gaya hidup dan corak pengambilan makanan.Prosedur ini dilakukan ke atas semua pesakit bukan hanya kepada suspek pesakit jantung sahaja.Pesanan saya ialah berterus terang dan bersikap jujur untuk memberitahu maklumat yang dihendaki.

 

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung:

 

1.Keturunan yang memang ada mengidap penyakit koronari

2.Umur separuh abad ke atas

3.Perokok

4.Orang yang ada masalah kolestrol tinggi

5.Orang yang mengalami tekanan darah tinggi

6.Pengidap penyakit kencing manis

7.Kaum lelaki

8.Wanita menopause

 

Rawatan penyakit jantung:

 

1.Ubat-ubatan

Ubat yang digunakan adalah untuk mengurangkan rasa sakit pesakit dan mencairkan darah yang beku.Perlu difahamkan di sini saluran pembuluh darah yang sudah sempit tidak dapat dilebarkan sepenuhnya.

 

2.Pembedahan pintasan jantung

Kaedah ini digunakan jika rawatan ubat-ubatan gagal berfungsi.Pesakit akan dibedah untuk memperbetulkan bahagian yang rosak pada bahagian jantung.Memang ada risiko dan jika tidak berbuat apa-apa risiko akan meningkat.

 

3.Percutaneous Transluminal Coronary (PTCA)

Kaedah ini menggunakan sejenis belon yang dimasukkan ke dalam saluran koronari yang mengalami penyempitan.Belon  yang dimasukkan ke tempat berkenaan akan dikembangkan supaya dapat menolak pepejal kolestrol ke dinding saluran koronari.Tujuannya supaya laluan pembuluh koronari lebih besar .

 

Langkah pencegahan:

 

1.Jangan mengambil makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi seperti lemak haiwan.

2.Sentiasa melakukan senaman.Tidak kira betapa sibuk pun kita dengan urusan kerjaya atau keluarga.

3.Menjaga berat badan sesuai dengan berat ideal.

4.Segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika anda tergolong sebagai penghidap darah tinggi,diabetes dan penyakit koronari arteri.

 

Sekilas pandang,

Memang benar kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati.Jadi sebagai langkah pencegahan kita wajib dan berusaha untuk mengikuti saranan-saranan yang nyatakan itu.Sayangi jantung anda untuk kehidupan yang lebih bermakna.

Mesti Baca! Jika Sayangkan Jantung Anda (I)

 

Jantung adalah organ terpenting dalam tubuh badan manusia.Ia berfungsi untuk mengepam darah ke seluruh tubuh badan setiap hari tanpa henti.Jika jantung kita sudah berhenti bergedup maka bersedialah  untuk pergi ke alam yang tiada Facebook,Tweeter atau blog.Pendek cerita alam kematian.

 

images

                                         kredit gambar kepada http://harianislam.com

Salam 1Malaysia,

 

Ada 4 jenis masalah jantung.Kalau jantung pisang tak akan ada masalah punya.

 

1.Penyakit injap jantung

Kita ada 4 injap jantung yang sudah sempurna ketika lahir.Namun injap ini boleh menjadi bocor atau sempit kerana penyakit rheumatik fever.Dikhabarkan penyakit ini kerap berlaku di 1Malaysia Malaysia.

 

2.Penyakit jantung kongenital

Ia sering berlaku semasa kelahiran di mana dinding jantung tidak tertutup dengan sempurna.Istilah yang biasa kita dengar ialah jantung berlubang.Sahabat karib saya sendiri ada mengidap jantung berlubang.Kini sahabat saya sudah pencen ilat dan cuma duduk kat rumah sahaja.

 

3.Penyakit otot jantung (kardiomiopati)

Otot-otot jantung telah rosak kerana darah tinggi,serangan virus dan ada juga setengah kes yang tidak diketahui.Kesan daripada kerosakan otot jantung ini,darah tidak dapat dipam dengan sempurna atau tergendala.

 

4.Gangguan degupan jantung

Jantung yang bergedup terlalu perlahan atau terlalu laju akan menyebabkan pesakit pengsan,pening kepala dan dada berdebar-debar.Ada setengah kes gangguan begini telah membawa pesakit ucap selamat tinggal kepada kita.Punca dikatakan kerosakan rentak otot jantung akibat kecelaruan hormon dan sistem saraf.

 

5.Penyakit jantung koronari

Ianya berlaku akibat penyempitan pembuluh darah (koronari) .Penyempitan pembuluh koronari memaksa jantung bekerja lebih masa keras sehingga kehilangan banyak tenaga.Apabila jantung sudah letih ia akan terus berhenti menyebab pesakit mati mengejut.Ada juga kes pesakit akan sakit dada,sesak nafas dan berpeluh sekiranya jantung masih berdenyut dengan perlahan.Punca penyempitan pembuluh darah akibat lemak dan kolestrol dalam darah yang melekat kepada dinding pembuluh darah.Jadi dindingnya akan semakin tebal dan sempit menyebabkan aliran darah ke jantung akan kurang lancar.

 

Sekilas pandang,

Informasi ini saya temui dalam buku diari Islamiah 2001.Ada banyak lagi fakta dan informasi yang penting.Insya Allah entri ini bersambung ke bahagian II.

Belajar Untuk Memberi Maaf Dan Melupakan

 

Konsep ini cukup popular jika disebut dalam bahasa orang putih iaitu forgive and forget.Menyebutnya memang mudah.Namun mengamalkannya memang berat.Lebih berat dari seguni pasir yang seberat 10 kilogram.

 

Menjalani kehidupan sebagai manusia berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia itu sendiri.Lainlah jika difantasikan kita semua ini menjadi robot atau mesin.Kita tidak perlukan perasaan.Kita hidup dengan komponen elektrik.

 

Kita mana mungkin menjadi robot.Jauh sekali menjadi malaikat.Tidak juga sebagai tumbuh-tumbuhan.Kita adalah manusia yang berperanan sebagai pemimpin untuk memakmurkan bumi.Sebagai manusia kita hidup ramai-ramai.Hidup bermasyarakat dalam lingkungan sosial sebagai suami-isteri,jiran tetangga dan komuniti kampung atau perumahan.

 

Kehidupan sebagai suami-isteri pasti berdepan dengan konflik.Mesti ada perselisihan faham.Tidak kira kecil atau besar.Ada yang remeh.Ada juga yang sangat serius.Suami perlu bertolak ansur dengan isteri.Si isteri pula mesti menghormati suami sebagaimana kedua orang tuanya.Jika terselit dalam hati perasaan sengketa jangan dipendam atau disimpan.

Sebaik-baiknya bawa berbincang.Jika perbincangan tidak berjaya maka salah seorang mesti ada perasaan untuk memberi maaf dan lupakan sengketa tesebut.Lebih afdal jika kedua-duanya mengamal konsep maaf dan lupakan.Barulah hidup harmoni hingga hujung nyawa.

 

Begitu juga dengan hidup berjiran.Tidak dapat tidak akan berhadapan rasa tidak puas hati.Zaman muktahir ini hidup berjiran semakin hilang kerukunannya.Ada yang tidak kenal jiran sebelah.Berat hati untuk bertegur sapa.Lebih malang buat-buat tak tahu dengan kewujudan jiran.Senario sakit hati dengan jiran memang banyak berlaku.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Baik kerana suasana bising,isu sampah,haiwan ternakan dan anak anak kecil.

 

Solusi yang wajar diambil ialah amalkan sikap memberi maaf dan lupakan masalah yang terjadi.Jangan dicari siapa yang salah.Sebaliknya jadilah orang pertama yang meminta maaf.Andainya kemaafaan belum diterima tidak apa.Berikan kebaikan sehingga kebaikan itu memadam perasaan kebencian.

 

Mari kita langkaui perbincangan kepada komuniti kampung atau kawasan perumahan.Dalam sesebuah kampung terlalu pelik jika semua penghuninya baik-baik belaka.Menjadi lumrah akan ada sekelompok manusia yang bermasalah.Mereka penentang.Mereka pengacau.Malah lebih merisaukan mereka jenis tidak makan saman.Bagi nasihat mereka tidak diendahkan.Kalau diugut mereka akan mengancam untuk bertidak di luar berperi kemanusiaan.

 

Tok Ketualah orang yang paling pening kepala.Anak buah buat hal tanggungjawab kena kepada beliau.Dalam menangani cabaran begini tok ketua mesti ada amalkan konsep memberi maaf dan lupakan perkara yang telah berlaku.Terima mereka dengan peluang kedua.Nasihatkan dengan kasih sayang.Curahkan perhatian terutama pihak kelurga.Manalah kita tahu dengan konsep tersebut hati mereka tersentuh lalu memberi rasa kesedaran.Manusia perlukan masa untuk berubah.

 

Sekilas pandang,

Maafkan saya jika ada terlanjur kata.Maafkan juga kerana perbincangan ini masih berada dalam ruang lingkup yang terhad.

Konsep memberi maaf dan melupakan adalah teras untuk hidup sejahtera.Konflik sejujurnya tidak boleh dielakkan kerana melibat soal hati dan perasaan manusia.Sudah tentu hati dan perasaan terlalu misteri untuk ditelek pada bahagian dasarnya.

Jadi konflik harus didepani dengan konsep memberi maaf dan melupakan.Biarpun agak payah.Pasti lama-kelamaan alah tegal alah bisa.

 

images

                                            credit picture to www.google.com

8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau

Sebut tentang emosi tentu orang akan teringat istilah mood.Jadi selalu kita terdengar kata-kata:

 

“saya tidak ada mood hari ini’’

“kenapa dia tu…asyik bad mood saja”

“semalam awek saya moody,langsung tak jawap call saya”

 

…………dan banyak lagi contoh yang tak  larat dah saya nyatakan di sini.

 

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak dalam bukunya berjudul Memimpin Diri Sendiri terbitan pada tahun 2004 menyatakan 8 kaedah untuk mengawal emosi.Berikut adalah informasi yang sudah saya olah semula dengan pendekatan baru :

 

download (1)

                                                 credit picture to www.google.com

1.Berfikiran positif

 

Orang yang berfikiran positif sentisa melihat sesuatu perkara dengan sudut kebaikan.Mereka tetap beranggapan apa jua musibah yang berlaku ada hikmahnya.Tidak kira besar atau kecil sesuatu musibah itu.Hikmah yang difikirkan membawa kebaikan sama secara langsung atau tidak langsung.Natijahnya emosi kita tetap tenang dan sentiasa redha.

 

2.Tenangkan fikiran

 

Hanya fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional.Apabila fikiran kita berkecamuk,tindakan kita selalunya melulu sahaja.Sudah tentu situasi ini memberi tekanan kepada emosi.Jadi secara logiknya dengan menenangkan fikiran maka emosi akan lebih terasa lapang dan damai.

 

3.Sentiasa senyum

 

Ketika kita dilanda masalah yang gentir tentu susah untuk memberi senyuman.Segala keresahan yang bersarang dalam hati akan dicerminkan melalui wajah.Langkah terbaik ialah berusaha untuk terus senyum supaya orang sekeliling kita sedar bahawa kita adalah orang tabah dan sabar mengawal emosi.Sekurang-kurang kita memberi kegembiraan untuk orang lain melalui senyuman ikhlas.

 

4.Memotivasikan diri

 

Sebagai manusia biasa adakalanya kita terlalu sedih atau kecewa.Ada yang bersendirian tidak mahu diganggu.Namun adalah lebih bijak kita membaca buku-buku motivasi atau blogwalking ke blog yang ada niche motivasi.Saranan perunding motivasi boleh mengembalikan semangat yang hilang.Ini memberi pemulihan kepada emosi supaya tidak berduka terlalu lama.

 

5.Memaafkan kesalahan orang

 

Memang diakui bahawa memaafkan kesalahan orang lain cukup berat.Lebih-lebih lagi kesalahan tersebut serius dan sukar untuk diterima.Seandainya kita dapat memaafkan kesalahan orang emosi kita juga yang akan tenang.Kita lupakan apa yang berlaku dan bersedia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang dihadapi.Emosi kita kurang tekanan kerana tidak berdendam dengan orang lain.

 

6.Menjauhi suara yang lantang

 

Tatkala emosi kita ketegangan jangan berkata-kata dengan suara yang nyaring.Keadaan ini memberi kesan kepada emosi sendiri dan orang lain.Emosi yang gelisah sukar untuk ditenangkan dalam suasana yang tegang.Sebab itu orang bertegang urat dan memaki hamun memburukkan lagi keadaan.Pasti jalan kedamaian sukar ditemui.

 

7.Rehat yang cukup

 

Keadaan diri yang kepenatan menambah tekanan emosi.Amat wajar orang telah kepenatan bekerja berhari-hari bercuti waima sehari.Cari ketenangan dengan bersiar-siar ke tempat yang menarik.Jika ada kemampuan digalakkan melancong untuk merehatkan badan dan emosi sekali gus.Setelah badan cergas semula maka semangat akan kembali membara.Emosi kembali stabil untuk menghadapi cabaran mendatang.

 

8.Berdoa

 

Diantara banyak cara yang dikemukakan di atas maka berdoa adalah cara yang terbaik sekali.Dengan berdoa kita meletakkan segala harapan dan tanggungan masalah kepada  Allah SWT.Ketika berdoa kita mestilah dalam keadaan tenang supaya timbul rasa khusyuk.Apatah lagi selepas berdoa ketenangan akan berlanjutan kerana penyerahan hati kita kepada Allah SWT 100 peratus.Itulah kemuncak ketenangan emosi apabila seorang hamba mendapat perhatian Allah SWT.

 

Sekilas pandang,

 

Dalam hidup kita ini pasti tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan halangan.Tidak kira melibatkan soal kewangan,rumahtangga,pergaulan harian dan tempat kerja.

 

Sebagai panduan ringkas inilah tip yang boleh diaplikasikan supaya emosi kita tidak down terlalu lama.Hakikat hidup mudah sahaja.Langit tidak selalu cerah dan hidup umpama roda.Kita tidak selama-lamanya berada di atas.Bersedia menghadapi ketika berada di bawah.

Review Buku : Gadis Bercerita Hal Dara

Maaf ya! Buku ini bukan tentang cerita orang dewasa (adult content).Memang judulnya memancing selera pembaca untuk mengetahui lebih lanjut.Jangankan anda saya pun cukup teruja untuk membaca buku sampai habis.

 

Penulis buku ini seorang wanita iaitu Asri Supatmiati.Beliau lulusan bidang pendidikan dan berpengalaman luas dalam bidang persoalan remaja dan keagamaan.

 

Dengan ketebalan 123 mukasurat cukup sesuai untuk bahan bacaan para remaja dan ibubapa yang kesuntukan masa untuk membaca buku.Saya mengkhatam buku ini hanya dalam sehari.Saranan dari saya kepada bakal pembeli buku ini, jangan ragu-ragu.Pembelian boleh dilakukan di sini.Naskah ini penuh infomasi dan ilmu yang digarap kemas meskipun kelihatan ringkas

 

Ada 15 tajuk dalam buku ini yang menceritakan  hal-hal berkaitan gadis remaja,pergaulan,cinta dan isu-isu kehamilan luar nikah.

 

Dalam bab tentang penguguran saya membaca dengan penuh ketakutan.Berdiri bulu roma dan terngiang-ngiang di telinga raungan kesakitan wanita yang mengalami proses pengguguran haram.Ternyata penulis bijak bermain kata sehingga apa yang ditulis dalam buku ini terkesan ke dalam hati.

 

Secara keseluruhannya buku ini banyak memberi nasihat kepada para gadis agar berhati-hati dalam pergaulan sesama lelaki.Tersilap langkah sangat buruk padahnya.Para gadis yang tengah kemaruk bercinta dilarang sama sekali untuk berdua-duan dengan lelaki.Walaupun tiada niat untuk melakukan zina tetapi hasutan syaitan dan kesempatan peluang boleh menjerumus ke dalam dosa besar tersebut.

 

Menurut penulis,  kehamilan luar nikah akibat zina amat dahsyat.Kesannya bukan sehari dua malah berlangsung seumur hidup baik di dunia hingga ke akhirat.Lebih-lebih lagi jika sudah berlaku pengguguran haram.Dahlah dosa berzina tambah lagi dosa menbunuh nyawa.Pihak wanita yang paling merana akibat trauma.Bukan sekadar kesakitan fizikal malah  kehancuran emosi,rendah diri dan rasa bersalah teramat sangat.

 

Bagi mereka yang belum terjebak penulis berpesan supaya tingkatkan iman,tambah ilmu di dada dan berfikir matang setiap masa.Jangan hayut dibuai nafsu kerana ia tak akan kemana.Islam sendiri telah memberi panduan lengkap.Pakaian wajib menutup aurat dan setelah tiba waktunya dianjurkan berkahwin demi memenuhi keinginan alami seorang wanita.

 

Penulis juga meminta kepada para gadis yang sudah terlanjur jangan sekali-kali mengambil jalan pintas untuk menyelesaikan masalah.Bawa berbincang dengan mereka yang mahir mengendalikan kes seumpama ini.Paling penting sekali bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat.Sedarlah bahawa Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

 

dara

 

Sekilas pandang,

 

Anak saya yang berumur 10 tahun turut membaca buku ini.Saya berharap dia tergolong dalam lelaki yang menghargai  kaum wanita  apabila besar kelak.Boleh menjaga kebajikan dan keselamatan dua adik perempuannya.

 

Sebagai lelaki, saya cukup memahami bahawa wanita itu insan yang perlu dibimbing untuk menjadi wanita solehah iaitu insan yang kini menjadi isteri saya.

 

Malah sebagai ayah, saya memikul satu tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak gadis saya sentiasa selamat dari anasir negatif.Pengawasan perlu ditingkatkan selari dengan peneguhan didikan agama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT memberi perlindungan dan pertolongan dalam hal ini.Amin.

4 Sebab Mengapa Mesti Kita Bekerja

Setiap makhluk yang bernyawa diberi rezeki masing-masing.Konsep rezeki sangat luas.Namun kita khususkan kepada soal duit dalam entri ini.Dengan bekerja kita mendapat duit untuk menampung keperluan hidup.

 

Terdapat 4 sebab mengapa kita bekerja.Tidak kira kerja makan gaji,berniaga atau apa sahaja pekerjaan yang halal.Janji menghasilkan duit.

 

 

is

                                 credit picture to www.ask.com

1)Jaminan nafkah kehidupan

 

Dengan adanya pekerjaan kita mendapat upah yang diberi dalam bentuk wang ringgit bagi membeli segala keperluan hidup .Kita tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.Hidup kita lebih bermaruah.Hidup orang yang tidak bekerja pula boleh melarat sehingga terpaksa menagih simpati orang lain.Maka dengan bekerja menjadi jaminan untuk kita menampung kehidupan.Lainlah untuk mereka yang sudah mencapai tahap financial freedom.Hidup untuk dinikamati tanpa perlu bekerja.

 

2)Status dan pengiktirafan

 

Pada dasarnya manusia suka dipandang mulia baik secara langsung atau sebaliknya.Pekerjaan yang baik akan meningkatkan status seseorang.Sebaliknya seseorang yang tiada pekerjaan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.Bagi mengelakkan stigma begini kebanyakkan kita terpaksa bekerja keras untuk mendapat pekerjaan yang baik dan tinggi statusnya.Contohnya seseorang perlu belajar hingga ke peringkat tertinggi bagi memastikan boleh bersaing dalam pasaran kerja.

 

3)Meningkatkan self-esteem

 

Self-estem adalah keyakinan diri.Satu istilah yang menggambarkan kebolehpercayaan kepada diri sendiri.Orang yang tidak ada pekerjaan akan mengalami rasa rendah diri,terpinggir dan konflik emosi.Hidup dalam tekanan begini memang memudaratkan kesihatan.Jadi  bekerja sahaja boleh meningkatkan self-esteem.Menukar rasa rendah diri kepada keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat.Besarnya pengaruh pekerjaan dalam hidup kita terutama yang melibatkan self-esteem.

 

4)Tuntutan agama

 

Agama menuntut penganutnya memandang serius soal mencari rezeki.Orang bekerja jauh lebih baik daripada orang yang hanya duduk berzikir dalam masjid.Hanya dengan bekerja mencari rezeki halal kita diberi ganjaran pahala.Tuntutan bekerja lebih berat kepada orang yang sudah berkeluarga.Mencari rezeki untuk menyara anak isteri.Mencukupkan keperluan asas.Orang bujang pula bekerja demi membalas pengorbanan ibu bapa.Ini kerana menjaga kebajikan orang tua sudah terpikul ke bahu anaknya terutama anak lelaki.Pendek kata bekerja meningkatkan syiar agama.Dengan bekerja boleh menjarakkan kemiskinan dalam hidup.Dikhuatiri kemiskinan itu menjatuhkan seseorang lembah kekufuran.

 

Sekilas pandang,

 

Maklumat tersebut saya petik dari sebuah buku Memimpin Diri Sendiri hasil tulisan Ahmad Zabidi Abdul Razak.Saya mengolah dengan memaksimakan ayat sendiri namun  mengekalkan isi utama supaya tidak tersasar jauh.

WW : Tolong Jangan Buka…. Bahaya!!!

78 Petunjuk Feng Shui (Feng Shui itu agama atau sains)

Pada mulanya saya teragak-agak untuk membaca buku ini.Saya masih skema untuk mendalami kepercayaan budaya  lain.Namun saya gagahkan diri dan tetapkan niat bahawa iktikad saya tetap dengan Islam.Insya Allah.

 

Buku 78 Petunjuk Feng Shui ditulis oleh Perunding Feng Shui antarabangsa iaitu  Mr Suhana Lim.Beliau dan keluarga telah berhijrah ke Australia sejak 1997.Di sana beliau terus mendalami ilmu berkaitan Feng Shui dengan beberapa guru yang tersohor.

 

 

 

Dengan ketebalan 232 mukasurat dan mengandungi 77 bab memang berbaloi untuk dimiliki pihak yang berkenaan.Tambahan pula ada disertakan gambar hitam putih untuk menerangkan bahagian yang sukar untuk diceritakan dengan kata-kata.

 

Buku ini menangkis pandangan umum bahawa Feng Shui bukan kepercayaan paranormal,berbentuk agama dan pelbagai lagi tafsiran negatif.Menurut si penulis, Feng Shui adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang telah diamalkan sejak beribu tahun  dahulu.Pengamalan ilmu Feng Shui dikatakan dapat membawa kesan positif kepada kehidupan manusia.

 

Saya tidak menyenaraikan sepenuhnya maupun sepintas lalu  fakta-fakta dalam buku ini.Alasannya cukup mudah .Saya bimbang orang yang tidak cukup kuat akidah akan terpengaruh bahawa “benda-benda lain” seolah-olah berkuasa untuk menentukan baik buruk kehidupan kita.Memang agak tertutup saya punya pandangan.

 

images

 

Sumber terbaik dan paling sempurna bagi orang Islam tentulah Al Quran dan Al Hadis.Ilmu yang ada didalamnya  sudah cukup untuk dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan kita.Tentulah tidak bijak bagi kita  berharap kepada ilmu Feng Shui untuk membantu penentuan rezeki,jodoh dan nasib seseorang.

 

Saya sengnaja membangkitkan soal akidah kerana di dalam buku ini ada soal jawab dan pertanyaan yang melibatkan orang yang ada nama Melayu.Saya mengandaikan bahawa mereka percaya ilmu Feng Shui dan menjadi Feng Shui sebagai titik tolak untuk mentafsir soal yang saya kemuka di atas.

 

Memang benar pengamal Feng Shui berkata ilmu ini sains tentang alam.Namun untuk  orang Islam boleh rosak akidah jika percaya  susunan perabot,kedudukan pintu,lokasi rumah dan sebagaianya memberi kesan kepada soal rezeki dan kebahagiaan.Orang Islam hanya percaya Allah SWT sahaja yang boleh memberi kebaikan atau mendatangkan kemudaratan kepada sesorang.

 

*picture credit to www.google.com

Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga

download (1)

 

Salam 1Malaysia dan Selamat Hari Ibu ,

 

Bersempena hari Ibu pada tahun ini saya berkesempatan untuk menulis satu entri khas untuk kaum ibu .

 

Saya sangat bersyukur kerana masih ada ibu di dunia ini.Dia tempat bermanja.Dia tempat mengadu susah senang.Betapa bahagianya memiliki insan yang bergelar ibu.

 

Dalam kesempatan ini juga saya ingin berkongsi beberapa cara untuk membalas jasa ibu kita.Perlu diingatkan bahawa jasa ibu tidak akan terbalas walau apa sekalipun kita lakukan.

 

1.Ambil berat

 

Sebagai anak yang  mengenang budi kita wajib mengambil berat tentang mereka( kalau ada ayah dan ibu).Sekiranya berjauhan buat penggilan telefon untuk bertanya khabar.Jika tinggal berdekatan jengoklah mereka setiap hari.Anak yang mengambil berat tentang ibunya atau ayahnya boleh mengembirakan hati mereka.

 

2.Memberi hadiah

 

Jika kekasih atau isteri yang kita cintai boleh diberi hadiah mengapa tidak ibu yang melahirkan kita ke dunia.Terpulang kepada kita hadiah yang mahal atau murah.Paling baik kalau hadiah tersebut sesuatu yang sangat diingini oleh ibu kita.Pasti dia sangat gembira.

 

3.Tidak berkasar

 

Hati orang tua sangat sensitif.Berhati-hati ketika berbicara.Salah kata mengundang rasa tidak selesa dalam hati mereka.Bukan setakat  kata bicara mau dijaga.Paling penting bahasa badan kita dapat si ibu merasa.Memang tidak dinafikan boleh berlaku perselisihan faham berlaku antara anak beranak.Sebagai anak kita pantang sekali bersikap biadap atau berkasar dengan orang tua.

 

Sekilas pandang,

 

Ketika mereka masih ada lagi di dunia inilah masanya untuk kita berbakti sebanyak yang mungkin.Kita tidak tahu berapa lama lagi masa yang ada.Sama ada kita pergi dulu atau ibu kita yang mendahului.

 

Kepada mereka yang sudah kehilangan ibu, segeralah titipkan doa selepas solat.Sedekahkan  al Fatihah agar roh mereka sentiasa menerima habuan dari anaknya.Kita sebagai anak tidak mungkin  dapat membalas jasa mereka yang telah melahir,menjaga dan mendidik kita sejak telapak berwarna merah lagi .

 

Kini sempena hari ibu sama-sama kita raikan dengan cara tersendiri.Buat jamuan ke,jalan-jalan ke,pergi tengok wayang ke atau apa sahaja untuk menghiburkan hati insan hebat sepanjang zaman iaitu ibu saya atau ibu anda.

 

p/s:picture credit to www.google.com

8 Jenis Penipuan Terkenal Di Malaysia

Salam 1Malaysia,

Jika ada yang membaca Harian Metro yang bertarikh 6 Mei 2013, anda mungkin ingat tentang tajuk entri di atas.Sekiranya anda tidak sempat membaca tidak apa.Saya ada memetik artikel tersebut dengan olahan dan penyesuaian yang sepatutnya.

download (1)
                                 credit picture to www.google.com

Dikatakan 8 jenis penipuan tersebut adalah seperti dibawah:

1.Tawaran pakej haji & umrah

Saya cukup terkesan dengan penipuan seumpama ini.Orang yang nak beribadah pun sanggup ditipu.Apatah lagi mereka yang hendak berangkat di tanah suci.Dilaporkan suspek menyamar sebagai kakitangan Lembaga Tabung Haji.Mereka menawarkan pakej yang murah untuk memancing minat mangsa.Pakej yang ditawarkan itu adalah tidak wujud sama sekali.

2.Jual beli tanah

Golongan ini berpura-pura menjadi pemilik atau broker tanah untuk mendekati mangsa.Apabila ada pembeli mereka akan menggunakan geran tanah yang palsu.Ketika urus niaga selesai mereka akan menghilang diri begitu sahaja.Saya cukup kesian kepada mangsa.Mereka akan trauma kehilangan wang begitu sahaja.

3.Bomoh buang sial

Satu lagi budaya masyarakat kita ini masih percaya dengan golongan bomoh.Mereka menganggap bomoh ada kuasa magis untuk menyelesaikan masalah meraka.Banyak kes yang berlaku melibatkan bomoh yang mencabul atau merogol mangsa iaitu  golongan wanita.

4.Jual beli kereta

Modus operandi mereka mudah sahaja.Mereka mencari mangsa yang ada masalah dengan pinjaman.Orang yang ada masalah mudah menerima pertolongan tanpa usul periksa.Suspek akan berjanji untuk menyelesaikan masalah tetapi sebenarnya menambahkan masalah.

5.Menang hadiah loteri

Pemangsa akan mengguna wanita sebagai umpan.Mereka pergi ke mendatangi bakal mangsa yang nampak berduit.Pelbagai helah untuk mengaburi mangsa sehingga mangsa terpedaya.Ada juga teknik biasa menggunakan email dan sms.Di dalamnya ada dinyatakan hadiah loteri tetapi perlu ditebus dengan membayar sejumlah wang.

6.Beli barang runcit dengan cek palsu

Mereka akan ke kedai runcit untuk membeli barangan dalam jumlah yang banyak.Ketika membuat bayaran mereka  hanya menggunakan sedikit wang tunai manakala  bakinya menggunakan cek palsu.

7.Menang peraduan syarikat telekomunikasi

Kelicikan mereka mengekploitasikan syarikat telekomunikasi amat membimbangkan.Mereka menggunakan sms untuk menyebarkan informasi palsu ke nombor pengguna seramai yang mungkin.Dalam sms mereka  menyatakan hadiah berupa duit tetapi hanya dapat ditebus jika ada bayaran deposit.

8.Kad gores dan menang

Meskipun program ini sudah lama diharamkan tidak mustahil golongan kaki tipu masih beroperasi dalam masyarakat.Pihak mangsa akan diberi kad untuk digores.Setelah kad digores mangsa dikatakan menang hadiah.Keterujaan mangsa akan berakhir apabila hadiah yang diberi perlu melalui bayaran tertentu.Apa yang jeleknya hadiah tersebut tidak sepadan   dengan  bayaran yang dikenakan.

Sekilas pandang,

Berhati-hatilah dengan manusia penipu ini.Kita boleh tertipu jika terlalu mempercayai mereka kerana mereka menggunakan pendekatan mesra pengguna.Jika sudah terkena jangan berlengah untuk melaporkan kepada pihak polis.Tindakan bijak kita boleh menyelamatkan orang lain menjadi mangsa seterusnya.

Jom Ke Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

38

Salam 1Malaysia.

Barangan runcit adalah keperluan penting selain barangan basah seperti sayur-sayuran dan makanan laut.Kita bertuah kerana pengenalan KR1M membolehkan kita mendapat barangan runcit dengan harga lebih murah berbanding jenama yang sedia ada.Cuma bungkusan dan warna sahaja yang seragam dengan semua jenis barang.Dianggar sudah ada 450 jenis barangan bawah jenama KR1M.

Lokasi  Kedai Rakyat 1 Malaysia yang pertama ini terletak di stesen LRT Kelana Jaya dan beroperasi bermula dari jam 7pagi sehingga 11malam.Sehingga kini terdapat 90 KR1M sudah beroperasi di seluruh negara.Ini berdasarkan laporan yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia yang bertarikh 28 April 2013.

Sebagai pengguna dan rakyat Malaysia saya cukup berbangga dengan KR1M.Ia dapat mengurangkan masalah kos sara hidup yang semakin meningkat. Penubuhannya memberi kuasa pilihan kepada pengguna.Bagi pengguna yang berpendapatan rendah barangan runcit yang berharga murah menjadi keutamaan.Sebaliknya bagi rakyat yang mewah jenama terkenal pasti menjadi pilihan.

Apa yang menarik perhatian saya juga lokasi KR1M.Berdasarkan perkembangan semasa lokasi KR1M di tempat saya kurang strategik.Agak jauh untuk dikunjungi oleh mereka yang tiada pengangkutan sendiri.Lokasi KR1M sepatutnya mudah dan berada di kawasan padat penduduk yang berpendapatan rendah.Mereka adalah golongan sasar yang tepat.

Saya percaya ia adalah kes terpencil sahaja yang melibatkan tempat saya berada.Secara keseluruhannya KR1M adalah yang terbaik dalam memenuhi aspirasi rakyat di Malaysia.

Sekilas pandang,

Kedai Rakyat 1Malaysia boleh diperluaskan ke semua tempat yang terpencil dan terperuk di negara kita.Tanpa mengetepikan soal keuntungan harga barangan perlu direndahkan lagi supaya benar-benar memberi perhatian kepada bakal pembeli.Dalam masa yang sama kualiti barangan perlu setara dengan barangan yang biasa yang ada di pasaran sekarang ini.

Saya berharap sesiapa yang belum pergi ke KR1M perlu berbuat demikian bermula hari ini.Jika ada perasaan prejudis kerana berbeza pendapat maka buang jauh-jauh.Sebagai rakyat Malaysia inilah bukti anda seorang patriotik untuk bersama-sama memajukan negara.

Ada yang beranggapan sumbangan kita terlalu kecil.Bagaimana pula kalau 15 juta (separuh dari penduduk Malaysia) rakyat mempunyai fikiran dan tindakan yang sama mencintai Malaysia? Sudah tentu impak maksima.Kata orang sebelah rumah saya,jangan ditanya apa sumbangan negara untuk kita tetapi tanya apa sumbangan kita untuk negara.

p/s : Silakan dapat info rasmi Kedai Rakyat 1Malaysia di SINI
Cerita Tentang Duit

Cerita Tentang Duit

Duit adalah keperluan utama dalam kehidupan harian.Dengan adanya duit boleh menyara kehidupan bagi melengkapi keperluan asas seperti makanan,pakaian dan tempat tinggal.

 

Kekurangan atau ketiadaan duit menjadi pencetus kepada pergolakan dalam serba serbi kehidupan.Lihat kepada isu rumahtangga sehingga kepada isu global.Masalah pengangguran,jenayah dan pelbagai rentetan masalah sosial maupun ekonomi.Memang ngeri untuk dibayangkan jika masalah tiada duit bermahajarela dalam masyarakat.

 

Setiap masalah sudah tentu ada jalan penyelesaiannya.Sama seperti orang sakit.Sudah semestinya ada ubat sebagai penawar.

Antara langkah yang saya sarankan untuk mengatasi masalah duit ialah seperti berikut:

 

 

 

1.Bekerja makan gaji.

Jangan merasa rendah diri jika kita bekerja makan gaji meskipun upah yang kecil.Kita bekerja mencari duit yang halal.Impak besar apabila kita bekerja tidak lain tidak bukan kita sudah tidak menyusahkan orang lain.Terutamanya kepada atau pasangan bagi yang sudah berumahtangga.

 

2.Berniaga kecil-kecilan

Sebelum menjadi tauke besar mulakan dengan menjadi tauke kecil.Berniaga sudah diakui ramai boleh menghasilkan duit sama ada sedikit maupun banyak.Hukum berniaga mudah.Ada masa untung dan ada masa rugi.Jadi terpulang kepada empunya diri untuk mengawal duit yang diperolehi.

 

3.Berkarya dengan bakat

Tidak ramai yang sedar setiap individu ada bakat untuk diekploitasikan menjadi sumber duit.Suara sedap dan merdu boleh menjadi penyanyi.Ada bakat seni boleh menjadi pelakon,pelawak dan pengacara.Mahir menulis buat buku,blog dan penulis bebas.Bahkan ada bakat memasak boleh menjadi chef di hotel lima bintang.Bakat sukan boleh digilap untuk mendapat pingat di olimpik.

 

Setakat ini dulu perkongsian saya tentang duit.Saya lanjutkan lagi dengan beberapa rangkap pantun bertemakan duit.

 

Cahaya ufuk berbalam-balam,

Indahya suria menyinari permata;

Cari duit siang dan malam,

Habiskan duit sekelip mata.

 

Pohon selasih tumbuh berkait,

Subur menghijau halaman Syikin;

Kalaulah daun umpama duit

akan kupetik sebanyak mungkin.

 

Gagah perkasa datuk panglima,

Datang berjuang di waktu malam;

Duit bukan segala-galanya,

ada batasan halal dan haram.

 

p/s: saya copy dan paste dari blog INI.Kredit kepada penulisnya.

Wordless Wednesday # Di Suatu Sudut

IMG_2166

Bahan-bahan Yang Merosakkan Otak Jika…..?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

 

Otak adalah organ paling penting kepada manusia.Ada yang berpendapat otak seberat 1.5kilogram.Berat atau ringan otak tidak penting.Keutamaan otak adalah untuk menjalankan proses fisiologi  dan pemikiran manusia.

 

Otak boleh rosak sebagaimana organ badan yang lain.Malah kerosakan otak lebih dahsyat dari sakit buah pinggang,lutut atau sakit perut.Stroke adalah contoh kerosakan yang berpunca dari bahagian otak.Kalau tak pun menjadi orang kurang siuman.

 

Menyedari hal ini saya terpanggil untuk berkongsi satu info menarik yang saya petik dari Harian Metro yang bertarikh 6 Mei 2013.Bahan-bahan yang saya nyatakan dibawah boleh memudaratkan kondisi otak jika diambil berlebihan.

 

 

download (1)

 

 

1.Alkohol

 

Alkohol yang terdapat dalam minuman keras memang diketahui umum membawa kesan buruk.Islam melarang umatnya minum arak kerana ia banyak mudarat berbanding manfaat.Alkohol yang diambil berlebihan akan menyebabkan otak khayal dan masalah neurologi.Sel-sel hilang kepekaan dan peminum akan ketagihan yang teruk.

 

2.Makanan proses

 

Pada zaman yang ini  makanan diproses melalui samaada diawet,diwarnakan dan disejukbekukan secara melampau.Keadaan ini menyebabkan makanan hilang nutrisi tetapi rupa bentuknya tetap elok.Pendedahan yang berterusan menyebabkan kecelaruan kimia dalam otak.Hormon tidak stabil mengundang komplikasi diluar jangkaan.Contohnya orang yang membunuh tidak sedar kesan buruk ketika mereka berbuat demikian.

 

3.Makanan tinggi lemak trans

 

Ada orang biasa melakukan pencairan mentega atau marjerin untuk memasak udang dan ketam.Mereka tidak sedar tindakan begini mengubah sifat makanan tadi menjadi makanan tinggi lemak trans.Kesan buruk makanan ini menggangu kesihatan otak.

 

4.Minuman berkafein

 

Minum kopi dalam satu atau dua gelas sehari masih boleh diterima.Amalan begini memberi kesan positif seperti otak lebih fokus dan berjaga jaga.Masalah akan berlaku jika minum kopi secara berlebihan.Jika tidak mendapatkan kafein melalui kopi  mata akan mengantuk dan otak pula  lemah untuk berfikir.Akhirnya kita terpaksa bergantung harap kepada kopi,teh atau air yang mengandungi kafein untuk sentiasa cergas dan bertenaga.

 

5.Gula

 

Pada hakikatnya gula memang diperlukan untuk otak kerana ia membekal tenaga.Namun pengambilan gula dengan kadar berlebihan memang memberi kesan negatif.Kesan yang ketara ialah proses pembelajaran sesorang menjadi lambat.Kanak-kanak pula akan menjadi hyperaktif  tetapi lembab untuk menyerap pembelajaran.

 

 

pls: Dapatkan entri terkini dalam blog alternatif saya di sini

 

sumber grafik www.google.com

Cerita Untuk Lelaki Kacak Yang Suka Cendol

contest-review-tak-terkalah

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa


Cerita daripada saya,

Saya teringat dengan blogger yang kacak ini.Kacak kerana gaya bahasa yang cukup bersahaja.Selain itu selalu memperkatakan cendol sehingga saya mengiurkan air liur sendiri.Nasib baik bukan bulan ramadan.

Oleh kerana lelaki kacak tidak jauh dari keegoan tersendiri saya percaya beliau memang kacak orangnya.Belum pernah berjumpa kerana saya jauh dibatasi lautan China Selatan.Beliau cukup terkenal dengan dua blog yang hebat iaitu blog ahmadfaizal.com dan ErnCent.com

Saya terpaksa akur untuk review blog ahmadfaizal.com dan yang satu lagi saya lupakan dulu.

Sebagai blogger yang kuat berjalan saya selalu memerhatikan site info blog.Ternyata blog ini mempunyai pencapaian yang amat menarik dan mengujakan.Lihatlah sendiri.

s

Tak cukup dengan itu saya terpaku beberapa saat untuk membaca tagline ini.Cuba baca dalam hati dan fahamkan maksudnya sedalam-dalamnya

“Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel.”


Blog yang putih bersih ini mempunyai peminat yang tersendiri.Mereka datang dan tetap datang lagi untuk membuat komentar.Rata-rata yang datang bukan calang orangya.Mereka adalah blogger yang tersohor dan dihormati dalam komuniti blogger.

Top Commentators

*statistik ini berdasarkan tarikh 23/5/2013

Cerita untuk kritikan pula,

Saya minta maaf kerana hendak kritik sedikit.

1)Blog ini sangat sederhana.Tiada unsur-unsur warna supaya nampak hidup.

2)Tidak ada iklan untuk menampak blog ini boleh buat duit.

3)Reaksi penulis blog terlalu minimum dengan komen para pengunjung.

4)Rasa macam tak puas membaca entri.Rasa mau lagi tapi dah habis.

Rasa-rasanya cukup dulu.Lain-lain tak ada cuma kalau boleh kasi letak gambar posing lelaki kacak bersama semangkuk cendol.Harap gadis-gadis comel sentiasa datang untuk menjengah blog ini.

5 Program Untuk Rakyat Malaysia Celik IT

Hidup dalam dunia tanpa sempadan amat mencabar.Kebanjiran maklumat melimpah ruah di mana sahaja waima di ceruk kampung sekalipun.

 

Mereka yang ketinggalan dalam capaian maklumat dari  media massa boleh dikatakan hampir tiada.Setiap rumah pasti ada tv.Paling kurangpun ada radio untuk mendengar hebahan berita.

 

Namun begitu ada sedikit berbeza mengenai komputer yang ada capaian internet.Tahap kesedaran masih kurang.Walaupun kita tahu sudah banyak kampung yang dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (WIFI).Mereka belum faham bahawa internet adalah satu keperluan mendesak dalam era dunia tanpa sempadan.

 

Dalam senarai di bawah ada 5 program berguna untuk rakyat Malaysia dalam menggunakan perkhidmatan dalam talian di Malaysia.

 

internet

 

1)Portal Pengguna Bijak 1Malaysia

 

Satu portal yang diwujudkan khusus untuk memberi informasi berguna dan terkini kepada pengguna dalam usaha perbandingan harga produk dan bahan mentah di pasaran.Maklumat lanjut ada di sini 

 

2)Komputer 1Malaysia

 

Komputer dari pelbagai jenama tempatan yang ditawarkan dengan harga berpatutuan.Pengenalan komputer 1Malaysia khusus untuk golongan pelajar,orang berpendapatan rendah dan masyarakat luar bandar.

 

3)Program Get Malaysian Business Online 1Malaysia

 

Program ini ditubuhkan untuk membantu 50 ribu usahawan kecil dalam meletakkan mereka berdaya saing dalam talian.Tumpuan diberikan kepada golongan wanita.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini

 

4)Pusat Internet 1Malaysia

 

Ia diwujudkan kepada 370 pusat internet 1Malaysia untuk mengurang jurang digital di seluruh pelusuk negara.Selain menyediakan pusat di internet di luar bandar,ia juga berfungsi untuk memberi latihan dan kemahiran ICT kepada golongan sasar.Info lanjut ada dekat sini

 

5)Portal E-Belia 1Malaysia

 

Portal  ini lebih dikenali sabagai portal sehenti yang melaporkan perkembangan belia di seluruh negara melalui kaedah ICT.Maklumat boleh diperolehi di sini

 

download (1)

 

Sepintas lalu,

 

Program-program yang saya nyatakan di atas membawa satu tujuan asal iaitu masyarakat yang celik IT boleh membawa kemajuan negara pada tahap yang lebih tinggi.Perlu diingatkan juga akibat celik IT juga boleh membawa keburukan yang sangat besar seperti fitnah,provokasi dan penyebaran maklumat palsu berleluasa.

 

p/s : Ikuti perkembangan dunia blog dalam penulisan entri saya di sini

 

p/s/s: Sumber gambar dari www.google.com

Istimewa Hari Bersejarah kerana Angka 0505 - PRU13

Salam 1Malaysia buat semua rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja berada.Hari ini bersamaan 5 Mei 2013 berlangsungnya acara terbesar dalam negara iaitu Pilihanraya Umum yang ke-13.


download (1)

Proses pembuangan undi untuk memilih calon pemimpin Parlimen dan DUN bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang seluruh negara.Sudah tentu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah orang yang paling sibuk sekali.Mereka yang memegang amanah untuk memastikam proses demokrasi di Malaysia berjalan dengan lancar.

Tidak lupa juga kepada pasukan keselamatan negara iaitu Pasukan Polis Diraja Malaysia dan pihak yang terlibat secara langsung maupun tidak langsung.Sudah tentu pihak media elektronik dan cetak bekerja bertungkus lumus untuk mendapatkan bahan berita.

Pandangan peribadi saya ialah kalian telah mencipta  sejarah buat Malaysia yang tercinta.Kalau tidak mana mungkin acara terbesar begini berlangsung dengan lancar sekali.Sekalung tahniah dan syabas.

Dalam pada itu juga rakyat Malaysia harus bersyukur kerana amalan demokrasi di negara ini begitu subur.Rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi berhak  menentukan kerajaan melalui pemilihan calon pemimpin masing-masing.Lumrahnya satu undi itu amat bermakna kerana  ia adalah suara hati mereka.

Kepada calon pilihanraya yang telah berjaya  mereka  memikul satu tanggungjawab dan amanah dari pengundi mereka.Jangan disia-siakan kerana tempoh 5 tahun bukannya sekejap.Sebaliknya kepada calon pilihanraya yang tewas harus menerima dengan hati terbuka.Memang adat pertandingan ada menang dan ada juga yang kalah.

Saya juga sebagai rakyat sudah tentu mengharapkan segala janji yang ditaburkan sewaktu berkempen dahulu ditepati.Walaupun hakikatnya memang mudah berjanji berbanding menunaikan janji.Kata orang terlajak perahu dapat diundur.Terlajak berjanji orang akan diingati sampai bila-bila.Hanya janji yang ditunaikan sahaja orang boleh lupakan.

Dengan kesedaran mengundi yang tertinggi PRU13 mencatat sejarah melalui peratus mengundi mencecah 80 peratus.Menurut analisis pakar ia disumbangkan media sosial yang selalu menghebahkan kepentingan berpolitik dalam diri seseorang.Terutamanya ketika suasana politik yang agak panas.

Sekilas pandang,

Saya mengharapkan  negara yang aman dan harmoni supaya menyumbang kepada kerancakan pembangunan negara.Lebih lebih lagi negara Malaysia menuju kepada negara berpendapatan tinggi.Saya cinta Malaysia.

Review Buku : Offline Dengan Syaitan

 

IMG0121A

 

 

Judul buku ini agak menarik.Saya agak tertarik untuk membaca untuk kali kedua.Tambahan pula gaya bahasa yang ringkas dan sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat.Saya percaya buku ini ditulis untuk golongan sasar iaitu remaja zaman teknologi maklumat.

 

Terdapat tiga bahagian utama yang mengupas ilmu dengan pecahan sehingga 33 bab.Ketebakan buku ini dengan 131 mukasurat.Jadi agak berbaloi juga dengan harga RM15.00 senaskah.Paling menguntung tentulah ilmu yang ada dalamnya.Sehingga kini saya tidak bersunggut untuk berbelanja untuk mendapatkan ilmu.

 

Penulis buku ini ialah Zulkifli Khair.Beliau seorang jurulatih penulis dan penyunting bebas.Setakat catatan buku ini beliau telah berjaya menghasilkan tujuh buah buku dalam masa 3 tahun setengah.Blog beliau ada di sini.

 

Buku ini berjaya membongkarkan sejarah iblis dan syaitan,peranan mereka dalam menyesatkan manusia dan panduan yang berguna untuk menghindarkan kita termasuk dalam jerat mereka.Turut diceritakan tokoh-tokoh  dunia yang berperangai macam syaitan.Mereka hebat pada pandangan dunia tetapi petualang pada kaca mata Islam.

 

Adalah elok juga saya menitipkan serba ringkas panduan berguna untuk mengatasi tipu daya syaitan.

 

Antaranya membaca doa perlindungan ketika melakukan ibadah khusus maupun ibadah umum.Tidak ketinggalan pula solat lima waktu.Solat berupaya mencegah kemungkaran dan memantapkan iman.

 

Selain itu kita disaran untuk berpuasa sunat supaya mudah menundukkan nafsu.Suka diingatkan nafsu adalah tunggangan utama syaitan untuk melemahkan kita.Apabila nafsu sudah berjaya dikawal barulah akal kita lebih cerdas untuk menilai perkara yang baik dengan yang buruk.

 

Perisai paling ampuh untuk mengelak atau berdepan syaitan ialah surah Ayatul Kursi.Untuk menambah kekuatan kita lagi sila baca zikir.Hati orang yang membaca zikir tidak akan lalai.

 

Buku ini juga menyarankan kita semua untuk melengkapkan ilmu sebanyak mungkin.Kuasai dunia IT dan dapatkan manfaat sebanyak mungkin.Ada laman web Islam yang boleh kita rujuk untuk mendapatkan maklumat sewajarnya.Layari laman web ini.

 

Seandainya kita menemui pilihan yang kabur jangan sekali-kali mencuba menilik.Penulis mencadangkan kita untuk solat istikharah untuk mendapat jawapan kepada persoalan yang kita hadapi.

 

Penulis juga mengharapkan pembaca agar membina blog takwa dalam diri.Orang yang bertakwa digeruni oleh syaitan.Mereka tidak berani kerana nilai takwa seseorang mendapat lindungan dan pengawasan Allah SWT setiap masa.

5 Perkara Yang Mesti Disedari Rakyat Malaysia

Saya sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia dan tinggal di negara yang masih aman dan harmoni.Setiap pagi saya boleh menjalani rutin harian dengan perasaan tenang.Malah setiap malam saya dapat melelapkan mata dengan mudah.Seterusnya saya diulit mimpi indah-indah sehingga terjaga keesokan hari untuk memulakan  hari baru penuh kesyukuran.


images

Mari kita bayangkan bagaimana hidup di negara yang bergolak.Negara yang kucar kacir dan huru hara.Kalau susah nak bayang pergi sahaja ke kampung di Lahad Datu atau Semporna untuk melihat sendiri kesan daripada pencerobohan baru-baru ini.

Dalam kesempatan entri kali ini saya mengajak rakan pembaca sekalian untuk menyedari kewujudan  5 perkara  penting dalam mengwujudkan kehidupan yang lebih selesa,adil dan saksama.

1.KAR1SMA

Satu program kerajaan yang dikenali sebagai Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).Tujuannya adalah untuk memberi keadilan sosial kepada golongan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak,warga emas,orang kurang upaya,ibu tunggal ,balu-balu askar dan polis yang layak.Bantuan dalam bentuk bulanan untuk meringankan bebanan mereka dalam menjalani kehidupan harian.Maklumat lanjut sila klik di sini

2.TR1MA

Ia diwujudkan untuk golongan pemandu teksi bajet,teksi eksekutif,kereta sewa dan teksi lapangan terbang di seluruh negara.Mereka mendapat subsidi tayar dan skim insurans Perlindungan Kemalangan Diri.Sesungguhnya bantuan ini dapat mengurangkan kos perbelanjaan kenderaan mereka.Dalam masa yang sama memberi jaminan kebajikan kepada mereka dan keluarga sekiranya ditimpa kecelakaan.Maklumat seterusnya ada di sini

3.PR1MA

PR1MA atau Perumahan Rakyat 1Malaysia bertindak untuk merancang,membangun,membina dan menyelengara perumahan bagi rakyat yang berpendapatan sederhana di bandar utama seluruh Malaysia.Harga rumah yang ditawarkan antara RM100k hingga RM400k.Adalah dianggarkan harga rumah lebih rendah 20 peratus dari harga pasaran.Sila layari di sini untuk maklumat lanjut.

4.SARA

SARA adalah satu pinjaman RM5 ribu kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan dibawah RM3 ribu sebulan.Pinjaman ini memberi peluang kepada mereka membuat pelaburan dalam unit Amanah Saham 1Malaysia.Dianggarkan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah.Pulangan dari pelaburan ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup yang lebih baik.Maklumat dapat ditelusuri di sini.

5.MyKasih

Satu pendekatan yang tidak harus kita lupa untuk menjadikan negara berstatus pendapatan tinggi ialah mengurangkan kadar kemiskinan.Antaranya program bantuan kemiskinan yang melibatkan kerjasama pihak kementerian dan syarikat korporat.Golongan sasar boleh memperolehi barangan runcit dari kedai yang terlibat dengan hanya membawa Mykad yang telah didaftarkan.Program Mykasih bukan sekadar untuk memberi barangan runcit.Sebaliknya turut memberi latihan kemahiran kepada mereka yang berkenaan.Layarilah untuk mengetahui maklumat lanjut di sini.

Sekilas kata,

Ternyata program-program di atas amat diperlukan untuk golongan sasar.Meskipun bukan kepada kita tetapi mungkin untuk Mak Ngah,Pak Usu,Uncle Tan atau Mr Maniam.Mereka tentu berterima kasih  kepada Malaysia.Sebuah negara yang cukup baik kepada kebajikan rakyat.Seharusnya kita sedar  bahawa Malaysia ialah negara yang menyebabkan rakyatnya rasa bertuah dan bersyukur berbanding negara lain.Saya cinta Malaysia.

sumber grafik : www.google.com

Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Dalam kehidupan kita yang semakin sukar dan mencabar wang adalah soal yang menjadi keutamaan dalam benak fikiran.Semua kita ini mempunyai satu matlamat dunia yang sama iaitu mencari wang untuk kelangsungan hidup.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa wang seumpama air kepada  ikan bagi orang hidup susah.Bukan bermaksud merendahkan golongan ini kerana ia adalah hakikatnya pada masa kini.

Usaha kerajaan yang memberi  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan adalah tindakan murni yang dialu-alukan.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini





download (1)


Bukan itu sahaja orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM2000 sebulan ke bawah turut menerima tempiasnya.Tiada pihak yang terpinggir kecuali golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kerana mereka tidak layak.Namun kemurahan hati kerajaan tetap juga mereka nikmati melalui subsidi minyak,tepung gandum,gula dan minyak masa.

Kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Ia adalah salah satu daripada 200 produk 1Malaysia.Tinggal kini peranan rakyat untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian.Rakyat yang suka kepada kemakmuran perlu banyak bersyukur melalui tindakan dan perbuatan yang sewajarnya.

Antaranya menunaikan hak mengundi dalam Pilihanraya 13 yang berlangsung 5 Mei 2013.Bertindaklah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi marah atau keegoan individu.Tiada masa untuk konsep mencuba kerana tempoh 5 tahun cukup untuk menghancurkan negara jika tersalah pilih.Saya pilih Malaysia.

Berbalik ke soal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saya sendiri merasa kenikmatannya.Wang ini dapat diguna untuk membeli keperluan harian di Kedai Rakyat 1Malaysia.Jika ada bil-bil utiliti yang tertunggak dapat dilunaskan segera.Pendek kata banyak memberi 101 kemudahan kepada saya dan keluarga.

Golongan bujang pula boleh menambah tabungan untuk keperluan kahwin nanti.Tidak kurang boleh dijadikan tambang untuk pulang ke kampung berjumpa orang tua.Ataupun modal permulaan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.Pendek kata apa sahaja yang bertujuan mengurangkan kos hidup terutama di bandar besar.

Sekilas pandang,

Saya berpendapat bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia satu bentuk ketulusan pihak kerajaan menangani masalah kos hidup rakyat.Kemelaratan hidup rakyat boleh mencetuskan penyakit sosial.Akibatnya prosesnya kemajuan negara terjejas.Timbul pula golongan kaya terus kaya dan golongan miskin terus miskin.Jurang taraf hidup yang terlampau jauh bukan satu petanda positif kepada  negara secara keseluruhannya.