Salam 1Malaysia,
Jika ada yang membaca Harian Metro yang bertarikh 6 Mei 2013, anda mungkin ingat tentang tajuk entri di atas.Sekiranya anda tidak sempat membaca tidak apa.Saya ada memetik artikel tersebut dengan olahan dan penyesuaian yang sepatutnya.

credit picture to www.google.com
Dikatakan 8 jenis penipuan tersebut adalah seperti dibawah:
1.Tawaran pakej haji & umrah
Saya cukup terkesan dengan penipuan seumpama ini.Orang yang nak beribadah pun sanggup ditipu.Apatah lagi mereka yang hendak berangkat di tanah suci.Dilaporkan suspek menyamar sebagai kakitangan Lembaga Tabung Haji.Mereka menawarkan pakej yang murah untuk memancing minat mangsa.Pakej yang ditawarkan itu adalah tidak wujud sama sekali.
2.Jual beli tanah
Golongan ini berpura-pura menjadi pemilik atau broker tanah untuk mendekati mangsa.Apabila ada pembeli mereka akan menggunakan geran tanah yang palsu.Ketika urus niaga selesai mereka akan menghilang diri begitu sahaja.Saya cukup kesian kepada mangsa.Mereka akan trauma kehilangan wang begitu sahaja.
3.Bomoh buang sial
Satu lagi budaya masyarakat kita ini masih percaya dengan golongan bomoh.Mereka menganggap bomoh ada kuasa magis untuk menyelesaikan masalah meraka.Banyak kes yang berlaku melibatkan bomoh yang mencabul atau merogol mangsa iaitu golongan wanita.
4.Jual beli kereta
Modus operandi mereka mudah sahaja.Mereka mencari mangsa yang ada masalah dengan pinjaman.Orang yang ada masalah mudah menerima pertolongan tanpa usul periksa.Suspek akan berjanji untuk menyelesaikan masalah tetapi sebenarnya menambahkan masalah.
5.Menang hadiah loteri
Pemangsa akan mengguna wanita sebagai umpan.Mereka pergi ke mendatangi bakal mangsa yang nampak berduit.Pelbagai helah untuk mengaburi mangsa sehingga mangsa terpedaya.Ada juga teknik biasa menggunakan email dan sms.Di dalamnya ada dinyatakan hadiah loteri tetapi perlu ditebus dengan membayar sejumlah wang.
6.Beli barang runcit dengan cek palsu
Mereka akan ke kedai runcit untuk membeli barangan dalam jumlah yang banyak.Ketika membuat bayaran mereka hanya menggunakan sedikit wang tunai manakala bakinya menggunakan cek palsu.
7.Menang peraduan syarikat telekomunikasi
Kelicikan mereka mengekploitasikan syarikat telekomunikasi amat membimbangkan.Mereka menggunakan sms untuk menyebarkan informasi palsu ke nombor pengguna seramai yang mungkin.Dalam sms mereka menyatakan hadiah berupa duit tetapi hanya dapat ditebus jika ada bayaran deposit.
8.Kad gores dan menang
Meskipun program ini sudah lama diharamkan tidak mustahil golongan kaki tipu masih beroperasi dalam masyarakat.Pihak mangsa akan diberi kad untuk digores.Setelah kad digores mangsa dikatakan menang hadiah.Keterujaan mangsa akan berakhir apabila hadiah yang diberi perlu melalui bayaran tertentu.Apa yang jeleknya hadiah tersebut tidak sepadan dengan bayaran yang dikenakan.
Sekilas pandang,
Berhati-hatilah dengan manusia penipu ini.Kita boleh tertipu jika terlalu mempercayai mereka kerana mereka menggunakan pendekatan mesra pengguna.Jika sudah terkena jangan berlengah untuk melaporkan kepada pihak polis.Tindakan bijak kita boleh menyelamatkan orang lain menjadi mangsa seterusnya.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
dengan judul
8 Jenis Penipuan Terkenal Di Malaysia
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/8-jenis-penipuan-terkenal-di-malaysia.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi.com
-
Saturday, 11 May 2013
3 komentar untuk " 8 Jenis Penipuan Terkenal Di Malaysia "
memang banyak yang tertipu nih.
tu xmasuk lg penipuan internet...huhu
Yang paling selalu ialah kes kad gores dan menang. Tak pun terpedaya dengan sms yang mengatakan menang hadiah dari Petronas.
Post a Comment