google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: October 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

7 Kebaikan Hubungan Intim Dari Sudut Saintifik (Siri 2)

 

 

Dalam Siri 1 saya sengnaja menggunakan istilah yang agak kasar berkaitan dengan tajuk  tersebut.Akhirnya saya terfikir balik bahawa menggunakan perkataan yang lebih lembut supaya perasaan dan hati pembaca tidak begitu terasa.

 

Mari kita lihat sambungan dari Siri 1 yang hanya sempat saya utarakan 3 isi utama.Kini berbaki 4 lagi kebaikan utama hubungan intim suami isteri.

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

kahwin

 

 

4.Mengelak strok

 

Penyakit strok atau lumpuh amat berbahaya kepada manusia.Mereka yang terkena agak sukar untuk pulih kembali.Berdasarkan kajian santifik hubungan badan suami isteri dapat mencegah gejala ini berlaku.Rasionalnya dengan ada berlaku hubungan intim pasangan yang melakukannya akan kurang masalah tekanan darah tinggi dan tidak stress yang melampau.Darah akan berjalan lancar melalui terapi hubungan badan.Apa yang menarik tidak ada kos tambahan seperti kita ke pusat gimnasium.

 

5.Mengelak barah prostat

 

Prostat adalah organ penting kepada lelaki.Di sinilah pemprosesan air mani berlaku.Penggumpulan air mani yang berterusan akan memudaratkan prostat itu sendiri.Pakar kesihatan berpendapat bahawa pelepasan air mani ke tempat yang betul wajar dilakukan.Tentulah ke dalam kemaluan si isteri sebagaimana ketika hubungan intim berlangsung.Teorinya mudah iaitu lebih banyak memancutkan air mani maka lebih selamat dari barah prostat.

 

6.Mencegah penyakit jantung

 

Ketika melakukan hubungan intim jantung si suami dan si isteri berdegup kencang.Proses ini adalah normal seperti mana orang pergi berjogging.Degupan yang berlaku amat baik untuk kesihatan jantung.Otot-otot jantung akan berfungsi dengan baik.Tentulah amat rugi pasangan suami isteri memandang remeh soal hubungan intim dalam kehidupan mereka.Ada yang beralasan sibuk dengan kerjaya dan letih melayan anak-anak seharian.Hubungan intim menjadi hambar dan tidak diperdulikan.Hakikatnya jantung mereka akan merasa akibat sikap sebegini.

 

7.Awet muda

 

Wah! Tentu ada yang sukar nak percaya.Kajian saintifik menunjukkan orang yang aktif seks akan sentiasa bertenaga,sihat mental dan fizikal.Mereka hidup dalam keceriaan.Jadi tidak mustahil kemudaan itu akan berkekalan.Contoh mudah yang boleh kita perhatikan kepada suami atau isteri yang mendapat pasangan yang muda.Logiknya usia pasangan muda lebih bermotivasi melakukan hubungan intim.Mereka menampakkan kekal muda baik kepada  si suami atau kepada si isteri.Tentulah tidak sukar untuk menjadi muda semula dengan syarat untuk menjalani kehidupan aktif seks.Cuma jangan terlalu obses sehingga menyebabkan tiada kerja lain selain seks.

 

*Sumber info: Dr Nor Ashikin Mokthar,Pakar Sakit Puan (The Star –15/8/10)

 

isteri

Klik SINI untuk lebih info

 

Sekilas pandang,

 

Informasi ini adalah perbincangan secara ilmiah.Tidak ada persamaan dengan cerita khayalan dan cerpen lucah yang banyak dalam internet hari ini.

 

Hanya hubungan suami isteri yang diikat dengan pernikahan sahaja  layak menikmati hubungan intim.Itulah hakikat sebenarnya.

 

 

‘’Petua Untuk Hebat Seks’’

 

 

p/s :  Sesiapa yang mencari peluang buat duit online boleh rujuk dekat [ SINI ]

7 Kebaikan Bersetubuh Dari Sudut Saintifik (Siri 1)




Maaf  jika entri ini boleh menyinggung perasaan para pembaca sekalian.Entri ini bukan berbaur lucah tetapi perkongsian ilmu yang sangat berguna kepada pasangan suami-isteri yang sah sahaja.Luar daripada itu saya peringatkan bahawa haram untuk mencuba aksi terlarang.Jika untuk pengetahuan masih diperbolehkan dengan niat yang baik sahaja.

Perkahwinan sahaja yang menghalalkan hubungan badan lelaki dengan wanita.Lebih tepat lagi persetubuhan banyak memberi manfaat dan nikmat kepada kehidupan manusia.Jika bukan yang halal maka bala boleh menimpa.Ingat Allah SWT Maha Mengawasi dan Mengetahui tindak tanduk kita.


Petuadanrahsiaseks3



Ada 7 kebaikan bersetubuh sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pakar sakit puan, Dr Nor Ashikin Mokthar:Mari kita teliti fakta saintifik dibawah ini:

1.Anti depresson

Kehidupan sekarang ini sangat kompleks.Kos hidup meningkat dan pelbagai masalah lain bisa mendatangkan stress kepada seseorang.Jalan penyelesaian terbaik kepada mereka yang sudah berkahwin ialah melakukan hubungan badan dengan pasangan masing-masing.Ketika melakukan hubungan seks si suami akan melepaskan air mani ke dalam faraj si isteri.Proses ini akan berlaku ketika klimaks menyebab si suami lega dan mudah untuk tidur.Si isteri pula yang menerima air mani suami kurang rasa murung.Perlu diingatkan si isteri akan mendapat manfaat ini jika si suami tidak menggunakan kondom.


2.Cyclical effect


Bersetubuh itu merupakan aktiviti yang hebat.Para isteri mesti mendapat kepuasan batin daripada suami.Sebab itu ketika isteri mendapat klimaks ketika bersetubuh maka sindrom sakit kepala akan pulih.Sebabnya ada pelepasan hormon oxytocin yang dikeluarkan dalam tubuh badan mereka.Perasaan tenang dan jiwa yang damai akan menyelubungi diri mereka setelah berlangsungnya persetubuhan tadi.Dalam soal agama sekali pun memang ada menyatakan hanya dengan perkahwinan akan memberi sakinah kepada kedua suami isteri.


3.Membakar kalori

Golongan pekerja yang menggunakan kudrat 4 kerat tidak menghadapi masalah dalam pembakaran kalori.Bagaimana pula dengan pekerja kolar putih yang asyik duduk dalam pejabat berhawa dingin.Tugas harian banyak menggunakan komputer.Golongan ini tiada pilihan lain selain aktif melakukan persetubuhan suami isteri.Ini kerana dengan bersetubuh selama 30 minit akan membakar kalori sebanyak 85 kal.Lagi lama lagi baik untuk pembakaran kalori yang lebih.Tidak hairan jika saya katakan persetubuhan adalah satu bentuk sukan suami dan isteri pada malam jumaat


Sekilas pandang,


Sekali lagi saya memohon maaf jika ada yang kurang selesa membaca entri ini.Saya faham perkara yang baik wajar sekali dihebahkan supaya suami -isteri  tidak menganggap info tentang bersetubuh itu lucah,kotor atau jijik.Cuma jika disalah gunakan maka 3 perkataan itu memang layak diperkatakan.

Nantikan 4 lagi kebaikan bersetubuh dalam sambungan siri ke 2.Jadi saya amat berharap ada pencerahan minda tentang persetubuhan selepas ini

p/s: Perhatian kepada mereka yang ingin menjana duit secara online boleh dapatkan di SINI

GST Dalam Bajet 2014

 

Selepas Bajet 2014 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak baru-baru ini menyebabkan  ramai yang tersenyum gembira.Dalam pada itu juga ada yang masih keliru,risau dan berfikir negatif berkenaan Bajet 2014 tersebut.

 

Isu subsidi gula telah dimansuhkan telah memberi impak kenaikan harga barangan yang berkaitan.Saya berpendapat kenaikan minuman dan barangan berasaskan gula dapat mengurang tahap pengambilan kita dalam diet seharian.Gula yang diambil berlebihan mengundang mudarat kesihatan.

 

Apa yang agak menarik untuk dibincangkan ialah berkaitan GST atau Cukai Barangan Dan Perkhidmatan.Golongan pemimpin dan tokoh intelektual menyokong tindakan pihak kerajaan.Ada juga suara sinis yang kurang bersetuju.Perlu diingatkan juga negara memerlukan pendapatan untuk mengurus negara.Hasil pendapatan tentulah melalui cukai itu dan ini.

 

Malaysia cuma mengenakan GST terhadap barangan terpilih dalam 6 peratus sahaja.Angka ini adalah yang terendah di Asia Tenggara.Kebanyakan negara di dunia mengenakan caj GST dalam 10 peratus.

 

GST di Malaysia mengecualikan 6 jenis barangan dan perkhidmatan.Rasionalnya supaya golongan berpendapat rendah tidak begitu terasa bebannya.

 

1.Makanan asas

2.Perkhidmatan kesihatan kerajaan

3.Pendidikan

4.Penggangkutan

5.jual beli dan sewa rumah kediaman

6.perkhidmatan kewangan

 

Menurut info muktakhir GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015.Ada banyak masa lagi untuk rakyat negara bersedia mental dan fizikal

 

gst

Ihsan gambar : Google image

 

Sekilas pandang,

 

Sebagai rakyat Malaysia berita berkenaan GST bukan perkara yang membolehkan kita melatah tanpa dipandu akal fikiran yang waras.Memang ada hikmah dan manfaat kepada semua kita.

 

p.s: Perhatian untuk mereka yang berminat untuk menjana duit online ada di SINI

4 Sudut Serangan Zionis

 

Rejim Zionis terkenal dengan keganasan,kezaliman dan kekejaman diluar batasan kemanusiaan.Mereka yang berfahaman Zionis majoritinya berbangsa Yahudi.Namun tidak semua Yahudi menyokong fahaman Zionis.

 

Menurut laporan terkini,bangsa Yahudi terdiri daripada dua puak utama iaitu Sephardim (20%) dan Ashkenazim (80%).Golongan Sephardim adalah susur galur keturunan nabi Yaakub a.s. iaitu bapa kepada Nabi Yusuf a.s..Golongan Ashkenazim pula telah diyahudikan sekitar 711 masihi iaitu keturunan Khazaria.

 

Kita faham bahawa perilaku rejim zionis amat dibenci oleh penduduk dunia yang cintakan keamanan.Tambahan pula sebagai orang Islam kita tentulah sangat bersimpati dengan nasib saudara kita di Palestine ketika ini.Mereka menderita dibumi sendiri kerana penindasan dan rampasan tanahair oleh rejim zionis.

 

Dalam pada itu kita tidak sedar bahawa rejim zionis telah melancar serangan halus kepada umat manusia keseluruhannya dan orang Islam khususnya.

 

Menurut Protokol ke –13 dalam persidangan Zionis ke-2 di Basle ,Switzerland tahun 1897 telah mengariskan beberapa isu yang amat penting.

 

Perkara tersebut meliputi 4 sudut utama yang sempat saya kongsikan seperti dibawah:

 

1.Hiburan melampau

Manusia memang suka hiburan.Atas sebab itu rejim Zionis cuba mempromosi hiburan melampau kepada golongan belia.Dengan hiburan melampau ini hati akan seronok,leka dan asyik.Perkara ini akan memesongkan hati dan perasaan sebilangan besar umat Islam daripada mengingati Allah SWT.Hiburan bukan sekadar muzik.Ia meliputi sukan,wayang,media sosial dan apa sahaja yang mengasyikkan hati kita.Melalui hiburan melampau kita  perhatikan bagaimana hukum hakam agama tertolak ketepi.Mereka berjaya manakala kita tertewas kerana mendambakan hiburan setiap hari.

 

2.Runtuhkan keluarga

Institusi keluarga adalah asas kepada masyarakat.Rejim zionis telah merancang untuk mengkucar-kacir keluarga dengan menggalakkan budaya songsang iaitu gay,lesbian,seks bebas dan perceraian suami isteri.Apabila sistem keluarga runtuh sudah tentu masyarakat akan porak peranda.Kesan langsungnya negara akan hancur perlahan-lahan.Hari ini kita boleh perhatikan bagaimana pasangan muda remaja hidup bersama tanpa sebarang ikatan.Ibubapa pula disibukkan dengan kerjaya supaya anak-anak terbiar.Sudah tentu lama-kelamaan budaya keluarga tiada lagi dalam masyarakat akan datang.

 

3.Kekacauan politik

Sistem khalifah yang telah diperkenalkan oleh Rasulullah telah pupus.Kini diganti dengan sistem negara bangsa yang berpaksikan perbezaan sempadan,wilayah dan geografi.Runtuhnya sistem Khalifah yang terakhir di dunia bermula dengan negara Turki pimpinan Mustafa Kemal Ataturk.Beliau keturunan Yahudi doenmehs atau ma’aminim.Kini rejim Zionis masuk campur secara tidak langsung ke dalam politik negara Asia Barat.Mereka mengapi-apikan sentimen fahaman Syiah dengan Sunnah.Mereka melaga-lagakan para penyokong pemimpin negara supaya berlaku kekacauan.Fokus mereka supaya umat Islam tidak bersatu dan saling membenci satu sama lain.

 

4.Memperlekehkan Al-Quran

Kesedaran rejim zionis terhadap pengaruh Al-Quran sangat tinggi.Jika umat Islam mengamalkan ajaran dalam Al Quran maka amat sukar untuk mereka memperdayakan kita.Dengan Al-Quran umat Islam boleh menguasai dunia dengan mudah.Malah mampu mengalahkan mereka dalam pelbagai sudut.Rejim Zionis berusaha untuk memperdayakan umat Islam dengan menyuruh mereka membaca Al-Quran tanpa pengamalan.Taktik ini amat licik kerana pengaruh mereka tidak kelihatan sama sekali.Orang Islam terus terpedaya dalam beragama.Pihak rejim Zionis pula bertungkus lumus dan melipat ganda usaha supaya ramai generasi baru semakin lupa kepentingan Al Quran.

 

israel

Ihsan: Google image

 

Sekilas pandang:

 

Umat Islam perlu tahu dan sedar akan perkara ini.Jika tidak umat Islam akan lemah dan hancur perlahan-lahan.Penyelesaiannya kita wajib memelihara keamanan,bersatu padu dan hidup dengan berpaksikan Al-Quran dalam semua lapangan kehidupan.

Ulasan Buku: Online Dengan Tuhan

 

 

Online adalah rutin sebahagian besar manusia di muka bumi ini.Disebalik online itu ada satu lagi aktiviti online yang tidak melibatkan apa-apa perantara waima peralatan komunikasi paling canggih sekalipun iaitu solat.

 

Solat ialah cara terbaik untuk kita online dengan Allah SWT.Lantaran itulah penulis buku Online Dengan Tuhan iaitu Tuan Zulkifli Khair berjaya merungkai persoalan ini melalui naskah tersebut.Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2009 dan telah diulang cetak sehingga tahun 2011.

 

Penerbit PTS Islamika Sdn Bhd menetapkan harga buku ini RM13.00 di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM15 senaskah.Sekiranya ingin tahu lebih lanjut sila ke link ini.

 

Dengan ketebalan 114 mukasurat tentu tidak sukar untuk mentelaah buku ini.Tambahan pula gaya bahasa dipersembahan secara ringkas namun padat dengan isinya.Saya berjaya membaca habis dalam 2 hari sahaja.

 

Antara ilmu-ilmu menarik merangkumi soal akidah,kisah nabi,fenomena dajjal dan agenda Yahudi dalam memesongkan agama.Ia telah dipersembahkan sebanyak 33 bab.Keunikan setiap bab diserasikan dengan jargon komputer.

 

Isu yang menjadi perhatian saya dalam buku ini berkaitan isu Yahudi.Penulis berpendapat bahawa tidak semua orang yahudi itu jahat.Ada juga yang telah memeluk Islam.Tentulah tidak adil bagi kita menghukum mereka 100 peratus.Namun golongan yang berfahaman zionis memang memusuhi Islam.Mereka adalah penjenayah secara halus dan terancang untuk memusnah Islam.

 

Saya berpendapat bahawa online dengan Tuhan adalah perkara paling utama dalam hidup kita,Offline sahaja dengan Allah SWT boleh  kita mendedahkan diri kita dengan musuh utama manusia iaitu syaitan (termasuk iblis).

 

online

Kredit gambar : www.pts.com.my

 

Sekilas pandang:

Sekali sekala membaca buku sebegini amat penting untuk menyegarkan iman.Ilmu agama adalah terbaik kerana ia boleh mendekatkan kita dengan Allah SWT.

 

Selain dapat info yang menarik kita dapat iktibar supaya menggunakan medium online paling sempurna ini sepanjang hayat kita.Sebagai orang beriman kita memang ada pilihan yang satu sahaja.Jika kita memilih sebaliknya maka sia-sialah hidup kita.

 

Benar kata penulis bahawa kekaguman kita berbaloi untuk Allah SWT.Bukan kepada perhiasan dunia dan tekonologi yang begitu pesat membangun ketika ini.

Rasionalnya Pendidikan Seks

 

 

Secara teorinya saya suka membicara soal seks bukan kerana obses dalam bidang ini.Saya terpanggil kerana melihat permasalahan dan penyakit sosial akibat seks.

 

 

Saya berpendapat masyakat moden yang dilingkari maklumat sepantas kilat perlu matang dalam pendidikan seks.Infomasi tentang seks mudah didapati dan semuanya percuma tanpa batasan.Penggunaan gajet dan akses maklumat seks yang bersifat lucah sudah menjadi fenomena kepada rakyat Malaysia.

 

 

Perkembangan ini amat membimbangkan.Generasi muda dan akan datang lebih berpotensi.Mereka mudah berhubung antara satu sama lain.Lebih kritikal hubungan lelaki dan wanita yang bermula dengan online melalui media sosial akan berakhir dengan offline di kamar tidur,hotel murah dan sebagainya.

 

 

Jika perbuatan zina ini berlaku maka kelahiran anak luar nikah akan menjadi-jadi.Meskipun ada yang berusaha untuk buat tak nak ‘jadi’.Sudah lumrah dunia bahawa apabila sesuatu perbuatan  yang salah akan mengundang bala,laknat dan kecelakaan.

 

 

Jadi amat rasional pendidikan seks untuk kita sekarang ini.Bukan setakat di sekolah malah di rumah atau di tempat kerja.Pendidikan seks jangan disempitkan dengan mengajar melakukan seks.Ia sepatutnya ditekankan bahawa seks hanya untuk pasangan yang berkahwin secara sah.

 

 

Seks bebas adalah salah,jijik dan melanggar tata susila masyarakat bertamadun.Hidup berpasangan lelaki dan wanita bukan tiket untuk melakukan aktiviti terlarang tersebut.Bahkan soal cinta sekalipun tidak mungkin menghalalkan seks jika belum bernikah.

 

 

Tentunya umat Islam sedar bahawa seks bebas adalah zina.Perbuatan dosa besar yang boleh membawa bala kepada kita semua.Jadi jauhi zina sedapat mungkin dan tingkatkan iman semampu kudrat.

 

 

edu

Sumber gambar : www.google.com

 

Sekilas pandang,

 

Pendidikan seks amat wajar didedahkan kepada anak-anak ketika menganjak usia remaja lagi.Katakan bahawa hubungan badan lelaki dan perempuan adalah suci jika untuk suami dan isteri.Lain daripada itu adalah salah dan dilarang sama sekali.Tiada istilah cuba-cuba kerana sekali mencuba pasti mengundang malapetaka kepada keturunan manusia seterusnya.

 

 

Adalah sukar untuk menghalang generasi muda untuk mengetahui informasi seks.Namun tidak mustahil juga untuk  menanam pemikiran bahawa seks itu hanya boleh dilakukan  dalam perkahwinan.

 

 

Selebihnya kita berdoa agar dihindarkan ujian seumpamanya supaya Allah melindungi kita,keluarga dan sanak saudara terbabit dalam kebejatan sosial ini.

7 Rahsia Untuk Menjadi Pemidato Yang Hebat

 

Pidato atau pengucapan awam adalah satu bidang amat mencabar.Tidak ramai yang berminat namun kepentingannya sukar dinafikan dalam urusan perniagaan,pentadbiran,politik dan agenda sosial.

 

Kemahiran berpidato boleh diasah dan dicungkilkan potensinya.Memang ada individu yang berbakat besar namun pendedahan kepada bidang pidato ini boleh membawa mereka lebih jauh.Tidak dapat tidak kita mesti membuka mata dan membenarkan hati untuk melihat sendiri laman web yang khusus dalam bidang pidato.

 

p.s : Silakan ke Kelab Pidato Perdana.

 

Bersandarkan kepada pandangan dan pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi pemidato terbaik sekolah dan Top Three peringkat bahagian (antara sekolah) saya membuka rahsia pekung di dada.

 

Ada 7 Rahsia yang wajib kita perhalusi untuk menjadi pemidato yang hebat.

 

1.Pembacaan yang luas

 

Dengan membaca otak kita banyak berfikir.Keligatan otak berfikir akan menerbitkan idea dan kaya dengan kosa kata.Perlu difahami bahawa pidato adalah secara spontan.Maka dengan tabiat membaca  otak kita cukup bekalan untuk digunakan ketika berpidato.Membaca juga memperingkatkan daya ingatan dan memberi input dan output yang luarbiasa kesannya.

 

2.Pemahaman yang mendalam terhadap topik

 

Berpidato merupakan saat dan peluang yang hebat untuk kita menyampaikan isi-isi yang dibincangkan.Para audien perlukan kita informasi yang kita miliki.Sebab itu kita wajib faham lebih banyak dari kalangan audien.Masa mereka kita gunakan mendengar dan mencerna idea yang kita sampaikan.Mau tidak mau kita mesti buat penyelidikan supaya kefahaman kita terhadap topik tersebut lebih avdance.Jika lebih faham maka huraian dan kupasan lebih mantap.

 

3.Latihan yang berterusan

 

Proses latihan wajib dilakukan sekerap yang mungkin.Jika untuk pertandingan latihan berucap didepan cermin,bilik mandi dan sebagainya adalah lumrah.Teknik latihan boleh kita pelajari daripada jurulatih,mentor dan tokoh pemimpin setempat.Lagi banyak berlatih maka lagi baik hasilnya.

 

4.Intonasi suara yang pelbagai

 

Bidang komunikasi adalah satu seni.Sama juga dengan pengucapan awam.Penggunaan intonasi suara tinggi dan rendah boleh memberi perasaan fokus kepada audien.Ada dikalangan mereka yang boleh menyanyi maka satu kelebihan.Bernyanyi dalam selingan pidato adalah suatu yang hebat.

 

5.Penggunaan bahasa yang terbaik

 

Penulisan berbeza dengan pidato.Namun ada persamaan yang ketara ialah penggunaan bahasa.Dalam pidato para audien akan menangkap idea yang disampaikan dengan bahasa kita yang mudah,ringkas dan memukau.Jadi gunakan ayat yang pendek,berulang dan bombastik untuk kesan memori.Lebih bagus lagi jika bahasa yang  kita gunakan  menyentuh emosi mereka.Tak kira untuk menitis air mata atau ketawa sehingga senak perut .

 

6.Kawalan diri yang mantap

 

Perasaan gemuruh dan gementar adalah normal.Pakar motivasi sendiri pun mengakui ada mengalami gemuruh ketika hendak memulakan sesi ceramah mereka.Apa yang perlu kita buat ialah berdoa,membaca zikir,selawat dan bermeditasi untuk menurun gelombang minda ke tahap ketenangan.Kemahiran begini boleh diperolehi melalui pengalaman demi pengalaman.

 

7.Bahasa badan yang bersesuaian

 

Tangan,kepala dan mata adalah elemen utama bahasa badan ketika berpidato.Hubungan eye contact dengan audien memberi keyakinan mereka dengan apa yang kita sampaikan.Pergerakan tangan pula jangan terlalu cepat dan tidak tentu hala.Lakukan pada point yang sesuai.Contohnya ketika kita mahu penegasan pendirian dan pengulangan fakta penting.Gunalah isyarat tangan yang betul dan menarik.Begitu juga dengan kepala,Kita tidak boleh tunduk dan mendongak sepanjang masa.

 

Sekilas pandang,

 

Entri ini saya tulis untuk menyertai Contes –Tulis Pasal Pengucapan Awam yang diajurkan bersama blog hidupringkas.Hadiah yang bernilai keseluruhan RM750 mesti kita rebut dari sekarang sebelum 31 Oktober 2013.Mana tahu anda adalah bakal pemenangnya nanti

 

pidato

Sumber gambar : www.pidatoperdana.com

7 Kesan Negatif Pengambilan Gula Berlebihan.

 

Salam 1Malaysia,

 

Dulu pernah kecoh seluruh negara apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula.Akibatnya harga  gula naik dipasaran.Bukan itu sahaja semua makanan yang ada kaitan dengan gula turut mengalami peningkatan harga.

 

Sebagai orang yang berusaha untuk menjaga kesihatan saya beranggapan kenaikan harga gula adalah satu hikmah yang wajar kita syukuri seadanya.Kata orang tambah manis dalam senyuman tetapi kurangkan manis dalam minuman.”

 

Ada 7 kesan negatif pengambilan gula kepada manusia.

 

1.Kegemukan

 

Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

 

2.Tekanan darah tinggi

 

Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin  jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

 

3.Diabetes

 

Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

 

4.Penyakit jantung

 

Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar  ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.Kesannya sendiri mau tau la..KO.

 

5.Fungsi imun terjejas

 

Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?

 

6.Ketumbuhan tumor.

 

Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan  minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

 

7.Osteoporosis

 

Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

 

8.Proses penuaan

 

Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

 

9.Terlalu aktif

 

Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

 

Sekilas pandang,

 

Penggambilan gula yang berlebihan membawa mudarat.Gula tidak semestinya dari minuman.Ia datang dari nasi,roti canai,asikrim dan makan ringan yang lain.

 

Awas! Pencegahan jauh lebih baik dari pada pengubatan.Beringat sebelum kena kerana kesihatan terlalu tinggi nilainya.

 

gula.

source: www.google.com