Pidato atau pengucapan awam adalah satu bidang amat mencabar.Tidak ramai yang berminat namun kepentingannya sukar dinafikan dalam urusan perniagaan,pentadbiran,politik dan agenda sosial.
Kemahiran berpidato boleh diasah dan dicungkilkan potensinya.Memang ada individu yang berbakat besar namun pendedahan kepada bidang pidato ini boleh membawa mereka lebih jauh.Tidak dapat tidak kita mesti membuka mata dan membenarkan hati untuk melihat sendiri laman web yang khusus dalam bidang pidato.
p.s : Silakan ke Kelab Pidato Perdana.
Bersandarkan kepada pandangan dan pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi pemidato terbaik sekolah dan Top Three peringkat bahagian (antara sekolah) saya membuka rahsia pekung di dada.
Ada 7 Rahsia yang wajib kita perhalusi untuk menjadi pemidato yang hebat.
1.Pembacaan yang luas
Dengan membaca otak kita banyak berfikir.Keligatan otak berfikir akan menerbitkan idea dan kaya dengan kosa kata.Perlu difahami bahawa pidato adalah secara spontan.Maka dengan tabiat membaca otak kita cukup bekalan untuk digunakan ketika berpidato.Membaca juga memperingkatkan daya ingatan dan memberi input dan output yang luarbiasa kesannya.
2.Pemahaman yang mendalam terhadap topik
Berpidato merupakan saat dan peluang yang hebat untuk kita menyampaikan isi-isi yang dibincangkan.Para audien perlukan kita informasi yang kita miliki.Sebab itu kita wajib faham lebih banyak dari kalangan audien.Masa mereka kita gunakan mendengar dan mencerna idea yang kita sampaikan.Mau tidak mau kita mesti buat penyelidikan supaya kefahaman kita terhadap topik tersebut lebih avdance.Jika lebih faham maka huraian dan kupasan lebih mantap.
3.Latihan yang berterusan
Proses latihan wajib dilakukan sekerap yang mungkin.Jika untuk pertandingan latihan berucap didepan cermin,bilik mandi dan sebagainya adalah lumrah.Teknik latihan boleh kita pelajari daripada jurulatih,mentor dan tokoh pemimpin setempat.Lagi banyak berlatih maka lagi baik hasilnya.
4.Intonasi suara yang pelbagai
Bidang komunikasi adalah satu seni.Sama juga dengan pengucapan awam.Penggunaan intonasi suara tinggi dan rendah boleh memberi perasaan fokus kepada audien.Ada dikalangan mereka yang boleh menyanyi maka satu kelebihan.Bernyanyi dalam selingan pidato adalah suatu yang hebat.
5.Penggunaan bahasa yang terbaik
Penulisan berbeza dengan pidato.Namun ada persamaan yang ketara ialah penggunaan bahasa.Dalam pidato para audien akan menangkap idea yang disampaikan dengan bahasa kita yang mudah,ringkas dan memukau.Jadi gunakan ayat yang pendek,berulang dan bombastik untuk kesan memori.Lebih bagus lagi jika bahasa yang kita gunakan menyentuh emosi mereka.Tak kira untuk menitis air mata atau ketawa sehingga senak perut .
6.Kawalan diri yang mantap
Perasaan gemuruh dan gementar adalah normal.Pakar motivasi sendiri pun mengakui ada mengalami gemuruh ketika hendak memulakan sesi ceramah mereka.Apa yang perlu kita buat ialah berdoa,membaca zikir,selawat dan bermeditasi untuk menurun gelombang minda ke tahap ketenangan.Kemahiran begini boleh diperolehi melalui pengalaman demi pengalaman.
7.Bahasa badan yang bersesuaian
Tangan,kepala dan mata adalah elemen utama bahasa badan ketika berpidato.Hubungan eye contact dengan audien memberi keyakinan mereka dengan apa yang kita sampaikan.Pergerakan tangan pula jangan terlalu cepat dan tidak tentu hala.Lakukan pada point yang sesuai.Contohnya ketika kita mahu penegasan pendirian dan pengulangan fakta penting.Gunalah isyarat tangan yang betul dan menarik.Begitu juga dengan kepala,Kita tidak boleh tunduk dan mendongak sepanjang masa.
Sekilas pandang,
Entri ini saya tulis untuk menyertai Contes –Tulis Pasal Pengucapan Awam yang diajurkan bersama blog hidupringkas.Hadiah yang bernilai keseluruhan RM750 mesti kita rebut dari sekarang sebelum 31 Oktober 2013.Mana tahu anda adalah bakal pemenangnya nanti
Sumber gambar : www.pidatoperdana.com
wartashubhi-2 62p · 597 weeks ago
Hero Borneo 80p · 597 weeks ago
My recent post Kisah Benar 40 Tahun Memburu Impian
Abdur Rozak · 597 weeks ago
My recent post BBM Is Now Available For Android
Hero Borneo 80p · 597 weeks ago
My recent post 3 Cabaran Utama Blogwalking
hafizmd · 597 weeks ago
selamat berjaya bro hanafi!
My recent post Giliran Pahang vs Sarawak!
Hero Borneo 80p · 597 weeks ago
My recent post 3 Cabaran Utama Blogwalking
onlajer · 597 weeks ago
My recent post Apa yang Patut Ada Dalam Tool Box
Hero Borneo 80p · 597 weeks ago
My recent post 3 Cabaran Utama Blogwalking
RunPatch 64p · 597 weeks ago
My recent post Banjir Lumpur di Sungai Bertam Ringlet Cameron Highland ( 10 Gambar ) ~ Perihal Negara
wazy · 597 weeks ago
My recent post Teknik Pengucapan Awam Yang Terbaik
leeza dayasarii · 597 weeks ago