google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: motivasi diri

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Misi Mencari Duit Online Tetap Diteruskan

Misi mencari duit online amat mencabar sekali.Ada yang bertahun-tahun memburu dan melabur duit dan masa untuk misi tersebut.Namun kejayaan belum juga kunjung tiba.Ternyata ada juga yang kecundang dan kecewa dipertengahan jalan.

 

Sebagai seorang blogger saya adalah diantara golongan ini.Mungkin dikalangan ratusan ribu blogger seluruh dunia yang mempunyai misi yang sama.

 

Persoalannya kini adakah saya akan berhenti dan mengangkat kain putih tanda sudah surrender..Jawapan memang tidak kerana dunia blogging bukan digerakkan kerana duit sahaja.Lebih dari itu.Soal minat dan prinsip hidup.

 

Saya ada prinsip yang saya kenal sejak dari kecil iaitu seorang yang degil dan punyai pendirian yang amat kukuh.Jika hendakkan sesuatu saya berusaha sedaya upaya tanpa kenal letih dan putus asa.

 

Dengan prinsip inilah saya terapkan untuk menjalankan misi mencari duit online melalui medium blog.Soal dapat atau tidak saya letakkan pada tempat yang kedua.Sebabnya dengan izin Allah SWT dan usaha yang konsisten saya percaya boleh berjaya.

 

Mungkin ada yang terfikir apakah usaha yang telah saya lakukan dalam misi mencari duit online.Usaha utama adalah promosi berterusan  tentang portal ilmu.Dalam portal ilmu ini saya telah menghimpunkan banyak produk ilmu untuk dijual.Terus terang untuk dijual secara promosi.Ada promosi baru orang tahu kewujudannya.

 

 

Portal Ilmu  e buku

 

SILA KLIK SINI UNTUK MENGETAHUI PORTAL ILMU

 

Jika sebelum ini usaha promosi banyak dilakukan melalui Facebook dan aktiviti blogwalking,kini saya cuba menggunakan teknik SEO supaya berada pada halaman utama carian Google.

 

Sebut tentang blogwalking pastinya saya akan terkenang kakiblog.my.Domain ini telah digantung dan saya terpaksa mencari domain baru sebagai pengganti.Ianya akan mengambil masa kerana tuntutan kewangan yang belum mengizinkan.

 

Atas desakan kewangan saya terus berfikir secara ligat untuk mendapatkan duit online.Ada banyak cara.Antaranya pengiklanan,advertorial,affialiate,dropship dan banyak lagi.

 

Kalau dah banyak cara macam tu mengapa saya dan juga anda ada yang belum benar-benar berjaya meraih pendapatan.

 

Jawapan mudah ialah saya atau anda belum cukup usaha.Andainya ada skala 1 sehingga 10 maka usaha saya dan mungkin anda masih pada skala 2.

 

Ayuh.Bangkit dari sifat lemah dan kurang motivasi.Fikirkan boleh dan tetapkan fokus minda untuk berjaya.Hanya minda yang berjaya memungkinkan tindakan cara orang berjaya.

 

‘pray hard but works smart as possible you can.Believe inner power is no limitation with Allah SWT permission.’

 

 

[Catatan kaki]


Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.Semoga dapat memberi manfaat kepada kalian semua.Apa kata luangkan sedikit masa lagi untuk singgah di --------> Portal Ilmu

Ceburilah Pekerjaan Yang Bersesuaian Dengan Potensi Diri.

 

Salam 1Malaysia,

 

Sejujurnya tidak semua rasa seronok untuk bekerja.Ada yang terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan diminati kerana sahut cabaran jangan memilih kerja.Janji kerja halal dan dapat duit yang berkat.Soal suka kira tolak ke tepi.

 

 

Orang yang tergolong dalam kumpulan ini perlu mengubah pemikiran.Dunia ini luas untuk kita terokai.Buka minda seluas-luasnya.Lihat dalam diri sendiri dalam-dalamnya.Kaji potensi diri.Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.

 

kerja

kredit gambar www.4share.com

 

Orang yang meminati hubungan sesama manusia memang sukar bekerja dalam stor yang tersembunyi dan terasing.

 

 

Orang yang suka nombor dan pengiraan akan tertekan apabila bekerja melibatkan penulisan iklan atau melukis animasi.

 

 

Orang yang berbakat dalam kepimpinan tentu tidak selesa apabila bekerja sebagai pekerja bawahan yang boleh diarahkan buat itu dan ini.

 

 

Orang yang minat berniaga  mana mungkin melakukan pekerjaan rutin yang tidak memerlukan untung dan rugi.

 

 

Sekiranya kita tercebur dalam bidang yang bercanggah dengan potensi diri maka konflik emosi akan berlaku.Kesan ada yang segera dan ada yang lambat.

 

 

Kesan segera ialah pekerja tersebut akan menunjukkan sikap pemberontakan.Datang lambat,cuai,tiada peningkatan produktiviti dan ‘mengular’

 

 

Kesan jangka panjang hanya dilihat selepas setahun bekerja dan tahun – tahun seterusnya.Pekerja tidak menampilkan kemampuan bekerja yang sebenar.Produktiviti amat sederhana sehingga menyukarkan majikan membuat kenaikan gaji.Apa yang menyedihkan taraf hidup pekerja ini statik.Tak naik dan nasib baik tak turun.

 

 

Dalam senario begini pihak majikan perlu main peranan.Pekerja begini jika  diletakkan pada tempat yang sepatutnya boleh memberi aset yang sangat berharga kepada syarikat dan negara.Mereka harus diberi peluang tanpa ada rasa prejudis.

 

 

Bagi pekerja pula peluang yang ada didepan mata jangan dilepaskan.Keluar dari zon penyiksaan ke zon cabaran yang lebih bererti.Hidup ini terlalu singkat dan jangan membuang masa dengan mengeluh dan memikirkan kisah silam yang hitam.

 

 

Sekilas pandang,

 

Pendek kata bukan senang nak senang.Bekerja selagi kita mampu dan bertukar kerja perlukan perancangan.Jangan berburu-buru pula.

 

Jika nak bertukar kerjaya secara online bolehlah pergi ke sini

9 Panduan Untuk Isteri Supaya Suami Tak Cari Lain

 

Hidup berumahtangga banyak cabarannya.Mudah dilanda dugaan yang kadang-kadang tak terfikir oleh dek fikiran kita.

 

images

 

Ada  9 petua untuk memastikan si suami kekal setia kepada isterinya yang sedia ada.

 

1.Elakkan keluar dari rumah tanpa kebenaran

 

Si isteri jika nak keluar rumah memang wajib minta kebenaran dari si suami.Nampak remeh namun impaknya sangat besar.Dunia di luar rumah banyak pancaroba.Perlu diingatkan bahawa Si suami amat menyukai isteri jika berada di rumah sebagai teman kepada dirinya dan anak-anak.

 

2.Jangan mencurigai pasangan

 

Daripada mencurigai si suami alangkah baik jika berdoa supaya Allah SWT bagi petunjuk kepada kita untuk terus hidup bahagia.Sikap mencurigai suami menyebabkan rasa kurang senang dan merimaskan.

 

3.Tidak cemburu buta

 

Orang kata cemburu itu tanda sayang.Namun terlampau cemburu mengundang padah.Si suami akan rasa kurang selesa kerana dok perhati macam CCTV.Periksa sana-sini dan siasatan seperti seorang jenayah.Suami mana yang boleh tahan dengan keadaan ini.

 

4.Berlemah-lembut

 

Walaupun secara azalinya seorang wanita dilahirkan penuh kelembutan tidak dinafikan ada juga isteri si penengking suami.Hanya suami yang sabar sahaja tahan hidup bersama isteri yang bersuara tinggi.Jadi alangkah eloknya jika isteri sentiasa berlemah lembut dengan suami sebagai mana adab kita dengan ibubapa.

 

5.Tidak mengungkit

 

Si isteri yang suka mengungkit kepada suami hal-hal kebajikan atau pertolongannya dahulu sebenarnya mengundang perasaan kurang senang si suami.Dalam Islam dilarang mengungkit kerana perbuatan ini boleh melupuskan pahala.Bantu biarlah ikhlas.Kalau tak sudi lebih baik jangan.

 

6.Hormat menghormati

 

Dalam hidup ini sifat hormat perlu diwujudkan dalam diri kepada semua orang.Lebih-lebih lagi kepada suami jika anda seorang isteri.Memang amalan murni begini bukan mudah untuk dipraktikan jika dalam diri ada perasaan angkuh dan sombong.Tak kiralah siapa.

 

7.Penampilan diri

 

Lelaki suka melihat kecantikan manakala wanita ingin memperlihatkan kecantikan.Dalam rumahtangga si isteri wajib menawan suami dengan aset kecantikan yang sedia ada.Cantik bukan sekadar paras rupa tetapi akhlak.Kalau dua-dua ada lebih baik.

 

8.Manis dengan senyuman

 

Muka isteri yang kaya dengan senyuman pasti mengembirakan suami.Kalau dah gembira dan bahagia peluang suami untuk beralih arah semakin nipis.Kenyataan ini bukan bermaksud untuk menggalakkan suami cari lain jika isteri jarang tersenyum.

 

9.Selesaikan masalah secara bijak

 

Dalam banyak tip di atas perkara no.9 adalah paling penting sekali.Hidup tidak akan terlepas dari masalah.Begitu juga dalam alam rumahtangga.Si isteri atau si suami yang bijak selesaikan masalah boleh mempertahankan perkahwinan sepanjang hidup mereka.Untuk menjadi bijak ilmu perlu dicari dan diamalkan,

 

Sekilas pandang,

family

 

Panduan ini saya ubah suai dari sebuah buku yang terlaris dipasaran iaitu ‘Di Bawah Payung Aishah Tip-Tip Poligami’ tulisan Imran Yusuf.

 

Semoga mendapat manfaat yang berguna dalam melayari bahtera rumahtangga.Jangan sekali kita menambah bilangan punca kepada masalah sebagaimana dalam buku 99 Punca Perceraian Di Malaysia

 

ps: Gambar hiasan bersumberkan dari www.google.com

Belajar Untuk Memberi Maaf Dan Melupakan

 

Konsep ini cukup popular jika disebut dalam bahasa orang putih iaitu forgive and forget.Menyebutnya memang mudah.Namun mengamalkannya memang berat.Lebih berat dari seguni pasir yang seberat 10 kilogram.

 

Menjalani kehidupan sebagai manusia berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia itu sendiri.Lainlah jika difantasikan kita semua ini menjadi robot atau mesin.Kita tidak perlukan perasaan.Kita hidup dengan komponen elektrik.

 

Kita mana mungkin menjadi robot.Jauh sekali menjadi malaikat.Tidak juga sebagai tumbuh-tumbuhan.Kita adalah manusia yang berperanan sebagai pemimpin untuk memakmurkan bumi.Sebagai manusia kita hidup ramai-ramai.Hidup bermasyarakat dalam lingkungan sosial sebagai suami-isteri,jiran tetangga dan komuniti kampung atau perumahan.

 

Kehidupan sebagai suami-isteri pasti berdepan dengan konflik.Mesti ada perselisihan faham.Tidak kira kecil atau besar.Ada yang remeh.Ada juga yang sangat serius.Suami perlu bertolak ansur dengan isteri.Si isteri pula mesti menghormati suami sebagaimana kedua orang tuanya.Jika terselit dalam hati perasaan sengketa jangan dipendam atau disimpan.

Sebaik-baiknya bawa berbincang.Jika perbincangan tidak berjaya maka salah seorang mesti ada perasaan untuk memberi maaf dan lupakan sengketa tesebut.Lebih afdal jika kedua-duanya mengamal konsep maaf dan lupakan.Barulah hidup harmoni hingga hujung nyawa.

 

Begitu juga dengan hidup berjiran.Tidak dapat tidak akan berhadapan rasa tidak puas hati.Zaman muktahir ini hidup berjiran semakin hilang kerukunannya.Ada yang tidak kenal jiran sebelah.Berat hati untuk bertegur sapa.Lebih malang buat-buat tak tahu dengan kewujudan jiran.Senario sakit hati dengan jiran memang banyak berlaku.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Baik kerana suasana bising,isu sampah,haiwan ternakan dan anak anak kecil.

 

Solusi yang wajar diambil ialah amalkan sikap memberi maaf dan lupakan masalah yang terjadi.Jangan dicari siapa yang salah.Sebaliknya jadilah orang pertama yang meminta maaf.Andainya kemaafaan belum diterima tidak apa.Berikan kebaikan sehingga kebaikan itu memadam perasaan kebencian.

 

Mari kita langkaui perbincangan kepada komuniti kampung atau kawasan perumahan.Dalam sesebuah kampung terlalu pelik jika semua penghuninya baik-baik belaka.Menjadi lumrah akan ada sekelompok manusia yang bermasalah.Mereka penentang.Mereka pengacau.Malah lebih merisaukan mereka jenis tidak makan saman.Bagi nasihat mereka tidak diendahkan.Kalau diugut mereka akan mengancam untuk bertidak di luar berperi kemanusiaan.

 

Tok Ketualah orang yang paling pening kepala.Anak buah buat hal tanggungjawab kena kepada beliau.Dalam menangani cabaran begini tok ketua mesti ada amalkan konsep memberi maaf dan lupakan perkara yang telah berlaku.Terima mereka dengan peluang kedua.Nasihatkan dengan kasih sayang.Curahkan perhatian terutama pihak kelurga.Manalah kita tahu dengan konsep tersebut hati mereka tersentuh lalu memberi rasa kesedaran.Manusia perlukan masa untuk berubah.

 

Sekilas pandang,

Maafkan saya jika ada terlanjur kata.Maafkan juga kerana perbincangan ini masih berada dalam ruang lingkup yang terhad.

Konsep memberi maaf dan melupakan adalah teras untuk hidup sejahtera.Konflik sejujurnya tidak boleh dielakkan kerana melibat soal hati dan perasaan manusia.Sudah tentu hati dan perasaan terlalu misteri untuk ditelek pada bahagian dasarnya.

Jadi konflik harus didepani dengan konsep memberi maaf dan melupakan.Biarpun agak payah.Pasti lama-kelamaan alah tegal alah bisa.

 

images

                                            credit picture to www.google.com

8 Tip Terhebat Untuk Mengawal Emosi Kacau

Sebut tentang emosi tentu orang akan teringat istilah mood.Jadi selalu kita terdengar kata-kata:

 

“saya tidak ada mood hari ini’’

“kenapa dia tu…asyik bad mood saja”

“semalam awek saya moody,langsung tak jawap call saya”

 

…………dan banyak lagi contoh yang tak  larat dah saya nyatakan di sini.

 

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak dalam bukunya berjudul Memimpin Diri Sendiri terbitan pada tahun 2004 menyatakan 8 kaedah untuk mengawal emosi.Berikut adalah informasi yang sudah saya olah semula dengan pendekatan baru :

 

download (1)

                                                 credit picture to www.google.com

1.Berfikiran positif

 

Orang yang berfikiran positif sentisa melihat sesuatu perkara dengan sudut kebaikan.Mereka tetap beranggapan apa jua musibah yang berlaku ada hikmahnya.Tidak kira besar atau kecil sesuatu musibah itu.Hikmah yang difikirkan membawa kebaikan sama secara langsung atau tidak langsung.Natijahnya emosi kita tetap tenang dan sentiasa redha.

 

2.Tenangkan fikiran

 

Hanya fikiran yang tenang dapat berfikir secara rasional.Apabila fikiran kita berkecamuk,tindakan kita selalunya melulu sahaja.Sudah tentu situasi ini memberi tekanan kepada emosi.Jadi secara logiknya dengan menenangkan fikiran maka emosi akan lebih terasa lapang dan damai.

 

3.Sentiasa senyum

 

Ketika kita dilanda masalah yang gentir tentu susah untuk memberi senyuman.Segala keresahan yang bersarang dalam hati akan dicerminkan melalui wajah.Langkah terbaik ialah berusaha untuk terus senyum supaya orang sekeliling kita sedar bahawa kita adalah orang tabah dan sabar mengawal emosi.Sekurang-kurang kita memberi kegembiraan untuk orang lain melalui senyuman ikhlas.

 

4.Memotivasikan diri

 

Sebagai manusia biasa adakalanya kita terlalu sedih atau kecewa.Ada yang bersendirian tidak mahu diganggu.Namun adalah lebih bijak kita membaca buku-buku motivasi atau blogwalking ke blog yang ada niche motivasi.Saranan perunding motivasi boleh mengembalikan semangat yang hilang.Ini memberi pemulihan kepada emosi supaya tidak berduka terlalu lama.

 

5.Memaafkan kesalahan orang

 

Memang diakui bahawa memaafkan kesalahan orang lain cukup berat.Lebih-lebih lagi kesalahan tersebut serius dan sukar untuk diterima.Seandainya kita dapat memaafkan kesalahan orang emosi kita juga yang akan tenang.Kita lupakan apa yang berlaku dan bersedia untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang dihadapi.Emosi kita kurang tekanan kerana tidak berdendam dengan orang lain.

 

6.Menjauhi suara yang lantang

 

Tatkala emosi kita ketegangan jangan berkata-kata dengan suara yang nyaring.Keadaan ini memberi kesan kepada emosi sendiri dan orang lain.Emosi yang gelisah sukar untuk ditenangkan dalam suasana yang tegang.Sebab itu orang bertegang urat dan memaki hamun memburukkan lagi keadaan.Pasti jalan kedamaian sukar ditemui.

 

7.Rehat yang cukup

 

Keadaan diri yang kepenatan menambah tekanan emosi.Amat wajar orang telah kepenatan bekerja berhari-hari bercuti waima sehari.Cari ketenangan dengan bersiar-siar ke tempat yang menarik.Jika ada kemampuan digalakkan melancong untuk merehatkan badan dan emosi sekali gus.Setelah badan cergas semula maka semangat akan kembali membara.Emosi kembali stabil untuk menghadapi cabaran mendatang.

 

8.Berdoa

 

Diantara banyak cara yang dikemukakan di atas maka berdoa adalah cara yang terbaik sekali.Dengan berdoa kita meletakkan segala harapan dan tanggungan masalah kepada  Allah SWT.Ketika berdoa kita mestilah dalam keadaan tenang supaya timbul rasa khusyuk.Apatah lagi selepas berdoa ketenangan akan berlanjutan kerana penyerahan hati kita kepada Allah SWT 100 peratus.Itulah kemuncak ketenangan emosi apabila seorang hamba mendapat perhatian Allah SWT.

 

Sekilas pandang,

 

Dalam hidup kita ini pasti tidak terlepas dari menghadapi cabaran dan halangan.Tidak kira melibatkan soal kewangan,rumahtangga,pergaulan harian dan tempat kerja.

 

Sebagai panduan ringkas inilah tip yang boleh diaplikasikan supaya emosi kita tidak down terlalu lama.Hakikat hidup mudah sahaja.Langit tidak selalu cerah dan hidup umpama roda.Kita tidak selama-lamanya berada di atas.Bersedia menghadapi ketika berada di bawah.

4 Sebab Mengapa Mesti Kita Bekerja

Setiap makhluk yang bernyawa diberi rezeki masing-masing.Konsep rezeki sangat luas.Namun kita khususkan kepada soal duit dalam entri ini.Dengan bekerja kita mendapat duit untuk menampung keperluan hidup.

 

Terdapat 4 sebab mengapa kita bekerja.Tidak kira kerja makan gaji,berniaga atau apa sahaja pekerjaan yang halal.Janji menghasilkan duit.

 

 

is

                                 credit picture to www.ask.com

1)Jaminan nafkah kehidupan

 

Dengan adanya pekerjaan kita mendapat upah yang diberi dalam bentuk wang ringgit bagi membeli segala keperluan hidup .Kita tidak perlu bergantung harap kepada orang lain.Hidup kita lebih bermaruah.Hidup orang yang tidak bekerja pula boleh melarat sehingga terpaksa menagih simpati orang lain.Maka dengan bekerja menjadi jaminan untuk kita menampung kehidupan.Lainlah untuk mereka yang sudah mencapai tahap financial freedom.Hidup untuk dinikamati tanpa perlu bekerja.

 

2)Status dan pengiktirafan

 

Pada dasarnya manusia suka dipandang mulia baik secara langsung atau sebaliknya.Pekerjaan yang baik akan meningkatkan status seseorang.Sebaliknya seseorang yang tiada pekerjaan akan dipandang serong dan hina oleh masyarakat.Bagi mengelakkan stigma begini kebanyakkan kita terpaksa bekerja keras untuk mendapat pekerjaan yang baik dan tinggi statusnya.Contohnya seseorang perlu belajar hingga ke peringkat tertinggi bagi memastikan boleh bersaing dalam pasaran kerja.

 

3)Meningkatkan self-esteem

 

Self-estem adalah keyakinan diri.Satu istilah yang menggambarkan kebolehpercayaan kepada diri sendiri.Orang yang tidak ada pekerjaan akan mengalami rasa rendah diri,terpinggir dan konflik emosi.Hidup dalam tekanan begini memang memudaratkan kesihatan.Jadi  bekerja sahaja boleh meningkatkan self-esteem.Menukar rasa rendah diri kepada keyakinan diri yang tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat.Besarnya pengaruh pekerjaan dalam hidup kita terutama yang melibatkan self-esteem.

 

4)Tuntutan agama

 

Agama menuntut penganutnya memandang serius soal mencari rezeki.Orang bekerja jauh lebih baik daripada orang yang hanya duduk berzikir dalam masjid.Hanya dengan bekerja mencari rezeki halal kita diberi ganjaran pahala.Tuntutan bekerja lebih berat kepada orang yang sudah berkeluarga.Mencari rezeki untuk menyara anak isteri.Mencukupkan keperluan asas.Orang bujang pula bekerja demi membalas pengorbanan ibu bapa.Ini kerana menjaga kebajikan orang tua sudah terpikul ke bahu anaknya terutama anak lelaki.Pendek kata bekerja meningkatkan syiar agama.Dengan bekerja boleh menjarakkan kemiskinan dalam hidup.Dikhuatiri kemiskinan itu menjatuhkan seseorang lembah kekufuran.

 

Sekilas pandang,

 

Maklumat tersebut saya petik dari sebuah buku Memimpin Diri Sendiri hasil tulisan Ahmad Zabidi Abdul Razak.Saya mengolah dengan memaksimakan ayat sendiri namun  mengekalkan isi utama supaya tidak tersasar jauh.

6 Petua Dahsyat Untuk Meraih Kejayaan

download (1)

Setiap insan yang bergelar manusia pasti menginginkan kejayaan dalam hidup mereka.Sayangnya ramai yang tercari-cari termasuk saya bagaimana untuk berjaya mencapai apa yang diimpikan selama ini.

Saya teruja untuk berkongsi dengan sedikit ilmu yang saya temui dalam buku Quranic Law of Attarction hasil tulisan Rusdin S.Rauf.Beliau merupakan seorang penulis Indonesia yang hebat dalam ilmu motivasi dan pembangunan diri.

Untuk memastikan petua ini relevan dengan dunia blogger saya telah mengolah semula dengan gaya bahasa santai.

1) Mengetahui dengan jelas apa kita mahukan

Sebaik-baiknya bermuhasabah diri sebelum kita tidur.Berbicaralah dengan diri sendiri dan keluarga apa yang kita sangat mahukan dalam hidup.Lihat kecenderungan kepada diri sendiri.Terokai kekuatan diri dengan bersendirian atau bermonolog.Biarkan hati kita membisikkan apa yang kita ingini.Jadikan keinginan kita seperti sudah terang lagi bersuluh mengguna spotlight.

2)Jangan berhenti berdoa

Kita harus berdoa setiap masa.Ketika susah kita berdoa dan sewaktu senang pun kita berdoa.Dalam erti kata yang lebih mudah berdoa secara berterusan untuk mencapai kejayaan.Perlu diingatkan kejayaan yang kita mau raih hanya berlaku jika mendapat keizinan Allah SWT.Ada yang usaha sedikit terus berjaya.Ada pula yang berusaha semaksima mungkin pun belum lagi berjaya.Ini ada kaitannya dengan doa.Doa menjadi titik tolak kejayaan kita bersulami usaha yang kita lakukan.

3)Sebatikan dalam jiwa tujuan kejayaan kita

Kita mengharapkan kejayaan untuk kebaikan sahaja dan  memberi manfaat sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.Aura positif dari kejayaan akan bergetar dan bergerak menuju kita.Kita ada sebab untuk berjaya.Sebab ini hendaklah ditanam dalam hati dan disegarkan setiap masa.Jadikan tujuan kejayaan itu seperti letusan larva gunung berapi.

4)Menghapuskan keraguan di dalam hati

Antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh semua kita untuk berjaya ialah rasa ragu-ragu.Selagi ada keraguan dalam hati maka alam sekeliling turut memberi tindak balas yang sama.Jalan penyelesaiannya kita wajib berlatih untuk berfikiran positif,bertawakal dan menyerahkan keputusan kepada Maha Pencipta.Kewujudan elemen ini dalam fikiran sudah pasti melenyapkan keraguan secara beransur-ansur.

5)Menikmati kesyukuran setiap detik

Orang yang bersyukur akan ditambah dinikmatnya.Tidak kira besar atau kecil dan nyata atau tersembunyi.Perasaan kita hendaklah tenang dan gembira.Orang yang bersyukur tidak mengeluh dan meratapi apa yang sudah berlaku.Hati dan perasaan mereka menerima seadanya dan ini menjadikan kejayaan yang diraih meskipun kecil amat dihargai.Sebab itu orang kaya bertambah kaya kerana mereka mensyukuri rezeki yang diperolehi setiap hari.

6)Perkuatkan kesabaran menanti kejayaan

Kita harus ingat bahawa kejayaan itu bukan destinasi tetapi satu perjalanan.Kejayaan perlu masa dan tempoh tertentu.Jadi tidak boleh tidak kita mesti bersabar dalam ruang waktu tersebut.Kejayaan mungkin berada satu langkah lagi namun kerana kita sudah berputus asa maka kejayaan itu terus tenggelam.Alangkah ruginya jika tidak bersabar menanti saat itu.Memang tepat sekali sabar dikatakan separuh dari iman.

p/s : sumber gambar- www.google.com

Jangan Bertangguh Jika Dapat Dilakukan Sekarang

 

 

l1s84

 

Saya  pernah mengikuti satu kursus motivasi dan kepimpinan kira-kira 15 tahun yang lepas.Saya masih ingat dan sampai sekarang ingatan terhadap pesanan ini kekal kukuh.Penceramah tersebut berpesan  ‘'semakin lama anda bertangguh maka semakin kuat tekanan untuk anda tanggung.’’

 

Saya akui memang benar.Saya percaya kita semua ada sikap suka bertangguh.Terutamanya perkara yang melibatkan kebaikan.Betulkan.

 

Sikap bertangguh menjadi trend kebanyakan orang.Bertangguh untuk solat.Bertangguh untuk membuat kertas kerja.Bertangguh untuk belajar dan 1001 lagi perkara untuk ditangguhkan.Akhirnya banyak perkara yang baik tidak dapat dilaksanakan.Anda menyesal dan timbulnya perasaan kalaulah dulu saya buat macam tu…pasti saya sudah mendapat apa yang saya citakan.

 

Kesan sikap bertangguh ini akan terkena batang hidung sendiri.Kita akan tertekan dan gelisah untuk menghadapinya.Tekanan yang kita hadapi merencat kebahagiaan hidup.Lebih merisaukan jika ada yang tidak mampu mengawalnya sehingga menjadi pencetus kepada huru hara.Tidak kira dalam keluarga maupun dalam masyarakat.

 

Saya melihat sikap bertangguh ini boleh diubah atau  ditranformasi ke arah lebih positif.Perubahan boleh perlahan-lahan.Usah terlalu drastik takut kita sendiri tidak mampu menangani perubahan tersebut.Mulakan perkara yang kecil dahulu.Sesuatu yang mudah dan remeh.Lama-kelamaan kita terbiasa untuk melakukannya dengan rasa rela dan tanpa sedar.

 

Ambil contoh mudah.Katakan anda hendak mencuci kereta hari Ahad.Anda boleh melakukan aktiviti ini terus pada hari Sabtu.Bagi surirumah pula lagi mudah.Anda biasa masak jam 11am dan apa kata anda mulakan 10.45am pula.Dan sudah pasti banyak lagi contoh di luar sana.

 

Akhir kata sikap bertangguh boleh diubah menjadi tabiat baik iaitu segera melakukan kebaikan.Kita wajar memanfaatkan setiap saat kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk dilengah-lengah kepada perkara yang sia-sia.

Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik?

 

l2s15

 

Ura-uranya ada kenaikan gaji dan elaun perumahan kepada penjawat awam.Berita ini

pasti memberi nafas lega kepada mereka penjawat awam yang terlibat.Tempias ini turut dinikmati oleh para peniaga besar maupun kecil.Pihak bank akan tersenyum lebar sama ada mereka yang terbabit dengan pinjaman kad kredit,kereta maupun rumah.

 

Dalam pada itu jangan kita lupa hukum dunia.Buat baik dibalas baik.Kenaikan gaji menuntut peningkatan produktiviti dan motivasi pekerja.Bahasa mudahnya kerja rajin-rajin dan komitmen melebihi jangkaan majikan.

 

Motivasi kerja melibatkan produktiviti.Apabila pekerja bermotivasi tinggi maka produktiviti juga tinggi.Majikan tiada pilihan dalam soal motivasi pekerja.Pekerja yang tidak puas hati kerana  gaji boleh berhenti bila-bila masa.Mereka juga sanggup berpiket kerana tiada pelaksanaan gaji minimum.

 

Senario begini menjadi ugutan kepada majikan supaya tunduk kepada kemahuan pekerja.Akibatnya ketelusan dan keikhlasan bekerja hilang.Kalau majikan dan pekerja sudah main tarik tali begini sudah tentu produktiviti syarikat boleh jatuh merudum.Siapa yang susah akhirnya.Mereka dan keluarga mereka.

 

Soal kenaikan gaji biarlah menjadi menjadi kenyataan.Namun soal kenaikan harga barang pasti menjadi igauan ngeri kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.Kepada mereka yang berfikiran positif kenaikan harga barang menjadi motivasi untuk berjimat cermat.Makan berpada-pada.Hiburan dikurangkan.Mungkin juga peningkatan jumlah blogger mencari duit melalui blog.

 

Kita berhadapan cabaran hidup yang perit dan gentir.Anak-anak kita akan berhadapan dengan cabaran yang lebih perit dan lebih gentir lagi.Sebagai persediaan kita perlu menyediakan pendidikan berkualiti supaya cara berfikir mereka lebih baik dari kita.Pemikiran yang jauh ke hadapan( termasuk akhirat) supaya negara ini maju dan bersatu padu.

 

 

p/s: jangan lupa ada 9 Formula Pantas Seru Rezeki
Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Semua orang mahu berjaya.Tidak kira  apa jua bidang maupun perkara.Kejayaan besar atau kecil memberi satu kepuasan kepada seseorang.Kejayaan itu dicetuskan melalui kuasa keyakinan.

Dalam entri kali ini teman ingin berkongsikan satu elemen  pencetus kejayaan iaitu kuasa keyakinan.Istilah biasa yang digunakan ialah yakin boleh.Jadi perkara ini bukanlah sesuatu yang baru.Malah ia sudah teruji dan terbukti sejak sekian lama.



Kuasa keyakinan dapat dibentuk dan diasah melalui latihan.Teman memang gemar mengutamakan latihan dalam semua perkara.Ini kerana dengan latihan seseorang boleh mahir dalam sesuatu bidang.Lebih-lebih lagi tentang kuasa keyakinan.

Cara melatih keyakinan ada pelbagai.Paling mudahnya cara orang Islam.Orang Islam yakin ada Allah SWT dan Rasullulah SAW.Orang Islam wajib yakin dengan akhirat walaupun tidak pernah nampak.Seumpama latihan orang Islam wajib melakukan solat 5 waktu.Hanya solat sahaja boleh memupuk jiwa dan hati tentang keyakinan terhadap perkara yang jauh dari penglihatan sebenar.

Kuasa keyakinan diri yang tinggi boleh diperolehi dengan ilmu.Ilmu itu biasanya melalui buku-buku ilmiah,perkongsian ilmu dalam blog dan sesi seminar motivasi.Dengan ilmu perasaan yakin terhadap diri bertambah secara tidak langsung.

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<

Semua orang ada potensi untuk berjaya.Semua orang memiliki kuasa keyakinan dalam diri.Namun ada perbezaan jika kuasa keyakinan tinggi dengan kuasa keyakinan rendah.Orang berjaya mempunyai kuasa keyakinan diri yang tinggi.Mereka berfikir dan merancang serta bertindak dengan yakin.Tiada was-was untuk gagal meskipun risiko untuk gagal memang ada.

Sebaliknya kuasa keyakinan rendah diibaratkan kalah sebelum berjuang.Mereka ini lebih memikirkan kegagalan.Mereka kurang yakin untuk berjaya lalu mencipta alasan bagaimana untuk gagal.Akhirnya tidak berjaya meskipun potensi keyakinan diri memang sudah dibekalkan kepada kita semua sejak lahir lagi.Terpulang kepada kita untuk memilih sahaja.


Kita berhak memilih kuasa keyakinan diri yang tinggi.Kita boleh berjaya.Kita perlu bekerja keras,berusaha lebih dan yakin dengan kudrat dan iradatNya.Insya Allah kejayaan yang kita impikan berada dalam genggaman.Yakin Boleh.Yakin Berjaya.

Sumber grafik :www.Yahoo.com

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<



Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?

Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?




Sekali imbas tajuk entri kali macam kuliah agama.Jangan  terkejut kerana saya tidak mengulas perkara ini dari sudut agama semata-mata.Saya bukan pakar.Saya cuma bapak  budak yang masih belajar tentang agama Islam.Apa yang ingin saya ketengahkan ialah konsep bersabar dalam kehidupan universal.

Sesungguhnya kehidupan kita ini melalui banyak pancaroba( kata klasik),ujian,dugaan,kesukaran dan apa sahaja yang kurang berkenan di hati kita.Orang sabah sabar boleh menghadapi semua ini dengan tenang.Ketenangan yang dimilikinya memberi impak positif kepada sistem badan.Malah menyebarkan aura positif  kepada orang di sekeliling.Tidak hairan orang yang memiliki sifat sabar ini ramai kawan berbanding orang panas baran.

Kesabaran boleh dipupuk dengan pelbagai kaedah.Sudah tentu pendekatan agama.Memang diakui sabar itu sifat orang beriman.Bahkan separuh dari iman.Agama Islam amat menitik beratkan konsep sabar dalam ibadah.Sabar mengerjakan kebaikan dan sabar pula menahan diri untuk melakukan kemungkaran.Ganjaran sabar diberi pahala yang tidak terkira.Selain itu masuk syurga tanpa hisab.Masya Allah hebat sungguh ini.

Nilai kesabaran dalam diri dapat juga dipupuk dengan mengubah cara berfikir.Corak pemikiran yang mementingkan diri sendiri wajar diubah.Cuba letakkan diri kita ini pada tempat orang lain.Cara berfikir seperti ini boleh diasah melalui  seminar motivasi,buku dan  blog blog yang berkaitan.Memang bukan mudah untuk mengubah cara berfikir.Ia sudah tertanam dalam cip otak sejak kecil lagi.Saya sengnaja memfokuskan sabar adalah satu daripada cara pemikiran seseorang.Kebiasaannya sabar melibatkan soal hati.Perlu diingatkan hati boleh berubah-ubah atau berbolak hati berbanding cara berfikir.Marilah memupuk sabar dengan mengubah cara berfikir seperti orang beriman.

Dalam teknik auto sugestion  slogan sabar selalu kita gunakan secara tidak langsung.Antaranya sabarlah,apa boleh buat sabar sajalah dan sabar jak lah aku (Melayu Sarawak).Slogan ini kita sebut,ingat dan ulang beratus-ratus kali sehari.Kesannya minda separa sedar menganggap diri kita ini adalah orang yang paling bersabar atas muka bumi ini.Memanipulasikan minda separa sedar memberi kesan ajaib kepada seseorang.Bayangkan ketika kita kesedihan,sedang marah,kecewa dan merana kita sebut perkataan sabar untuk menenangkan emosi.Kita selalu bermonolog dengan kata-kata negatif.Jadi kita tukar kata-kata yang negatif kepada perkataan sabar,sabar dan sabar.Saya amat percaya teknik ini berkesan ketika kita hilang punca.

Kesimpulannya sabar adalah perkataan yang memberi kesan emosi kepada seseorang.Sabar terlalu tinggi nilainya.Sabar umpama air yang memadamkan panas api.Sabar seperti batu permata untuk dimiliki.Kepada mereka yang menerima ujian dan dugaan tingkatkan kesabaran.Kita tidak harus gelisah dan resah.Juga tidak perlu ribut-ribut kerana adanya kesabaran, nikmat kehidupan lebih terasa.

Sumber grafik:http://start.facemoods.com

p/s: saya mungkin lama tidak online selepas ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.Saya berdoa cabaran ini tidak lama supaya saya kembali berblogging.Saya cuba untuk bersabar meskipun saya tahu tiada bersama  blog ini menyebabkan  hati saya lara sepanjang masa,.Sabar 1000x