google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Belajar Untuk Memberi Maaf Dan Melupakan | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Belajar Untuk Memberi Maaf Dan Melupakan

 

Konsep ini cukup popular jika disebut dalam bahasa orang putih iaitu forgive and forget.Menyebutnya memang mudah.Namun mengamalkannya memang berat.Lebih berat dari seguni pasir yang seberat 10 kilogram.

 

Menjalani kehidupan sebagai manusia berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah manusia itu sendiri.Lainlah jika difantasikan kita semua ini menjadi robot atau mesin.Kita tidak perlukan perasaan.Kita hidup dengan komponen elektrik.

 

Kita mana mungkin menjadi robot.Jauh sekali menjadi malaikat.Tidak juga sebagai tumbuh-tumbuhan.Kita adalah manusia yang berperanan sebagai pemimpin untuk memakmurkan bumi.Sebagai manusia kita hidup ramai-ramai.Hidup bermasyarakat dalam lingkungan sosial sebagai suami-isteri,jiran tetangga dan komuniti kampung atau perumahan.

 

Kehidupan sebagai suami-isteri pasti berdepan dengan konflik.Mesti ada perselisihan faham.Tidak kira kecil atau besar.Ada yang remeh.Ada juga yang sangat serius.Suami perlu bertolak ansur dengan isteri.Si isteri pula mesti menghormati suami sebagaimana kedua orang tuanya.Jika terselit dalam hati perasaan sengketa jangan dipendam atau disimpan.

Sebaik-baiknya bawa berbincang.Jika perbincangan tidak berjaya maka salah seorang mesti ada perasaan untuk memberi maaf dan lupakan sengketa tesebut.Lebih afdal jika kedua-duanya mengamal konsep maaf dan lupakan.Barulah hidup harmoni hingga hujung nyawa.

 

Begitu juga dengan hidup berjiran.Tidak dapat tidak akan berhadapan rasa tidak puas hati.Zaman muktahir ini hidup berjiran semakin hilang kerukunannya.Ada yang tidak kenal jiran sebelah.Berat hati untuk bertegur sapa.Lebih malang buat-buat tak tahu dengan kewujudan jiran.Senario sakit hati dengan jiran memang banyak berlaku.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Baik kerana suasana bising,isu sampah,haiwan ternakan dan anak anak kecil.

 

Solusi yang wajar diambil ialah amalkan sikap memberi maaf dan lupakan masalah yang terjadi.Jangan dicari siapa yang salah.Sebaliknya jadilah orang pertama yang meminta maaf.Andainya kemaafaan belum diterima tidak apa.Berikan kebaikan sehingga kebaikan itu memadam perasaan kebencian.

 

Mari kita langkaui perbincangan kepada komuniti kampung atau kawasan perumahan.Dalam sesebuah kampung terlalu pelik jika semua penghuninya baik-baik belaka.Menjadi lumrah akan ada sekelompok manusia yang bermasalah.Mereka penentang.Mereka pengacau.Malah lebih merisaukan mereka jenis tidak makan saman.Bagi nasihat mereka tidak diendahkan.Kalau diugut mereka akan mengancam untuk bertidak di luar berperi kemanusiaan.

 

Tok Ketualah orang yang paling pening kepala.Anak buah buat hal tanggungjawab kena kepada beliau.Dalam menangani cabaran begini tok ketua mesti ada amalkan konsep memberi maaf dan lupakan perkara yang telah berlaku.Terima mereka dengan peluang kedua.Nasihatkan dengan kasih sayang.Curahkan perhatian terutama pihak kelurga.Manalah kita tahu dengan konsep tersebut hati mereka tersentuh lalu memberi rasa kesedaran.Manusia perlukan masa untuk berubah.

 

Sekilas pandang,

Maafkan saya jika ada terlanjur kata.Maafkan juga kerana perbincangan ini masih berada dalam ruang lingkup yang terhad.

Konsep memberi maaf dan melupakan adalah teras untuk hidup sejahtera.Konflik sejujurnya tidak boleh dielakkan kerana melibat soal hati dan perasaan manusia.Sudah tentu hati dan perasaan terlalu misteri untuk ditelek pada bahagian dasarnya.

Jadi konflik harus didepani dengan konsep memberi maaf dan melupakan.Biarpun agak payah.Pasti lama-kelamaan alah tegal alah bisa.

 

images

                                            credit picture to www.google.com

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori motivasi diri dengan judul Belajar Untuk Memberi Maaf Dan Melupakan . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/belajar-untuk-memberi-maaf-dan-melupakan.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 23 May 2013