google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Apa Benda E.M.G.S Itu? | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Apa Benda E.M.G.S Itu?

 

Seriusnya saya kurang gemar dengan singkatan begini.Namun ia memaksa saya untuk berfikir sejenak dan mengambil usaha untuk mengetahuinya serba sedikit.

 

EMGS ialah singkatan kepada Education Malaysia Global Services.Entiti ini bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi.Itu dulu.Kini telah distrukturkan semula menjadi Kementerian Pendidikan.

 

Dalam bahasa mudahnya EMGS ialah pusat sehenti atau One Stop Centre dalam bidang pendidikan negara.Nampaknya Malaysia bergerak setapak ke hadapan mendepani era globalalisasi.

 

EGMS

credit picture to www.google.com

 

Ada 7 proses perubahan yang diguna pakai dalam EMGS ini berbanding prosedur terdahulu.Jom kita perhatikan satu persatu.

 

1.Permohonan melalui satu agensi sahaja

Jika dahulu pelbagai agensi digunakan untuk ke universiti.Kini tidak lagi kerana pelbagai agensi yang terlibat dahulu telah diseragam menjadi satu.

 

2.Keputusan pas pelajar lebih cepat

Jika dokumen sudah lengkap para pelajar boleh mendapatkan pas mereka dengan cepat berbanding sistem lama di mana proses permohonan mengambil masa berbulan.

 

3.Sistem jejak pelajar

Dulu ada pelajar yang menyalahguna visa untuk melakukan aktiviti jenayah.Sekarang sudah ada sistem untuk menjejaki mereka sekiranya ada berlaku masalah sosial.

 

4.Perlindungan perubatan lengkap

Dengan adanya EMGS para pelajar sudah dilindungi insuran perubatan yang lengkap sama ada untuk kemalangan,kemasukan wad dan rawatan pesakit luar.Dulu kesian dengan perkhidmatan perubatan awam.Mereka terbeban dengan soal perubatan para pelajar.

 

5.Pengawasan pelajar luar negara lebih sistematik

Para pelajar kita yang belajar di luar negara sukar dikesan penglibatan mereka.Jika ada  berlaku masalah pasti merumitkan kedutaan Malaysia.Kini sebarang masalah yang melibatkan mereka mudah diatasi kerana ada rekod sistematik.

 

6.Penerimaan  pencapaian bertaraf  antarabangsa

Tadbir urus IPT tidak konsisten dalam sistem yang lama.Dalam sistem yang baru IPT yang mendapat pencapaian berkualiti boleh diiktiraf peringkat antarabangsa.

 

7.Pemasaran pelajar luar negara

Melalui sistem ini kerajaan terus berupaya menghantar pelajar kita belajar di luar negara berdasarkan peruntukkan yang disediakan.Jadi sumber yang ada dapat diekploitasi sedapat mungkin bagi mendapat peluang menimba ilmu di negara orang.

 

Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi  www.educationmalaysia.gov.my

 

Sekilas pandang,

 

Para pelajar IPT seharusnya bersyukur dengan adanya EMGS ini.Kebajikan mereka mendapat perhatian.Kini mereka boleh fokus untuk belajar sebaik mungkin tanpa dibebani isu-isu berkaitan.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori info penting dengan judul Apa Benda E.M.G.S Itu? . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/06/apa-benda-emgs-itu.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Monday 3 June 2013