google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Dalam kehidupan kita yang semakin sukar dan mencabar wang adalah soal yang menjadi keutamaan dalam benak fikiran.Semua kita ini mempunyai satu matlamat dunia yang sama iaitu mencari wang untuk kelangsungan hidup.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa wang seumpama air kepada  ikan bagi orang hidup susah.Bukan bermaksud merendahkan golongan ini kerana ia adalah hakikatnya pada masa kini.

Usaha kerajaan yang memberi  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang berjumlah RM500 kepada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan adalah tindakan murni yang dialu-alukan.Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini





download (1)


Bukan itu sahaja orang bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pendapatan RM2000 sebulan ke bawah turut menerima tempiasnya.Tiada pihak yang terpinggir kecuali golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi kerana mereka tidak layak.Namun kemurahan hati kerajaan tetap juga mereka nikmati melalui subsidi minyak,tepung gandum,gula dan minyak masa.

Kerajaan sudah melaksanakan tanggungjawab melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).Ia adalah salah satu daripada 200 produk 1Malaysia.Tinggal kini peranan rakyat untuk mengekalkan kestabilan dan keharmonian.Rakyat yang suka kepada kemakmuran perlu banyak bersyukur melalui tindakan dan perbuatan yang sewajarnya.

Antaranya menunaikan hak mengundi dalam Pilihanraya 13 yang berlangsung 5 Mei 2013.Bertindaklah dengan akal fikiran dan bukan dengan emosi marah atau keegoan individu.Tiada masa untuk konsep mencuba kerana tempoh 5 tahun cukup untuk menghancurkan negara jika tersalah pilih.Saya pilih Malaysia.

Berbalik ke soal Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) saya sendiri merasa kenikmatannya.Wang ini dapat diguna untuk membeli keperluan harian di Kedai Rakyat 1Malaysia.Jika ada bil-bil utiliti yang tertunggak dapat dilunaskan segera.Pendek kata banyak memberi 101 kemudahan kepada saya dan keluarga.

Golongan bujang pula boleh menambah tabungan untuk keperluan kahwin nanti.Tidak kurang boleh dijadikan tambang untuk pulang ke kampung berjumpa orang tua.Ataupun modal permulaan menjalankan perniagaan kecil-kecilan.Pendek kata apa sahaja yang bertujuan mengurangkan kos hidup terutama di bandar besar.

Sekilas pandang,

Saya berpendapat bahawa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia satu bentuk ketulusan pihak kerajaan menangani masalah kos hidup rakyat.Kemelaratan hidup rakyat boleh mencetuskan penyakit sosial.Akibatnya prosesnya kemajuan negara terjejas.Timbul pula golongan kaya terus kaya dan golongan miskin terus miskin.Jurang taraf hidup yang terlampau jauh bukan satu petanda positif kepada  negara secara keseluruhannya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori sembang wang dengan judul Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/05/mensyukuri-nikmat-bantuan-rakyat.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Thursday 2 May 2013

19 komentar untuk " Mensyukuri Nikmat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) "

hafizmd said...

Alhamdulillah. Mana yg baik mmg wajar menerima pujian.

blackrosehunter said...

alhamdulillah..tapi ramainya masih ramai yang tidak bersyukur..ramai tak sedar yang sebenarnya ini semua rezeki dari Allah melalui kerajaan sekarang..ramai yang mengatakan bantuan itu semuanya dari duit cukai mereka..jangan kita sampai kufur nikmat.

Oneblogsocial said...

Saya setuju,

Ramai negara yang tak memberikan bantuan kepada rakyatnya seumpama bantuan BR1M.

Deen said...

Kerajaan tak pernah masuk bertanding dlm pilihanraya. Hanya PARTI yg bertanding bagi merebut kerusi untuk menjadikerajaan yg akan memegang amanah duit rakyat/kerajaan. Siapa2 pun PARTI yg akan jadi keraaan, kita akan sokong.

mrhanafi said...

kerajaan ialah parti memerintah yang dipilih oleh rakyat kerana kewibawaan pemimpin,Tanpa pemimpin berwibawa parti tidak membawa apa-apa makna.Jadi pilihlah pemimpin yang baik dan berwibawa,

mrhanafi said...

begitulah hakikat yang perlu kita terima

mrhanafi said...

kewarasan perlu untuk menilai..hanya orang bersyukur ditambahkan nikmat

mrhanafi said...

hasil kemakmuran negara dan perlu dikembali semula untuk rakyat yang memerlukan.

Unknown said...

setuju dengan pendapat Deen, siapa-siapa pun jadi kerajaan tetap mampu buat seperti bantuan ini dan mungkin lebih dari itu lagi.

Teringat kata-kata UAI

"Budi yang paling banyak kita makan ialah budi Allah S.W.T..."

Hazmin Hamudin said...

Mana yang bagus memang kita puji, mana yang tak bagus memang akn kita tentang. Hrap kerajaan yang memerintah lepas ni akan mengutamakan rakyat.

suri said...

bila ada gunakan besyukur moga2 nikmat yg ada dapat kita gunakan sebaik boleh

titan said...

orang dah bagi, terima dan gunakan sebaiknya.

mrhanafi said...

kewajaran berfikiran orang muda agak agresif dan terpulanglah kepada kehendak majoriti rakyat terhadap kerajaan yang ingin dibentuk.

mrhanafi said...

bersyukur kerana negara pesat membangun..dan memberi pulangan balik ke rakyat melalui kemudahan yang diberikan.

mrhanafi said...

saya bersetuju kerana orang memberi kita menerima..

eiela said...

saya pun dpt juga bantuan tuh, alhamdulillah digunakan dgn sebaiknya.

Hit seo said...

Br1m banyak meringankan beban rakyat saya setuju..

mrhanafi said...

baguslah macam tu..

mrhanafi said...

Memang itu tujuan utama BR1M diberikan kepada rakyat...terima kasih bro.