google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: permainan blog..

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label permainan blog... Show all posts
Showing posts with label permainan blog... Show all posts

Belum Puas Bersama Si Dia

saga megavalve

Inilah kisah terindah dalam hidup saya.Kisah yang bisa dikenang sepanjang zaman saya bersama si dia.Cumanya  saya belum puas bersama si dia lantaran masa yang begitu pantas Lebih pantas seumpama baru semalam sahaja ia berlaku.

Si Dia yang saya maksudkan ialah kereta proton saga jenis megavalve berkuasa 1.3cc yang pernah saya beli 12 tahun yang lalu.Si Dia adalah kereta pertama saya.Ketika itu agak sukar membeli kereta baru.Tidak seperti sekarang.kadar pembiayaan sewa beli sekarang ini memerlukan 9 tahun.Dulu tak.

Dulu perlukan bayaran muka yang agak tinggi.Oleh sebab saya amat teruja hendak memiliki kereta saya telah bekerja keras untuk mengumpul duit.Alhamdulillah selepas 6 bulan kemudian saya berupaya mengumpul tunai 2 ribu.Itupun setelah bekerja tanpa kenal erti penat dan lelah.Saya konsisten kerja lebih masa dan menjimatkan perbelanjaan pada tahap minimum.

Dengan pendahuluan RM2 ribu bolehlah saya mendapatkan kereta idaman kalbu.Walaupun kereta terpakai ia tetap kereta juga namanya.Tak mungkin jadi pesawat MH370.Opps melalut ke situ pulak dah!

Pada masa itu  bergelar anak teruna.Hati dan perasaan masih belum ada orang punya.Punyalah hebat sebagai orang bujang melaram dengan sebuah kereta.Saya bawa balik kampung untuk ditunjukkan dengan ibu dan keluarga bahawa saya berjaya memiliki harta kebanggaan iaitu kereta,

proton

Sudah menjadi adat dunia.Apabila ada sesuatu yang hebat maka adalah seseorang mula merasa kehadiran kita.Saya menjadi perhatian dan sebetulnya saya juga memberi perhatian.Tidak lama selepas itu saya sudah mempunyai dua si dia.Salah satunya si dia bergelar kereta manakala yang satu lagi si dia yang lebih molek dikenal sebagai teman wanita.

Setelah masa berlangsung selama 6 bulan saya sudah semakin serius dengan si dia.Tempoh 6 bulan  menyebabkan si dia memerlukan perhatian khas iaitu cukai jalan dan insuran luput pertengahan jalan.Mungkin ada yang terfikir mengapa 6 bulan dan bukannya setahun.

Faham-faham sahajalah si dia saya itu barang terpakai.Saya beli dari pemilik asalnya seorang pensyarah yang berasal dari Filipina.Punyalah susah untuk berkomunikasi dengan mereka dahulu kerana bahasa Inggeris yang saya guna terlalu lemah atau bahasa Inggeris mereka terlalu tinggi.

Saya terpaksa mengambil cuti tahunan untuk melangsaikan cukai jalan dan insuran.Selain soal turun naik pejabat saya rasa rumit kerana mengambil masa yang lama untuk selesaikan perkara tersebut.

Lainlah kalau mcam sekarang ini kemudahan untuk memperbaharui insuran kereta lebih mudah dan menyenangkan.Sila klik link  http://bit.ly/1qs0xI9 untuk mengiyakan pandangan saya.

Kalau ada rakan-rakan yang pernah pening-pening macam saya dengan kerenah Si Dia ini boleh dapat terus borang diskaun 15 % di http://bit.ly/1kdPjU2. Perlu diingatkan tempoh promosi ini berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 31 Mac 2014.Jadi cepat-cepat buat keputusan bijak.

Berbalik kita kepada cerita saya tadi iaitu kisah dua si dia.Selesainya proses cukai jalan dan memperbaharui insuran saya ada lagi cabaran menanti.

Si dia yang satu lagi telah mencabar saya untuk lebih serius dalam perhubungan.Si dia minta saya melamar dia dan kami akhir setuju untuk bermula dengan ikatan pertunangan.Pada waktu itu saya sekali lagi bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul duit.Pendek kata duit untuk hantaran perkahwinan.

Masa semakin suntuk.Duit yang dikumpul macam susah nak banyak.Tambahan pula Si Dia saya banyak meragam sana dan sini.Orang nak kumpul tapi si dia pula nak minta belanja.Akhirnya tak lama selepas itu Si Dia kereta pertama saya terpaksa dijual.Saya masih sayang namun duit untuk perkahwinan mesti cukup sebelum tempoh berakhir.

Nampaknya rezeki saya untuk kereta pertama tak lama.Selepas setahun berlalu saya kemudiannya mendirikan rumahtangga dengan si dia kedua,Alhamdullilah kami bahagia hingga ke hari ini dan insya Allah ke akhir hayat.

Catatan kaki

Entri ini saya tulis sempena menyahut cabaran Peraduan ‘’Aku Dan Kereta’’ dari RichPlan4U di blog Salam Media.

Buat maklumat semua Richplan4u merupakan syarikat pengurusan plan insuran yang bertauliah.Syarikat ini sedang membuat promosi gempak dengan potongan diskaun 15 % sehingga hujung Mac 2014.Maklumat lanjut sila layari web ini  http://richplan4u.com/v1/


Provide us the necessary information, we will advise you on the coverage and premium amount, make payment via cash deposit and wait for us to send you your policy. Simple as that.-Richplan4u

Contes SEO Eridy-Menjejaki Carian Google

 

Dalam sebulan ini saya akan berusaha untuk menulis beberapa entri berkaitan penyertaan saya dalam Contes SEO Eridy tempohari.Tujuan yang jelas supaya blog saya ini berjaya menempatkan diri pada halaman utama carian Google yang akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini.

 

 

Jika kita lihat sekarang ini kedudukan blog-blog para peserta Contest SEO Eridy sentiasa berubah.Jika dulu berada pada halaman utama kini sudah ada beranjak ke halaman kedua dan seterusnya.

 

 

Kemunculan begitu banyak penyertaan baru telah mendominasikan halaman carian google.Ternyata pertandingan contest SEO begini cukup menarik dan mengujakan untuk disertai.

 

 

Berbaki 4 hari lagi penyertaan ditutup saya menjangkakan lebih banyak blog akan turut serta.Selepas itu kita lihat secara langsung blog yang mana bertahan pada halaman utama carian Google.

 

 

Bersandarkan kepada permainan SEO dan taktikal blogger blogspot saya berpendapat peluang mereka amat cerah.Penyedia hosting dan domain percuma,blogspot adalah yang terbesar di dunia.Penguasaan Google dalam alam maya tidak dapat dipertikaikan lagi.Mereka yang terbaik dan hebat dalam perniagaan online iaitu Adsense.

 

 

Malah ada perkhidmatan amal dengan penyediaan email percuma kepada ratusan juta( mungkin boleh menghampiri ribuan juta) pengguna seluruh dunia.Ini belum termasuk blog yang berjenama blogspot,Google Plus dan banyak lagi.Secara teorinya semua orang suka percuma namun pada dasarnya ialah perniagaan secara tidak langsung.(alamak saya mencarut kat situ pulak)

 

 

Sekilas pandang,

 

Jujur saya katakan saya mahu menang dalam contest SEO Eridy.Yalah mahu dapat hadiah RM200 jika rezeki tempat pertama dalam halaman carian Google nanti.

Jika diukur dengan kemampuan dan kemahiran SEO saya tentulah belum layak untuk menang.Namun kita tahu doa sahaja tidak cukup melainkan usaha berlipat ganda.

 

 

Sebab ada yang berpendapat SEO sahaja satu tool cukup efisen untuk mendapat trafik organik.Jika ada trafik mencecah 100 sehari tentulah  menjadi terbaik dan boleh menjana pendapatan.Tidak keterlaluan penyertaan dalam contes SEO Eridy adalah batu loncatan untuk terus berjaya menguasai ilmu SEO.

 

p/s : Rakan-rakan blogger yang belum join Contest SEO Eridy boleh klik  [INI]

 

 

contest seo Eridy

Contest SEO Eridy- Gempak Gila

Halaman Utama Google ketika ini semakin panas dengan carian keyword Contest SEO Eridy.Sambutan amat meriah dan sangat sengit untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM500.Kira banyak tu untuk kontest yang mudah disertai namun sukar dimenangi kerana jumlah penyertaan yang terlalu tinggi.


Sehinggakan saya berpendapat bahawa pihak penganjur beruntung mendapat limpahan trafik yang tinggi.Tentu jika dipasang iklan CPUV untuk Nuffnang boleh rasanya dapat income kencang punya.


Sebelum ini saya telah menghantar penyertaan pertama yang bertajuk Contest SEO Eridy.Pada kali ini saya cuba pula untuk mengarang untuk penyertaan kali kedua.Sebab tiada syarat yang jelas untuk menghadkan jumlah penyertaan.Apa yang penting nanti tarikh tutup penyertaan pada 11.12.13.


Ya pada satu angka yang cukup unik dan menarik.Pertandingan akan berlangsung secara rasminya sehari selepas itu dan keputusan pada penghujung tahun ini.Kalaulah saya dapat memenangi kontes ini bermakna lepas kos untuk hosting dan domain pada tahun hadapan.Wah..menariknya!


google
                                                Ihsan Google Imej


p/s: Para blogger yang masih belum lagi menyertai kontes ini sila ke link [Contest SEO Eridy]

Contest SEO Eridy

Ini dia kontest yang saya cari dan tunggu selama ini : Contest SEO Eridy.  Sudah lama saya tidak menyertai apa-apa kontest.Jadi inilah masa terbaik untuk saya mencuba rezeki melalui kontes.Tambahan pula kontes yang berlangsung ketika ini berasas SEO.Peluang terbaik beradu kekuatan bersama blog-blog yang memang tersohor seperti Ahmad Faizal dan Hasrul Hassan.Bukan  niat menyaingi mereka.Apa yang penting semangat untuk mencabar diri sendiri supaya menjadi terbaik seperti mereka.

Sebagai seorang blogger, kemahiran menguasai SEO adalah keperluan untuk berjaya.Kalau tak nak berjaya lebih baik lupakan sahaja aktiviti blogging.Bagus fokus kepada aktiviti lain yang lebih bermanfaat dan berfaedah.

Pihak penganjur iaitu blogger eridy.com tidak menetapkan syarat-syarat yang sukar.Malah entri yang kita tulis memfokuskan kreativiti.Jadi jangan main teknik salin dan tampal.Kalau dah macam tu memang akan jadi kreatif lagilah jawabnya!

Namun untuk menggalakkan ramai lagi blogger menyertai kontes ini saya dengan minta izin untuk kongsikan syarat-syarat yang ditetapkan.Lihat paparan dibawah untuk penelitian kita semua.

Contest SEO Eridy

Tarikh

Tarikh pendaftaran / penyertaan dibuka : hari ini (diawalkan) – 11.12.13 .
Tarikh pendaftaran ditutup : 11.12.13
Contest bermula : 12.12.13 – 30.12.13
Syarat Contest SEO ERIDY

* Peserta bertandingan atas keyword ” Contest SEO Eridy ” .
* Entri mengikuti kreativiti tersendiri .

Hadiah

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

Jika kalian dah faham dan berminat untuk join sekali marilah klik kat [sini ]



Sekilas pandang!

Untuk berjaya dalam kontes seperti ini teknik yang betul perlu dilakukan.Saya tak mahir dan masih tercari-cari teknik yang baik.Setahu saya sudah heboh kalau guna Buat Duit dengan Affiliate - Kitab Teknik SEO Merah Jambu.Bagi mereka yang berani boleh beli ebook tersebut untuk menawan SEO dalam kontes ini.Siapa tahu kalian bakal pemenangnya nanti.


duit

7 Rahsia Untuk Menjadi Pemidato Yang Hebat

 

Pidato atau pengucapan awam adalah satu bidang amat mencabar.Tidak ramai yang berminat namun kepentingannya sukar dinafikan dalam urusan perniagaan,pentadbiran,politik dan agenda sosial.

 

Kemahiran berpidato boleh diasah dan dicungkilkan potensinya.Memang ada individu yang berbakat besar namun pendedahan kepada bidang pidato ini boleh membawa mereka lebih jauh.Tidak dapat tidak kita mesti membuka mata dan membenarkan hati untuk melihat sendiri laman web yang khusus dalam bidang pidato.

 

p.s : Silakan ke Kelab Pidato Perdana.

 

Bersandarkan kepada pandangan dan pengalaman saya sendiri yang pernah menjadi pemidato terbaik sekolah dan Top Three peringkat bahagian (antara sekolah) saya membuka rahsia pekung di dada.

 

Ada 7 Rahsia yang wajib kita perhalusi untuk menjadi pemidato yang hebat.

 

1.Pembacaan yang luas

 

Dengan membaca otak kita banyak berfikir.Keligatan otak berfikir akan menerbitkan idea dan kaya dengan kosa kata.Perlu difahami bahawa pidato adalah secara spontan.Maka dengan tabiat membaca  otak kita cukup bekalan untuk digunakan ketika berpidato.Membaca juga memperingkatkan daya ingatan dan memberi input dan output yang luarbiasa kesannya.

 

2.Pemahaman yang mendalam terhadap topik

 

Berpidato merupakan saat dan peluang yang hebat untuk kita menyampaikan isi-isi yang dibincangkan.Para audien perlukan kita informasi yang kita miliki.Sebab itu kita wajib faham lebih banyak dari kalangan audien.Masa mereka kita gunakan mendengar dan mencerna idea yang kita sampaikan.Mau tidak mau kita mesti buat penyelidikan supaya kefahaman kita terhadap topik tersebut lebih avdance.Jika lebih faham maka huraian dan kupasan lebih mantap.

 

3.Latihan yang berterusan

 

Proses latihan wajib dilakukan sekerap yang mungkin.Jika untuk pertandingan latihan berucap didepan cermin,bilik mandi dan sebagainya adalah lumrah.Teknik latihan boleh kita pelajari daripada jurulatih,mentor dan tokoh pemimpin setempat.Lagi banyak berlatih maka lagi baik hasilnya.

 

4.Intonasi suara yang pelbagai

 

Bidang komunikasi adalah satu seni.Sama juga dengan pengucapan awam.Penggunaan intonasi suara tinggi dan rendah boleh memberi perasaan fokus kepada audien.Ada dikalangan mereka yang boleh menyanyi maka satu kelebihan.Bernyanyi dalam selingan pidato adalah suatu yang hebat.

 

5.Penggunaan bahasa yang terbaik

 

Penulisan berbeza dengan pidato.Namun ada persamaan yang ketara ialah penggunaan bahasa.Dalam pidato para audien akan menangkap idea yang disampaikan dengan bahasa kita yang mudah,ringkas dan memukau.Jadi gunakan ayat yang pendek,berulang dan bombastik untuk kesan memori.Lebih bagus lagi jika bahasa yang  kita gunakan  menyentuh emosi mereka.Tak kira untuk menitis air mata atau ketawa sehingga senak perut .

 

6.Kawalan diri yang mantap

 

Perasaan gemuruh dan gementar adalah normal.Pakar motivasi sendiri pun mengakui ada mengalami gemuruh ketika hendak memulakan sesi ceramah mereka.Apa yang perlu kita buat ialah berdoa,membaca zikir,selawat dan bermeditasi untuk menurun gelombang minda ke tahap ketenangan.Kemahiran begini boleh diperolehi melalui pengalaman demi pengalaman.

 

7.Bahasa badan yang bersesuaian

 

Tangan,kepala dan mata adalah elemen utama bahasa badan ketika berpidato.Hubungan eye contact dengan audien memberi keyakinan mereka dengan apa yang kita sampaikan.Pergerakan tangan pula jangan terlalu cepat dan tidak tentu hala.Lakukan pada point yang sesuai.Contohnya ketika kita mahu penegasan pendirian dan pengulangan fakta penting.Gunalah isyarat tangan yang betul dan menarik.Begitu juga dengan kepala,Kita tidak boleh tunduk dan mendongak sepanjang masa.

 

Sekilas pandang,

 

Entri ini saya tulis untuk menyertai Contes –Tulis Pasal Pengucapan Awam yang diajurkan bersama blog hidupringkas.Hadiah yang bernilai keseluruhan RM750 mesti kita rebut dari sekarang sebelum 31 Oktober 2013.Mana tahu anda adalah bakal pemenangnya nanti

 

pidato

Sumber gambar : www.pidatoperdana.com

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

 

Blogging adalah rutin harian seorang blogger.Sebabnya blogging merupakan satu aktiviti menarik dan menyeronokkan.Selain itu sudah terbukti oleh ramai blogger tanahair bahawa blogging boleh menjana sumber pendapatan iaitu duit.

 

Namun hukum alam tetap berpaksikan bahawa setiap pekara  mesti kita pelajari untuk menguasainya.Tidak kira peringkat asas,pertengahan malahan lanjutan.Begitulah halnya dengan belajar tentang buat duit dengan blogging.

 

 

Saya  mengakui bahawa saya seorang yang agak lemah dalam menguasai perkara baru.Tambahan sebagai seorang yang sudah biasa bekerja mendapat gaji  tentulah membuat duit daripada blog masih terasa sukarnya.

 

 

Dunia blogging sudah saya kenal pada tahun 2009.Pada ketika itu saya sering membaca blog-blog mendapat limpahan rezeki berbentuk duit.Meskipun sebagai pembaca senyap setiap hari saya telah berazam untuk membina blog seperti mereka.Tulis artikel dan dapat duit.Setakat itu pemahaman saya suatu ketika dahulu.

 

 

Saya akhirnya berguru dengan Uncle Google untuk membina blog.Sudah semestinya blogspot kerana ia percuma.Saya tampal iklan Mr Nuffnag sana dan sini dalam blog.Saya berharap ada orang klik dan dapat duit.Tidak cukup dengan itu saya ikut program affialiate untuk jual ebook.Masa tu belum kenal lagi jomniaga atau jobdirumah

 

 

Setelah beberapa bulan mencuba  saya dapat tidak apa-apa sen pun duit dari aktiviti blogging ini.Saya agak kecewa lalu meninggalkan blog dalam jangka masa yang sangat lama.Adapun sekali sekala menjengah blog untuk suka-suka dan dah tak berminat lagi.

 

 

Entah macam mana minat menulis saya kembali membuak-buak.Saya terfikir untuk menulis buku,artikel,diari dan apa sahaja.Pada akhir tahun 2012 saya berazam kembali untuk menjadi blogger.Siang dan malam saya berdoa kepada Allah SWT untuk  menjadikan saya seorang penulis blog yang mampu menulis dengan baik.Seterusnya boleh menjana kewangan.Alhamdullilah saya berjaya kembali terjun dalam dunia blogging.

 

 

Jadi dengan izin Allah SWT saya memberanikan diri untuk membeli domain dan hosting sendiri untuk blog-blog yang akan saya uruskan.Saya merancang untuk melabur pendapatan ke dalam blog setiap bulan.Ada ke tidak hasilnya saya tetap teruskan kerana blog bukan sekadar untuk mendapat duit semata-mata sebagaimana pandangan saya dahulu.Saya tetap yakin blogging juga boleh menjana pendapatan lumayan sebagaimana telah dibuktikan oleh blogger-blogger yang tersohor.

 

 

Kini saya urus dua buah blog.Satu blog ini difokuskan untuk aktiviti blogwalking yang membawa niche blogging.Manakala blog utama lebih kepada organik trafik.Tumpuan kepada pembaca umum dengan membawa isu semasa,maklumat dan ilmu yang  sewajarnya untuk dikongsikan.

 

 

Cabaran yang saya hadapi untuk kedua blog ini tentulah trafik,teknik SEO dan reka bentuk blog itu sendiri.Sejujurnya saya belum berupaya menjana kewangan yang boleh beri balik modal.

 

 

Apa-apapun saya tetap bersyukur kerana blog-blog saya pernah menang beberapa kontes yang disertai.Meskipun kemenangan pada peringkat sagu hati.Atas dasar untuk terus mencuba dan mencuba buat duit dari blog saya tanpa segan silu menyertai satu mini kontes yang hebat anjuran blogger hebat iaitu Tuan Sabree Hussin.Rakan-rakan blogger boleh menyertainya dengan klik sahaja link yang tertera di bawah ini.

 

 

http://www.sabreehussin.com/blogging/mini-contest-apa-yang-saya-belajar-tentang-buat-duit-dengan-blogging/ 

 

duit

kredit : ping.busuk.org

 

 

Sekilas pandang,

 

Proses belajar tentang buat duit dengan blogging baru bermula untuk saya.Saya tidak akan mengundur walaupun setapak ke belakang.Saya  cabar diri saya untuk terus belajar,belajar dan belajar lagi cara buat duit melalui blogging.

 

Saya juga berharap rakan-rakan blogger yang lain kuatkan semangatkan dan tingkatkan usaha untuk menjana duit dari blog.Jika belum berjaya seperti saya maka teruskan perjuangan untuk terus belajar dan menjalani selok belok buat duit dengan blogging.

 

 

Oleh itu cara yang boleh dijadikan panduan buat duit ialah menyertai mana-mana kontes.Paling tidak sertai mini kontes ini.Sebab yang jelas iaitu  mini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.

 

 

ps: Senarai penaja ialah Titan (link >> http://ahmadfaizal.com) , Juan ( link >> http://www.wanwidget.com) dan Suri (link >> http://www.cahayacinta.com)

 

 

 

 

 

 

 

 

.

MELAYU BOLEH

Salam 1Malaysia,




Melayu Boleh




Kontes SEO pada kali ini cukup mencabar.Cabaran pertama bukan untuk menang hadiah wang tunai yang lumayan.Cabaran sebenar ialah untuk membersihkan kata kunci Melayu Boleh.



Saya bukan orang Melayu.Namun bukan alasan untuk tidak berbangga dengan orang Melayu yang kini terkenal dengan Melayu Boleh selain daripada Malaysia Boleh.


Menurut fakta sejarah,bangsa Melayu merupakan penduduk asal Nusantara yang terdiri daripada Malaysia,Indonesia,Singapura,Brunei dan Selatan Thailand.Kini bangsa Melayu berada di mana-mana sehinggalah di Afrika,England,negara Eropah,Amerika Syarikat dan seluruh pelusuk muka bumi ini.Pendek kata orang Melayu Boleh berada semua tempat.


Kehebatan orang Melayu bukan kerana populasi sahaja.Orang Melayu boleh diiktiraf sebagai penduduk yang menggunakan bahasa Lingua Franca ketika kesultanan Melayu Melaka.Maksudnya bahasa yang menjadi perantaraan para pedagang dari Timur maupun Barat.


Pada masa kini bahasa Melayu Boleh mendominasi blog-blog di Malaysia dan Indonesia.Saya sendiri memiliki dua blog berbahasa Melayu.Kalau ada 100 ribu atau lebih blog berbahasa Melayu sudah tentu pengaruhnya cukup besar.


Cuma ada negara yang lebih  menamakan bahasa Melayu mengikut nama negara masing-masing.Pada hakikatnya mereka tetap menggunakan bahasa Melayu.Jadi bahasa Melayu Boleh diketengahkan sebagai bahasa alam maya kedua popular selepas bahasa Inggeris.


Dalam bidang agama bahasa Melayu Boleh memperluaskan syiar Islam.Kitab Al-Quran yang manuskrip asalnya bahasa Arab dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.Ramai yang dapat memahami isi kandungannya.Hanya insan yang terpilih sahaja mampu membaca al Quran dan memahami tanpa terjemahan bahasa Melayu.Alhamdulillah setelah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu maka orang Melayu Boleh faham secara keseluruhannya.


Bukan itu sahaja manuskrip asal al Hadis turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Boleh digunapakai oleh kita semua.Ramai yang bisa memahami dan seterusnya cuba mengamalkan dalam kehidupan harian.Insya Allah.


Sekilas pandang,

Mustahil Melayu Boleh terkalah baik dalam bidang teknologi,agama,ekonomi dan sejarah.Meskipun kita tidak digalak terlalu racism namun soal kedaulatan bangsa dan bahasa Melayu Boleh dipertahankan sampai bila-bila.


Berbanggalah kerana lahir sebagai orang Melayu yang terpuji akhlaknya selari dengan syariat agama Islam.


Sekiranya ingin  menyemarakkan lagi kontes SEO Melayu Boleh 2013 silakan baca dan fahami terma-termanya di SINI.


***kemaskini terkini secara auto****


Link para penaja:


Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh Eca, JomStadi, Akma Omar, AkuPenghibur, CikLalili, AsyrofStudio, Boni Kacak, MenulisMenconteng, Fuh [dot] My, Media Siber, Gempak [dot] org, GilerKentang, NurMujahidah, Pondok Kecil & Pelik [dot] My

Transformasi Minda Untuk Menjadi Usahawan Kaya

 

Salam 1Malaysia,

 

Semua orang ada cita-cita untuk menjadi kaya.Kalau tidak secara langsung mungkin jauh dalam hati mereka untuk menjadi orang kaya walaupun sehari.

 

 

Jalan untuk menjadi orang kaya sudah terbukti melalui perniagaan.Maknanya langkah untuk menjadi orang kaya ialah dengan menjadi seorang usahawan.

 

 

Perlu diingatkan bahawa cabaran dan halangan menjadi usahawan bukan calang-calang.Kita boleh jatuh jauh ke bawah.Tersungkur malah rebah menyembah bumi.

 

 

header-2

 

 

Namun jika berjaya kita akan menikmati kekayaan yang melimpah ruah.Harta banyak.Wang ringgit yang tak habis makan dan paling hebat sekali kita adalah penyumbang kepada zakat.

 

 

Di sinilah letaknya kehebatan Islam dalam bisnes dan kekayaan.Apa yang kita dapat wajib dikongsikan dengan orang yang memerlukan.Kemakmuran boleh tercapai jika orang Islam ramai yang kaya raya.

 

 

Oleh itu mari kita tukar minda untuk menjadi usahawan.Dengan menjadi usahawan peluang untuk mencipta kekayaan akan terbuka luas.

 

 

Jadi rebutlah peluang ini dengan menghadiri Konvensyen Usahawan Muslim 2013 dengan tema Bisnes Sebagai Fardhu Kifayah..Ia dianjurkan oleh MentorNiaga.com dan WangCyber dengan kerjasama Peyatimas(Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal dan Anak Yatim Melayu Malaysia).

A3

 

Tempat :  Dewan Muktamar,Kompleks Pusat Islam (JAWI),Kuala Lumpur

 

Tarikh :   7 September 2013

 

Masa :    9.00 pagi hingga 6.00 petang

Konvensyen ini dibarisi oleh para panel dan penceramah yang hebat.Mereka berpengalaman luas dan terbukti telah berjaya dalam bidang masing-masing.

 

 

2

 

Peluang untuk mendapat majlis ilmu yang gilang gemilang jarang kita dapat.Sekiranya berminat dan ingin maklumat lanjut sila layari :

 

 

>>>>>www.KonvesyenUsahawanMuslim.com<<<<<

 

Sekilas pandang,

 

Berita baik kepada para blogger, anda boleh sertai kontes ini di Blog Contest #KUM2013.Jangan malu dan jangan segan.Sila sertai sekarang dan mana tahu berpeluang untuk menang.Tak menang pasti dapat tempias backlink.

Kontes Backlink Yang Tak Terkalah

 

Pada hari ini bersamaan 1 Jun 2013 adalah genap sebulan blog saya ini beroperasi menggunakan jenama blog1malaysia.com

 

Atas rasa kesyukuran dan keprihatinan, saya berbesar hati menganjurkan satu kontes yang mudah dan unik.Para peserta pasti akan mendapat hadiah yang cukup bermakna.Bukan hadiah berbentuk wang.Jauh sekali hadiah yang boleh dipegang atau disentuh.Paling menarik semua  para peserta akan dikira sebagai pemenang.

 

Hadiah yang akan diterima oleh para peserta ialah backlink daripada blog ini atau blog itu.Menarik bukan.Pastinya para peserta akan menerima kesan positif yang berpanjangan selagi blog saya atau blog para pemenang masih beroperasi.Insya Allah.

 

backlink

 

Sebagai mana kontes yang lain-lain tentulah saya mengemukakan beberapa syarat yang mudah.Tujuannya supaya kedua belah pihak akan mendapat situasi menang-menang.Saya beroleh faedah dan anda juga mendapat manfaat.Sebolehnya saya mahu anda mendapat manfaat yang lebih berbanding apa yang saya dapat.Tak salahkan berbuat begitu.

 

Selain itu kontes ini tiada tarikh tutup kecuali blog saya tidak aktif lagi.Anda boleh menyertai bila-bila masa sama ada tahun ini atau tahun hadapan.Pesanan saya ialah jika ada berjumpa perkara baik jangan sesekali ditangguhkan.Gunalah peluang yang terbentang sebaik mungkin.

 

Antara syarat wajib untuk memenuhi penyertaan kontes ini ialah:

 

1.Klik Google + pada ruangan dalam entri ini.

2.Isi nama, emel dan URL pada ruangan yang disediakan.

3.Tulis dalam ruangan KOMEN yang berbunyi  ‘saya menang hadiah backlink'.

4.Hantar dengan klik pada butang Submit.

5.Itu sahaja.

 

Para peserta akan diadili sebagai pemenang setelah saya approve penyertaan anda.Itupun setelah saya berjaya memastikan blog tersebut bebas unsur lucah,politik melampau dan hiburan yang kurang sihat.Harap maklum.

 

Sekilas pandang,

 

Kepada para pelawat yang belum berminat untuk menyertai kontes ini, saya tak paksa.Terpulang kepada anda. Sebagai pembaca setia itupun saya rasa sangat bersyukur kerana tanpa anda siapalah saya untuk menulis dalam blog ini.Terima kasih kepada anda.

Akhir kata saya dahulukan ucapan terima kasih kerana sudi menyertai kontes ini.Anda pasti menang.

Semoga terjalin ukhuwah selepas ini baik dalam dunia blogger maupun alam media sosial.

Cerita Untuk Lelaki Kacak Yang Suka Cendol

contest-review-tak-terkalah

Contest Review Tak Terkalah ini dianjurkan oleh Ahmad Faizal dan Earncent.com dan ditaja bersama oleh SaraSyukri Tahir,RahsiaDuitFreeIlaZainalBlackrosehunter, dan Nuristimewa


Cerita daripada saya,

Saya teringat dengan blogger yang kacak ini.Kacak kerana gaya bahasa yang cukup bersahaja.Selain itu selalu memperkatakan cendol sehingga saya mengiurkan air liur sendiri.Nasib baik bukan bulan ramadan.

Oleh kerana lelaki kacak tidak jauh dari keegoan tersendiri saya percaya beliau memang kacak orangnya.Belum pernah berjumpa kerana saya jauh dibatasi lautan China Selatan.Beliau cukup terkenal dengan dua blog yang hebat iaitu blog ahmadfaizal.com dan ErnCent.com

Saya terpaksa akur untuk review blog ahmadfaizal.com dan yang satu lagi saya lupakan dulu.

Sebagai blogger yang kuat berjalan saya selalu memerhatikan site info blog.Ternyata blog ini mempunyai pencapaian yang amat menarik dan mengujakan.Lihatlah sendiri.

s

Tak cukup dengan itu saya terpaku beberapa saat untuk membaca tagline ini.Cuba baca dalam hati dan fahamkan maksudnya sedalam-dalamnya

“Lelaki kacak yang Ego. Ego itu penting. Sebab tanpa EGO, dia bukan lelaki sejati. Hanya lelaki sejati, menjadi idaman gadis-gadis comel.”


Blog yang putih bersih ini mempunyai peminat yang tersendiri.Mereka datang dan tetap datang lagi untuk membuat komentar.Rata-rata yang datang bukan calang orangya.Mereka adalah blogger yang tersohor dan dihormati dalam komuniti blogger.

Top Commentators

*statistik ini berdasarkan tarikh 23/5/2013

Cerita untuk kritikan pula,

Saya minta maaf kerana hendak kritik sedikit.

1)Blog ini sangat sederhana.Tiada unsur-unsur warna supaya nampak hidup.

2)Tidak ada iklan untuk menampak blog ini boleh buat duit.

3)Reaksi penulis blog terlalu minimum dengan komen para pengunjung.

4)Rasa macam tak puas membaca entri.Rasa mau lagi tapi dah habis.

Rasa-rasanya cukup dulu.Lain-lain tak ada cuma kalau boleh kasi letak gambar posing lelaki kacak bersama semangkuk cendol.Harap gadis-gadis comel sentiasa datang untuk menjengah blog ini.

1st Giveaway By Emas Putih

Saya cuba join beberapa giveaway contest untuk adjust balik saya punya blog.Saya berharap dapat menyumbang manfaat sama ada kepada penganjur dan para peserta.Saya sendiri pun teringin hendak hadiah.Sapa yang tak nak hadiahkan?Berikut ialah entri yang saya copy dan paste seperti yang disarankan.

As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.