google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: February 2013

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Review Buku :Rahsia Bisnes Orang Cina

IMG_2244

 

Pada tahun 2009 saya telah membeli buku ini.Saya sudah membaca berulang kali.Baru sekarang dapat peluang untuk review buku ini.

 

Secara keseluruhannya buku cukup menarik.Buku ini telah diulang cetak sehingga 10 kali cetakan.Ini bermakna buku tersebut menjadi bestseller dan terjual sehingga 20,000 naskah.

 

Penulis buku ini seorang Cina iaitu Mr Ann Wan Seng.Beliau berjaya mengupas kandungan buku ini dengan bahasa yang mudah,menarik dan seronok untuk dibaca.Ternyata pengalaman sebagai orang yang lahir dalam keluarga cina yang berniaga digarap beliau dengan jayanya.

 

Kejayaan orang cina dalam perniagaan memang tidak dapat dinafikan.Golongan cina ramai yang bergelar billionaire di Malaysia.Tentu sahaja kejayaan begini menimbulkan perasaan ingin tahu kepada masyarakat.

 

Persoalan yang bermain difikiran mereka akan terjawap melalui buku ini.Sebahagian besar rahsia orang cina untuk berjaya dalam perniagaan didedahkan.Ada yang bersifat umum dan ada yang khusus.Ternyata untuk berjaya dalam perniagaan kita mesti berusaha dan bekerja keras.Tiada formula jalan pintas.Dalam usaha mencapai sesuatu perlukan masa.Biarkan masa menentukan kejayaan.Bukan soal lambat atau cepat.

 

Saya berpendapat seseorang yang ingin menceburi perniagaan perlu membaca buku ini.Baca dan fahamkan ilmu yang terkandung dalamnya.Apabila sudah faham tentu proses untuk mengamalkan ilmu itu tidak sukar.

 

Bak kata penulis buku ini,kita tidak perlu menjadi orang cina untuk berjaya dalam perniagaan.Sebaliknya kita mesti berfikir sebagaimana orang cina berfikir dalam perniagaan

 

 

p/s: mari melihat sendiri bagaimana Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda
Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya

Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya

 

Semua orang menginginkan menjadi orang kaya.Baik dinyatakan secara terus terang maupun berselindung disebalik kata-kata. Biarlah hidup sederhana janji bahagia.Hakikatnya semua orang yang sihat akal fikiran mahu hidup sebagai orang kaya harta dan benda.

 

Jalan untuk menjadi orang kaya terbuka luas kepada kita semua.Jalan yang sudah terbukti ialah berniaga.Dengan berniaga kita dapat 9 per 10 rezeki.Banyak tu..kalau dibandingkan dengan mencari rezeki melalui makan gaji.Meskipun berniaga tidak semudah disangkakan namun tidaklah sesukar mana.Ada orang sudah berjaya dan menjadi kaya.Orang lain boleh mengapa kita tidak boleh?Renung-renungkan.

 

Jika kita melihat disekeliling saya pasti anda tidak terkejut apabila mengetahui orang Cina menjadi kaya kerana berniaga.Sungguhpun golongan ini bukan majoriti tetapi mereka memegang kuasa ekonomi.Mereka menguasai segenap perniagaan dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya.Sejarah perniagaan mereka sudah berlangsung sejak belum merdeka lagi.

 

Dalam perniagaan cara berfikir memainkan peranan utama.Cara orang berniaga berfikir sentiasa pantas membuat keputusan.Tidak takut rugi dan berani menghadapi apa apa risiko seperti bangkrap,muflis,kehilangan keluarga dan apa saja yang berkaitan.Mereka juga  berfikir bahawa setiap keuntungan yang bakal diraih ada cabaran dan dugaannya.Jika berjaya melepasi maka cari peluang lain yang lebih tinggi potensinya dan risikonya juga.

 

Di dunia ini kekayaan perlu diraih melalui usaha yang betul . Bijak merebut peluang pada masa tepat.Seperti mana bidalan Melayu lama yang bulat tak akan datang bergolek dan yang leper tak akan datang melayang.Sebelum menjadi orang kaya mereka berusaha dan bekerja keras siang dan malam.Selepas menjadi orang kaya mereka masih mengekalkan cara berkerja seperti sebelumnya.Natijahnya kekayaan mereka ini terus berganda dan berkembang dengan pesat.

 

Perlu kita faham bahawa berniaga adalah satu jihad ekonomi.Kita perlu kaya supaya imej dan martabat orang Islam dipandang tinggi.Kita mampu membantu orang miskin tanpa mengira agama dan bangsa.Kita boleh menjana duit zakat dengan lebih banyak untuk kepentingan ummah.Jika dahulu jihad kepada terkorban nyawa namun kini jihad untuk penguasaan ekonomi.

 

Kini ekonomi cenderung kepada kapitalis. Alangkah baiknya ekonomi ini berubah wajah kepada ekonomi Islam yang lebih adil dan ideal untuk keperluan masyarakat keseluruhannya.Kita hanya ada satu pilihan bijak untuk merealisasikanya.Pilih berniaga sebagai peluang untuk kaya.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Apa yang pasti kita boleh kaya melalui perniagaan.Percayalah.

 

p/s: Tengok Sini kalau tak percaya ‘Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

Pengalaman Memandu Preve Baru Baru Ini–Memukau!

Pengalaman Memandu Preve Baru Baru Ini–Memukau!

 

Walau pun sekejap cuma, saya berkesempatan untuk merasai pemanduan kereta Proton Preve.Perasaan saya wow! Memukau dan sudah pasti menimbulkan keinginan untuk memilikinya.

 

Apa yang menarik  tentang jentera yang berkuasa 1.6 kuasa kuda ini ialah enjinnya.Bunyi yang senyap dan seolah-olah tidak kedengaran.Maklum sahajalah kereta Preve yang saya pakai itu masih baru.

 

Pecutan pula tidak menghampakan.Ada beberapa lampu isyarat merah sewaktu saya bawa kereta ini.Lampu hijau sahaja saya pecut sedikit dan ternyata kuasa yang dihamburkan memukau.

 

Hormon anderalin saya naik dan saya pecut lagi untuk segera sampai destinasi.Speed meter tidaklah melebihi 90km/j kerana di Sarawak mana ada highway untuk test power.Sekadar celok mencelok secara berhemah.Itu saya punya cara pemanduan.

 

Rekabentuk dalaman Proton Preve sportie dan kemas.Pemain audio memang cantik.Cuma bunyi belum betul-betul puas saya hayati.Mungkin pemilik kereta ini belum setting dengan tepat lagi.Sekadar dengar radio frekuensi FM kira memadai juga.

 

Kerusi fabrik yang empuk.Apa yang menarik kerusi pemandu tidak tenggelam dan amat selesa sekali.Ketika memandu saya rasa tenang dan lebih fokus.Hebat juga penangan kerusi tersebut.Malah spekfikasi kerusi pemandu perlu diambil jika hendak membeli kereta.

 

Secara keseluruhannya kisah saya bawa kereta pinjam  majikan membawa kenangan terindah.Saya terus bercita-cita untuk memilikinya.Namun sebagai blogger adakah saya mampu mencapainya.Tepuk dada tanya iman,ketuk papan kekunci tulis entri sedap dan berkualiti.Lepas itu baru boleh buat tindakan seterusnya.

 

 

p/s: kalau saya berjaya jual Mesin Jualan Internet ini Preve Merah  di atas bukan sekadar angan-angan lagi.

Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 %

Berita Baik Untuk Pencarum KWSP-Dividen 6.15 %

‘’KUALA LUMPUR 17 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan di sini berkata, kadar tersebut adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding kadar 6 peratus yang dibayar pada tahun 2011.’’

 

Sumber-http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi

 

 

Ehsan:www.yahoo.com

 

Pekerja swasta seperti saya memang gembira mendengar berita yang diumumkan oleh KWSP baru-baru ini.Saya mengharapkan tahun-tahun mendatang peningkatan lebih baik supaya tabung masa hadapan ini lebih berisi.

 

Memang malu untuk diakui kita lemah dalam pengurusan kewangan.Kita suka berbelanja mengikut nafsu dan rakus memenuhi kehendak yang tiada kesudahannya.

Musuh utama gajet teknologi dan aksesori kereta bagi kaum lelaki.Golongan wanita pula cair dengan fesyen pakaian,makanan dan hiburan.

 

Kesan segera kelemahan mengurus wang ialah kita tiada simpanan.Prinsip menabung sedikit demi sedikit sukar untuk dilaksanakan.Jika kita menyimpan wang,pelbagai perasaan kurang senang akan timbul.Ada yang gelisah dan tidak keruan.Namun tidak dinafikan ada yang cukup berdisiplin.

 

Golongan ini tidak ramai.Mereka diam-diam ubi berisi.Gaya hidup sederhana dan lebih mementingkan masa hadapan berbanding masa sekarang.Paling membanggakan mereka dapat menunda keseronokan sehingga tiba masa yang paling sesuai.Tahap kesabaran mereka memang teruji apabila berdepan dengan promosi atau jualan murah.

 

Sebagai alternatifnya kerajaan telah bertindak untuk menubuhkan Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP)  dalam usaha membantu golongan pekerja yang tidak berpencen menghadapi hari persaraan.Kalau nak harap simpan duit memang payah.Ada sahaja rintangan dan cubaan.

 

Apa yang penting sebenarnya sikap dan  cara berfikir menangani kemelut kewangan.Selain berjimat belanja kita harus bijak mencari ruang dan peluang untuk menambah pendapatan.Wang boleh dapat melalui blog atau internet.Bekerja sambilan dan sebagainya.

 

Pendapatan yang bertambah memungkinkan tabungan bertambah sama ada KWSP,ASB,Public Mutual dan sebagainya.Setiap orang harus menanam prinsip bijak berbelanja menjamin masa tua.

 

 

p/s: jangan lupa untuk mengetahui teknik “Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

Gaji naik adakah produktiviti naik atau harga barang yang naik?

 

l2s15

 

Ura-uranya ada kenaikan gaji dan elaun perumahan kepada penjawat awam.Berita ini

pasti memberi nafas lega kepada mereka penjawat awam yang terlibat.Tempias ini turut dinikmati oleh para peniaga besar maupun kecil.Pihak bank akan tersenyum lebar sama ada mereka yang terbabit dengan pinjaman kad kredit,kereta maupun rumah.

 

Dalam pada itu jangan kita lupa hukum dunia.Buat baik dibalas baik.Kenaikan gaji menuntut peningkatan produktiviti dan motivasi pekerja.Bahasa mudahnya kerja rajin-rajin dan komitmen melebihi jangkaan majikan.

 

Motivasi kerja melibatkan produktiviti.Apabila pekerja bermotivasi tinggi maka produktiviti juga tinggi.Majikan tiada pilihan dalam soal motivasi pekerja.Pekerja yang tidak puas hati kerana  gaji boleh berhenti bila-bila masa.Mereka juga sanggup berpiket kerana tiada pelaksanaan gaji minimum.

 

Senario begini menjadi ugutan kepada majikan supaya tunduk kepada kemahuan pekerja.Akibatnya ketelusan dan keikhlasan bekerja hilang.Kalau majikan dan pekerja sudah main tarik tali begini sudah tentu produktiviti syarikat boleh jatuh merudum.Siapa yang susah akhirnya.Mereka dan keluarga mereka.

 

Soal kenaikan gaji biarlah menjadi menjadi kenyataan.Namun soal kenaikan harga barang pasti menjadi igauan ngeri kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana dan rendah.Kepada mereka yang berfikiran positif kenaikan harga barang menjadi motivasi untuk berjimat cermat.Makan berpada-pada.Hiburan dikurangkan.Mungkin juga peningkatan jumlah blogger mencari duit melalui blog.

 

Kita berhadapan cabaran hidup yang perit dan gentir.Anak-anak kita akan berhadapan dengan cabaran yang lebih perit dan lebih gentir lagi.Sebagai persediaan kita perlu menyediakan pendidikan berkualiti supaya cara berfikir mereka lebih baik dari kita.Pemikiran yang jauh ke hadapan( termasuk akhirat) supaya negara ini maju dan bersatu padu.

 

 

p/s: jangan lupa ada 9 Formula Pantas Seru Rezeki

Senarai 100 Link Untuk Aktiviti Blogwalking Bahagian 1



Sumber: www.google.com

Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan para pembaca tentang link blog yang pernah saya terjah atau ziarah semasa aktiviti blogwalking.Senarai di atas bawah boleh anda copy dan paste untuk rujukan masing-masing.

Perlu saya ingatkan sekali lagi bahawa link-link blog ini kombinasi blog lama dan baru.Malah terdapat niche yang berlainan.Anda tidak perlu risau kerana blog-blog ini bersih dan bebas dari kategori dewasa (adult content).

Sebagai blogger baru saya berharap dapat melakukan blogwalking lebih kerap dan mendapat link blog yang baru setiap hari.Mana-mana blog yang ingin mendapat perhatian saya mudah sahaja.Kunjungilah blog saya dan tinggalkan komen yang membina.Kemudian saya akan follow up untuk dimasukkn senarai Bahagian 2 nanti.Insya Allah

1. http://www.ciklaili.com/
2. http://selamanya-story.blogspot.com/
3. http://seribupilihan.blogspot.com/
4. http://thecoklatblog.blogspot.com/
5. http://www.papamifz.com/
6. http://www.penbiru.com/
7. http://penmerah.com
8. http://awanflufy.blogspot.com
9. http://zulhilmizainudin
10. http://wanwidget.com
11. http://www.ezadskytech.com
12. http://zikrihusaini.com
13. http://dihujungpen.blogspot.com
14. http://pondokkecil.com
15. http://www.sabreehussin.com
16. http://redmummy.com/
17. http://www.bloggerwanita.com/
18. http://papankekunci.com
19. http://shakiddo.com/
20. http://rabiasensei.blogspot.com/
21. http://akubiomed.com/
22. http://maribinablog.blogspot.com/
23. http://www.cydasite.my/
24. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
25. http://www.eyriqazz.com/
26. http://hab1b.blogspot.com/
27. http://fau2i.blogspot.com/
28. http://www.bonikacak.com/
29. http://segalaceritera.com/
30. http://www.bicarablogger.com/
31. http://www.yastro.net/
32. http://hairul.com/
33. http://mamasentimental.blogspot.com/
34. http://www.zulkbo.com/
35. http://www.anakulucheka.com/
36. http://hafizrahim.com/
37. http://donnyien.com/
38. http://mrfariq.com/
39. http://www.hairulafiz.com/
40. http://ladfeamir.com/
41. http://earncent.com/
42. http://www.mamamurai.com/
43. http://www.tehramuan.com/
44. http://merepekgila.blogspot.com/
45. http://puankutu.blogspot.com/
46. http://peliks.blogspot.com/
47. http://www.hazmanfadzil.com/
48. http://www.ciktom.com/
49. http://www.izzateshak.com/
50. http://mkhakimi.com/
51. http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
52. http://zarulumbrella.com/
53. http://remyhazza-satuperjalanan.blogspot.com/
54. http://denaihati.com
55. http://dawaihati.com
56. http://www.aimancool.com/
57. http://www.jeritpekik.my/
58. http://blogpenyamun.blogspot.com/
59. http://furrasbubblynotes.blogspot.com
60. http://whitecappuccinol.blogspot.com/
61. http://salamiesimon.blogspot.com/
62. http://karim.my/
63. http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/
64. http://www.santaileeza.com/
65. http://www.cikgufizi.my/
66. http://www.mohdfauzrin.my
67. http://www.irwanalessatyme.com
68. http://onlajer.blogspot.com
69. http://djdanchef.blogspot.com/
70. http://azmanishak.com
71. http://muktasim.com/
72. http://averousy.blogspot.com/
73. http://www.siezuka.com/
74. http://www.broframestone.com/
75. http://ligakampung.com/blog/
76. http://www.mdanif.com
77. http://mietos.blogspot.com
78. http://mohdluthfi.com
79. http://anarm.net
80. http://relakssminda.blogspot.com
81. http://pari2cumel.blogspot.com/
82. http://kumbangjingga.blogspot.com
83. http://aimrizal78.blogspot.com
84. http://ohgadisitu.blogspot.com
85. http://www.hasrulhassan.com
86. http://www.nazimhassan.com
87. http://hazminhamudin.com
88. http://www.waimantakwa.info/
89. http://mustwaniekl.blogspot.com
90. http://dengarisaya.blogspot.com
91. http://www.bluedianthus.com
92. http://www.muhammadtarmizi.com
93. http://kongsibersamanora.blogspot.com/
94. http://segalabenda.com/
95. http://rahsiaduitfree.blogspot.com/
96. http://cahayacinta.com/
97. http://marqiscareno.blogspot.com/
98. http://www.benashaari.com
99. http://www.duniabawahtempurung.my/
100. http://www.fiezaradzi.com



p/s: terbaru di pasaran (LINK)- Mesin Jualan Internet

WW#:Air Yang Menyegarkan

DSC_0000034

Hebatnya Hukum Tarikan Bersandarkan Al-Quran

Ketika membeli buku ini dahulu saya tidak berfikir panjang.Ternyata keputusan yang terburu-buru begitu tidak mengecewakan.Saya amat berpuas hati dan memahami isi kandungan ini dengan penuh minat.

 

Hukum Tarikan amat popular di barat.Dalam masyarakat kita kurang popular kerana keliru dengan konsep berbaik sangka,fikiran positif,qadak dan qadar.Sedangkan konsep ini selari dengan Hukum Tarikan.

 

Baca buku ini dapat mengaitkan ilmu Hukum Tarikan dengan ayat ayat AlQuran yang berkaitan.

 

Sekian.Terima kasih dan mohon permisi.

 

 

IMG_2251

 

Judul:Quranic Law of Attraction

Penulis:Rusdin S.Rauf

Penterjemah:Hasnah Ishak

Penerbit:PTS Millennia Sdn Bhd

Tahun:2009 (cetakan keenam tahun 2011)

Ketebalan:146

Harga:RM15.90

 

Ulasan

 

Hukum Tarikan cukup popular dalam masyarakat Barat.Hakikatnya ilmu ini berasal dari Al Quran dan Al Hadis serta ada juga diceritakan pelbagai kitab-kitab agama Samawi.

 

Masyarakat barat (bukan golongan si Nick Xenophon) amat mengkagumi ilmu Hukum Tarikan kerana ia adalah elemen kuasa minda untuk berjaya mendapatkan apa-apa yang diimpikan.Mereka percaya dan mengamalkan dalam kehidupan harian.lebih-lebih lagi kepada tokoh-tokoh hebat dunia dan sebilangan besar pakar motivasi.

 

Buku ini cukup hebat untuk membincangkan Hukum Tarikan dari kaca mata ajaran agama Islam.Tidak hairan buku ini telah diulang cetak sehingga enam kali.

 

Penulis telah membuat kajian terperinci berdasarkan Al-quran dan Al hadis.Dia turut mengupas buku-buku asal yang menulis tentang Hukum Tarikan iaitu The Secret karya Rhoda Byrne,The Law of Attraction karya Michael J.Losier dan A Grateful Life:Living the Law of Attraction karya Beth dan Lee McCain.

 

Penulis berpendapat Hukum Tarikan ialah apa yang kita fikir,rasa dan percaya sama ada positif atau negatif akan datang kepada kita.Namun begitu penulis berpegang kepada ajaran Al Quran iaitu untuk mendapat hasil yang hebat seseorang hendaklah dekat dan membaca Al Quran setiap hari.

 

Elemen untuk berjaya dikaitkan penulis dengan sifat sabar,syukur dan doa.Ketiga-tiga elemen ini perlu digabung dan dijalin bersama.Mengabaikan salah satunya akan membantut usaha untuk berjaya.

 

Dalam bab yang ke-4 penulis menyarankan kepada orang yang menghadapi masalah harus merujuk Al Quran sebagai sumber penyelesaian.Al Quran ada nilai mukzijat yang tinggi sebagai manual kehidupan.Segala persoalan pasti terjawab dengan Al Quran.

 

Bab yang terakhir dijelaskan sekali lagi bahawa untuk berjaya di dunia dan akhirat kita sebagai umat Islam sudah tiada pilihan lagi,hanya Al Quran sahaja yang ada.Baca dan amal Al Quran setiap masa.Usahakan untuk memahami makna-makna ayat Al Quran.Malah gunakan doa dengan ayat Al Quran.Insya Allah kita akan boleh berjaya sebagai mana Hukum Tarikan.

 

Penulis juga mengesa kepada pembaca supaya teruskan beramal apa-apa ilmu yang ditulis dalam buku ini.Praktik segera untuk menikmati kejayaan yang diimpikan.Jangan tunggu lama-lama takut tidak sempat.Tengok sahaja berita meteroid  di Rusia baru-baru ini.

 

 

p/s -Ebook Baik Punya.Dapatkan Segera di Sini :9 Formula Pantas Seru Rezeki
Penukaran Segmen Terjah Blog ke Segmen Baru !!

Penukaran Segmen Terjah Blog ke Segmen Baru !!

 

Setelah berfikir semasak-masaknya saya telah mengambil keputusan yang drastik untuk kali kedua.Saya mengubah segmen Terjah Blog kepada segmen baru yang lebih informatif.Segmen baru ini merujuk kepada segmen Bicara Niaga.

 

Rasionalnya perubahan ini mengambil kira kepentingan pembaca secara keseluruhannya.Saya mahukan pembaca mendapat manfaat tentang info-info menarik dan sudut pandangan alternatif berkaitan bidang perniagaan.Tidak kira  perniagaan konvensional maupun kontemporari.

 

Segmen Bicara Niaga akan diterbitkan setiap hari Ahad.Ia akan mengumpas dan mendedahkan isu perniagaan secara santai namun padat dengan fakta yang penting lagi menarik.Perlu diingatkan bahawa pandangan saya bukan seorang pakar bertauliah.Saya berbicara berdasarkan persoalan umum yang menjadi keperluan pembaca secara amnya.

 

Atas dasar untuk berkongsi kebaikan saya menyeru para pembaca untuk sudi memberi pendapat dan pandangan kepada ruangan ini.Pembaca boleh emailkan teruskan kepada saya melalui emai ini hanafi81212@gmail.com.

 

p/s:Klik sini untuk mengetahui bagaimana Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

Propaganda 5’S Yahudi Ancam Umat Islam

Propaganda 5’S Yahudi Ancam Umat Islam

 Produk Yahudi

 

Saya ingin berkongsi isi khutbah solat Jumaat kelmarin di tempat saya bermastautin.Topik pada hari tersebut amat menarik perhatian saya dan mungkin juga sebahagian besar jemaah yang hadir.Ianya berkisar kepada propaganda Yahudi yang melanda dunia umat Islam hari ini. Propaganda 5’s terdiri daripada perkara-perkara yang tersenarai dibawah:

 

1.Screen(tayangan filem)

 

Yahudi begitu bijak menggunakan platform filem untuk menyebarkan dakyah mereka.Pembikinan filem yang mengandungi unsur ganas,khayalan melampaui batas dan ideologi menidakkan kewujudan Tuhan.Kesan daripada filem ini amat halus.Kerangka pemikiran kita diracuni supaya jauh dari agama dan menyokong kehidupan bertuhankan nafsu semata-mata.

 

2.Smoke(rokok)

 

Para perokok seluruh dunia termasuk di Malaysia yang membeli rokok berjenama telah membantu ekonomi Yahudi secara langsung.Hasil keuntungan rokok ini membiayai kos untuk menghancurkan Palestine dan negara-negara Islam yang lain.Umat Islam yang terlibat seolah-olah membenarkan keganasan Yahudi ke atas saudara sendiri.

 

3.Song(hiburan)

 

Siapa yang tidak suka hiburan atau muzik dalam dunia ini?Secara alaminya kita memang suka dengan muzik yang berbentuk hiburan kepada halwa telinga dan mainan emosi.Namun begitu Yahudi begitu licik sekali memainkan peranan mereka untuk menghancurkan umat Islam dalam diam.Lirik lagu mereka yang memuja syaitan dan memuji wanita berlebihan.Kesannya telah melalaikan  umat Islam untuk mengingati Allah SWT dan mencintai Rasullulah SAW.

 

4.Sport(sukan)

 

Ada agenda yang amat berstrategi dalam sukan yang mengancam umat Islam.Soal pakaian yang mendedah aurat baik bagi lelaki maupun wanita sudah ditolak ke tepi kerana sukan.Ada sukan yang memaksa penonton supaya mengabaikan solat.Belum lagi unsur memuja api melalui obor yang dinyalakan sewaktu sukan dilangsungkan.Memang kita tidak berniat untuk menjadi majusi namun perlakuan begini membenihkan tingkahlaku majusiah.

 

5.Sex(hubungan bebas)

 

Yahudi dan syaitan seolah-olah berpakat untuk menghancurkan keturunan dan generasi akan datang umat Islam dengan seks bebas.Melalui aktiviti seks  bebas iaitu tanpa  ikatan perkahwinan melahirkan ramai anak luar nikah.Status anak zina memang menyakitkan.Mereka tidak bersalah.Orang yang salah ialah pelakunya.Umat Islam yang menjadi mangsa kerana kecelaruan keturunan melalui generasi anak luar nikah.

 

Lima propaganda di atas sudah berlangsung lama dalam masyarakat dunia Islam.Akibatnya sesiapa yang mengamalkan ajaran Islam seolah-olah asing berbanding mereka yang hidup di luar norma keislaman.Mereka bangga melakukan maksiat dan melanggar hukum Allah.Namun golongan ini belum terlambat kerana pintu taubat sentiasa terbuka sebelum malaikat maut datang menjemput.Marilah kembali mencintai Islam dan hidup sebagai orang Islam.

 

 

p/s:Doa Pengasih - Atasi Masalah Percintaan Anda!
Jana Wang Dari Internet:Adakah semudah kita sangkakan?

Jana Wang Dari Internet:Adakah semudah kita sangkakan?

Teman dalam perjalanan balik dari rutin harian.Singgah sebentar untuk membeli buah langsat import dari negara jiran.Penjaja buah itu menyatakan dia berjaya menjual buah langsat itu sebanyak 10 bakul besar.Andaikan bakul besar itu seberat 50kg bermakna dia menjual 500kg.Sekilo langsat di sini berharga RM3.Secara kasarnya jualan dia RM1500 untuk sehari.Wow amat lumayan sungguhpun hanya berjual di tepi jalan.Itu kisah alam nyata.


Bagaimana pula dengan alam maya?Sudah tentu dalam minda kita bahawa menjana wang melalui internet lebih hebat.Teman cuba mengambil beberapa contoh orang yang sudah berjaya meraih wang dari internet.Blog ini telah membawa hasil kepada seorang ibu.Kini boleh berpuas hati kerana mempunyai pendapatan lumayan.


Lain pula kisahnya dengan seorang bapa yang selalu menerima cek hasil pengiklanan di dalam blognya.Dikhabarkan wang yang diperolehinya itu boleh lepas ansuran kereta,rumah dan pelbagai bayaran lain.


Dalam internet potensinya amat luas.Tiada batasan untuk mencapai apa sahaja yang diingini.Senarai blog yang ada dalam simpanan teman banyak menceritakan bagaimana kejayaan demi kejayaan meraih wang.


Berbalik kepada soalan dalam tajuk ini teman bisa menjawabkan bahawa tiada perkara terlalu mudah.Dalam alam maya kita perlu berusaha dan bekerja keras.Memang perlu ilmu tentang selok belok internet.Dengan ilmu itu kita perlu bertindak segera.Jangan sekadar tahu sahaja.Mesti bersikap proaktif iaitu mencuba setiap kemahiran dan ilmu yang baru.Ilmu banyak untuk dikorek dalam blog hebat ini




Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Kuasa Keyakinan Tinggi Pencetus Untuk Berjaya

Semua orang mahu berjaya.Tidak kira  apa jua bidang maupun perkara.Kejayaan besar atau kecil memberi satu kepuasan kepada seseorang.Kejayaan itu dicetuskan melalui kuasa keyakinan.

Dalam entri kali ini teman ingin berkongsikan satu elemen  pencetus kejayaan iaitu kuasa keyakinan.Istilah biasa yang digunakan ialah yakin boleh.Jadi perkara ini bukanlah sesuatu yang baru.Malah ia sudah teruji dan terbukti sejak sekian lama.



Kuasa keyakinan dapat dibentuk dan diasah melalui latihan.Teman memang gemar mengutamakan latihan dalam semua perkara.Ini kerana dengan latihan seseorang boleh mahir dalam sesuatu bidang.Lebih-lebih lagi tentang kuasa keyakinan.

Cara melatih keyakinan ada pelbagai.Paling mudahnya cara orang Islam.Orang Islam yakin ada Allah SWT dan Rasullulah SAW.Orang Islam wajib yakin dengan akhirat walaupun tidak pernah nampak.Seumpama latihan orang Islam wajib melakukan solat 5 waktu.Hanya solat sahaja boleh memupuk jiwa dan hati tentang keyakinan terhadap perkara yang jauh dari penglihatan sebenar.

Kuasa keyakinan diri yang tinggi boleh diperolehi dengan ilmu.Ilmu itu biasanya melalui buku-buku ilmiah,perkongsian ilmu dalam blog dan sesi seminar motivasi.Dengan ilmu perasaan yakin terhadap diri bertambah secara tidak langsung.

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<

Semua orang ada potensi untuk berjaya.Semua orang memiliki kuasa keyakinan dalam diri.Namun ada perbezaan jika kuasa keyakinan tinggi dengan kuasa keyakinan rendah.Orang berjaya mempunyai kuasa keyakinan diri yang tinggi.Mereka berfikir dan merancang serta bertindak dengan yakin.Tiada was-was untuk gagal meskipun risiko untuk gagal memang ada.

Sebaliknya kuasa keyakinan rendah diibaratkan kalah sebelum berjuang.Mereka ini lebih memikirkan kegagalan.Mereka kurang yakin untuk berjaya lalu mencipta alasan bagaimana untuk gagal.Akhirnya tidak berjaya meskipun potensi keyakinan diri memang sudah dibekalkan kepada kita semua sejak lahir lagi.Terpulang kepada kita untuk memilih sahaja.


Kita berhak memilih kuasa keyakinan diri yang tinggi.Kita boleh berjaya.Kita perlu bekerja keras,berusaha lebih dan yakin dengan kudrat dan iradatNya.Insya Allah kejayaan yang kita impikan berada dalam genggaman.Yakin Boleh.Yakin Berjaya.

Sumber grafik :www.Yahoo.com

>>>>>teknik blogger baru untuk berjaya<<<<<



Wordless Wednesday :Tempias Tahun Baru Cina

http://ingathanafi.blogspot.com

Blog Yang Dilawati Untuk - Link Exchange Part 1

Blog Yang Dilawati Untuk - Link Exchange Part 1


Teman memang suka menjelajah dari satu blog ke blog yang lain.Tujuan tidak lain dan tidak bukan untuk belajar dan belajar.

Dalam penjelajahan blog ini teman sempat juga buat komen dan ada juga tidak sempat.Mana yang sempat itu teman ada catatkan link blog mereka supaya dapat teman datang kembali.

Berikut ialah senarai yang dapat teman catatkan Ada yang tercicir tapi tak apa teman akan cari sampai lubang cacing…Ada link yang belum exchange pun teman taruh saja kat sini supaya senang kerja teman pada masa akan datang

  1. http://www.ciklaili.com/
  2. http://selamanya-story.blogspot.com/
  3. http://seribupilihan.blogspot.com/
  4. http://thecoklatblog.blogspot.com/
  5. http://www.papamifz.com/
  6. http://www.penbiru.com/
  7. http://penmerah.com
  8. http://awanflufy.blogspot.com
  9. http://zulhilmizainudin.com
  10. http://wanwidget.com
  11. http://www.ezadskytech.com
  12. http://zikrihusaini.com
  13. http://dihujungpen.blogspot.com
  14. http://pondokkecil.com
  15. http://www.sabreehussin.com
  16. http://redmummy.com/
  17. http://www.bloggerwanita.com/
  18. http://papankekunci.com
  19. http://shakiddo.com/
  20. http://rabiasensei.blogspot.com/
  21. http://akubiomed.com/
  22. http://maribinablog.blogspot.com/
  23. http://bayuk3nangan.blogspot.com/
  24. http://www.cydasite.my/
  25. http://ceritamayapersada.blogspot.com/
  26. http://www.eyriqazz.com/
  27. http://hab1b.blogspot.com/
  28. http://fau2i.blogspot.com/
  29. http://www.bonikacak.com/
  30. http://segalaceritera.com/
  31. http://www.bicarablogger.com/
  32. http://www.yastro.net/
  33. http://hairul.com/
  34. http://mamasentimental.blogspot.com/
  35. http://www.zulkbo.com/
  36. http://www.anakulucheka.com/
  37. http://hafizrahim.com/
  38. http://donnyien.com/
  39. http://mrfariq.com/
  40. http://www.hairulafiz.com/
  41. http://ladfeamir.com/
  42. http://earncent.com/
  43. http://www.mamamurai.com/
  44. http://www.tehramuan.com/
  45. http://merepekgila.blogspot.com
  46. http://puankutu.blogspot.com
  47. http://peliks.blogspot.com/
  48. http://www.hazmanfadzil.com/
  49. http://www.ciktom.com/
  50. http://www.penbiru.com/

sumber grafik : http://images.search.yahoo.com/search/images

p/s:Untuk memudahkan kerja teman dan menghapuskan birokrasi online anda boleh meninggalkan link menggunakan OpenId.Insya Allah link-link yang dapat dijejaki itu akan masuk Link Exchange Part 2
Bestnya! Teknik Pintas Untuk ‘Submit Site’

Bestnya! Teknik Pintas Untuk ‘Submit Site’



Dalam dunia maya ini ada berjuta-juta website dan blog.Ada yang baru,lama,aktif dan tidak aktif.Sudah tentu enjin pencari Google dan Yahoo tidak dapat mengenali website atau blog yang anda miliki.Enjin pencari ini hanya dapat mengenalpasti website atau blog yang  telah dihantar site kepada mereka. Izinkan teman hanya menggunakan blog.Untuk makluman proses tersebut sama juga dengan website.

Banyak kelebihan jika blog kita dapat dikenali oleh enjin pencari.Ia memudahkan teman mencari menggunakan kata kunci sahaja.Sebagai contoh teman menaip tehramuan.Maka blog ini akan terpancul atas sekali dalam hasil pencarian Google maupun Yahoo.Teman dapat juga menggunakan enjin pencari ASK.com dan BING.com.

Selain itu tentu SEO mudah naik dan terus naik.Apabila sudah naik,ranking Alexa akan naik juga.Dulu masa mula-mula blog teman dibina tentulah ranking Alexa dalam kedudukan berjuta.Setelah lama bertapak dan site blog sudah dihantar ke enjin pencari maka rangking akan berada lingkungan ratusan ribu sebelum bergerak ke ribu atau ratus.Namun bergantung dengan  anda mengurus blog masing-masing.

Di bawah ini  teman sediakan ruangan untuk anda submit site secara percuma.Anda boleh lakukan bila-bila masa yang sesuai.


*Sumber grafik: http://images.search.yahoo.com*

Panduan Mengoptimum Tweeter

tweeter

*11/2/13*

Tweeter adalah fenomena baru di dunia amnya dan di Malaysia khususnya.Sungguhpun populariti Facebook jauh ke hadapan.Usah dipandang enteng kehebatan Tweeter.

 

Tweeter ialah satu aplikasi yang dikenali sebagai micro blog.Blog yang kecil mempunyai kebatasan perkataan yang  boleh diterbitkan  cuma 144 perkataan termasuk ruang kosong dan titik.Fungsi menghantar dan perkongsian gambar hampir sama dengan Facebook.

 

Bagi mereka yang belum mahir tetapi berminat dengan Tweeter boleh membaca buku ini sebagai panduan.Buku ini ditulis oleh Dirgayuza Setiawan.Seorang penulis Indonesia yang luas pengetahuan dan berpengalaman dalam dunia Internet.Beliau boleh difollow dengan @dirgayuza.

 

Saya faham dewasa ini tidak ramai yang gemar membaca buku tebal-tebal.Buku ini cuma mempunyai 170 mukasurat.Tidak sampai sehari boleh khatam.Lepas itu boleh dirujuk berulang-ulang mengikut keperluan pembaca sendiri.

 

Harga tidak terlalul mahal.Pelaburan untuk RM15.90 memang berbaloi.Mana mungkin kita boleh rugi kerana membeli buku yang penuh dengan ilmu.

 

Kalau ada yang berminat dengan buku ini boleh menghubungi penerbit di sini.Mereka yang rajin boleh mengunjungi toko atau kedai buku yang tersohor.

 

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli saya cuba untuk mengutarakan beberapa panduan yang amat berguna.Antaranya cara membuat akaun Tweeter dari mula sampailah siap.Teknik mencantikkan latar belakang dan banyak lagi info penting.

 

DI dalam banyak banyak panduan yang disediakan saya suka teknik untuk menjadual masa tweet secara automatik.Caranya buka link ini .Segala-gala akan terjawab bila anda sudah berada di link tersebut.Cubalah anda akan tahu keseronokannya.

Tetamu Blog Untuk Direview Minggu ini:ciklaili.com

Tetamu Blog Untuk Direview Minggu ini:ciklaili.com

*Ahad-10/2/2013*

 

Ada satu blog  yang saya suka.Blog beliau ada juga segmen blog review untuk para pengomen yang terbanyak.Namun saya pula tidak meletakkan apa-apa syarat untuk mereview blog orang.Saya lakukan dengan niat dan tujuan untuk mengkaji blog tersebut.

 

Blog ini mempunyai nama yang pendek dan mudah diingati.Pandangan pertama terhadap blog ini ringkas namun menarik.Berlatarbelakangkan warna putih yang bersih.Sedap mata memandang.

 

Saya difahamkan penulis blog ini adalah seorang pendidik dan blogger separuh masa.Sudah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang cahaya mata.

 

Dulu beliau menggunakan nama blogspot sebelum berhijrah ke domain berbayar iaitu www.ciklaili.com.Menggunakan nama dot com nampaknya lebih profesional dan berwibawa.

 

Ada satu segmen yang menarik dalam blog ini iaitu Bloglist Setahun Ciklaili.com dan 5 Blog pilihan Ciklaili.com.Sudah pasti penghormatan begini memberi perasaan terharu kepada blog yang terbabit.Namun saya berharap juga dapat masuk dalam senarai yang dinyatakan.Terus terang sahaja saya katakan untuk tumpang popular.Perkara baik usah dimalukan.

 

Bagi mereka yang belum singgah ke blog boleh berbuat demikian selepas ini.Anda akan berasa berbaloi dan sudah pasti untuk singgah ke blog ini lagi.Antara segmen yang menarik untuk kita baca berkaitan panduan untuk :

 

1.panduan pelajar,guru dan ibubapa

2.panduan percutian

3.panduan kehamilan

4.panduan penjagaan anak

5.panduan umum

 

p/s: Kepada cikgu Laili selamat maju jaya dalam kerjaya dan terus berkarya dalam blog yang hebat ini.Kami sebagai blogger baru amat menghargainya dan sentiasa perlu bimbangan serta teguran.

 

Sumber grafik: www.yahoo.com

Kembali Ke Dunia Maya : 1001 Al Kisahnya.

Kembali Ke Dunia Maya : 1001 Al Kisahnya.



*Sabtu-9/2/13*

Saya amat memahami bahawa apabila kita sudah menyukai sesuatu kita akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya.Satu naluri semulajadi yang dimilliki oleh semua orang termasuk anda yang membaca entri ini.Jadi teruskan pengembaraan dalam perjalanan kisah saya ini.(macamlah penting sangat).

Segmen kisah saya akan berputar ke bidang yang saya minati ini.Ramai yang suka berblogging.Tapi lebih ramai lagi yang suka Facebook dan Tweeter.Dulu saya suka berfacebook.Kini agak kurang kerana lebih memfokus kepada aktiviti blogger.Dikhabarkan kawan-kawan dalam Facebook saya sudah mencecah lebih 4 ribu orang.Memang ramai tetapi akaun ini agak perlahan kerana dikongsikan terlalu ramai orang.Tak juga seronok dibuatnya.Melainkan anda mempunyai capaian internet yang cukup laju dan power.

Sebagaimana saya catatkan tempohari saya mungkin tidak online buat seketika.Memang benar ada beberapa hari.Nasib baik tidak lama.Cabaran yang dihadapi dapat diatasi.Satu peluang dan ruang lagi untuk saya berkarya dalam blog.Menyampaikan sedikit mesej dan latih tubi untuk saya menulis,menulis dan menulis.Manalah tahu saya berupaya dan berkemampuan untuk menulis senaskah buku suatu hari nanti.Insya Allah.Jadi doakan bersama-sama.Amin.

Maka berbohonglah saya kalau tidak mengharapkan internet ini boleh menjana pendapat untuk saya.Dulu pada tahun 2009 saya pernah memperolehi duit melalui program segera RM20.Selain itu terlibat dengan penjualan web reseller.Ada juga masuk sedikit duit.Tidak cukup dengan itu saya terpengaruh dengan promosi GDI.Satu syarikat penyedia hosting dengan bayaran  US10 Dollar sebulan.Sempatjuga belajar sedkit tentang   hosting dan domain.Saya menggunakan domain http://jariahonline.ws yang saya beli di Go Daddy.com.

Pabila kawan bertanya pekerjaan saya ketika itu,pasti saya jawab sebagai Internet Marketer.Malah saya ada melanggan mesin penjawab email iaitu Aweber.Saya menggunakan Aweber untuk mengumpul sebanyak mungkin mail list.Kalau tak pakai benda ini anda akan dicop sebagai spammer.Email yang anda hantar akan menjadi spam email.Penerima email akan kecik hati dan menyampah dengan anda.Saya giat mempromosi ebook dan ikut serta banyak affialiate.Hasilnya kosong.Saya agak kecewa kerana pelaburan yang banyak setiap bulan sia-sia.Sebenarnya tidak perlu kecewa.Itu adalah guru supaya saya terus belajar dan berusaha lagi.Setiap kejayaan ada harga yang perlu dibayar wang,masa,keringat dan apa sahaja(positive item)

Kini saya mencuba pula sebagai penulis blog.Potensi yang ada dalam bidang ini amat luas.Tidak kira berapa banyak masa yang diperlukan untuk menuai hasil.Saya tetap berpegang kepada satu konsep mudah.Kita memberi dahulu sebelum menikmati hasilnya.Usaha tangga kejayaan kata bidalan Melayu.Jadi saya akan tetap menulis dan berkongsikan idea dan info yang berguna untuk pembaca.

Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?

Mengapa Sabar Separuh Daripada Iman?




Sekali imbas tajuk entri kali macam kuliah agama.Jangan  terkejut kerana saya tidak mengulas perkara ini dari sudut agama semata-mata.Saya bukan pakar.Saya cuma bapak  budak yang masih belajar tentang agama Islam.Apa yang ingin saya ketengahkan ialah konsep bersabar dalam kehidupan universal.

Sesungguhnya kehidupan kita ini melalui banyak pancaroba( kata klasik),ujian,dugaan,kesukaran dan apa sahaja yang kurang berkenan di hati kita.Orang sabah sabar boleh menghadapi semua ini dengan tenang.Ketenangan yang dimilikinya memberi impak positif kepada sistem badan.Malah menyebarkan aura positif  kepada orang di sekeliling.Tidak hairan orang yang memiliki sifat sabar ini ramai kawan berbanding orang panas baran.

Kesabaran boleh dipupuk dengan pelbagai kaedah.Sudah tentu pendekatan agama.Memang diakui sabar itu sifat orang beriman.Bahkan separuh dari iman.Agama Islam amat menitik beratkan konsep sabar dalam ibadah.Sabar mengerjakan kebaikan dan sabar pula menahan diri untuk melakukan kemungkaran.Ganjaran sabar diberi pahala yang tidak terkira.Selain itu masuk syurga tanpa hisab.Masya Allah hebat sungguh ini.

Nilai kesabaran dalam diri dapat juga dipupuk dengan mengubah cara berfikir.Corak pemikiran yang mementingkan diri sendiri wajar diubah.Cuba letakkan diri kita ini pada tempat orang lain.Cara berfikir seperti ini boleh diasah melalui  seminar motivasi,buku dan  blog blog yang berkaitan.Memang bukan mudah untuk mengubah cara berfikir.Ia sudah tertanam dalam cip otak sejak kecil lagi.Saya sengnaja memfokuskan sabar adalah satu daripada cara pemikiran seseorang.Kebiasaannya sabar melibatkan soal hati.Perlu diingatkan hati boleh berubah-ubah atau berbolak hati berbanding cara berfikir.Marilah memupuk sabar dengan mengubah cara berfikir seperti orang beriman.

Dalam teknik auto sugestion  slogan sabar selalu kita gunakan secara tidak langsung.Antaranya sabarlah,apa boleh buat sabar sajalah dan sabar jak lah aku (Melayu Sarawak).Slogan ini kita sebut,ingat dan ulang beratus-ratus kali sehari.Kesannya minda separa sedar menganggap diri kita ini adalah orang yang paling bersabar atas muka bumi ini.Memanipulasikan minda separa sedar memberi kesan ajaib kepada seseorang.Bayangkan ketika kita kesedihan,sedang marah,kecewa dan merana kita sebut perkataan sabar untuk menenangkan emosi.Kita selalu bermonolog dengan kata-kata negatif.Jadi kita tukar kata-kata yang negatif kepada perkataan sabar,sabar dan sabar.Saya amat percaya teknik ini berkesan ketika kita hilang punca.

Kesimpulannya sabar adalah perkataan yang memberi kesan emosi kepada seseorang.Sabar terlalu tinggi nilainya.Sabar umpama air yang memadamkan panas api.Sabar seperti batu permata untuk dimiliki.Kepada mereka yang menerima ujian dan dugaan tingkatkan kesabaran.Kita tidak harus gelisah dan resah.Juga tidak perlu ribut-ribut kerana adanya kesabaran, nikmat kehidupan lebih terasa.

Sumber grafik:http://start.facemoods.com

p/s: saya mungkin lama tidak online selepas ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan.Saya berdoa cabaran ini tidak lama supaya saya kembali berblogging.Saya cuba untuk bersabar meskipun saya tahu tiada bersama  blog ini menyebabkan  hati saya lara sepanjang masa,.Sabar 1000x

Hubungi Saya



Saya boleh dihubungi melalui pelbagai cara seperti berikut.Namun saya berharap biarlah atas urusan yang bermanfaat untuk semua pihak yang terlibat.Contohnya urusan pengiklanan, review produk atau yang sewaktu dengannya


1.Talian telefon mudah alih = 019-8907289

2.Surat berantai elektronik = hanafi81212@gmail.com

3.Akaun Tweeter = @hanafi2013

4.Facebook  Fan Pages= blog1malaysia

5.Blog = http://www.blog1malaysia.com

6.Doa = boleh ditujukan kepada saya tanpa melalui kaedah di atas.
Tentang Blog Ini

Tentang Blog Ini

Blog ini mempunyai pelbagai niche.Apa yang saya tulis dengan niat untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang tak seberapa ini dan berusaha menyebarkan sedapat mungkin kepada pembaca.Saya menyelitkan pandangan peribadi berdasarkan adaptasi sekelumit pengalaman.Dengan hatinyang terbuka saya mengalu alukan sebarang komen,pandangan,cadangan dan mungkin teguran.Semoga usaha kecil ini memberi kebaikan dan manfaat kepada mereka yang memerlukan.

 

Ada beberapa segmen dalam blog ini yang telah rancang untuk disiarkan berdasarkan kemaskini harian.

 

1.Isnin – Ulasan Buku

2.Selasa –Dunia Blog

3.Rabu – Gambar Berbicara

4.Khamis – Motivasi Diri

5.Jumaat – Sembang Wang

6.Sabtu – Kisah Saya

7.Ahad – Terjah Blog

Wordless Wednesday : Siapa Lebih Kuat ?


Blogger Berwibawa Kerana Gaya Bahasanya

Blogger Berwibawa Kerana Gaya Bahasanya




Dalam dunia realiti gaya  seseorang dapat dilihat dan diperhatikan melalui pakaian ,fesyen rambut,cara berjalan dan sebagainya.Namun dalam dunia blog kita tidak dapat membuat penilaian dengan cara yang sama.Kita terpaksa menilai melalui rekabentuk blog,kandungan entri dan semestinya penggunaan bahasa.

Bahasa yang baik dan berkualiti cerminan kepada cara pemikiran blogger itu sendiri.Aktiviti menulis blog bukan perkara yang mudah sebagaimana kemaskini kenyataan dalam Facebook maupun Tweeter.Menulis blog memerlukan blogger mencari idea pokok utama,memilih perkataan dan menyambung ayat supaya dapat menyampai mesej sejelas yang mungkin.Sudah tentu proses ini memaksa otak bekerja keras.

Blog yang menjadi buruan pembaca mempunyai keunikan yang tersendiri.Blog tersebut padat dengan info yang menarik kerana diterjemah melalui bahasa yang standard.Memang ada blog yang hebat menyampaikan mesej menggunakan bahasa singa slanga namun dari sudut kepuasan membaca tidak terasa.Hanya penggunaan bahasa yang betul sahaja boleh menyentuh emosi pembaca.Kesan emosi cukup hebat.Ia boleh mengubah cara berfikir,kelakuan dan iman (tentunya Allah SWT mengizinkan).

Kehebatan gaya penulisan seseorang bukan lahir begitu sahaja.Pembacaan buku yang luas,penghayatan peristiwa sekeliling dan semangat untuk berjaya adalah elemen utama.Tidak dinafikan bakat  semulajadi untuk menulis.Ada yang berbakat dalam seni visual dan seni grafik.Namun bakat sahaja tidak cukup untuk meletakkan diri sebagai blogger berwibawa.Faktor gigih dan minat boleh menjadi penyumbang.
Latihan,latihan dan latihan adalah asas untuk memiliki kemahiran menggunakan gaya  yang hebat dan mantap.

Banyak blog yang saya lawati ada ciri-ciri gaya bahasa hebat.Untuk menjaga hati rakan rakan blogger yang lain saya tidak memberi contoh yang tepat.Takut-takut kalau blog yang tidak tersenarai akan terasa.Saya faham blog adalah diari maya.Kita berhak nak guna bahasa apa yang kita mahu.Malah ada blog yang memang tidak kisah berkenaan penggunaan masa bahasa..Janji ada trafik kira lepaslah tanggungjawabnya.

Adakah saya terlalu emosi sekarang?

Sekian.Mohon undur diri.

Hebatnya Ilmu Pengaruh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

Saya telah mengulangi pembacaan buku ini banyak kali.Saya tertarik untuk mengadaptasikan ilmu yang terkandung supaya saya menjadi orang berpengaruh.

 

Kesedaran untuk mendapat pengaruh sudah berlaku sejak dulu lagi.Memang saya dari kecil kurang pengaruh.Tubuh badan yang kecil.Namun saya tetap bersyukur kerana sihat semua tubuh anggota.

 

Untuk menjadi orang berpengaruh tidaklah sesukar mana.Ambil ijazah sehingga mendapat phD ada orang boleh buat.Menjadi pemimpin no.1 negara pun sudah dibuktikan oleh orang biasa yang berfikiran luar biasa.

 

Akhirnya pengaruh yang baik mendatangkan kesan yang baik juga.

 

Sekian.Jumpa lagi dan mohon permisi.

 

 

IMG_2205

 

Judul: Ilmu Pengaruh Bukan Jampi Tetapi Seni

Penulis:Syahrul Nizam Junaini

Ketebalan :196

Penerbit:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd

Tahun: 2010

Harga :RM24.90

 

Ulasan Buku:

 

Judul buku ini sahaja sudah cukup untuk mempengaruhi peminat buku untuk membeli dan seterusnya memiliki khazanah ilmu.Malah saya sendiri cukup terkesima untuk membaca dan cuba untuk mengaplikasikan beberapa tip yang dikemukakan oleh penulis yang saya minati ini.Syabas dan tahniah kepada Tuan Syahrul Nizam Junaini yang berjaya berkongsi ilmu dan menggungkapkan idea hebat melalui karyanya.

 

Jika dulu ilmu pengaruh sering dikaitkan dengan minyak,mantera dan azimat.Awas kerana perkara ini bertentangan dengan hukum syarak Islam.Takut-takut jatuh ke lembah syirik dan khurafat yang mana tergolong dalam kategori dosa besar.

 

Namun begitu jangan sangat tersalah anggap kepada buku ini.Intipati buku ini bukan membicarakan ilmu mistik tetapi ilmu realistik yang menjadi tunjang kepada komunikasi korporat,pemasaran dan perniagaan secara umum maupun khusus.

Pengaruh sudah menjadi elemen penting kepada seseorang dalam ruang lingkup keluarga,komuniti dan organisasi.Orang yang berpengaruh menjadi idaman setiap orang terutama kepada mereka yang ingin meningkatkan kerjaya,maruah dan nama dalam pandangan manusia.

 

Lagi kuat pengaruh lagi mudah untuk mendapat apa yang dihajati.Pemimpin keluarga yang berpengaruh dapat membentuk ahli keluarga lebih harmonis dan bahagia.Ketua organisasi pula meningkatkan prestasi,produktiviti dan keuntungan syarikat.

 

Penulis telah membincangkan ilmu tentang pengaruh dalam pelbagai sudut dan dimensi yang berbeza.Antaranya teknik memujuk dalam mempengaruhi.Selain itu sumber-sumber kuasa untuk memujuk lebih berkesan dan banyak lagi.

 

Tidak kurang menariknya penulis turut mengupas dengan ringkas tetapi padat tentang aplikasi teknik mempengaruhi.Ilmu mempengaruhi yang digunakan untuk pemimpin,kakitangan ,rakan sejawat,bakal pelanggan dan sebagainya.

 

Pada bahagian akhir penulisan buku ini diceritakan sepintas lalu tentang kejayaan pengaruh tokoh dunia abad ke-21 yang hebat.Antaranya Franklin Roosevelt seorang Presiden Amerika Syarikat yang terpilih empat kali kerana pengaruh menghormati orang lain.Selain itu kisah Perdana Menteri England Sir Winston Churcill yang disegani kerana pemurah,taat dan setia serta cekal menghadapi tekanan dalam situasi yang genting.

 

Adalah amat berbaloi untuk memiliki,membaca dan mengamalkan ilmu-ilmu dalam buku Ilmu Pengaruh Bukan Jampi tetapi Seni.

 

Ps: untuk terus bersama menyelami idea-idea Tuan Sahrulnizam Junaini sila lawati website beliau di sini.

Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review

Untungnya Menjadi Blog Pilihan Review

 

 

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

 

Puas juga saya memikirkan apa tajuk entri yang sesuai untuk segmen ulasan blog ini.Cabaran menanti kerana ulasan blog merupakan topik yang berat.Sangat membimbangkan jika ulasan tersasar dari mesej yang ingin disampaikan.Namun saya memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika ada perkataan yang bisa mengores hati pemilik blog yang kena ulas.

 

Tetamu blog saya pada hari ini ialah blog Ummikami.Saya mengenali blog ini kerana pengomen setia blog kawan (saya yang declare)  iaitu Tuan tehr.Trademark dia pantun,pantun dan pantun.Kaya dengan pantun.Saya pun hairan bagaimana dia mendapat ilham mengarang pantun yang cukup indah dan berseni.Barangkali bakat dan minat dia dalam bidang ini.Dulu pernah saya kat sekolah menjadi peserta simpanan sahaja dalam pertandingan pantun antara sekolah.

 

Sesiapa yang belum pernah singgah ke blog beliau akan menyesal buat seketika.Blog beliau menyajikan grafik yang cantik.Siap dengan lagu sekali.Namun entri beliau padat,sarat dan kaya dengan rangkap-rangkap pantun yang mempersonakan.Bagi pengemar pantun inilah desinasi yang tepat.Saya salah seorang peminat pantun Melayu.

 

Pesan saya bersedia dengan pantun dulu untuk singgah ke blog beliau.Ini kerana Ummikami akan membalas setiap komen dengan pantun.Jadi alangkah eloknya kalau komen pakai pantun juga.Tak bermaksud  orang yang tak mahir pantun menjauhlan diri dari blog ini.Pantun itu sendiri lambang kesenian orang Melayu yang kaya budi bahasa.Orang putih tak ada pantun.Orang hitam negro tak ada pantun.

 

Apa kata kita terjah blog Ummikami untuk membeli dan menjual pantun.Biar pantun ini menjadi komoditi utama dalam alam siber.

 

p/s: terjah ke blog Ummikami di sini

 

Sekian sembang santai kali ini.Sehingga jumpa lagi.

Capaian Internet Lemah Membantutkan Aktiviti Blogging

Capaian Internet Lemah Membantutkan Aktiviti Blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Sudah masuk 3 bulan saya menghadapi masalah ini.Capaian internet yang amat perlahan cukup merugikan saya dan mungkin juga kepada mereka yang senasib.Perlu diingatkan pekhidmatan ini bukan percuma sebagaimana Kampung Tanpa Wayar.( free wifi).Saya mengeluarkan duit dan setiap sen yang dikeluarkan harus berbaloi dan memuaskan hati.Saya  rasa menyesal bercampur marah pun ada.

Saya bertekad untuk berhijrah ke penyedia perkhidmatan internet lain jika keadaan kewangan mengizinkan.Saya tidak boleh memburukkan jenama ini kerana saya percaya tempat lain capaian internet mungkin yang terpantas dan terbaik.Cuma tempat saya sekarang kurang bernasib baik kerana mendapat capaian internet yang lemah.Benar kata orang tidak mungkin kita boleh memuaskan hati  semua orang.


Tidak dapat dinafikan aktiviti berblogging memerlukan talian internet yang pantas dan kuat.Banyak blog sekarang ini dipasangkan grafik dan aplikasi serta sesak dengan penggunjung menyebabkan sukar untuk menceroboh memasuki blog dengan mudah.Sesiapa yang menggunakan penyedia perkhidmatan yang baik tidak akan menghadapi masalah ini.Sudah tentu saya jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan blogger yang lain.

Pendekkan cerita tidak perlu saya merungut dan terus menyesali apa yang terjadi.Saya  mesti tingkatkan kesabaran dan terus guna juga talian yang lemah ini sedaya upaya.Perkara tersebut diluar kawalan saya.Hanya pihak syarikat tersebut yang berupaya menanganinya.

Sekian dahulu sembang santai kali ini.Sehingga jumpa lagi.Terima kasih kerana sudi membaca dan mohon permisi.

Peluang Meraih Wang di Internet

internet

 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera!

 

Tajuk entri di atas memang mengiurkan.Siapa yang tidak suka wang.Dengan wang orang boleh bahagia atau derita.Namun tajuk di atas saya sengnaja saya pinjam untuk mengulas sebuah buku terbitan Synery Media.Judul buku sama dengan judul entri.Mau tumpang popular cara murah mudah

 

Penulis buku ini ialah Taufik Hidayat.Seorang penulis Indonesia yang juga merupakan Jurulatih dalam syarikat SWAConsultant.Buku ini telah diedit oleh Hamdan Che Mustapha supaya gaya bahasa sesuai dengan rakyat Malaysia.Bagaimanapun saya tidak hairan sudah ramai di antara kita memang faham bahasa Indonesia.Maklum sahaja berasal dari rumpun yang sama.

 

Bagi saya buku ini mudah dan ringkas.Tidak perlu pening-pening kepada bahasa jargon.(bahasa teknikal).Kadang kala kita terpaksa juga menemui bahasa Inggeris.Internet berpusat di negara orang putih.Mereka tentu menjajah kita dengan bahasa mereka.Itu kira nasib baik.Bagaimana kalau bahasa Jepun atau korea yang mendominasi internet.Bahasa Arab tak apa.Bahasa Al quran.

 

Kalau belek buku ini dari halaman mula sehingga halaman tamat ceita tetap sama.Tidak lain tidak bukan tentang cerita  Google Adsense.Siapa lagi kalau bukan mereka.Orang yang boleh menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik sudah tentu dapat peluang ini.Peluang untuk mendapat iklan adsense dengan content memang lumayan.Boleh hidup senang jika betul caranya.

 

Jika hendak maklumat lanjut kira wajib beli buku ini atau pinjam dari kawan.Cari sahaja di toko buku terkenal.Jangan pula toko ubat.Harga mampu milik.Di Sarawak dijual dengan harga RM14.90 senaskah.Lain-lain tempat saya tidak pasti.Tak sempat nak buat tinjauan,Lainlah kalau ada pihak yang nak menaja untuk saya buat tinjauan harga di seluruh kedai.

 

Sekian sembang santai hari ini.Kepada mereka yang sudah membaca jangan lupa untuk mengamalkan tip yang diberikan.

 

Terima kasih.Jumpa lagi

 

Wassalam.

Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris (II)

Pengalaman Awal Berbahasa Inggeris (II)







Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Seperti yang saya janjikan dalam entri yang pertama dahulu saya akan menyambung semula penulisan tentang pengalaman awal berbahasa Inggeris..

Pada kali ini saya akan ceritakan sewaktu bekerja di sebuah syarikat tempatan.Pekerja di syarikat ini tiada mahkluk orang asing.Cuma orang bukan bumiputera yang mendominasi peringkat pengurusan ke atas.Jadi bahasa Inggeris menjadi keutamaan dan kebanggaan.

Saya ditempatkan dalam makmal pemprosesan sebagai  juruteknik proses.Kami semuanya ada 5 orang.Setiap pertukaran syif kami diwajibkan menulis laporan dalam buku log.Saya memang suka menulis.Tulisan saya banyak menggunakan bahasa bunga-bunga untuk mengambarkan perasaan saya ketika itu.Saya akhirnya ditegur kerana berkarya bukan pada tempatnya.Untuk makluman semua buku log ini ditulis mantak-mantak  secara total dalam bahasa Melayu yang dirojakkan.

Akhirnya saya mengambil inisiatif cuba untuk membuat perubahan.Saya tulis laporan  dalam Bahasa Inggeris.Terkejut beruk mereka.Bukan kerana bahasa Inggeris  yang terlalu bagus  tetapi terlalu lucu dengan istilah yang tiada dalam kamus Oxford.Saya buat tidak tahu sahaja walaupun dalam hati ada rasa kesal.

Lama-kelamaan bahasa Inggeris saya semakin baik dan boleh diterima pakai.Saya belajar sendiri dengan membeli kamus Oxford dan membaca suratkhabar The Star.

Pengajaran  dari cerita ini mudah sahaja.Kelemahan yang kita ada boleh ditransformasikan melalui proses belajar.Lama kelamaan kita akan mahir juga.Paling penting jangan berputus asa dan terus berusaha.

Saya simpulkan dengan pantun ini.Gian nak berpantun pulak…..

Saya bermimpi  ikan duyung,
Mana mungkin ada benarnya
Kalau tidak dipecahkan ruyung,
Mana mungkin dapat sagunya.

Sekian sahaja.Terima kasih.Mohon permisi.
Akibat Ketagihan blogwalking

Akibat Ketagihan blogwalking



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dunia blog telah melahirkan satu fenomena baru iaitu ketagihan blogwalking.Blogwalking adalah merujuk kepada cara seseorang terjah blog ke blog yang lain sama ada blog yang popular (sudah semestinya) dan yang baru muncul di persada blog negara.

Mereka melawat blog untuk membaca,mencari maklumat atau suka-suka untuk meninggalkan backlink.Ada yang berniat baik.Tidak kurang juga yang berniat sebaliknya.Golongan yang baik ini dapat kita kenalpasti melalui komen-komen yang bernas dilontarkan.

Aktiviti blogwalkling memang mengambil masa yang panjang.Satu blog  5 minit diperlukan untuk membaca dan membuat komen.Ada juga yang menjadi pembaca senyap.Mereka ini baca dan tidak akan meninggalkan sebarang komen.Namun kelibat mereka dapat dijejaki oleh pengesan yang di plugin oleh si pemunya blog.

Dari sudut positif blogwalking yang tegar akan mendapat ilmu,info dan panduan yang cukup luas.Mereka seumpama sudah membaca buku 5 buku dalam sehari.Bunyinya sahaja sangat hebat.Blogger yang kehausan idea perlu blogwalking dahulu sebelum berkarya semula.Idea dan gambaran konsep dapat diperolehi melalui aktiviti ini.

Selain itu jika blogwalking dilakukan oleh blogger yang mempunyai blog, mereka akan mendapat kunjungan balik dari tuan punya blog.Saya sangat kagum kepada blogger yang boleh berkunjung balik ke blog pelawat.Beliau seorang yang beretika dan menghargai pelawatnya.Sama seperti dunia sebenar.Buat baik dibalas baik.Bayangkan kalau dapat 100 blog dapat dilawati. Kira congak paling tidakpun ada 10 orang akan bertandang balik.Senario begini mengwujudkan rantaian blogger dalam komuniti maya.(ceh wah!keluar dah word power)

Kepopularan seseorang blogger akan meningkat naik jika selalu bertandang ke blog orang.Maksudnya dah boleh jadi artis seorang blogger ini.Ramai yang bangga dan seronok melihat rangking naik.Namun tidak kurang juga rangking menjadi pelawat naik mencanang.Pastikan kita meninggalkan jejak.Senang peranti teknologi jejak kita balik.Ketegaran seseorang berblogwalking mengharumkan namanya dan mudah diingati oleh para blogger lain.Untuk itu beri keharuman melalui komen yang bernas dan berkualiti.

Sudah hukum dunia.Tidak ada perkara menjadi baik jika berlebihan.Makan berlebihan akan menjadi obesti.Tidur yang keterlaluan menyebabkan otak dungu.Sama juga dengan aktiviti blogwalking.

Berikut ialah sudut keburukanya.Sengnaja saya tidak ulas panjang.Benda yang kurang elok sendiri mau ingatlah kawan.

1.Letih mata,otak dan badan
2.Tiada masa untuk benda lain
3.Terlalu asyik hingga lalai solat
4.Kurang tidur,makan dan minum
5.Mengabaikan keluarga
6.Kurang sosial dengan jiran sebelah
7.Sindrom malas buat kerja-kerja rumah

Sekian sahaja.Mohon permisi dahulu.