*Sabtu-9/2/13*
Saya amat memahami bahawa apabila kita sudah menyukai sesuatu kita akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya.Satu naluri semulajadi yang dimilliki oleh semua orang termasuk anda yang membaca entri ini.Jadi teruskan pengembaraan dalam perjalanan kisah saya ini.(macamlah penting sangat).
Segmen kisah saya akan berputar ke bidang yang saya minati ini.Ramai yang suka berblogging.Tapi lebih ramai lagi yang suka Facebook dan Tweeter.Dulu saya suka berfacebook.Kini agak kurang kerana lebih memfokus kepada aktiviti blogger.Dikhabarkan kawan-kawan dalam Facebook saya sudah mencecah lebih 4 ribu orang.Memang ramai tetapi akaun ini agak perlahan kerana dikongsikan terlalu ramai orang.Tak juga seronok dibuatnya.Melainkan anda mempunyai capaian internet yang cukup laju dan power.
Sebagaimana saya catatkan tempohari saya mungkin tidak online buat seketika.Memang benar ada beberapa hari.Nasib baik tidak lama.Cabaran yang dihadapi dapat diatasi.Satu peluang dan ruang lagi untuk saya berkarya dalam blog.Menyampaikan sedikit mesej dan latih tubi untuk saya menulis,menulis dan menulis.Manalah tahu saya berupaya dan berkemampuan untuk menulis senaskah buku suatu hari nanti.Insya Allah.Jadi doakan bersama-sama.Amin.
Maka berbohonglah saya kalau tidak mengharapkan internet ini boleh menjana pendapat untuk saya.Dulu pada tahun 2009 saya pernah memperolehi duit melalui program segera RM20.Selain itu terlibat dengan penjualan web reseller.Ada juga masuk sedikit duit.Tidak cukup dengan itu saya terpengaruh dengan promosi GDI.Satu syarikat penyedia hosting dengan bayaran US10 Dollar sebulan.Sempatjuga belajar sedkit tentang hosting dan domain.Saya menggunakan domain http://jariahonline.ws yang saya beli di Go Daddy.com.
Pabila kawan bertanya pekerjaan saya ketika itu,pasti saya jawab sebagai Internet Marketer.Malah saya ada melanggan mesin penjawab email iaitu Aweber.Saya menggunakan Aweber untuk mengumpul sebanyak mungkin mail list.Kalau tak pakai benda ini anda akan dicop sebagai spammer.Email yang anda hantar akan menjadi spam email.Penerima email akan kecik hati dan menyampah dengan anda.Saya giat mempromosi ebook dan ikut serta banyak affialiate.Hasilnya kosong.Saya agak kecewa kerana pelaburan yang banyak setiap bulan sia-sia.Sebenarnya tidak perlu kecewa.Itu adalah guru supaya saya terus belajar dan berusaha lagi.Setiap kejayaan ada harga yang perlu dibayar wang,masa,keringat dan apa sahaja(positive item)
Kini saya mencuba pula sebagai penulis blog.Potensi yang ada dalam bidang ini amat luas.Tidak kira berapa banyak masa yang diperlukan untuk menuai hasil.Saya tetap berpegang kepada satu konsep mudah.Kita memberi dahulu sebelum menikmati hasilnya.Usaha tangga kejayaan kata bidalan Melayu.Jadi saya akan tetap menulis dan berkongsikan idea dan info yang berguna untuk pembaca.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori
kisah saya
dengan judul
Kembali Ke Dunia Maya : 1001 Al Kisahnya.
. Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL
http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/kembali-ke-dunia-maya-1001-al-kisahnya.html
. Terima kasih!
Ditulis oleh:
mrhanafi
-
Saturday, 9 February 2013
2 komentar untuk " Kembali Ke Dunia Maya : 1001 Al Kisahnya. "
wow...mesti dah expert dalam dunia blogger lagi2x bab hosting and domain...skrang pun aku ngah pening pekebenda alah tu..haha
tak juga bro..saya tak konsisten dalam dunia blog..timbul tenggelam.tak pe lah bro ambil masa untuk expert.saya dulu buat teknik try and error! untuk setup domain pergi hosting..
Post a Comment