google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Portal Informasi: bicara niaga

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
I am an AI enthusiast.

Catatan Popular

Showing posts with label bicara niaga. Show all posts
Showing posts with label bicara niaga. Show all posts

ww:Gambar berbicara

we are so sorry

Kursus Untuk Para Usahawan Borong Tanahair

 

Berita baik untuk taukeh-taukeh yang berkecimpung dalam perniagaan ini.Peluang ini jarang diperolehi dengan mudah.Jadi jangan lepaskan begitu sahaja!

 

Promosi - Kursus borong

 

 

Anda boleh hubungi saya di sini

 

borong-21

 

Pertanyaan lanjut sila kemukan  di sini

7 Kesan Negatif Pengambilan Gula Berlebihan.

 

Salam 1Malaysia,

 

Dulu pernah kecoh seluruh negara apabila kerajaan mengurangkan subsidi gula.Akibatnya harga  gula naik dipasaran.Bukan itu sahaja semua makanan yang ada kaitan dengan gula turut mengalami peningkatan harga.

 

Sebagai orang yang berusaha untuk menjaga kesihatan saya beranggapan kenaikan harga gula adalah satu hikmah yang wajar kita syukuri seadanya.Kata orang tambah manis dalam senyuman tetapi kurangkan manis dalam minuman.”

 

Ada 7 kesan negatif pengambilan gula kepada manusia.

 

1.Kegemukan

 

Masalah obesiti atau kegemukan bukan perkara baru lagi dalam masyarakat hari ini.Terutamanya kepada mereka yang suka makanan manis namun gaya hidup kurang aktif.Gula yang diambil berlebihan akan bertukar menjadi lemak dalam badan.

 

2.Tekanan darah tinggi

 

Bila dah gemuk maka lemak banyak dalam badan.Jantung terpaksa bekerja keras kerana saluran darah semakin  jauh.Kasihan jantung kerana mengepam darah dengan kuat menyebabkan tekanan darah meningkat.

 

3.Diabetes

 

Keadaan paras gula yang tinggi berlaku kerana pankreas gagal menghasilkan insulin.Gula yang tinggi dalam darah menyebabkan saluran darah tebal dan sempit.Jadi ramailah kaum kerabat penyakit datang bertandang ke badan kita.

 

4.Penyakit jantung

 

Saluran darah yang sempit menyebabkan jantung mengalami kekurangan darah yang beroksigen dan bernutrien.Pengaliran darah yang kurang lancar  ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.Kesannya sendiri mau tau la..KO.

 

5.Fungsi imun terjejas

 

Ketika gula terlalu banyak dalam darah maka keupayaan sel-sel darah putih terganggu.Sel-sel ini yang sepatutnya menghalang gangguan virus,bakeria dan mikroorganisma ke sistem antibodi telah lari dari tugas.Akibatnya kita mudah mendapat penyakit.Jadi salah siapa sebenarnya?

 

6.Ketumbuhan tumor.

 

Masalah ini akan menyerang pesakit kanser.Gula yang berlebihan merangsang sel kanser mendapat bekalan  minyak supaya merebak aktif ke seluruh badan,Perlu kita ingatkan bahawa sel kanser sangat suka kepada gula macam tuannya sendiri.

 

7.Osteoporosis

 

Pengambilan gula yang banyak secara berterusan menyebabkan gangguan metabolisme dalam badan.Kepekatan kalsium dan fosforus tulang berkurangan jika ada lebihan sukrosa.Tulang akan reput dan menjadikan kita tua sebelum usia.

 

8.Proses penuaan

 

Radikal bebas yang semakin menjadi akibat pengambilan gula boleh merosak sel-sel badan.Radikal bebas bertindak balas kepada molekul sel-sel tubuh menyebabkan kita cepat tua dan kesihatan terjejas.

 

9.Terlalu aktif

 

Ketidakseimbangan bahan kimia dalam badan berlaku akibat pengambilan gula berlebihan.Badan terpaksa mengeluarkan insulin secara kerap dan keadaan ini memberi kesan jika kandungan gula jatuh mengejut.Seseorang akan lebih aktif dan ganas jika hormon andrelin menguasai badan.

 

Sekilas pandang,

 

Penggambilan gula yang berlebihan membawa mudarat.Gula tidak semestinya dari minuman.Ia datang dari nasi,roti canai,asikrim dan makan ringan yang lain.

 

Awas! Pencegahan jauh lebih baik dari pada pengubatan.Beringat sebelum kena kerana kesihatan terlalu tinggi nilainya.

 

gula.

source: www.google.com

5 Perkara Asas Untuk Menjadi Jutawan

 

 

jutawan

Kredit  http://emeldahanimunittrust.com

Salam 1Malaysia,

 

Sebut sahaja jutawan ramai yang terbayang-bayang dengan duit yang banyak.Kereta besar.Rumah besar yang cantik dan sudah pasti isteri-isteri yang jelita.Terpulanglah apa-apapun anggapan anda yang penting si jutawan tadi berjaya mencapai impiannya.

 

Pada pandangan saya yang bercita-cita yang hendak menjadi jutawan terdapat 5 perkara asas untuk menjadi seorang jutawan.

 

1.Orang yang bersyukur

Apabila kita bersyukur nikmat akan bertambah.Begitu juga dengan nikmat yang kita perolehi hari ini.Sekiranya sudah ada kerjaya,keluarga dan kebahagiaan maka syukuri nikmat ini dengan perbuatan dan kata-kata.Jangan sesekali mengeluh dan berdukacita sekiranya rezeki yang kita perolehi ketika ini mungkin tidak mencukupi.Sebaliknya tetapkan dalam hati bahawa ia adalah satu ujian supaya kita bersabar dan berusaha lebih.Mana tahu boleh usahakan kerja online di SINI

 

2.Orang sentiasa bersedekah

Belum pernah dalam sejarah orang yang sentiasa bersedekah jatuh muflis.Hanya mereka yang berhutang dan tidak mampu bayar hutang sahaja yang boleh muflis.Bersedekah adalah satu ujian kepada kemurahan hati seseorang.Lagi banyak sedekah maka lagi mudah  dimurahkan rezeki.Bersyukur juga pada hari ini kemudahan untuk bersedekah ada disediakan di SINI

 

3.Orang yang bahagia

Tidak dinafikan orang yang bahagia berpotensi untuk menjadi jutawan.Secara logiknya bagaimana orang yang sentiasa berdukacita dan runsing mampu berfikir untuk mencari kekayaan.Kesilapan yang berlaku pada kita ialah sentiasa susah hati kerana ketiadaan duit.Sedangkan kita susah hati belum tentu duit itu datang dengan sendirinya.Bagaimana kalau kita rasa bahagia dan berusaha untuk mengatasi ketiadaan duit ini dengan bekerja seperti biasa dan berusaha dengan  Frekuensi Kaya - Rahsia Menarik Kekayaan Menerusi Gelombang Minda

 

4.Orang sentiasa ghairah

Ghairah yang saya maksud bukan cerita  dalam kamar tidur.Ghairah yang sebenar ialah rasa keinginan yang sangat kuat untuk mendapatkan sesuatu.Dalam kontek ini kita ghairah untuk mendapat duit yang banyak supaya Usahawan Kecil Boleh Berjaya!.Bekerja dengan semangat tinggi dan tenaga yang luar biasa.Sebabnya kita mampu mencapai impian jika perkara yang kita buat mungkin tak sanggup orang lain  buat.Kalau semua orang mampu buat maka semua mampu jadi jutawan.

 

5.Orang yang disenangi ramai

Orang begini umpama sebutir intan dalam lumpur.Setiap percakapan dan perbuatannya mendapat perhatian.Kaedah  mudah menilai orang begini ialah cara pemakaian yang kemas dan bersih.Rupa yang menyakinkan dengan penampilan bersahaja.Tutur kata jelas dan ada nilai positif.Dalam pemikirannya dia suka dengan orang.Tidak ada prasangka negatif dan paling penting sekali tidak memandang rendah kepada orang lain.Jadi tidak hairan orang suka dengan dia meskipun belum lagi menjadi jutawan.Dah jadi jutawan lagilah orang suka.

 

Sekilas pandang,

 

Pesanan terakhir saya mudah untuk diingati.Jika hendak menjadi seorang jutawan  berusaha untuk menjadi orang yang telah saya nyatakan di atas.Jika masih juga belum menjadi jutawan maka anda bakal menjadi jutawan diakhirat kelak.Insya Allah.

 

Ada idea untuk menambah bagaimana untuk menjadi jutawan silakan kongsi dalam bahagian komentar.Mana tahu perkongsian idea anda membolehkan anda menjadi jutawan yang diidamkan.Amin.

5 Petanda Usahawan Berjaya

Sembang bermula..

 

Agak lama juga saya tidak menulis entri mengenai dunia orang berniaga.Saya akui sedikit sibuk dan jarang pula menemui info tentang perkara ini.Ilmu tentang kemahiran berniaga sangat diperlukan orang berniaga.Atas sebab ini saya terpanggil untuk berkongsikan maklumat berkaitan dunia perniagaan.

 

 

images

 

Saya bertuah kerana menemui  maklumat dan ilmu perniagaan dalam sebuah buku  tulisan Dato Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah dan Haji Muhammad Zakaria.Buku ini berjudul Langkah Bijak Usahawan Terbilang yang diterbitkan 2008.

 

Petanda-petanda usahawan berjaya telah saya olah berdasarkan sumber yang ada krebiliti tersebut.

 

1)Secara semulajadi ada sifat penjual

 

Golongan ini ada bakat semula jadi untuk menjual apa-apa barang.Pantang ada peluang mereka boleh menukar barang menjadi wang.Bakat ini boleh dikenalpasti sejak dari kecil lagi.Dulu masa kecil saya ada menjual aiskrim dari rumah ke rumah.Dalam hati bersarang perasaan malu dan sebagainya.

 

2)Memahami kepentingan pelanggan

 

Maksudnya di sini mereka dapat merasai keperluan orang lain.Orang yang membeli sesuatu produk kerana perlu barangan tersebut.Jadi peniaga yang berjaya ialah mereka yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang diperlukan  pelanggan.Gerak hati usahawan mesti tepat dengan keperluan pelanggan.

 

3)Ada strategi dalam pengurusan sumber

 

Dunia perniagaan tidak ubah seperti peperangan.Untuk menang perlu ada taktik dan strategi.Dalam perniagaan pula strategi perlu ada untuk mendapatkan laba.Jika tidak sesuatu perniagaan akan menemui kegagalan.Ilmu ini boleh dipelajari di mana-mana sahaja.Tidak kira dengan mencari dalam internet atau bertanya dengan orang yang pakar.

 

4)Memahami pulangan terhadap modal

 

Modal yang dilabur boleh mendatangkan pulangan sama ada untung atau sebaliknya.Kalau tidak mahir membuat pusingan modal maka bungkuslah perniagaan tersebut.Jadi seorang usahawan perlu belajar pengurusan kewangan dan mengamalkan yang dalam perniagaan.Mungkin juga perlukan teknik  9 Formula Pantas Seru Rezeki

 

5)Berani menghadapi risiko

 

Seorang usahawan tidak akan terlepas untuk berhadapan risiko dalam dunia perniagaan.Risiko bisnes tidak  menjadi,muflis,ditipu rakan niaga dan pelbagai lagi rintangan.Seandainya berlaku usahawan mesti tabah dan kuat untuk bangkit kembali.Sebab itu orang yang berjaya dalam bidang ini berkata lagi tinggi risiko maka tinggi pula keuntungan yang bakal diperolehi.

 

Sembang berakhir…

 

Kejayaan dalam perniagaan tidak datang bergolek.Konsepnya sama dalam semua perkara yang kita lakukan dalam dunia ini..Tidak kira kita ini seorang usahawan atau pekerja makan gaji petanda ini dapat kita ciptakan.

Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya

Berniaga Jalan Mulia Untuk Menjadi Kaya

 

Semua orang menginginkan menjadi orang kaya.Baik dinyatakan secara terus terang maupun berselindung disebalik kata-kata. Biarlah hidup sederhana janji bahagia.Hakikatnya semua orang yang sihat akal fikiran mahu hidup sebagai orang kaya harta dan benda.

 

Jalan untuk menjadi orang kaya terbuka luas kepada kita semua.Jalan yang sudah terbukti ialah berniaga.Dengan berniaga kita dapat 9 per 10 rezeki.Banyak tu..kalau dibandingkan dengan mencari rezeki melalui makan gaji.Meskipun berniaga tidak semudah disangkakan namun tidaklah sesukar mana.Ada orang sudah berjaya dan menjadi kaya.Orang lain boleh mengapa kita tidak boleh?Renung-renungkan.

 

Jika kita melihat disekeliling saya pasti anda tidak terkejut apabila mengetahui orang Cina menjadi kaya kerana berniaga.Sungguhpun golongan ini bukan majoriti tetapi mereka memegang kuasa ekonomi.Mereka menguasai segenap perniagaan dari sekecil kecilnya hingga sebesar-besarnya.Sejarah perniagaan mereka sudah berlangsung sejak belum merdeka lagi.

 

Dalam perniagaan cara berfikir memainkan peranan utama.Cara orang berniaga berfikir sentiasa pantas membuat keputusan.Tidak takut rugi dan berani menghadapi apa apa risiko seperti bangkrap,muflis,kehilangan keluarga dan apa saja yang berkaitan.Mereka juga  berfikir bahawa setiap keuntungan yang bakal diraih ada cabaran dan dugaannya.Jika berjaya melepasi maka cari peluang lain yang lebih tinggi potensinya dan risikonya juga.

 

Di dunia ini kekayaan perlu diraih melalui usaha yang betul . Bijak merebut peluang pada masa tepat.Seperti mana bidalan Melayu lama yang bulat tak akan datang bergolek dan yang leper tak akan datang melayang.Sebelum menjadi orang kaya mereka berusaha dan bekerja keras siang dan malam.Selepas menjadi orang kaya mereka masih mengekalkan cara berkerja seperti sebelumnya.Natijahnya kekayaan mereka ini terus berganda dan berkembang dengan pesat.

 

Perlu kita faham bahawa berniaga adalah satu jihad ekonomi.Kita perlu kaya supaya imej dan martabat orang Islam dipandang tinggi.Kita mampu membantu orang miskin tanpa mengira agama dan bangsa.Kita boleh menjana duit zakat dengan lebih banyak untuk kepentingan ummah.Jika dahulu jihad kepada terkorban nyawa namun kini jihad untuk penguasaan ekonomi.

 

Kini ekonomi cenderung kepada kapitalis. Alangkah baiknya ekonomi ini berubah wajah kepada ekonomi Islam yang lebih adil dan ideal untuk keperluan masyarakat keseluruhannya.Kita hanya ada satu pilihan bijak untuk merealisasikanya.Pilih berniaga sebagai peluang untuk kaya.Tidak kira secara langsung atau sebaliknya.Apa yang pasti kita boleh kaya melalui perniagaan.Percayalah.

 

p/s: Tengok Sini kalau tak percaya ‘Usahawan Kecil Boleh Berjaya!

Penukaran Segmen Terjah Blog ke Segmen Baru !!

Penukaran Segmen Terjah Blog ke Segmen Baru !!

 

Setelah berfikir semasak-masaknya saya telah mengambil keputusan yang drastik untuk kali kedua.Saya mengubah segmen Terjah Blog kepada segmen baru yang lebih informatif.Segmen baru ini merujuk kepada segmen Bicara Niaga.

 

Rasionalnya perubahan ini mengambil kira kepentingan pembaca secara keseluruhannya.Saya mahukan pembaca mendapat manfaat tentang info-info menarik dan sudut pandangan alternatif berkaitan bidang perniagaan.Tidak kira  perniagaan konvensional maupun kontemporari.

 

Segmen Bicara Niaga akan diterbitkan setiap hari Ahad.Ia akan mengumpas dan mendedahkan isu perniagaan secara santai namun padat dengan fakta yang penting lagi menarik.Perlu diingatkan bahawa pandangan saya bukan seorang pakar bertauliah.Saya berbicara berdasarkan persoalan umum yang menjadi keperluan pembaca secara amnya.

 

Atas dasar untuk berkongsi kebaikan saya menyeru para pembaca untuk sudi memberi pendapat dan pandangan kepada ruangan ini.Pembaca boleh emailkan teruskan kepada saya melalui emai ini hanafi81212@gmail.com.

 

p/s:Klik sini untuk mengetahui bagaimana Usahawan Kecil Boleh Berjaya!