google-site-verification=r2WOf2yCWiEmv9AcJwoNMlBSVWRM5wLBOSxI04b0JoU Akibat Ketagihan blogwalking | Portal Informasi

Portal Informasi

Blog Peribadi dan Informasi Rakyat Malaysia

Hosting Percuma

Wajib Baca

Arkib Blog

Navigation-Menus (Do Not Edit Here!)

Discussion

Pages

Contact Form

Name

Email *

Message *

Pages

Powered by Blogger.

About Me

My photo
Pengkaji kejayaan manusia

Catatan Popular

Akibat Ketagihan blogwalking



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Dunia blog telah melahirkan satu fenomena baru iaitu ketagihan blogwalking.Blogwalking adalah merujuk kepada cara seseorang terjah blog ke blog yang lain sama ada blog yang popular (sudah semestinya) dan yang baru muncul di persada blog negara.

Mereka melawat blog untuk membaca,mencari maklumat atau suka-suka untuk meninggalkan backlink.Ada yang berniat baik.Tidak kurang juga yang berniat sebaliknya.Golongan yang baik ini dapat kita kenalpasti melalui komen-komen yang bernas dilontarkan.

Aktiviti blogwalkling memang mengambil masa yang panjang.Satu blog  5 minit diperlukan untuk membaca dan membuat komen.Ada juga yang menjadi pembaca senyap.Mereka ini baca dan tidak akan meninggalkan sebarang komen.Namun kelibat mereka dapat dijejaki oleh pengesan yang di plugin oleh si pemunya blog.

Dari sudut positif blogwalking yang tegar akan mendapat ilmu,info dan panduan yang cukup luas.Mereka seumpama sudah membaca buku 5 buku dalam sehari.Bunyinya sahaja sangat hebat.Blogger yang kehausan idea perlu blogwalking dahulu sebelum berkarya semula.Idea dan gambaran konsep dapat diperolehi melalui aktiviti ini.

Selain itu jika blogwalking dilakukan oleh blogger yang mempunyai blog, mereka akan mendapat kunjungan balik dari tuan punya blog.Saya sangat kagum kepada blogger yang boleh berkunjung balik ke blog pelawat.Beliau seorang yang beretika dan menghargai pelawatnya.Sama seperti dunia sebenar.Buat baik dibalas baik.Bayangkan kalau dapat 100 blog dapat dilawati. Kira congak paling tidakpun ada 10 orang akan bertandang balik.Senario begini mengwujudkan rantaian blogger dalam komuniti maya.(ceh wah!keluar dah word power)

Kepopularan seseorang blogger akan meningkat naik jika selalu bertandang ke blog orang.Maksudnya dah boleh jadi artis seorang blogger ini.Ramai yang bangga dan seronok melihat rangking naik.Namun tidak kurang juga rangking menjadi pelawat naik mencanang.Pastikan kita meninggalkan jejak.Senang peranti teknologi jejak kita balik.Ketegaran seseorang berblogwalking mengharumkan namanya dan mudah diingati oleh para blogger lain.Untuk itu beri keharuman melalui komen yang bernas dan berkualiti.

Sudah hukum dunia.Tidak ada perkara menjadi baik jika berlebihan.Makan berlebihan akan menjadi obesti.Tidur yang keterlaluan menyebabkan otak dungu.Sama juga dengan aktiviti blogwalking.

Berikut ialah sudut keburukanya.Sengnaja saya tidak ulas panjang.Benda yang kurang elok sendiri mau ingatlah kawan.

1.Letih mata,otak dan badan
2.Tiada masa untuk benda lain
3.Terlalu asyik hingga lalai solat
4.Kurang tidur,makan dan minum
5.Mengabaikan keluarga
6.Kurang sosial dengan jiran sebelah
7.Sindrom malas buat kerja-kerja rumah

Sekian sahaja.Mohon permisi dahulu.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori dunia blog dengan judul Akibat Ketagihan blogwalking . Anda boleh bookmark halaman ini dengan URL http://ingathanafi.blogspot.com/2013/02/akibat-ketagihan-blogwalking.html . Terima kasih!
Ditulis oleh: mrhanafi - Friday 1 February 2013

11 komentar untuk " Akibat Ketagihan blogwalking "

admin said...

setuju dengan artikel ini, ketagihan blogwalking boleh menyebabkan banyak benda lain terganggu. Elok seimbangkan dengan dunia luar.

tehr said...

memang betul sangat
banyak blogwalking buat badan dan otak jadi letih

mrhanafi said...

sederhana itu satu kesempurnaan...disiplin penting dalam mengawal waktu.

mrhanafi said...

kalau dah letih boleh berehat dan minum teh untuk mendapat ketenangan semula...

Unknown said...

Salam Baraqah.. :D

Nak ziarah ke sini tunggu masa sesuai.. :D

mrhanafi said...

tak apa ...ziarah ikut kesempatan waktu.

Unknown said...

memang betul..blogwalking memang bahaya pd kesihatan..klu dah berjam2 dok depan komputer boleh sakit mata..boleh melalaikan juga..tapi bersederhana lah dlm setiap perkara..:-)

mrhanafi said...

pandai-pandai urus masa supaya kata orang rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

ash said...

setuju sangat.. dj pernah mengadap laptop lama-lama dan mata akan rasa pedih dan kadang2 berair macam menangis.

BY: djdanchef

mrhanafi said...

perlukan rehat seketika..

TAUSAN ART said...

betul