Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Buku ini sudah lama saya baca.Lama juga terperap dalam draf.Ada banyak sebab saya tidak terbitkan dalam entri blog ini.Ada saya simpan dalam blog khas.
Akhirnya saya ambil keputusan terbitkan sahaja untuk sebaran dan perkongsian.Saya ulas buku tersebut seringkas mungkin supaya sesuai dengan gaya blog.
Sekian.Terima kasih.
Judul:Cara Mengendali Data Komputer Dari
kerosakan,Virus atau
Hilang Tanpa Sengnaja
Penulis:Bardy Joko Setiawan dan Sartono Agus
Penerbit:SynergyMedia
Ketebalan:78
Harga:RM13.90
Ulasan Buku
Kemahiran mengendalikan komputer amat penting dewasa ini.Heboh suatu ketika dahulu menyatakan bahawa sesiapa yang ada sijil komputer mudah mendapat pekerjaan.Sama ada benar atau tidak masa sudah membuktikan bahawa kemahiran komputer satu kemestian kepada sesiapa sahaja.Bukan untuk mendapat pekerjaan semata-mata malah kegunaan hal-hal peribadi sekali pun.
Selain kemahiran mengendalikan komputer,pengetahuan dalam menangani masalah kehilangan menjadi nilai tambah kepada seseorang.Bayangkan sahaja kerja-kerja dokumentasi maklumat yang telah dilakukan berbulan-bulan dan ada juga bertahun-tahun hilang begitu sahaja kerana kesilapan kecil yang tidak disengnajakan.Sudah pasti kemahiran mendapat fail fail yang hilang ini berguna kepada golongan pelajar,penyelidik dan sesiapa sahaja yang berkaitan.
4 komentar untuk " Buku Tentang Cara Menangani Kehilangan Data Komputer "
pernah juga hilang fail dalam komputer
ada yang dapat balik, ada juga yang hilang terus tanpa dapat dikesan
buat back up fail untuk keselamatan..
dulu selalu kena mcm ni kat opis, tapi skrg dah ada PC baru hihihi
beli external hardisk bro..sediakan payung sebelum hujan..
Post a Comment